Friday, December 4, 2020

KUALA TERENGGANU - BAS KITE - DAY 01 - PART 03

  السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ dan بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.


Ok, seperti yang saya kata in previous entry, kami merancang nak naik BAS KITē. Jadi lepas rehat sebentar di bilik hotel, kami keluar semula berjalan ke Hentian Bas MBKT. 


Perkhidmatan BAS KITē adalah berkonsepkan pelancongan bagi memudahkan para pelancong domestik dan luar negara berkunjung ke tempat-tempat menarik dan menikmati keindahan Kuala Terengganu. Ia adalah di bawah operasi Syarikat Cas Ligas Sdn Bhd. Syarikat ini juga mengendalikan Payang Water Taxi iaitu river cruise.

'BAS KITē' mencerminkan dialek Terengganu tempatan, dan mewakili nilai-nilai yang tertumpu pada rakyat dan dekat dengan hati. Rasanya macam 'Ganu kitē' dan 'Terengganuku Comey' 😀.

Luarannya dibuat seperti rumah tradisional Terengganu. Ia mempunyai reka bentuk kisi atap yang unik dan berbumbung seperti rumah tradisional Melayu. Rupa bentuk fizikal BAS KITē adalah mengekalkan warisan dan ciri-ciri budaya masyarakat pantai timur, berukuran panjang 12 meter, lebar 2.5 meter dan tinggi 3.0 meter yang mampu untuk membawa seramai 34 orang penumpang perjalanan sehala.
BAS KITē adalah mod pengangkutan awam Terengganu yang ikonik, yang direka untuk mencerminkan konsep rumah tradisional dengan panel atapnya yang unik yang terdapat di Terengganu. Dengan warna luarannya yang cerah yang menggambarkan pelbagai seni, budaya, warisan dan alam, hiasan kayu dan hiasan dalaman batik serta ukiran kayu tradisional yang santai menciptakan suasana warisan yang indah.

Essentially BAS KITē ini adalah bas awam yang berhenti-henti untuk mengambil dan menurunkan penumpang. Di samping itu ia juga melalui many places of interests in Kuala Terengganu. Jadi kalau kita yang melancong di KT ni naik BAS KITē, kira macam naik bas Hop-On Hop-Off la. Nice!

As mentioned in my previous entry kami sudah pun earlier decided untuk ambil BAS KITē Laluan C02 Masjid Kristal Trip No.4 iaitu trip pukul 5:00 petang. 

Laluan C02 Masjid Kristal ini akan melalui tempat-tempat seperti dalam Jadual Perjalanan di bawah ini. Jadi kalau nak turun, contohnya di Waterfront KT, tekan sahaja loceng bas.

Ini informasi perkhidmatan BAS KITē dari web rasmi Cas Ligas Sdn Bhd.

Ini laluan kami ~ Laluan C02: Hentian Bas MBKT ⇋ Masjid Kristal. Jaraknya perjalanan laluan ini adalah lebih kurang 22 km.

Ini peta 4 laluan-laluan BAS KITē. 

Jom kita naik BAS KITē. Scan MySejahtera dahulu.  

Bas ini berhawa dingin dan dilengkapi dengan mesin tiket elektronik untuk memudahkan pembayaran tambang bas.

Kami akan membuat satu pusingan lengkap (tidak turun naik) dari Hentian Bas MBKT hingga ke Masjid Kristal dan patah balik ke hentian bas ini. Cajnya cuma RM3.00 sahaja seorang. 

Tempat duduk BAS KITē ini juga adalah unik macam park benches tapi berkusyen. Pada pintu juga ada penghadang berukiran kayu larik yang cantik seperti yang ada pada serambi rumah-rumah Melayu tradisional.

Tingkap-tingkap bas ini adalah besar which is just excellent untuk kami yang suka ambil gambar. Sebenarnya tingkap BAS KITē ini memang direka khas untuk keselesaan penumpang bagi menikmati panorama sekitar bandar raya Kuala Terengganu. How awesome is that! 

Pada atas pintu masuk dan tingkap ada dihias dengan ukiran kayu yang cantik yang mirip seperti lubang pengudaraan rumah Melayu lama. Sebahagian silingnya juga dihiasi dengan petak ukiran kayu motif tumbuh-tumbuhan dan juga dengan jaluran kain-kain batik yang cantik berwarna warni menceriakan. 

Bersama kami kelihatan juga beberapa penumpang locals yang menggunakan bas ini untuk pulang ke rumah atau ke tempat-tempat lain.

Kedua-dua seats belakang ini adalah tidak dibenarkan duduk mengikut peraturan SOP ketika pandemik.

Bas ini adalah dijaga bersih dengan tempat duduk berkusyen yang selesa with comfortable leg room.

Sebenarnya saya nak duduk seat belakang ini tapi tak boleh sebab ini adalah salah satu tempat duduk yang tidak dibenarkan duduk bagi mematuhi SOP.

Bergambar kenangan dalam BAS KITē 😊.



BAS KITē ini boleh memuatkan 34 orang tapi masa pandemik ini tempat yang dibenarkan duduk adalah dijarak-jarakkan. 
Tidak dibenarkan duduk di tempat-tempat duduk yang bertanda 'X'. 



Ok, bas dah gerak. Camera ready! 😄 Tadi ada dapat Google notification kata pukul 6 petang nanti nak hujan. Kira ok la sebab perjalanan kami ini pun expected to end by then. 

Perkhidmatan BAS KITē mirip ‘Hop On, Hop Off’ ini beroperasi pada selang 30 minit dan merangkumi 23 hentian di lebih 70 tempat pelancongan. Pelanggan boleh naik turun di sepanjang laluan bas yang sama pada bila-bila masa dengan satu tiket, selama sehari.

Laluan-laluan BAS KITē memang sudah dirancang untuk melalui kawasan yang lebih panaromik dan strategik untuk mempromosikan pelancongan.

Selepas percutian kami di bandar-bandar seperti Ipoh dan George Town saya macam sudah jadi tertarik pada bangunan-bangunan peninggalan sejarah yang ada di Malaysia. Jadi masa bercuti di Kuala Terengganu ini saya juga kept alert of any historic looking building, such as this beautiful building. Ini adalah salah satu dari bangunan bersejarah Kuala Terengganu iaitu bangunan Persatuan Sejarah Malaysia cawangan Terengganu yang terletak di Jalan Tok Lam, Kuala Terengganu.

Saya baca bangunan berbentuk begini dipanggil Rumah Limas berbungkus dua tingkat. 

Pemilik asal bangunan ini adalah Tengku Teh Dungun. Beliau adalah ialah isteri kepada Allahyarham Tengku Seri Bijaya Raja (Tengku Chik Ahmad Abdul Rahman) iaitu bekas Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Negeri Terengganu yang memegang jawatan pada 1924-1929.

Bangunan ini sudah pun berusia lebih 100 tahun. Ia dibina daripada konkrit kapur dan bahan pelekat putih telur. 

Pada dinding luar bangunan ini dihias dengan ukiran timbul konkrit dan juga ukiran kayu pada bahagian atas pintu, tingkap dan serambi. 

Kelihatan bangunan ini telah dibaik pulih oleh Jabatan Warisan Negara supaya nilai sejarahnya terus kekal. 

Penggunaan bangunan ini:
1937-1938: Pejabat Hal Ehwal Agama Kuala Terengganu.
1946-1979: Pejabat MPKT 
Bangunan ini dijual kepada Tengku Bijaya Wangsa Tengku Hitam Ali dan selepas kematian beliau, ia dijadikan pejabat sementara MPKT.
1986-  : Pejabat Persatuan Sejarah serta pejabat Persatuan Sasterawan Terengganu (PELITA). 

Bangunan ini menempatkan bilik mesyuarat, bilik perpustakaan, bilik penginapan, bilik pentadbiran dan ruang niaga yang disewakan kepada penyewa bagi tujuan menambah dana persatuan sebagai tambahan. Selain itu pihak persatuan juga bersetuju menyerahkan satu ruang kepada Persatuan Sasterawan Muda Terengganu (PELITA) bagi membolehkan mereka menjalankan kegiatan.

Ok, jom sambung lagi perjalanan dalam BAS KITē Laluan C02 ~ Masjid Kristal.

Daulat Tuanku. Allah Peliharakan Sultan dan Sultanah Terengganu.

Ini Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu. Ia adalah sebuah taman awam tepi laut yang cantik yang sering dikunjungi oleh penduduk Kuala Terengganu untuk berkumpul dan beriadah. Terdapat gerai-gerai dibuka di sini dari petang hingga malam. 

Di dataran ini juga ada dibuat aktiviti kebudayaan dan pameran seperti Festival Gamelan Sedunia dan Mini MAHA dan Pameran Dinasour & Panda Antarabangsa. Dataran ini juga menjadi lokasi bazaar Ramadhan dan tempat popular untuk berbuka puasa.

Masa mula-mula sampai di KT ni, ada ternampak binaan coklat ini. Fascinating!

Ia adalah bumbung dengan rekaan khas untuk Pasarnita. Pasarnita yang dibuat khas untuk usahawan wanita ini beroperasi 3 hari seminggu pada hari Rabu, Khamis dan Jumaat.  

Pasarnita adalah sebahagian dari projek mega Pasarnita Tanjong untuk mengubah bandar KT menjadi pusat pelancongan dan perdagangan bertaraf antarabangsa. 

Hotel Tanjong Vista dan KTCC Mall.

Dalam foto kanan di bawah ni ialah restoran Ayam Gepuk Pak Gembus. Honestly, inilah pertama kali saya tahu tentang restoran ini. Apparently they have outlets in Cheras and Bangsar. Rasa macam nak try pulak. Ada tak di Foodpanda?
Ayam Gepuk Pak Gembus (AGPG) is an Indonesia cuisine which originates from Yogjakarta, founded by Rido Nurul Adityawan (Pak Gembus) in October 2013. The chicken is marinated with various herbs, deep-fried to golden brown and then smashed, served with fresh sambal. It achieved more than 700 outlets in Indonesia. AGPG Malaysia enter into Agreement with AGPG Indonesia whereby AGPG Malaysia hold the trademark and right to operate in Malaysia.
ayamgepukpakgembus.com.my

Kedai Kopimesin di Kompleks TD1303. Cantik bangunan putih ni mirip bangunan stesen keretapi lama di KL.

Menu Kopimesin. Harga very reasonable indeed.

Di Jalan Sultan Zainal Abidin.

Dari jauh kelihatan Masjid Al-Muktafi Billah Shah (Masjid Ladang). 

Then we came upon Bulatan Batu Bersurat Kuala Terengganu, salah satu mercu tanda Kuala Terengganu. 

Replika Batu Bersurat bersaiz besar ini dibuat dan diletakkan di bulatan ini untuk menggantikan replika besar seekor penyu yang ada di sini sebelum ini. 



Saya pernah beli pelam asam boi ni di area my house and it is delicious. The fruits were crunchy dan sedap rasa asam dan rasa pedasnya. And more importantly saya tak sakit perut lepas makan 😄.

Ada banyak gerbang di Kuala Terengganu ni.

Then we came upon Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah.

Ia adalah sebuah stadium serbaguna di Kuala Terengganu, Malaysia. Stadium ini kerap digunakan untuk perlawanan bola sepak. Stadium ini dinamakan sempena AlMarhum DYMM Tuanku Al Sultan Ismail Nasiruddin Shah Ibni AlMarhum Sultan Zainal Abidin. Stadium ini boleh memuatkan seramai 15,000 orang penonton.


Di dinding luar stadium ini ada mural besar lukisan karikatur pemain-pemain bola sepak lagenda Malaysia. 

Ada replika sebuah sampan tradisional sebagai hiasan jalanraya, sesuai kerana Kuala Terengganu adalah sebuah waterfront city yang penduduknya banyak melakukan kegiatan sebagai nelayan.

Perjalanan diteruskan. Ini tempat parkir bertingkat dengan Sistem Parkir Automatic "Rotary Type" di Jalan Batas Baru, Kuala Terengganu yang melibatkan 24 set sistem parkir untuk kereta biasa. Satu set boleh memuatkan 10 buah kereta (saloon car). Jumlah parkir adalah sebanyak 240 buah kereta. Canggih!

Iklan billboard ACGAS.

Gas anti letup.

Tentang silinder komposit ACGAS. Interesting!

Bangunan yang berwarna warni ini adalah Pangsapuri PERMINT Harmoni di Jalan Batas Baru, Kuala Terengganu.

Ini Tian Hou Temple di Jalan Balik Bukit. 
The temple are established by early Hainanese settlers in a small structure to worship their sea deity of Shui Wei Sheng Niang which is said found in a junk which was shipwrecked in Terengganu. Apart from another temple in the Chinese settlement, the temple served as a focal point for their fishermen and their families who lived along the banks of the Terengganu River.

Seterusnya BAS KITē passed by Kuala Terengganu Waterfront. Taman awam ini ada kami lawat later on. Nanti saya cerita in coming entry.

Meneruskan perjalanan di Jalan Hiliran, Kuala Terengganu. 

Kambing-kambing berkeliaran di tepi jalan. 

Kebetulan lepas nampak kambing-kambing tadi, nampak pula iklan billboard kambing perap ni 😄.


Dari Jalan Hiliran, masuk ke Jalan Tengku Mizan.

Perjalanan diteruskan menuju ke Masjid Kristal.

Dari Jalan Tengku Mizan, belok ke kanan masuk ke Jalan Sultan Mohamad.


 
Masjid Tok Ku Tuan Besar di Jalan Tok Ku. 

Di kawasan Kampung Losong di Jalan Losong Feri. 

Ini kedai Keropok Lekor Tokku.

Passed by Muzium Negeri Terengganu. Muzium ini ada kami lawat pada hari kedua kami di KT ni. Ceritanya, inshaAllah, in the next coming entries.

Ini Kalendar Aktiviti Muzium Negeri Terengganu. Mesti bagus Pertandingan Permainan Tradisional, Festival Kolek dan Pertandingan Muzik Gamelan Melayu tu.


Pemandangan Sungai Terengganu. 

Nelayan menjual ikan di tepi jalan berdekatan sebuah jeti nelayan kecil di tebing Sungai Terengganu.

Ramai juga cyclists yang kami nampak. Mungkin mereka berbasikal di sekitar taman dalam Taman Tamadun Islam. 



Gerbang Taman Tamadun Islam. BAS KITē ini lalu dalam TTI untuk ke Masjid Kristal.

Dari dalam bas kita dapat lihat beberapa replika masjid di dalam Monument Park, Taman Tamadun Islam. Yang kiri ialah replika Masjid Sheikh Lutfallah, Iran. Yang kanan Masjidil Haram, Makkah.

Masjid Kristal ~ Antara Masjid Tercantik di Asia.

Ini replika Masjid Mohamed Ali, Mesir. 

Navigating through Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man.

Ini bangunan utama untuk masuk ke Monument Park, TTI. Such wonderful design.

Ini bangunan Pengkalan Tok Ku Paloh, TTI. Kalau nak naik river Cruise dengan Crystal Cruise TTI, boleh la check jadual river cruise dan booking/beli tiket di pengkalan ini. 


Ini bangunan Pusat Konvensyen, TTI.




Perjalanan BAS KITē kemudian berhenti sebentar di parking lot depan entrance Islamic Garden untuk memberi peluang penumpang jalan-jalan dan dan bergambar di Masjid Kristal.

Bergambar dengan pemandu BAS KITē 😊.

Kami tidak berjalan ke Masjid kristal kerana kami sudah ada rancangan nak ke masjid itu pada hari ketiga nanti. Jadi cuma ambil gambar dari jauh sahaja. 



Since tak ke Masjid Kristal, jom kita ke gerai-gerai yang ada di situ. 

Yay... ada pulak gerai soft ice cream! 😃😋😄

Bergambar kenangan dengan BAS KITē 😊.


Then it was time to depart back to Hentian Bas MBKT. Masa ini BAS KITē melalui kawasan Tasik Pahlawan (Warrior Park), TTI. 


Ini replika Makam Khwaja Abu Nasr, Balkh Afghanistan (kanan) dan replika Kubbah As-Sakhrah, Baitul Muqqaddis, Palestin (kiri) di Monument Park, TTI. 

Leaving Taman Tamadun Islam.



Passed by Makam Diraja Bukit Keledang di Jalan Balik Bukit, Kuala Terengganu. Pusara silam di sini yang terletak di puncak bukit, kebanyakannya rosak dan sukar dikenali. Adalah dipercayai bahawa Bukit Keledang telah digunakan sebagai tempat perkuburan pemerintah awal Terengganu.
🔸Bukit Keledang pernah menjadi pengkalan bagi pedagang yang memunggah hasil dari hulu sungai Terengganu pada abad ke-18.
🔸Ia juga pernah menjadi tapak asal istana Sultan Terengganu pertama, iaitu Sultan Zainal Abidin I (1708 - 1733M) yang mendirikan sebuah istana dan sebuah kota yang dikenali sebagai kota lama.
🔸Ia juga menjadi makam janazah Nang Zainab (Cik Puan Besar), permaisuri Sultan Zainal Abidin II dan pembesar dan kaum kerabat diraja yang lain.

Perjalanan kembali ke Pusat Bandar. 

Hiasan di jalanraya Kuala Terengganu.

Kuala Terengganu Waterfront.

Passed by Chinatown, Kuala Terengganu.


Passed by Pulau Warisan.




Jambatan ke Pulau Warisan yang menyeberangi sebatang terusan buatan.

Gerbang Pulau Warisan.


Pemandangan bot-bot nelayan berhampiran Pulau Warisan.

I 💓 KT.

Jambatan Pejalan Kaki Pulau Warisan ~ salah satu landmark di Kuala Terengganu.


Kalau tak silap ini adalah tapak projek pembinaan Pasar Kedai Payang yang baru yang permanent untuk menggantikan pasar yang lama. Kami diberitahu 'Pasar Kedai Payang Baru' yang sekarang ada di Pesisir Payang adalah sebenarnya pasar sementara bagi memberi tempat untuk peniaga-peniaga while waiting the new pasar siap. 



Dan kami pun selamat sampai kembali ke Hentian Bas MBKT. Alhamdulillah.

Inilah lebih kurang peta laluan perjalanan kami untuk Laluan C02 BAS KITē yang kami naiki.

Secara keseluruhannya, we really enjoy the BAS KITē bus ride. Dapat buat a brief city tour dan tahu lokasi beberapa places of interests. Basnya pun selesa with bench styles seats and not high chairs jadi pandangan kita not obstructed. Lebih-lebih lagi bila tingkap-tingkap bas ini direka khas to maximise the views. Tempat duduknya selesa with comfortable leg room. And the bus is fully air-conditioned. Moreover, perjalanan keseluruhan trip Laluan C02 (one of the 5 routes) kami ini cuma ambil masa sejam sahaja. Dan cajnya cumalah RM3.00 seorang. Juga important to note, BAS KITē berlepas tepat pada masanya mengikut jadual dari Hentian Bas MBKT.

Adakah kami recommend this us trip? Definitely 😃. 

Bersambung...

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

10 comments:

  1. murahnya tambang bas !!!
    like seriously ??!

    kenapa seat belakang tu tak boleh diduduki ?
    dekat sangat denga seat lain ?

    Muzium tu best ! kan? Sebab ' bau muzium ' nya :))
    yang tak bestnya sebab tak boleh ambik gambar dalam muzium...

    beli tak kepok losong ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya doc, murah sangat. I think sebab bas ini juga digunakan oleh penduduk tempatan dan bukannya strictly bas untuk pelancong macam bas HOHO. Jadi cajnya macam kita naik bas kota local.

      Saya pun tak tahu kenapa. Nak kata, like you said, sebab dekat sgt dgn seats lain, actually tak juga.

      Sekarang sudah boleh ambil gambar dah dalam Muzium Negeri Terengganu tu doc. Dulu masa saya ke sana in 2015 memang tidak dibenarkan ambil gambar.

      Beli! Beli makan di gerai terus, tgh panas-panas! Both yg rebus dan yg goreng. Sedap sgt!

      Delete
  2. Assalamualaikum tuan, saya nak minta izin untuk mengambil point-point atau isi tuan dalam blog ini untuk buat assignment saya (transportations tourism). Saya minta halalkan semua hehehe sebab blog tuan sangat membantu saya. Doskan saya A dalam subjek ini. Terima kasih tuan dan semoga dimurahkan rezeki dan sihat selalu serta dijauhi dari jangkitan covid-19. Salam dari rakyat Terengganu Kiter. TERIMA KASIH TUAN.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam. Boleh, silalah ambil mana-mana info yang diperlukan. Iya, saya halalkan :).
      Malah saya doakan anda dapat A++, inshaAllah. Eh.. ada ke grading A++? Hihi...
      Sama-sama. Aamiin ya rabbal 'alamin. Terima kasih doakan untuk saya. Semoga kita semua berada di dalam lindunganNya.

      Delete
  3. Terimakasih tulisannya abang..sangat membantu saya mencari informasi tentang KT... btw amankah KT buat wanita jalan sendirian selama liburan disana ? Dan apa rekomen hostel yg dekat dengan bus stop?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama. Terima kasih kerana sudi baca blog ini. Alhamdulillah bermanfaat.
      InshAllah, selamat Cik Sarah jalan-jalan di KT.
      Saya tidak ada maklumat tentang hostel dekat hentian bas itu, tapi saya pernah menginap di DJ Citi Inn Premier yang jaraknya dari hentian bas itu cuma 5 ke 10 minit jalan kaki.

      Delete
  4. salam tuan , kita memang kena drop off di mbkt sahaja atau boleh drop off di mana mana destinasi sepanjang jalan tu ? terima kasih tuan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Tidak di MBKT sahaja, boleh drop-off di destinasi-destinasi dalam route untuk beri peluang pengunjung melawat di tempat-tempat yang disukai.

      Delete
  5. Assalamualaikum boleh tuan suggest kan tempat2 menarik untuk bercuti dengan kawan, kami pon nak berjalan naik bus

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam.
      * Kalau naik Bas Kite, saya cadang ambil Bas Laluan C02 > Masjid Kristal.
      * Dalam laluan ini boleh turun bas dan lawat Waterfront KT, Muzium Negeri Terengganu, Taman Tamadun Islam, Masjid Kristal dan Pulau Warisan.
      * Di Pulau Warisan boleh jalan-jalan di Kampung Cina dan naik river cruise.
      * Di Muzium Negeri Terengganu, lepas lawat muzium itu, boleh juga lawat Kampung Budaya.
      Ok, Selamat berjalan-jalan dan have safe trips :).

      Delete