السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ dan بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.
Sambung lagi cerita kami di Kompleks Muzium Negeri Terengganu. Earlier kami dah jalan-jalan di perkarangan Muzium Negeri Terengganu, dua Perahu Besar, Galeri Pelayaran dan Perdagangan, Jeti Muzium, makan keropok lekor, Rumah Nelayan Tradisional dan Galeri Perahu Terbuka. Next kami masuk ke Galeri Perikanan pula.
Lokasi Galeri Perikanan ini agak terpinggir dan kami hampir tidak perasan adanya galeri ini. Selain agak terpencil, bangunan galeri ini kelihatan seperti unoccupied. Tapi mungkin juga kami terasa begitu kerana waktu kami di sana there were very few visitors and we did not see anyone going in and out of the building. What led us to the gallery was the mural.
And it was quite a beautiful mural.
Ok, let's have a closer look. So saya edit dan lebarkan mural bersudut ini.
Jom masuk ke Galeri Perikanan.
Sudut Pengenalan kegiatan perikanan Terengganu.
Besar sungguh saiz bubu ini.
Tembilar.
Di bahagian ini juga ada sebuah portret seorang nelayan. Saya memang sangat suka potret black and white begini. It's timeless and poignant.
Ketika jalan-jalan di Pantai Timur, saya berpeluang bertemu dan berbual-bual dengan nelayan-nelayan ini. Begini sahaja potret-potret mereka yang sempat saya rakam 😄.
Ke pameran seterusnya. Di bahagian ini pelawat dapat melihat beberapa gambar kegiatan nelayan.
Antara kegiatan nelayan Terengganu adalah membuat ikan kering, menjemur ikan bilis dan membuat keropok kering.
Turut digambarkan adalah kerjasama nelayan menaikkan bot ke darat dan mengasingkan ikan di jeti.
Ada juga foto-foto lama kegiatan nelayan. Saya suka sangat foto-foto begini kerana ia adalah salah satu rekod sejarah in the form of photos. Gambaran nelayan bekerjasama menaikkan perahu ke darat, membasuh pukat dan memanggil awak-awak dengan alat bunyian yang dipanggil Tetuan yang dibuat dari tanduk kerbau jantan iaitu kerbau Balau.
Ada juga dipamerkan sebuah puisi 'Lagu Anak Pelaut' oleh Dato' JM Aziz ~ 18 Jun 1967. Beliau adalah seorang penyair istimewa kelahiran Hujung Tanjung, Seberang Takir, Kuala Nerus, Terengganu. Rasa sayu bila baca puisi ini.
`Puisi adalah penawar Jiwa luka saya...ia memupuk semangat dan menenangkan jiwa lara saya...' ~ Dato JM Aziz (Abdul Aziz bin Abdul Rahman). |
J.M Aziz antara penyair tanah air yang tersohor. Buku ini menyorot liku-liku syair beliau, anak laut yang cacat penglihatan dan seluruh tubuhnya akibat penyakit kusta. Tetapi dunia laut yang diakrabkan telah mencetuskan ratusan puisi yang sangat menyentuh jiwa dan perasaan pembacanya. Penulis melihat fenomena ini dengan menyorot aspek-aspek gaya dan teknik pemuisi, persoalan dan wawasan dalam puisi ciptaan J.M Aziz. Semuanya dapat disimpulkan dengan keazaman yang kuat dapat menewaskan segala kekurangan diri. Beliau tabah membuktikan hal ini.
Sumber: www.jkkn.gov.my
Selepas membaca puisi di atas dan melihat foto-foto lama yang dipamerkan di sini, saya rasa lebih sayu lagi. Betapa mereka begitu bersusah payah mencari rezeki di lautan luas yang penuh cabaran.
Baik, ke bahagian seterusnya iaitu pameran Dekorasi Perahu. Saya kalau section macam ni memang minat sangatlah 😀. Suffice to say I was Oohing.. and Aahing.. hehe.
Negeri-negeri di Pantai Timur Semenanjung Malaysia merupakan negeri yang kaya dengan seni dan budaya yang menjadi identiti masyarakat Melayu di Pantai Timur. Salah satu kemahiran seni mereka adalah dekorasi perahu tradisional Melayu.
Pada satu ketika dahulu, dekorasi-dekorasi sebuah perahu seperti bangau, okok, caping, sangga dan linggi adalah sangat penting bagi para nelayan. Ia ibarat 'pakaian' dan adalah kebanggaan memiliki perahu yang cantik.
Selain menjadi 'pakaian' perahu, dekorasi-dekorasi tradisional perahu Melayu ini malah bagai penaik semangat dan kekuatan untuk nelayan turun ke laut.
Ok, sebelum kita lihat dengan lebih dekat lagi dekorasi-dekorasi perahu ini, saya tampal di sini dulu gambar-gambar perahu di bawah untuk menunjukkan kedudukkan dekorasi-dekorasi yang ada pada sesebuah perahu.
Dekorasi yang diletakkan di bahagian kepala perahu dan yang paling banyak digunakan pada perahu-perahu pantai timur adalah hiasan bangau yang dibuat dalam berbagai motif, saiz dan bentuk yang disesuaikan mengikut jenis perahu.
Kerana perahu-perahu dahulu menggunakan angin dan layar, dekorasi bangau banyak digunakan kerana fungsinya adalah untuk mengikat tali layar dan sauh dan untuk meletak galah panjang bila tidak digunakan semasa berada di tengah laut. Oleh itu juga ia dibuat dari jenis kayu yang keras dan tahan air seperti cengal dan meranti.
Ukiran tebuk tembus dan silatan pada bangau dilakukan pada kedua-dua belah permukaan dengan motif yang sama. Tapi ada juga bangau yang diukir dengan dua motif yang berbeza.
Selepas diukir cantik, keindahan bangau jadi lebih terserlah bila ia dicat dengan warna-warna cerah seperti kuning, hijau, merah dan putih.
Burung bangau dipilih kerana ia dikaitkan dengan kebolehan mencari kawasan yang banyak ikan. Ada juga yang kata dahulu ia adalah untuk meredakan laut bergelora dan menjaga keselamatan nelayan. Kepercayaan ini sudah tidak lagi menjadi sebab bangau dipasang pada perahu kerana itu bertentangan dengan ajaran Islam.
Dahulu, bangau berbentuk kepala
garuda adalah yang paling banyak digunakan oleh nelayan di Pantai Timur terutamanya pada Perahu Payang dan Perahu Buatan Barat. Tapi ia juga jadi dekorasi perahu-perahu lain seperti Perahu Sekoci
dan Gelibat dengan saiz bangau yang lebih kecil daripada bangau pada Perahu Payang dan Buatan
Barat. Dengan peredaran zaman dan kedatangan Islam, bentuk garuda ini diubah-ubah supaya hilang bentuk mahluk bernyawanya.
Ada juga bangau yang berbentuk burung yang banyak digunakan pada perahu-perahu seperti Perahu Sekoci dan Bedar.
Reka bentuknya ringkas tanpa ada ukiran motif tumbuhan. Antara bentuk burung yang digunakan adalah berleher dan berparuh panjang seperti burung bangau, burung undan dan lain-lain.
Dengan permodenan, perahu layar sudah tidak digunakan lagi dan diganti dengan bot gentian kaca berkuasa enjin petrol. Maka tidak lagi perlu ada bangau yang digunakan untuk mengikat tali layar dan meletak galah kayu. Jadi dekorasi perahu tidak lagi diberi tumpuan.
Keindahan dekorasi bangau ini turut ditampilkan pada gerbang, logo dan duit kertas Malaysia. Ini dekorasi bangau pada gerbang Dataran Shahbandar Kuala Terengganu.
Dekorasi seterusnya adalah caping.
Sangga kolek ~ Bentuknya yang bercabang dan bercangat digunakan untuk meletakkan tiang layar bagi perahu-perahu yang menggunakan layar supaya tidak terjatuh ke dalam air ketika perahu dilambung ombak semasa nelayan sedang memukat.
Sangga Payang Barat.
Okok Perahu Payang. Okok juga berfungsi sebagai pengikat sauh di mana sauh akan diangkat dan disangkut pada okok. Selalunya kedudukkan okok adalah di sebelah kanan di bahagian hadapan perahu.
Okok Payang. Pada zaman dahulu kerana pengaruh kepercayaan animism rekaan bentuk watak wayang kulit dijadikan okok. Kini ukiran sebegini tidak lagi dibuat.
Saya kongsikan juga pameran bentuk bangau dan okok dari Muzium Nelayan Tanjung Balau, Kota Tinggi, Johor yang saya lawati pada tahun 2016. Saya share di sini kerana illustrasi bentuk-bentuk bangau dan okoknya lebih jelas.
Fungsi linggi adalah untuk menyekat percikan air dari membanjiri dalaman perahu. Jenis linggi dan penentuan condong linggi yang dipasang pada perahu ditentukan oleh tukang pembuat perahu yang mahir.
Linggi boleh dibuat tanpa sebarang ukiran atau sarat berukir dengan motif tumbuh-tumbuhan.
Linggi yang dipamerkan di sini adalah linggi yang dibuat pada zaman dahulu di mana ia dihias dengan ukiran dan lukisan haiwan-haiwan mitos.
Linggi belakang.
Keindahan lukisan motif tumbuh-tumbuhan pada linggi.
Linggi depan dan linggi belakang.
Perbandingan antara ukiran-ukiran dan lukisan-lukisan yang terdapat pada bahagian linggi hadapan dan linggi belakang.
Terdapat lukisan binatang mitos burung berkepala naga.
Turut menghiasi linggi adalah lukisan bermotif tumbuh-tumbuhan.
Dekorasi-dekorasi perahu pada masa dahulu direka bentuk dan dilukis dalam berbagai bentuk ukiran dan motif lukisan selari dengan pertukaran zaman. Oleh itu dekorasi perahu dahulu mempunyai elemen pengaruh Hindu dan Buddha dengan imej-imej binatang mitos seperti naga dan garuda. Setelah kedatangan Islam, imej-imej bernyawa diubah ukiran dan lukisannya kepada motif-motif bunga dan tumbuh-tumbuhan.
Imej bangau berkepala garuda dan naga banyak digunakan pada zaman dahulu.
Selain itu objek seperti burung dan wayang kulit juga kerap digunakan. Foto-foto di bawah adalah contoh di mana burung helang dan watak wayang kulit Raja Bota digunakan.
Setelah kedatangan Islam, imej-imej bernyawa diubah ukiran dan lukisannya kepada motif-motif bunga dan tumbuh-tumbuhan. Bukan sekadar mencantikkan perahu, lukisan cat ini juga berfungsi menjaga ketahanan badan kayu perahu bila terjemur lama di darat dan ketika berada di tengah laut.
Ok, jom ke sections seterusnya, Perahu dan Bot Nelayan.
Cantik cara pihak galeri mempamerkan bot-bot dan perahu-perahu miniature ini.
Jenis-jenis bot yang dipamerkan.
Jenis-jenis perahu.
Bola kaca atau Pelontang.
Foto dan maklumat dari Muzium Nelayan Tanjung Balau, Kota Tinggi, Johor. |
Alat bunyian Tetuan.
Tetuan, juga dikenali sebagai tetuang atau trompet Melayu, adalah merupakan sejenis alat bunyian yang digunakan untuk memanggil awak-awak untuk turun ke laut. Ia dibuat dari tanduk kerbau jantan (kerbau balau). Hanya tanduk kerbau jantan sahaja yang digunakan kerana ia lompang dan sesuai dijadikan alat bunyian. Manakala tanduk kerbau betina lebih tumpat sesuai untuk membuat hulu dan sarung parang. Alat bunyian tradisional ini kini hanya boleh dilihat dalam majlis-majlis seperti istiadat diraja, tetamu kehormat atau majlis keraian.
Kotak Kelaut ~ Kotak ini digunakan oleh kaum nelayan yang hendak turun ke laut bagi mengisi peralatan menangkap ikan dan keperluan lain seperti matakail, timah pemberat, tangsi, rokok daun, sireh, tembakau, mancis, hasil jualan ikan dan sebagainya. Biasanya kotak ada penutup. Tapi Kotak Pelaut mempunyai laci-laci. Seperti di dalam foto di bawah, untuk membuka laci-lacinya, tarik sahaja tali yang disematkan pada laci. Selain sebagai tempat menyimpan barang, kotak ini juga digunakan sebagai tempat duduk ketika mengail dan boleh berfungsi sebagai pelampung jika berlaku kemalangan di laut.
Cepu Kayu ~ Cepu ini diukir dengan motif tumbuh-tumbuhan yang terdapat di sekitar kampung yang selalunya dibuat dari kayu pokok nangka dan merbau. Kebiasaannya rotan dan dawai dipasangkan pada cepu sebagai pemegang supaya cepu mudah dibawa. Rotan dan dawai itu juga memastikan penutup cepu tertutup rapat supaya makanan atau pakaian di dalamnya tidak dimasuki air. Ia digunakan sebagai bekas untuk makanan. Dalamnya dialas dengan daun pisang dan diisi nasi dan lauk atau kuih muih sebagai bekalan untuk nelayan-nelayan Melayu Tradisional semasa mereka menangkap ikan di laut.
Cepu tembaga. Selain makanan, cepu juga digunakan untuk menyimpan pakaian.
Timba Upih ~ Timba atau pencedok air yang dibuat dari upih nibung yang lebih keras dan tahan lasak dari upih pinang. Selalunya digunakan untuk menyedok air dalam telaga tapi juga digunakan oleh nelayan semasa berada di laut. Tali, buluh atau galah digunakan untuk menurunkan timba upih untuk mencedok air.
Foto lama seorang nelayan membawa cepu kayu dan kotak kelaut. Foto adalah dari Muzium Nelayan Tanjung Balau, Kota Tinggi, Johor.
Joran, dayung, kemudi kelek dan serek tradisional.
Foto-foto lama nelayan naik ke darat.
Pukat jerut bilis dan jala.
Jenis-jenis pukat.
Diorama menangkap ikan di paya.
Jenis-jenis perangkap ikan air tawar.
Bersambung...
No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.
assalamualikum, terima kasih atas perkongsian yang sangat menarik. saya tak pernah tahu kepala perahu sebenarnya memiliki bahagian bahagian tertentunya. jika tidak keberatan, boleh saya minta izin ambil foto-foto dekorasi perahu untuk tujuan assignment saya?
ReplyDeleteWaalaikumsalam. Betul, ada pelbagai bahagian serta hiasan yang menarik terutamanya pada perahu zaman-zaman dulu.
DeleteBoleh, silakan.
Thanks for the sharing as this is pretty helpful on my studies around kuala terengganu
ReplyDeleteYou are most welcome. I am glad that the information in this blog entry has been helpful to you.
Deletetahniah... sangat detail... sy pegi banyak kali pon xsempat nk baca 1 1 yang ada kat muzium ni... alhamdulillah boleh diabadikan untuk tatapan masyarakat luar terengganu..
ReplyDeleteTerima kasih TiEyA.
DeleteSaya mmg suka capture as much details as possible in my blogs sebab rasa tak lengkap if otherwise :).
Tu la... mmg saya tak akan sempat nak baca semua masa di muzium since there are so much fascinating information yg dipaparkan. Tu yang saya take as many photos as possible, especially the text supaya boleh baca after download to my computer :).
Selamat sejahtera encik.saya pelajar tingkatan 2 SMK Damansara Damai 1 di Selangor. Perkongsian encik sangat membantu tugasan PSV saya.terima kasih encik
ReplyDeleteSelamat sejahtera to you too Adrianna.
DeleteAlhamdulillah info blog pak cik ini dpt bantu with your studies.