Wednesday, December 2, 2020

KUALA TERENGGANU - MASJID ABIDIN - DAY 01 - PART 02

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ dan بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.


Ok, saya teruskan cerita percutian kami di Kuala Terengganu. 

Dalam lift ada maklumat aktiviti keagamaan yang dilaksanakan di Hotel Paya Bunga, hotel penginapan kami selama di Kuala Terengganu. Ada kami diberitahu oleh seorang hotel staff yang hotel ini sebenarnya dimiliki oleh Majlis Agama Islam Terengganu. 


Hotel Paya Bunga Terengganu.
🔸Hotel Paya Bunga Terengganu adalah sebuah hotel Patuh Syariah yang terletak di Pantai Timur Semenanjung Malaysia, Kuala Terengganu. Memosisikan dirinya sebagai hotel bandar 4 bintang, Hotel Paya Bunga menempatkan 208 bilik dan suite yang lengkap.
🔸Hotel ini terletak di Kawasan Pusat Perniagaan di Kuala Terengganu, yang menawarkan suasana yang tenang, kemudahan menarik dan menyeronokkan di sekitar hotel di kompleks berprestij negeri Terengganu iaitu Paya Bunga Square, Paya Bunga Sentral dan Paya Bunga Plaza.
🔸Hotel perniagaan yang bergaya ini adalah sebahagian daripada bangunan bersepadu Paya Bunga Square dan dihubungkan dengan mudah melalui jambatan penghubung berhawa dingin sepenuhnya ke Paya Bunga Plaza dan Paya Bunga Sentral.
-Sumber: payabungahotel.com

Dari Hotel Paya Bunga kami berjalan ke Hentian Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu yang lokasinya betul-betul sebelah Hotel Paya Bunga. 

Kami ke hentian bas ini sebab kami rancang nak naik BAS KITē yang unik ini round sekitar Kuala Terengganu. 

BAS KITē ni ada jadual perjalanan dan laluan-laluannya tersendiri. According to the BAS KITē's (Cas LIgas Sdn Bhd) official website, semuanya ada 5 Laluan. 

Contohnya bas BAS KITē yang ini laluannya adalah Laluan C02 iaitu laluan dari Terminal Bas MBKT ke Masjid Kristal.

Ada disediakan di hentian ini papan Jadual Perjalanan BAS KITē untuk memudahkan pelancong memilih Laluan yang mana dan Trip yang pukul berapa. Senanglah kita nak rancang. Jadual di bawah ini adalah jadual untuk Laluan C01 A dari Terminal Bas MBKT ke Masjid Terapung. 

Yang ini pula jadual untuk Laluan C01 B dari Terminal Bas MBKT ke Pusat Sains Kreativiti Terengganu.

Kami pilih laluan yang ini ~ Laluan C02 untuk route dari Terminal Bas MBKT ke Masjid Kristal. Masa tu sudah pun pukul 2:17 petang. Ikut papan jadual ini next Trip adalah Trip No. 3 pada pukul 14:30. So kalau kami nak ambil Trip No. 3 ini, makanya kami cuma ada beberapa minit saja lagi sebelum bertolak. Since masa tu kami belum lagi lunch, jadi kami decided untuk ambil Trip seterusnya iaitu Trip No. 4 pada pukul 5:00 petang. Meaning there'll be ample time for us to do a bit of afternoon walk around the area after we had our lunch.

Jom kita cari lunch. Kami nak makan nasi campur je. 

Lapar dah nak jalan cari tempat makan lain, jadi kami ke food court dalam Hentian Bas MBKT ini saja.  


Jumpa pula gerai yang ada lauk gulai ikan patin tempoyak 😋😄😃.

Ada banyak kedai-kedai jual pakaian di tingkat satu hentian bas ini. So lepas makan wife ajak ke atas, dia nak cari tudung. 

Selain dari gerai makan, dalam bangunan Hentian Bas MBKT in juga ada kedai-kedai menjual pakaian seragam sekolah dan badan beruniform, pakaian lelaki dan wanita, kedai jahit pakaian / repair jeans, butik pengantin, kedai emas, kedai menjual barangan kulit dan lain-lain.

Kalau cari tudung di sini memang spoilt for choice. Tudung segala fesyen dan cutting, warna, jenis material, berkerlipan atau tidak, yang murah sampai yang mahal, nak beli sehelai atau sebundle... semua ada. Dan boleh tawar menawar lagi.

Saya usik la my wife tanya, 'Kita ni kena beli extra luggage ke ni?'.. hehehe... 😄. 

Tudung lip lap merelik.

Isteri sibuk cari tudung, saya macam biasa sibuk ambil gambar le 😄.

Pemandangan hub teksi dan Jalan Syed Hussein dari tingkat 1 Hentian Bas MBKT.

Tidaklah semua pakaian wanita sahaja, untuk lelaki pun ada juga.


Selesai beli tudung, kami berjalan kaki dari Hentian Bas MBKT ke arah Masjid Abidin ikut Jalan Masjid Abidin. Its location is just about 10 minutes walk from Hentian Bas MBKT.

Masjid ini memang kami nak lawat sebab ianya adalah salah satu dari masjid yang paling bersejarah dan antara yang tertua di Kuala Terengganu. Ia kini berusia lebih 200 tahun.

Masjid Abidin juga dikenali sebagai Masjid Besar atau Masjid Puteh telah dibina antara tahun 1793-1808 Masihi oleh Sultan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mansur Riayat Shah (Sultan Zainal Abidin II) yang asalnya adalah sebuah istana kayu. 

🔹Menurut FB Beautiful Terengganu, pada satu ketika "...keseluruhan Masjid ini ditukar warna ke putih dan sejak itu dikenali sebagai Masjid Putih. Uniknya lagi adalah pada Tiang Masjid yang menggunakan Putih Telur". 
🔹Ada pula yang kata salah satu bahan binaan yang digunakan untuk bina dinding masjid ini adalah putih telur. 

Dan ada pula yang saya baca AJK masjid ini beritahu memang betul ramai yang menamakan masjid ini Masjid Putih kerana dikatakan putih telur digunakan sebagai salah satu bahan binaan masjid. Tapi sebenarnya ia dinamakan Masjid Putih sempena nama seseorang iaitu Syed wali Putih dari Acheh. Ia dibina bersama oleh Tok Pelam Terengganu dan Syeikh Ibrahim Terengganu.

Masjid bersejarah ini berlokasi di Kampung Masjid, Kuala Terengganu. Bangunan yang asalnya diperbuat daripada kayu ini telah mengalami banyak perubahan dari segi struktur fizikalnya ekoran peredaran masa dan keperluan semasa. 

Di bawah pemerintahan Al-Marhum Sultan Umar (Marhum Baginda) kira-kira tahun 1852 bangunan kayu itu telah diganti dengan bangunan baru yang diperbuat daripada batu.

Pada tahun 1901 semasa pemerintahan Al-Marhum Sultan Zainal Abidin III, masjid ini sekali lagi diubahsuai dan dibesarkan bagi menampung jemaah yang semakin bertambah. Pembesaran ini melibatkan kerja-kerja pemasangan tiang-tiang di ruangan tengah bahagian dalam dinding, dinding tembok simen, atap serta tiga buah menara.

Pada tahun 1972, Sultan Terengganu ketika itu, Al-Marhum Duli Yang Maha Mulia Sultan Ismail Nasiruddin Shah telah memerintahkan supaya masjid itu diperbesarkan sekali ganda lagi. Pembesaran ini membolehkan masjid ini menampung sejumlah 2,500 jemaah pada satu-satu masa. Serentak itu sebuah menara tinggi telah didirikan bersama beberapa buah kubah di atas bumbung bangunan tersebut. Masjid ini seterusnya telah dinaiktaraf dari segi kemudahan dan hiasan dalaman pada tahun 2007.

Makam DiRaja lama terletak berhampiran masjid ini.

Baik, jom kita masuk ke dalam kawasan masjid. Fyi, ketika itu masjid ini masih lagi boleh dimasuki semasa bukan waktu solat 5 waktu. 

Papan tanda arah Masjid Abidin.


Pintu masuk ke Dewan Solat Wanita.


Yang bukan beragama Islam juga boleh melawat masjid ini.

Menara Masjid Abidin.

Saya berjalan pusing ke bahagian depan masjid, di pintu pagar masuk utama. 

Sungguh pun tiada larangan memasuki/melawat masjid ini ketika luar waktu solat 5 waktu, pengunjung tetap dimestikan scan MySejahtera dan imbas suhu badan.

Masjid Abidin adalah salah satu dari 8 masjid yang dibenarkan mengadakan solat Jumaat dan berjemaah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).





Jom kita masuk ke dalam.

Dewan solat utama bahagian lelaki.

Menurut cerita, masjid ini pada mulanya didirikan tanpa tiang di tengah-tengah bahagian dalam bangunan. Dindingnya hanya sekerat dan melengkung berlubang-lubang bagaikan pintu gerbang. Terdapat sebuah binaan kayu yang beratapkan kayu berlian. Terdapat juga enam buah kolah pada masa itu dan setiap satunya berukuran kira-kira dua depa panjang dan 1 1/2 depa lebar.

Semasa pemerintahan Almarhum Sultan Zainal Abidin III, barulah binaan itu dibaiki dan diperbesar seperti mana sekarang (sebelum tambahan baru) dengan ditambah tiang-tiang di ruangan tengah bahagian dalam, dinding tembok simen, diadakan sutuh dan tiga buah menara. Pembinaanya pada masa itu dikelolakan oleh Tengku Muda Kemaman (Tengku Panglima Besar), dan tukangnya pula terdiri daripada orang-orang Melayu dan juga Cina. Tulisan-tulisan kasar yang terdapat di pintu masuk utama telah ditulis oleh Tengku Abdul Kadir bin Salim, manakala lukisan-lukisan kecil pula dilukis oleh Tuan Haji Abdul Rahman.




Mimbar yang ada sekarang dibuat oleh Encik Abdul Kadir. Semasa pemerintahan Duli Yang Maha Mulia Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah, perubahan besar telah dibuat dengan tambahan baru yang hampir sekali ganda luasnya dari bangunan asal dan penambahan alat-alat baru. Selain daripada tempat untuk beribadat, masjid ini juga digunakan untuk pelbagai aktiviti keagamaan.




Kemudian saya ke bahagian luar masjid pula.

Pada tahun 1881, Sultan Ahmad II ibni Yang Dipertua Muda Tengku Mahmud telah membangunkan kubah masjid ini bagi menggantikan kubah lama yang telah dibina pada masa pemerintahan Sultan Umar. Satu istiadat telah diadakan sempena upacara tersebut pada jam 7.00 pagi, Sabtu 1hb Jamadil Akhir 1298H (1881M). 16 das tembakan meriam menandakan rasminya penggunaan kubah baru di masjid ini.




Masjid ini ada 9 kubah semuanya. 





Di sebelah Masjid Abidin adalah Makam Diraja Masjid Abidin. Antara kerabat diraja yang dimakamkan di sini adalah Sultan Zainal Abidin III, Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah, Sultan Ali Shah, Sultan Ismail Nasiruddin Shah dan Tengku Ampuan Besar/Permaisuri Tengku Tengah Zaharah.


Ok, selesai dengan lawatan ke Masjid Abidin, Kuala Terengganu, kami decided untuk berjalan balik ke hotel dahulu dan berehat di bilik sekejap sebelum naik BAS KITē pada pukul 5 petang nanti. Masa tu baru pukul 3:40 petang.
Hentian Bas MBKT dan Jalan Masjid Abidin.


Hotel penginapan kami di Kuala Terengganu, Hotel Paya Bunga Terengganu.

BAS KITē.

Jalan Masjid Abidin.

Eh... ada mural dinding besar di PB Parking Lot tu. Jom kita gi tengok.

Waaa.. very nice.. the colorful murals are huge!


Lukisan mural besar di bahagian sisi bangunan lama di Jalan Banggol ini dilukis bertemakan Wajah Tradisional Terengganu dengan tujuan untuk menceriakan struktur bandar dalam kawasan pentadbiran negeri dalam Program Seni Hias Bandar.

Mural ini adalah hasil seni 4 orang anak muda dan belia dari Red Rebel. 

Dan yang hebatnya mural setinggi 4 tingkat bangunan ini dihasilkan tanpa menggunakan projektor untuk mengimbaukan draf lukisan tapi tetap menepati piawaian dan kehendak. 





Ada juga beberapa mural yang kecil begini. 



Di lorong ini juga ada beberapa lagi mural dinding. 








Jom sambung balik jalan ke hotel.

PB Square.

Ferns art installations. Nice!



Koridor ke Hotel Paya Bunga.

Bergambar bersama Mat Dan @ Daniel Tyler.

Bersambung...

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

4 comments:

  1. berapa helai tudung Puan Azila beli tuuu..?
    sekodi, dua kodi .. hehhehehe

    apparently banyak bangunan lama yang guna putih telur as one of the mixture for the building kan ?
    banyak dah jumpa
    ada this Jeronimo Monastery kat Lisbon dulu guna , then the egg yolk pulak banyakj , then depa cipta/ guna untuk buat the famous Portogeuse egg tart tu .

    macamana nak pronounce Kite tu ?
    as in 'kita ' ? or kit[air] or as kite [ layang-layang ] ? :))

    cantiknya ukiran kayu dekat dinding dan jubin dekat tiang masjid tu !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... kalau banyak tu kami kena beli extra bag! :D

      Betul doc. Masa percutian kami bangunan yg dibuat dgn putih telur are Jam Gadang di Bukittinggi Sumatera Barat, Masjid Abdullah di Kuala Sungai Parit Pekan Pahang, Istana Sepachendera di Alor Setar dan Kellie's Castle di Batu Gajah Perak.

      I think cara sebutnya macam bunyi 'kita' juga.

      Yes indeed! I love that jubin design doc! Klasik sgt.

      Delete