Monday, December 7, 2020

KUALA TERENGGANU - PESISIR PAYANG - DAY 01 - PART 04

   السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ dan بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.


Ok, sambung cerita. Lepas kami naik BAS KITē, kami ke Pesisir Payang pula. 


Memandangkan lokasi Pesisir Payang tak jauh, kami decided untuk berjalan kaki sahaja dari Hentian Bas MBKT ke sana.

Untuk ke tepi laut itu, kita boleh berjalan ikut laluan pejalan kaki berbumbung ini. Syabas kepada MBKT kerana menyediakan laluan begini untuk keselesaan warga kota KT dan pelancong. 

The city of Kuala Terengganu is a healthy walkable city. 

Bergambar sekejap dengan I 💖 KT.

Dari laluan pejalan kaki ini juga kita boleh nampak Masjid Abidin yang sudah pun kami lawat earlier.

Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Kota. 

Sebuah street mural yang menarik yang dilukis pada electric box.  

Masa saya bercuti di KT ini pada tahun 2015 dulu saya menginap di Hotel Citi Point. Kali ini saya dan isteri menginap di Paya Bunga Hotel, bangunan high rise di belakang tu. 

Ini Pasar Kedai Payang lama yang kini sudah ditutup dan akan diganti dengan bangunan yang baru. Pasar Kedai Payang sementara ada dibina beberapa meter jauhnya dari pasar lama ini.

Ada mural besar yang cantik pada dinding Pasar Kedai Payang lama ini. Ia adalah lukisan Batik Terap/Blok (atas) dan Batik Lukis/Canting (bawah).

Mural ini dilukis oleh seorang artist bernama Taib Aur. Silalah ke ig beliau taib_aur for more amazing artwork. Like, seriously amazing! Fyi, beliau juga adalah pelukis mural pada electric box tadi.

Saya berharap En. Taib Aur akan sekali lagi dipilih untuk melukis mural besar di Pasar Kedai Payang Baru bila ia siap nanti. 

Kami sambung lagi berjalan kaki ke arah tepi laut. We came upon Pasar Kedai Payang sementara. 

Sama seperti Pasar Payang Kedai lama yang saya lawat pada tahun 2015 dulu, di bahagian luar pasar sementara ini juga terdapat banyak gerai-gerai. Deretan gerai-gerai ini adalah kemas dan teratur dan suasananya bersih.  

Ini pula adalah Bazaar Warisan yang nampaknya telah ditutup sementara bagi melakukan kerja baik pulih. 

Ini foto Bazaar Warisan pada tahun 2015. Bangunan ini sebenarnya adalah cukup cantik sekali kerana sarat dengan ciri-ciri dan nilai budaya. Jadi memang elok sangatlah ia dibaikpulih.

Ok, untuk ke Pesisir Payang, kami walked through Pasar Kedai Payang sementara ini. 

Kerana ia dibuat sebagai tempat berniaga sementara, rekabentuk dalaman pasar ini ringkas sahaja. 

Haaa... masih saya ingat lagi Gerai Kuih Pok Him ini masa saya jalan-jalan dalam Pasar Kedai Payang yang lama pada tahun 2015. Saya ingat lagi sebab gerai ni ada menjual berpuluh-puluh jenis kuih tradisional dan moden dan pelanggannya masa itu tersangatlah ramainya. 

Inilah foto lama Gerai Kuih Pok Him di dalam Pasar Kedai Payang lama yang saya rakam pada 2015.


Kami pun keluar dari Pasar Kedai Payang sementara dan berjalan ke tepi laut. 

Inilah pemandangan Pesisir Payang. Let's explore and take a few snaps. 

Tempat rekreasi baru ini dibina di tepi Sungai Terengganu dan adalah merupakan sebuah kawasan tambakan. 

Dibina dengan kos RM200 juta, Pesisir Payang adalah projek pembangunan kawasan yang bertepatan dengan misi kerajaan negeri untuk meningkatkan kawasan tarikan pelancongan ke negeri ini seterusnya mencapai sasaran sebanyak 5 juta pelancong ke Terengganu.

Pemandangan panorama yang indah.


Dari Pesisir Payang ini kita boleh nampak Pulau Duyong. 3 bangunan di Pulau Duyong ini ialah bangunan pejabat dan resort.

Ini adalah Duyong Marina & Resort.


Dalam bangunan-bangunan ini pula ada pejabat Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu dan Pulau Duyong Jetty Terminal.






Ini Masjid Kampung Seberang Takir yang terletak bersebelahan Jeti Penambang Seberang Takir dan berhampiran jambatan angkat menjadikan ia sebagai tarikan pelancong.

Kos pembinaannya menelan belanja RM2 juta untuk menggantikan bangunan lama. Ia dibina oleh arkitek dan kontraktor anak tempatan dengan mengetengahkan konsep kesenian Terengganu. Usaha mengangkat warisan budaya lama dan kesenian tradisi terserlah pada reka bentuk kubahnya dengan penggunaan design bumbung limas. Tapi ada yang sangka macam bentuk piramid.

A Payang Water Taxi.


Dari sini kita juga boleh nampak Jambatan Angkat, mercu tanda ikonik Terengganu.


Pasar Kedai Payang sementara.

Pemandangan Pulau Warisan dan Pulau Duyong.



Bentuk pasu pokok/bunga yang unik. I have not idea what it is suppose to resemble. 

Kami rancang nak spend time lama sikit di sini sebab Pesisir Payang ni panjang. But cannot la sebab sudah mula hujan renyai masa tu. Tak pe, jom kita jalan ke sana sikit lagi.

Sign besar I Love KT di Pulau Warisan. 









Jeti Payang Water Taxi dan Pulau Warisan River Cruise.


Sign besar Pesisir Payang dengan replika kepala perahu tradisional. Di belakang tu kalau tak silap saya adalah tapak projek pembinaan Pasar Kedai Payang yang baru. 






Ini pula adalah Jambatan Pejalan Kaki Pulau Warisan. Ia mirip Jambatan Seri Saujana di Putrajaya. 



Sehingga setakat ini sahaja yang dapat kami bersiar di Pesisir Payang ni. Cepat-cepat kami call Grab car sebab hujan. 

Sampai hotel kami terus ke Kompleks Paya Bunga Raya di sebelah hotel penginapan kami untuk makan malam. Unfortunately tak banyak restoran yang buka sebab pandemik. 


Singgah kejap kedai roti. 

Kot malam nanti rasa lapar since siang dah banyak berjalan 😄.

Jadi kami ke kedai makan di luar kompleks.

Alhamdulillah, kenyang dan sedap. Masa tu kami berdua memang tengah lapar ditambah pula time tu tengah hujan. 

Selesai makan kami pun berjalan ke hotel. Sambil-sambil tu ambil gambar malam di bandaraya KT.





Bersambung...

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

4 comments:

  1. real betul belitan kain batik terap yang belah atas tu , dekat mural taib_aur tu..

    saya nampak macam gayung je pasu tu.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul doc. I rasa boleh je kalau dia lukis kain batik tu dalam keadaan terhampar. Tapi bila dilukis terbelit/tergumpal begitu, lagi nampak hebat!

      Tu la, saya pun agak mungkin gayung atau senduk.. hehe.

      Delete
  2. MasyaAllah. Terima kasih boh. Ada rezeki, mari singgah kedai saya. Boleh search KEDAI AUR. Di Pulau Duyong

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama Tuan. InshaAllah, kalau saya ke sana, saya singgah. Thank you for the invite Tuan.

      Delete