Wednesday, December 23, 2020

KUALA TERENGGANU - MUZIUM NEGERI TERENGGANU - DAY 02 - PART 07

  السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ dan بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.


Ok, selepas jalan-jalan di Kampung Budaya Terengganu, kami masuk pula ke dalam Muzium Negeri Terengganu. It is super huge and has many galleries, so we planned to pick up our pace but at the same time try not to miss the best bits. 


Aaaa... pintu besar depan sudah dibuka. Earlier, masa kami nak masuk ia masih tutup. Itu yang kami jalan-jalan di Kampung Budaya dulu.

Kami dapat rate Kanak-Kanak  pada hari itu 😄.

Macam biasa scan MySejahtera dan imbas suhu.

Fortunately now photography is allowed inside the museum. Masa saya ke sini pada tahun 2015, fotografi adalah tidak dibenarkan sama sekali.

Macam biasa saya mesti kongsi pamphlet 😀.

Listed dalam phamplet ini ada 9 galeri. Earlier kami sudah pun melawat Galeri Perikanan dan Galeri Perlayaran dan Perdagangan yang kedua-duanya terletak dalam kawasan Kampung Budaya, bukan dalam bangunan Muzium Negeri ini. 


Pelan lantai galeri Muzium Negeri Terengganu. 

Peta 3D Kompleks Muzium Negeri Terengganu.

Aerial view of the museum's main entrance.

Kaunter Informasi.

Sudut Koleksi Hadiah.

Sebuah lukisan yang menarik menggambarkan suasana di Stesen Binjai pada tahun 1960an. Kelihatan kanak-kanak sekolah sedang memanjat naik ke gerabak keretapi. Lukisan ini adalah sumbangan dari Persatuan Sejarah Malaysia, Kawasan Dungun. 

Sebab minat pada lukisan atau foto-foto lama yang tentang what it was like back then, saya pun carilah foto untuk lukisan di atas. 
Stesen Kereta Api di Kampung Binjai, Dungun sekitar tahun 1960-an. Kereta api bukan sahaja menjadi pengangkutan penting kepada pekerja lombong, peniaga dan orang ramai untuk berulang-alik dari Bukit Besi ke pekan Dungun, malah turut digunakan oleh kanak-kanak yang bersekolah di pekan Dungun untuk berulang-alik ke rumah mereka.

Tasik Kenyir yang terletak di Negeri Terengganu adalah juga sebuah destinasi pelancongan popular di Malaysia. Salah sebuah tarikan pelancongan yang popular di Tasik Kenyir ini adalah Gua Bewah. 

According to the staff at the Information Counter, untuk kemudahan pelancong, Kerajaan Terengganu mempunyai perancangan untuk membina sebuah escalator bertenaga solar masuk ke Gua Bewah. Model projek ini dapat dilihat di Muzium Negeri Terengganu.

Ini Foyer Block A. So beautiful and grand! Ada tangga kayu yang indah berukir. Juga ada hiasan ukiran-ukiran kayu di siling foyer.

Dan tentunya tarikan utama Muzium Negeri Terengganu ini adalah Batu Bersurat Terengganu. 

Sejarah Batu Bersurat Terengganu.


Saya kongsi di sini beberapa maklumat tentang batu bersurat in general yang dipamerkan di Muzium Dunia Melayu Dunia Islam Melaka.




Teruja saya sebenarnya nak tengok Batu Bersurat Terengganu yang asli ini. Selama ini yang saya pernah lihat cumalah replika-replikanya sahaja seperti di bawah. 
Replika Batu Bersurat Terengganu di Muzium Islam, Kota Bharu Kelantan.

Replika Batu Bersurat Terengganu di Muzium Adat Kuala Klawang Jelebu Negeri Sembilan.

Replika Batu Bersurat Terengganu di Muzium Dunia Melayu Dunia Islam di Melaka.

Replika Batu Bersurat Terengganu di Bulatan Batu Bersurat, Kuala Terengganu.

Replika Batu Bersurat Terengganu di Rumah Limas Belanda, Kampung Budaya Terengganu, Kompleks Muzium Negeri Terengganu.

Dan akhirnya dapat juga saya melihat Batu Bersurat Terengganu yang asli. Rasanya macam detik yang momentous pula pada saya... hehehe.

It was so beautifully displayed. Sesuai dengan nilai sejarahnya yang tinggi. Tahniah pada kurator muzium ini. 
Prasasti Terengganu yang ditemui pada tahun 1887, Batu Bersurat Terengganu adalah sebuah artifak tertua yang membuktikan kehadiran Islam di Malaysia dan secara amnya di Asia Tenggara. 

Batu Bersurat ini mempunyai maklumat tentang pemerintah Islam yang bernama Mandalika. Ia bertulis dalam huruf Jawi berbahasa Melayu awal abad ke-14M dengan pengaruh bahasa Sanskrit yang kuat. 
Hasil kajian memutuskan bahawa kandungan prasasti ini merupakan satu pengisytiharan undang-undang Islam dan tarikh tulisan pada batu bersurat ini adalah pada 702 Hijrah bersamaan 1303 Masihi. Maknanya batu bersurat ini ditulis lebih 700 tahun yang lalu. Kesahihan tarikh yang tertulis di batu pada 4 Rajab 702 Hijrah bersamaan 22 Februari 1303 yang merupakan satu penemuan penting dan bersejarah.
Ia menerangkan tentang hukum Islam ke atas orang yang membuat salah di sisi agama Islam, seperti hukuman terhadap isteri atau suami yang curang dan sebagainya. 
Bahagian sebelah atas batu bersurat itu telah patah dan bahagian yang tinggal berbentuk kuboid, tetapi kuncup ke bawah, dengan ukuran tinggi 84cm, dan berat 214.8 kg. 
Ada yang mengatakan batu yang digunakan untuk membuat batu bersurat ini adalah batu granit. Pendapat lain mengatakan ia dibuat dari jenis batu-batu lain seperti batu gunung, batu sungai dan batu hampar. 
Juga terdapat pelbagai pendapat dari mana asalnya batu bersurat ini. Ada yang kata dari luar negara, ada yang kata tempatan. 

Saya mengelilingi batu bersurat ini to capture all its 4 sides. Ini Muka A.



Muka B.


Muka C.




Muka D.

Ok, saya kongsi beberapa fakta menarik tentang batu bersurat ini yang saya jump di internet. 

The Batu Bersurat Terengganu (Inscribed Stone of Terengganu) is one of the documentary heritage that was inscribed to UNESCO's Memory of The World Register in 2009. 

Ada sebuah memorial didirikan oleh Kerajaan Negeri Terengganu di Kampung Buluh, Kuala Berang berhampiran dengan tapak asal penemuan Batu Bersurat Terengganu. Pembinaannya adalah bertujuan memperingati penemuan Batu Bersurat oleh orang-orang kampung pada tahun 1897.

Dari pemeriksaan Batu Bersurat ini menggunakan kaedah '
neutron-induced prompt gamma-ray', komposisi unsur batunya didapati sangat serupa dengan sampel batu dolerit yang dikumpulkan dari kawasan Lawit dan Panchor. Batu bertulis itu jelas bukan batu Granit seperti yang dilaporkan dalam banyak literatur lebih awal dalam sejarahnya. 

Batu Bersurat Terengganu mempunyai istilah Arab, iaitu 'sharatan' yang merujuk kepada dua bintang dalam buruj Aries atau Ram yang membuktikan masyarakat pada masa itu sudah mempunyai pengetahuan dan menguasai ilmu falak seperti pencapaian awal dalam sejarah dan tamadun Islam terdahulu.

Ok lah, cukup la tu fakta menariknya. Nanti tak siap-siap blog ni pulak.. hehe. Banyak lagi benda nak cerita 😄.

Ada wau yang cantik di siling foyer muzium ini. 


Pameran artifak-artifak lama.




Al Quran lama tulisan tangan. 

Juga Hikayat Hang Tuah tulisan tangan.


Ini bahagian pameran tentang Sejarah Malaysia sepintas lalu.










Turut disediakan 'Anjung Didik' untuk pelawat yang membawa anak-anak kecil.

Ok, jom ke Galeri Tekstil pula. Galeri ini mempamerkan sejarah, proses penghasilan, perkembangan, jenis-jenis tekstil serta pelbagai jenis busana tradisional.

Ada beberapa lukisan yang menarik perhatian saya. 



Bahagian Pewarna Asli.



Maklumat tentang Pewarna Asli. Sebelum ini tidak pernah saya tahu adanya fabrik-fabrik seperti Limar, Pelangi, Rungus, Pua, Mugah dan Gerinsing. Wah! Kulit rambutan pun boleh dijadikan sumber pewarna asli. 

Ini mesin Rahat. Ia digunakan untuk menggulungkan benang.

Info tentang mesin Rahat.

Benang-benang sutera yang telah diwarnakan.

Sumber-sumber pewarna yang digunakan untuk mendapatkan warna-warna tertentu.

Kain-kain sutera yang diwarnakan menggunakan sumber-sumber pewarna buah jering muda dan cekur manis.

Pelbagai jenis tekstil yang dipamerkan. Semuanya cantik-cantik belaka. Ada kami bertanya dengan seorang kakitangan di muzium ini, katanya tekstil-tekstil ini menampilkan hasil seni yang tinggi dan nilainya juga tinggi. These are precious textiles.

Kain sutera yang diwarnakan dengan sumber pewarna bunga kertas merah dan cekur manis. It looks so elegant. 

A closer look at the pattern on the beautiful silk cloth. 

Ini pula kain sarung Pelangi motif flora. Kata Petugas Muzium tadi, corak kain ini dibuat dengan membuat simpulan-simpulan kecil pada kain yang diikat sebelum dicelup ke dalam pewarna. I imagine probably hundreds of knots had to be done to create such detailed patterns!

Bahagian Batik.

Beberapa blok bunga kain batik turut dipamerkan. All of them look so vintagey and exquisite! 

Terdapat beberapa teknik menghasilkan batik. Antara teknik utama ialah Batik Blok, Batik Tulis, Batik Skrin dan Batik Perwarnaan Asli.

Batik blok ini ialah batik yang dihasilkan mengunakan blok. Blok ini diperbuat daripada kepingan zinc atau tembaga. Sebelum penggunaan zinc dan tembaga, pada zaman dulu blok batik dibuat daripada kentang yang boleh tahan cuma sehari sahaja. Maka ditukar menggunakan kayu pula yang juga tidak tahan lama kerana boleh patah selepas digunakan berulang kali.
Blok Bunga Kain Batik Tembaga.

Ini contoh batik blok guna keratan kentang motif tumbuh-tumbuhan.

Nama lain Batik Blok ialah Batik Terap, Batik Cap atau Batik Pukul. Batik blok dihasilkan melalui proses penerapan lilin dan penerapan warna. Dipercayai sejarah perkembangan batik di Malaysia bermula pada abad ke-15 Masihi.

Teknik terawal yang diperkenalkan di Malaysia ialah Batik Blok yang menggunakan ukiran sarang acuan kayu dengan menerap sejenis pewarna hitam. Teknik awal ini dikenali sebagai ‘terap hitam’. 

Pada tahun 1930an, penggunaan lilin dalam proses penerapan mula diperkenalkan oleh pembuat batik di pantai Timur dan acuan kepingan keluli mula digunakan menggantikan acuan kayu. Corak-corak acuan ini lebih kemas dan halus buatannya.

Corak Batik Blok selalunya menggunakan unsur alam semulajadi, flora dan fauna seperti bentuk bunga yang digubah secara realistic, abstract or stylistic in geometric or organic forms. 

Batik blok ini adalah batik yang terawal dihasilkan di Malaysia sebelum penghasilan batik lukis.

Penggunaan batik blok telah diperluaskan dengan mengetengahkan idea dan inovasi baru oleh pereka dalaman. Pelbagai dekorasi dalaman dihasilkan terutama untuk ruang tamu, bilik tidur dan ruang makan seperti alas meja, cadar, sampul bantal dan sebagainya.
Sumber: Ensiklopedia Kraf Malaysia

Cop-cop batik ini pernah juga sebelum ini saya lihat dipamerkan di Nordin Batik and Craft Sdn Bhd, Pekan Pasir Mas, Kelantan yang saya lawat semasa program Jalan-jalan Pantai Timur saya pada tahun 2015 yang lalu. Saya bertanya pada staff di pusat batik itu adakah blok-blok batik itu untuk dijual. Dia kata tidak, for display only. Tambah dia cop-cop itu tinggi nilainya kerana sudah dikategori sebagai barangan antik. Dan ada ramai peminat seni dan pengumpul barangan antik bertanya soalan yang sama kerana ada yang sangat berminat nak beli. 
Blok-blok batik yang dipamerkan kepada pengunjung di Nordin Batik and Craft Sdn Bhd, Pekan Pasir Mas, Kelantan.

Bahagian Batik Blok.

Kain batik berterap selapis dan kain sarung batik motif flora dan fauna.


Tiang di bahagian Batik Blok ini dibalut dengan kain batik blok yang cantik.

Kain Lepas Pelangi.

Kata petugas muzium ini adalah salah satu kain yang sangat berharga dari segi nilai dan warisannya. 



Kain sarung batik berterap selapis dan kain sarung batik bunga sekuntum.

Kain sarung batik kotak jambangan bunga kepala pucuk rebung.

Batik kotak dan batik canting (tulis).

Melukis batik.
Kerja-kerja melukis batik di Nordin Batik and Craft Sdn Bhd, Pekan Pasir Mas, Kelantan.

Kain sarung batik kotak bunga mawar dan kekwa kepala pucuk rebung dan sutera gold line.

Kain punca potong dan kain samarinda.

Kain mastuli dan kain karat keruping. 

Maklumat tentang kain punca potong.

Kain-kain punca potong.

Maklumat tentang kain samarinda.

Kain-kain samarinda dan mastuli corak pelikat.

Kain mastuli dan kain karat keruping corak pelikat.

Bersambung...

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

9 comments:

  1. saya jujurnya tak minat tempat2 museum tapi kalau pergi tak ada masalah pun.. just enjoy dan baca fakta2 yang ada. dalam keluarga arwah ayah sngttt suka tempat2 macam ni. sayang tak menurun pada saya.. he could spend hours di museum..

    ReplyDelete
    Replies
    1. I know the feeling. If it is up to me, memang saya akan spend berjam-jam dalam sebuah muzium. The bigger it is, the longer I'll be in it :).
      Saya fascinated sangat because of all the wonderful information, most of it I never knew before.

      Delete
  2. Blog encik sangat membantu untuk projek tahun akhir saya. Terima kasih banyak untuk blog yg sgt informatif!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama. Alhamdulillah info dari blog saya ini dpt serba sedikit membantu.
      Thanks for the comments.

      Delete
    2. Alhamdulillahh. You're welcome :D

      Delete
  3. Terima kasih dengan gambar2 ni. Dapat jugak tengok apa yang dipamerkan. Harap sampailah saya menjejak kaki ke sana melihat sendiri pameran2 ni sebagai ilham dan rujukan untuk cergam saya yang berunsur tradisi Melayu Jati hendaknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama, terima kasih tuan kongsi komen di sini. InshaAllah, tuan akan sampai nanti ke muzium ini.

      Delete
  4. Assalamualaikum tuan, boleh saya save dan guna gambar untuk pembentangan untuk tugasan saya?

    ReplyDelete