Assalamualaikum.
Sambung cerita percutian kami di the Balkans. Hari kedua kami sudah berada di negara Bosnia & Hersegovina. Semalamnya kami mendarat di Zagreb, Croatia dari Doha dan setelah selesai program jalan-jalan di Zagreb, kami terus di bawa ke Bosnia & Herzegovina untuk bermalam di Bihać.
Perjalanan hari kedua seterusnya adalah dari Bihać ke bandaraya Sarajevo dengan persinggahan di Pliva Waterfall untuk melihat air terjun dan stop di Travnik untuk bersolat dan makan tengahari sebelum ke Sarajevo. Perjalanan dari Bihać ke Sarajevo ambil masa lebih kurang 4 jam 30 minit dengan bas.
Di Bihać kami bermalam di Hotel Safir Bihać. Kami seperti selalunya kalau bercutian begini sebelum sarapan akan jalan-jalan sikit di kawasan hotel. Sejuk sungguh masa tu! Must have been close to 10°C. But not for this cute and friendly dog who seemed to be in its element for sure with that lush thick coat of hair 😃. Dia chill je, tak kacau orang pun.
Hotel Safir ini lokasinya dalam kawasan perumahan, so it was nice and quiet di awal pagi begini.
Hotel Safir Bihać, Bihaćkih Branilaca 89, Bihać 77000, Bosnia & Herzegovina.
Ok jom kita sarapan.
Buffet breakfast.
Lepas sarapan, jalan bergambar sekejap di area around hotel.
Housing area around the hotel.
The friendly dog 😊.
He's actually quite the star 😃. Ramai yang ambil gambar dan bergambar dengan dia 😄.
Switched On the Roaming Man.
Bagi saya kalau masa bercuti begini salah satu perkara yang paling saya look forward to adalah pemandangan-pemandangan yang indah yang dapat dilihat semasa dalam perjalanan-perjalanan dari satu negara ke satu negara. Maka haruslah saya dedikasikan beberapa blogs entries untuk saya kongsikan the beautiful landscapes of Bosnia & Herzegovina (dan negara-negara Balkan lain) yang sempat saya rakam dari dalam bas ketika dalam perjalanan kami dari Bihac ke Sarajevo.
I suppose I could do a bit of research about Bosnia & Herzegovina's landscapes and write about them here but I think lagi better la kalau I share the photos 😄. Ok, so here they are.
The bus cruising through Bihać.
Keluar dari kawasan bandar/perumahan Bihać kelihatan pemandangan-pemandangan indah. Berkabus pada masa itu.
Ok, enjoy Bosnia & Herzegovina's beautiful sceneries ya. Oh by the way, beberapa foto-foto adalah blur-blur sikit sebab maklum je la merakam gambar dari dalam bas bergerak... hihi 😅.
Lepas lebih kurang sejam ambil gambar dari my seat's window, saya duduk di depan bas sebelah bus driver untuk rakam gambar dari arah depan pula. Ada pull-down/foldable seat di depan tu, macam flight attendant seat dalam kapalterbang.
Pemandu bas kami. Nama dia Dragan, orang North Macedonia.
Bila tidak berdepan dengan matahari, maka dapatlah merakam pemandangan-pemandangan dengan lebih berjaya... hihi 😅.
InshaAllah, lepas ini bersambung dengan satu lagi entry Bosnia & Herzegovina's sceneries sebelum entry Pliva Waterfall. Meanwhile do take care.
No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.
No comments:
Post a Comment