السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ dan بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.
Sambung cerita jalan-jalan kami di Kampung Budaya Terengganu, di Kompleks Muzium Negeri Terengganu, Bukit Losong, Kampung Losong, Kuala Terengganu.
Selepas lawat dua perahu besar lama iaitu Perahu Besar Kemajuan T.65 dan Perahu Besar Sabar T.82, kami masuk ke Galeri Pelayaran dan Perdagangan pula.
Bangunan galeri ini kalau tidak silap saya adalah seperti reka bentuk Rumah Bujang Berpeleh. Ini perbandingannya.
Di sisi bangunan galeri ini ada Cafe Pelayaran. Bolehlah singgah di cafe ini untuk minum-minum dan berehat di tepi Sungai Terengganu.
Jom kita masuk.
Sebelum naik tangga, sila tanggalkan kasut.
Ok, let's explore and immerse ourselves in this wonderful gallery. Galeri ini terbahagi kepada tiga Ruang iaitu Ruang Gobel, Ruang Dogol dan Ruang Bedar. Gobel, Dogol dan Bedar adalah nama-nama jenis perahu besar iaitu Pinis Gobel, Pinis Dogol dan Anak Bedar. Ruang pertama yang pelawat akan masuk ialah Ruang Gobel dulu.
Ok, the following photos are pretty much self-explanatory. I tried to capture as much text as possible for our readings and knowledge. Enjoy! 😀
Tentang Laksamana Cheng Ho.
Dulu-dulu kalau saya berada dalam muzium di sections yang banyak teks macam ni, I will just quickly read the titles and walk briskly to the next exhibits/sections. Sekarang ini rasa rugi kalau saya tidak baca the contents. But then kalau nak berdiri di depan each info board dan baca memanglah very time consuming and letih la kaki berdiri lama. So the next best thing to do is to just take snaps of the texts, as clearly as I possibly could, and read them later on the computer so that I won't missed out on the best bits. Buat begitu di rumah adalah lebih relaks dan selesa.
Sejarah Pelayaran Asia Tenggara.
Sejarah Pelayaran di Negeri Terengganu.
Pameran jenis-jenis Perahu Besar.
Jenis-jenis Perahu Besar. Ini maklumat tentang Perahu Anak Bedar.
Info tentang Perahu Dogol dan Perahu Pinis Dogol.
Tentang Perahu Pinis Gobel.
Perahu Besar Pinis Gobel.
Pameran Teknik Penbinaan Dan Alatan.
A wonderful optical illusion 😃. At first I thought it was a whole perahu, rupanya separuh je 😄.
Pameran Bahan Pembuatan Perahu dan Peralatan Pertukangan Perahu.
Destinasi Pelayaran.
Panglima Awang ~ Henry The Black ~ Enrique ~ Henrich ~ Ariberto ~ Espinosa.
Destinasi Pelayaran.
Kegunaan Perahu Besar.
Kegunaan Perahu Besar ~ Perdagangan dan Pengangkutan.
Kegunaan Perahu Besar ~ Peperangan dan Diplomatik.
Kegunaan Perahu Besar ~ Menunaikan Fardu Haji.
Sebelum itu ambil gambar suasana di luar galeri.
Pemandangan Sungai Terengganu, Pulau Sekati, Jambatan Pulau Sekati dan Jambatan kayu Pulau Sekati.
Tentang Pengusaha Perahu Besar Terengganu.
On to the next Ruang. Cantik sungguh anjung di bangunan galeri ini.
Sebuah bot laju sedang menyusuri Sungai Terengganu.
Saya labelkan barang-barang pameran di sini.
Again terima kasih pada pihak muzium kerana menyediakan maklumat tentang barang-barang pameran dengan jelas.
Foto-foto lama sekitar pesisir Sungai Terengganu, Kuala Terengganu.
Baik, selesai sudah lawatan kami di Galeri Pelayaran dan Perdagangan Terengganu ini. Sebelum beredar, kami ambil lagi gambar pemandangan dari galeri ini.
Jambatan Kayu Pulau Sekati dan Jambatan Baru Pulau Sekati.
Bersambung...
No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.
No comments:
Post a Comment