Wednesday, December 16, 2020

KUALA TERENGGANU - RUMAH NELAYAN TRADISIONAL & GALERI PERAHU - DAY 02 - PART 04

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ dan بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.


Ok, jom sambung explore Kampung Budaya Terengganu ini. Di sebelah Galeri Pelayaran dan Perdagangan yang baru saja kami lawati, ada sebuah Kedai Kopi. Bolehlah pengunjung ke sini berhenti duduk berehat seketika di kedai ini sambil menghirup kopi. Serbuk kopi juga ada dijual di kedai ini.  

كداي كوڤي

Moh kita ke jeti dan rumah nelayan.


كامڤوڠ  بوديا  ترڠڬانو

Galeri Pelayaran dan Perdagangan, Kedai Kopi dan Perahu Besar Sabar T.82.

Kampung Budaya Terengganu yang indah dan nyaman. Redup sebab ada banyak pokok-pokok besar yang rendang.

Masa berjalan ke jeti dan rumah nelayan pelawat will come upon beberapa kandang haiwan. Let's have a closer look.

Ada landak.




Ada burung-burung. Pada pagar kandang ini ada dilekatkan gambar burung-burung Tekukur, Gembala Kerbau, Merbok Aman, Punai Daun, Punai Tanah, Tekukur Jawa dan Ruak-ruak.



Kandang ayam hutan.

Ada diletak gambar anatomi ayam jantan di kandang ini. Lepas ni tak de la kita cuma kenal chicken thigh, chicken drumstick, chicken breast dan chicken wing sahaja.. hehe... 😄.



Masa berjalan di sini juga pelawat boleh menikmati keindahan Sungai Terengganu. 

Rasanya masa hujung minggu kampung budaya ini ramai pengunjungnya. Tidaklah lengang begini.

Having said that, I was glad la sebab dapatlah ambil gambar suasana yang tenang dan nyaman begini 😀.

Lebih-lebih lagi ketika perlaksanaan PKP. 

Ok, jom ke jeti itu.

Rasanya jeti ini juga adalah merupakan sebuah Stesen Aras Air di mana aras air Sungai Terengganu di sini dipantau oleh Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Terengganu. 

Ini adalah Jeti Muzium (Pintu Masuk 2) di Kampung Budaya Terengganu dalam kompleks Muzium Negeri Terengganu.

Cantik sungguh design jeti ini. Jelas bumbungnya menerapkan seni bina rumah melayu Terengganu. 

Bumbungnya seperti atap genting singgora, jenis atap yang sering digunakan pada rumah-rumah tradisi Terengganu. 

Juga ada papan pemeleh yang merupakan salah satu ciri Rumah Bujang Serambi Selasar, yang dibuat pada bumbung bertingkat dua jeti ini. 

Pada papan pemeleh pula dipasang 'Buah Buton' yang merupakan salah satu features yang ada pada reka bentuk bumbung Rumah Limas Belanda/Potong Belanda. Ini adalah foto-foto Buah Buton/Buah Guntung pada bumbung Jeti Muzium Negeri Terengganu dan bumbung Rumah Limas Belanda.
🔸Buah Buton atau Buah Guntung adalah kayu yang dipasang pada puncak bumbung rumah Melayu. 
🔸Ia dipasang pada bahagian atas bumbung di kedua-dua hujung tulang perabung yang berfungsi memegang pemeleh yang disambungkan pada tulang perabung. 
🔸Di Terengganu, Buah Buton / Buah Guntung banyak ditemui pada Rumah berbentuk Limas / Potong Belanda dan juga kadang-kadang ditemui juga pada rumah berbentuk Bujang Barat. 
🔸Buah Buton / Buah Guntung sering disamakan dengan dengan anggota badan manusia iaitu kepala. Reka bentuk Buah Buton / Buah Guntung juga melambangkan satu bentuk binaan yang berfungsi sama seperti batu nisan di perkuburan.
🔸Ianya memberi satu erti tanda daripada satu bentuk sesebuah bangunan atau rumah bahawa manusia sentiasa bergerak dan hidup yang mana akan menuju ke alam hakiki.
Sumber: facebook.com/MuziumTerengganu

Reka bentuk bumbung berpapan pemeleh dan berbuah buton juga saya perhatikan ada diguna pakai pada bumbung bangunan Lapangan Terbang Sultan Mahmud Kuala Terengganu. 

Features yang sama juga saya perasan ada dibuat pada bumbung Bas Kite Kuala Terengganu ini. 

Bila melihat pula pada ukiran kerawang yang cantik pada tepi/hujung bumbungnya nampak macam reka bentuk Rumah Limas Bungkus Johor pula. Fyi, Rumah Limas Bungkus Johor juga ada Buah Buton pada bumbungnya. 

As mentioned in my previous entry, bangunan Muzium Negeri Terengganu dibina menghadap Sungai Terengganu mengikut konsep berasaskan pengangkutan tradisi yang menggunakan jalan air. 

Jadi dengan adanya Jeti Muzium ini pengunjung berpeluang untuk datang ke Muzium Negeri Terengganu dengan menggunakan jalan air. 

Kelihatan beberapa got penumpang berlabuh di jeti ini. Mungkin masa PKP ini ianya tidak beroperasi.

Tangga turun dari jeti untuk turun/naik ke perahu/jeti.


Jambatan Kayu Pulau Sekati.

Jambatan Kayu Pulau Sekati dan Jambatan konkrit Pulau Sekati.



Ok, jom ke bahagian lain dalam kawasan Kampung Budaya Terengganu ini. Ini gerbang masuk ke 'Daerah Kemaman'. Terdapat beberapa pameran warisan sejarah Melayu Terengganu di Kompleks Muzium Terengganu ini seperti rumah-rumah Melayu Terengganu, galeri-galeri, Laman Warisan dan perahu besar lama. Setiap pameran ini mempunyai identiti yang sinonim dengan setiap daerah di Terengganu dan diuruskan oleh pejabat daerah masing-masing yang digelarkan 'bapa angkat'.

Then we came upon gerai menjual jajan gorengan. Terus berharap ada keropok lekor! You see, sejak kami sampai ke Kuala Terengganu kami memang teringin sangat nak makan keropok lekor yang panas-panas baru lepas angkat dari kuali. Surely we can buy the frozen ones tapi from experience rasanya tak sama dan tak sesedap bila digoreng sendiri di rumah. 

Yes! Ada keropok lekor! 😃😋. The things was kami sudah explore keliling hotel penginapan kami, Hotel Paya Bunga di bandar KT tapi tak jumpa jualan keropok yang sudah siap digoreng boleh makan terus. In fact, sudah pun kami tanya staff di hotel di mana ada dijual. Kata dia kalau di tengah bandar KT  memang tak ada. Kena travel sikit seperti ke kawasan Losong. Rasa malas la pulak nak naik Grab untuk ke sana semata-mata nak makan keropok lekor panas.. hehe 😄.

Baunya harum keropok lekor di goreng di open air begini sangat membangkit selera 😄. Terus kami order satu pack. 

Antara produk-produk lain yang ada dijual di gerai ini. Kami tak beli sebab bila dibawa balik rumah it will end up in our freezer for months sampai la expire.. hehe 😂.

Ada nisan kerek (gula kabung), keropok dan ikan masin. 
🔸Perkataan 'nisan' itu adalah pendek untuk 'manisan'. Kerek pula merujuk kepada bekas manisan itu iaitu berbentuk bulat. 
🔸Nisan kerek dibuat menggunakan 70% air nira dan 30% gula (percentage varies among producers) dan dibalut dengan daun mengkuang. Jika kandungan air niranya lebih tinggi ia dipanggilan manisan asli. Kalau gula lebih tinggi dipanggil manisan gula. Dan kalau sama 50% kandungan air nira dan gula ia dipanggil manisan tuak.
🔸Kalau gula Melaka berbentuk silinder, nisan kerek dibuat berbentuk kepingan leper bulat.
🔸Nisan kerek ini boleh tahan antara 3 bulan hingga lebih 12 bulan jika disimpan dengan betul dalam peti ais.
🔸Ia boleh digunakan sebagai pengganti gula dalam sesetengah masakan atau untuk membuat kuih muih.

One pack please, kind sir 😃.

Tak sabar dah kami nak makan.. hehe, Macam la tak pernah makan. But seriously, keropok lekor dari Pantai Timur for us had always been the best ones. Also how often la kami dapat ke sini kan. Itu yang teruja sangat nak makan keropok lekor ni 😄.

Tak ingat dah harga satu pack ni. Tapi definitely very reasonable dan terjangkau. Kalau beli satu pack seorang untuk a family of six, rasanya tak kempis wallet 😀.

Alhamdulillah, dapat juga kami makan keropok lekor. 

Fluffnya, garing luarnya, lembut liat-liat dalamnya, perfect bite saiznya, panas-panasnya, amazing sosnya... huuuu.... sedap sangat! 😋 Syukur Alhamdulillah.

Ok, lepas makan kami sambung lagi jalan-jalan exploring Kampung Budaya Terengganu ini.

Seterusnya kami ke Rumah Nelayan Tradisional. 

Maklumat tentang Rumah Nelayan Tradisional. Fyi, rumah serupa ini tidak akan ditemui lagi di mana-mana perkampungan nelayan pada masa kini. 

Rumah Nelayan Tradisional Terengganu.

Perkarangan rumah tradisional ini juga dibuat begitu cantik sekali.

Rumah ini dibina mengikut spesifikasi sebenar menggunakan bahan-bahan semulajadi. Contohnya, rangka rumah ini dibuat dari batang kayu gelam, tembusu atau kayu anak kuat. Lantainya pula dibuat dari bilah nibung. 

Dinding rumah ini dibuat dari buluh jalinan yang dikenali sebagai dinding pelupuh manakala atapnya dibuat dari daun nipah.

Perkarangan rumah ini turut dihiasi dengan pelbagai peralatan milik seorang nelayan bagi mengembalikan keaslian perkampungan nelayan.


Foto kanan ialah tetuan dan bubu. 

Tetuan, juga dikenali sebagai tetuang atau trompet Melayu, adalah merupakan sejenis alat bunyian yang digunakan untuk memanggil awak-awak untuk turun ke laut. Ia dibuat dari tanduk kerbau jantan (kerbau balau). Hanya tanduk kerbau jantan sahaja yang digunakan kerana ia lompang dan sesuai dijadikan alat bunyian. Manakala tanduk kerbau betina lebih tumpat sesuai untuk membuat hulu dan sarung parang. Alat bunyian tradisional ini kini hanya boleh dilihat dalam majlis-majlis seperti istiadat diraja, tetamu kehormat atau majlis keraian.

Yang bergantungan di serambi rumah ini adalah bola-bola kaca yang berfungsi sebagai pelampung. Ia sudah lama tidak digunakan kerana penukaran kepada pengunaan pelampung plastik. Sekarang ia lebih digunakan sebagai hiasan rumah.

Jalinan buluh dinding pelupuh dibuat berongga untuk pengudaraan dalam rumah.

Jemuran ikan kering di laman.

Lesung kayu dan batu pengisar beras. Lesung kayu berbentuk seperti perahu ini juga dikenali sebagai lesung hindik. Tak nampak pula alu/batang kayu penumbuknya. Selalunya jenis lesung ini digunakan untuk memisahkan beras dari sekamnya. Batu kisar beras pula digunakan untuk mengisar beras, juga pulut, kacang hijau dan sebagainya. 

Di laman juga ada ditanam pokok kepala lengkap dengan tempurung-tempurung kelapa diletak menelungkup at the base of the coconut tree. Juga dibuat replika perigi lengkap dengan tiang penggantung gayung. 

Di tepi rumah ada ampaian pakaian yang tiang-tiangnya adalah batang-batang pokok dan tali ampaian menggunakan tali guni. Juga ada beberapa tempayan tradisional. Bekas-bekas bermulut besar ini cantik kerana ada ukiran timbul di sisinya. Selain untuk menyimpan barangan, makanan dan air, ia juga digunakan untuk merendam mengkuang untuk anyaman. Tempayan juga digunakan untuk menyimpan air dan diletakkan di kaki tangga rumah untuk membasuh kaki sebelum naik ke rumah. 

Di belakang Rumah Nelayan Tradisional ini ada seorang nelayan sedang membuat bubu. Let's go have a closer look.

Perahu nelayan turut dipamerkan di Rumah Tradisional Nelayan ini.

Memerhatikan seketika pembuatan bubu. 

Sambil ambil gambar, sambil saya bersembang dengan lelaki ini bertanya serba sedikit tentang bubu dan cara pembuatannya.

I think it is such a commendable effort by the museum in showing the method of making this fish trap which I personally think is very important to be shown especially to the younger generations. Great way to preserve our beautiful heritage and culture. 

Dan saya especially happy bila melihat seorang yang muda seperti lelaki ini mempunyai kemahiran dalam membuat bubu yang kita semua tahu adalah salah satu alat perangkap ikan tradisional yang makin kurang digunakan. Samada kemahiran lelaki ini datangnya dari orang tua beliau atau dipelajari dari bengkel kemahiran atau dari mana-mana sumber, saya berharap ianya dapat terus dilakukan for many more generations.

Sebelum beredar saya mengucapkan terima kasih pada lelaki ini kerana sudi melayan soalan-soalan saya. 

Bahagian tepi Rumah Nelayan Tradisional. Perhatikan tingkap bertongkat rumah ini. Nice!

Bahagian belakang Rumah Nelayan Tradisional. Perhatikan para tempat menyimpan pinggan mangkuk di dinding belakang rumah ini. Teringat rumah opah saya dulu memang ada para begini.

Sisi rumah dan anjung belakang rumah.

Ok, selesai di Rumah Nelayan Tradisional, kami ke Galeri Perahu pula.

Ok, sebelum itu, inilah lebih kurang lokasi-lokasi bangunan Muzium Negeri Terengganu, kawasan Kampung Budaya dan Galeri Perahu Terbuka dan Galeri Perikanan. 

Galeri Perahu terbuka ini besar sebenarnya dan terdiri dari beberapa astaka besar yang di bawahnya dipamerkan perahu-perahu tradisional. 

Di dalam Kompleks Muzium Negeri Terengganu ini, selain dua buah perahu besar yang telah kami lawat earlier, iaitu Perahu Besar Kemajuan T.65 dan Perahu Besar Sabar T.82, terdapat juga perahu-perahu nelayan tradisional bersaiz kecil dipamerkan di Galeri Perahu Terbuka ini. 

Di pavillion pertama ini dipamerkan perahu-perahu Jalur. Di sini ada Perahu Kulit dan Perahu Jokong. 

Maklumat tentang Perahu Jalur.

Tentang Perahu Kulit.

Lihatlah betapa uniknya Perahu Kulit ini. Bagaimana agaknya perahu ini dibuat kalis air? 

Tentang Perahu Jokong. Keseluruhan perahu ini dibuat daripada sebatang kayu yang berukurlilit besar .


Jom ke pavillion seterusnya.

Di kanan kiri laluan antara astaka dihiasi dengan kain-kain batik Terengganu yang cantik.

Di hujung sana adalah bangunan Galeri Perikanan. Kami akan ke sana selepas selesai di Galeri Perahu ini.

More beautiful Batik Terengganu.

Di astaka ini pula dipamerkan Sampan Perahu Besar dan Perahu Kajangan. 

Maklumat Sampan Perahu Besar. Selain untuk membawa penumpang dari darat ke kapal besar ia juga berfungsi as a lifeboat. 

Perahu Kajangan. Ia bermuncung paruh itik dan berbumbung. 


Di sini pula ada penerangan tentang Proses Pembinaan Perahu.


Penyediaan Lunas.

Membentuk dan Melentur Papan.



Ini pavillion terbesar yang ada di Galeri Perahu terbuka ini. 


Di pavillion ini ada Perahu Jalural yang juga dikenali sebagai Perahu Lumba.

Info tentang Perahu Jalural. 

Next, Perahu Payang.


Nampaknya ada ukiran watak-watak wayang kukit pada perahu ini.



Seterusnya beberapa buah perahu-perahu kecil. 

Ini Perahu Kolek Gelibat.

Perahu Bedar.

Perahu Haluan Katup.

Seterusnya Perahu Buatan Barat (Payang Besar).


Cantik sungguh ukiran dan lukisan motif tumbuh-tumbuhan pada perahu ini.

Juga ada ukiran burung.



Bersambung...

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.    

No comments:

Post a Comment