Monday, December 28, 2020

KUALA TERENGGANU - TAMAN TAMADUN ISLAM - DAY 02 - PART 09

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ dan بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Seterusnya kami nak ke Taman Tamadun Islam pula. Nak Grab je.



Leaving Muzium Negeri Terengganu. 

Taman Tamadun Islam adalah salah satu tarikan pelancong yang popular di Terengganu.

Gerbang Taman Tamadun Islam. Taman Tamadun Islam merupakan sebuah kembara interaktif monumen Islam di serata dunia. Ia memberikan pendidikan dan hiburan informatif tentang destinasi Islam dunia.

Terletak di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu, taman seluas 23 hektar ini adalah sebahagian daripada projek untuk membangunkan Kuala Terengganu sebagai bandar tebingan sungai. Taman Tamadun Islam ini terbahagi kepada dua zon: Kompleks Taman Tamadun Islam dan Zon Awam. Taman Tamadun Islam adalah taman tema pertama yang mengiktiraf senibina Islam. Kompleks ini menempatkan 21 replika bangunan berkaitan sejarah Islam dunia.

Sebelum kami masuk ke Taman Tamadun Islam, kami makan tengahari dulu di Restoran B'beteng. Lapar sungguh kami masa itu sebab penat berjalan-jalan di Kampung Budaya Terengganu dan Muzium Negeri Terengganu.

Restoran B'beteng mempunyai dua bahagian, Restoran B'beteng dan Laman Selera. Bagi pengunjung yang menantikan pengalaman masakan yang enak, ini adalah tempat yang sesuai untuk mereka. Ia terletak di sebelah tepi sungai Terengganu dan para tetamu dapat menikmati pemandangan Bandar Kuala Terengganu dan Pulau Ketam yang indah.
Seperti biasa scan MySejatera dan imbas suhu.

Menurut dialek Terengganu, perkataan B'beteng bermaksud "tebing sungai" atau "tepi sungai". Dengan konsep ini, kawasan makan terbuka disediakan di tebing sungai. Bagi pelanggan yang menikmati suasana terbuka, Laman Selera menawarkan pemandangan indah sungai Kuala Terengganu. Meja dan kerusi kayu yang dipasang di tebing sungai dan hembusan angin yang bertiup pasti memberi pelanggan rasa tenang ketika mereka menikmati makanan mereka.

Sementara menunggu order makanan sampai, saya jalan-jalan sekejap di waterfront ambil gambar.

Bot-bot yang berlabuh di jeti TTI River Cruise.

Pemandangan jeti-jeti di Pulau Ketam.

Kelihatan menara Masjid Pulau Ketam dengan kubah warna emas dan bengkel membaiki bot-bot nelayan di tepi Sungai Terengganu.

Jeti TTI River Cruise.


Jambatan Angkat juga dilihat dari waterfront ini.


🍝Menu Dan Waktu Berkhidmat Restoran B'beteng
10.00 pagi-11.00 malam
🍝Hidangkan Ala-Carte
5.00 pm-11.00 pm
Menu Istimewa ("Ikan Bakar")



Lunch had arrived. Jom makan! 😋

Alhamdulillah, makanan tengahari kami mee goreng dan nasi goreng seafood sedap dan mengenyangkan. 

Ok, perut dah kenyang, jom kita masuk ke Taman Monumen Taman Tamadun Islam ini. 

Sebagai taman edutainment luar yang menonjolkan budaya dan warisan Islam sebagai tema tumpuannya, taman ini menampilkan 20 perwakilan monumen dari seluruh dunia termasuk Taj Mahal dan Al-Hambra Citadel Granada.

Masa pandemik ni nampaknya macam tidak ramai pengunjung ke sini. Tambahan pula kami ke sini masa weekday and not over the weekend. Bersama resit tiket, kami diberi phamplet TTI, Passport TTI dan Retail Discount Voucher. Harga tiket RM20. Kalau nak include river cruise RM35. Tapi river cruise untuk petang itu sudah pun fully book (which means ramailah sebenarnya pengunjung ke TTI ni). Staff di kaunter kata boleh kalau nak buat booking untuk river cruise esok tapi kami tak book sebab esok sudah ada full itinerary. 

Here is the phamplet. 

Kompleks Taman Tamadun Islam ini sebenarnya besar merangkumi beberapa tarikan pelancong. Selain Taman Monumen, juga ada TTI River Cruise, Masjid Kristal, Warrior Park, Convention Center, Crystal villa dan Restoran B'beteng.

Pengunjung akan diberikan Passport TTI sebelum masuk ke dalam Monument Park.

Let's have a look what's inside the Passport.


Dalam Passport ini juga ada maklumat tentang monumen-monumen yang ada dalam Monument Park. Taman monumen ini mempamerkan 22 monumen dari 21 negara dari seluruh dunia di seluruh benua Asia, Eropah dan Afrika. Terdapat dua monumen yang berasal dari negara yang sama; Masjid Al-Haram dan Masjid Nabawi. Semua monumen, berskala antara 1: 1.7 hingga 1:22 berbanding ukuran asalnya, adalah mercu tanda penting yang menandakan kedatangan, perkembangan dan kegemilangan Islam di negara-negara tertentu. Bahan yang digunakan untuk membina semua monumen dihasilkan secara tempatan.






Scan MySejahtera dan imbas suhu.

Passport saya dicop 😄.

Yes, it looked deserted. Ada juga pengunjung lain sebenarnya. 

Walau pun tengahari tu suasana agak mendung, tetap terasa bahangnya. Jadi, rather than jalan kaki ke monumen-monumen, kami plan nak sewa buggy. Unfortunately, habis semua sudah kena sewa. Again, sebenarnya ramai pengunjung ke TTI ni even masa weekdays. 

End up kami plan naik keretapi ini buat satu pusingan to get an overall view and feel of the park. Lagi selesa la, kami just duduk dan enjoy the view dan tidak perlu memandu. Keretapi pun akan berhenti di beberapa stops even though kami tak nak turun naik. Tiket naik keretapi ni pun cuma RM6 sahaja.

Selain keretapi, pengunjung boleh sewa beberapa jenis kenderaan lain untuk pusing dalam taman yang luas ini.

Kenderaan-kenderaan yang boleh disewa.

Moh kita naik keretapi ni 😀.

Kudus Minar, Central Java, Indonesia.

Pattani Central Mosque, Thailand.

National Mosque, Malaysia.

Sultan Omar Ali Saifuddin Mosque, Brunei Darussalam.

Sultan Mosque, Singapore.

Taj Mahal, Agra, India.

Ada beberapa saiz buggy yang boleh disewa bergantung pada bilangan group members.

Keretapi yang kami naiki ini berhenti di beberapa lokasi untuk menurun dan menaikkan pengunjung. 

TTI Waterwheel.

Pemandangan Sungai Terengganu.

Badshahi Mosque, Lahore, Pakistan.

Kubbah As-Sakhrah, Baitul Muqqaddis, Palestin.

Salah satu stop keretapi ini adalah di Kubbah As-Sakhrah.


Great Mosque of Samarra, Iraq.

Sheikh Lutfallah Mosque, Iran.

Abu Nasr Parsa, Afghanistan.

Al-Haram Mosque, Mecca, Saudi Arabia.

View of the Taj Mahal over Tasik Pahlawan II.


Aleppo Citadel, Syria.

Ada pengunjung yang naik keretapi macam kami, yang naik buggy dan yang berjalan kaki.

Tasik Pahlawan II di dalam Taman Monumen ini adalah salah satu tasik yang ada dalam Kompleks Taman Tamadun Islam.



Suleyman Mosque, Turkey.

The Palace of Al-Hambra, Granada, Spain. Monumen ini tutup. Masa saya ke sini dulu pada tahun 2015 ia juga tutup. Sampai sekarang masih lagi tutup. 

Great Mosque of Agadez, Niger.

Selesai pusing satu round taman ini dengan keretapi, kami pun turun dan berjalan kaki dari monumen ke monumen. Kami mulakan dengan Kul Sharif Mosque, Kazan, Rusia. 













Great Mosque of Agadez, Niger.








Meriah naik buggy beramai-ramai 😃.

Kalyan Minaret, Uzbekistan.










The Palace of Al-Hambra, Granada, Spain. Entah bila la nak buka semula monumen ini. 





Suleyman Mosque, Turkey.















Bersambung...

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

2 comments:

  1. bang tq for so much info.. , boleh tau estimated berapa lama masa abis berjalan monument park ni ya?.. nmpak besar betul...

    ReplyDelete
    Replies
    1. You are most welcome :).
      Kami pusing park ni lebih kurang 1 jam 30 minit. Itu sebab kami banyak henti-henti ambil gambar :). Otherwise, may be just about 1 hour dah boleh siap satu pusingan.

      Delete