Monday, October 8, 2018

HAJI 1426H / 2006M

Selepas buat blog entries kisah lama seperti percutian saya ke Budapest/Vienna (1998) dan ke Perth (2001), sekarang saya blogkan pula ibadah haji di Tanah Suci saya bersama isteri ketika musim Haji 1426H/2006M. 

Bersyukur kami kepada Allah swt kerana kami telah dimurahkan rezeki dan selamat menunaikan haji yang merupakan rukun ke-5 yang wajib dilaksanakan seperti yang tertakluk dalam Rukun Islam, kewajipan agama yang hendaklah dilakukan oleh umat Islam sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup mereka bagi yang berkemampuan dan larat mengerjakannya. 

Pendaftaran untuk menunaikan haji kami buat di Tabung Haji pada 10/07/2002. Dan kami terima surat pengesahan dari Tabung haji memberitahu kami telah dipilih untuk menunaikan fardhu haji musim haji 1426H/2006M pada April 2005 untuk isteri saya dan pada Julai 2005 untuk diri saya (selepas rayuan). Jadi tempoh menunggunya adalah selama lebih kurang selama 3 tahun.

A couple of years ago kami ke Tabung Haji kerana ada sedikit urusan jadi saja la kami bertanya kalau kami nak mendaftar untuk buat haji kedua, berapa lamakah tempoh menunggunya. Kami diberitahu it will only be pada tahun 2080 iaitu about 60 tahun lagi. Mungkin ini kerana keutamaan mestilah diberikan kepada rakyat Malaysia yang masih belum lagi berpeluang menunaikan ibadah Haji. 

Ini surat tawaran dari Tabung Haji kepada isteri saya sebagai jemaah haji menunggu (Standby) bertarikh April 2005.

Ini pula surat rayuan untuk menemani isteri saya sebagai mahram dari saya kepada Tabung Haji bila saya dapati nama saya tidak disenarai sebagai jemaah haji tahun itu. Rugi la kalau isteri saya yang dah dapat tawaran tapi tak dapat pula pergi kerana nama saya tidak disenarai. Bukan senang nak dapat giliran pergi tu. Makanya saya pun buatlah rayuan.

Ini surat tawaran untuk menunaikan fardu haji (terpilih) kepada saya dari Tabung Haji.

Ini surat pengesahan pendaftaran pakej haji 'Firdaus 2 Sebilik' dari Tabung Haji. 

Ini checklist barang-barang yang perlu dibawa. Inilah antara bekalan yang perlu selama tempoh 40 hari semasa musim haji. Bila go through the list, eh.. macam cukup ke? Actually cukup. Tambah la mana-mana items yang perlu lebih. Masa di hotel kami sering hantar pakaian for laundry dan juga basuh sendiri.


Ini surat panggilan kursus haji bersiri.

Soalan-soalan ujian kursus haji.



Dan ini pamphlet dari Tabung Haji. 



Kami telah mengambil Pakej Firdaus. 


Kami dalam kumpulan jemaah yang ke Makkah dahulu.

Lokasi Masjidil Haram dan hotel-hotel dalam pakej-pakej Tabung Haji. 

Ini pula peta lokasi Masjid Nabawi dan hotel-hotel TH.

Kami juga diberi beberapa tags untuk kegunaan kami selama di tanah suci. Tag kain ini dijahit pada beg.

Ini tag beg jemaah.

ID tag ni adalah sangat penting dan mesti dipakai setiap kali keluar hotel. 

Dan setiap jemaah juga diberi ID bracelet ni. 

Masa kami buat haji dulu, jemaah diberikan Passport Haji warna hijau ni.

Dalam passport ini ada ditampal Visa Haji.

Ada butir-butir mengenai mahram dan certification of vaccination.

Kami masuk ke tanah suci pada 30 December 2005 melalui Jeddah dan pulang ke tanah air pada 8 Februari 2006 via Madinah. Jadi kami berada di tanah suci selama 40 hari.

Baik sekarang saya bercerita dengan iringan foto-foto.

Disebabkan kumpulan jemaah haji kami berlepas pada penghujung musim haji, kami diterbangkan terus ke Makkah. Untuk kumpulan yang berlepas ke tanah suci pada awal musim haji seperti abang ipar dan isteri dia, mereka terus dibawa ke Madinah. 

Penerbangan Saudia dari Kuala Lumpur ke Jeddah mengambil masa lebih kurang 8 jam. Semua jemaah haji diuruskan di King Abdul Aziz International Airport di Jeddah melalui Terminal Haji.

Semasa musim haji kami berada di kedua-dua tanah suci Makkah dan Madinah serta lawatan ke Jeddah. 

Pemandangan-pemandangan ketika menghampiri King Abdul Aziz International Airport.











Jemaah dibawa ke Makkah dengan bas.  

Pemandangan di Kota Makkah.

Ada banyak restoran di sini.

Bangunan di sebelah kiri tu ialah Masjidil Haram.


Semasa di Makkah, kami menginap di Hotel Firdous Makkah, berhadapan dengan Pintu King Fahd di Masjidil Haram. Lokasinya adalah 30 meter dari Masjidil Haram. Rasanya hotel ni dah dirobohkan dan diganti dengan bangunan/hotel baru.

Teringat lagi kami, di bawah hotel ni ada kedai jual aiskrim dan fruit juice yang sangat la sedap.

Ini pemandangan Masjidil Haram dari Hotel Firdous Makkah. Pintu masuk ke Masjidil Haram di tengah-tengah gambar adalah Pintu King Fahd. 

Pemandangan semasa kami sampai tu sebenarnya adalah jauh lebih sesak dari dalam foto di bawah. Ketika itu begitu banyak bas-bas yang baru tiba ke Makkah dan sedang bergerak menuju ke hotel-hotel. 

Dan keadaan bertambah sesak masa itu kerana kebetulan pada hari yang kami sampai ke Makkah tu adalah hari Jumaat, pada waktu solat Jumaat nak bermula. Masa sememangnyalah keadaan di jalanraya dan dataran sekeliling Masjidil Haram sungguh sesak. Jadi lepas kami letak je beg-beg kami di dalam bilik, saya terus berwuduq dan bergegas ke Masjidil Haram seorang diri. Masa tu baru sampai jadi belum ada kawan lagi. Kami bersetuju untuk isteri bersolat sahaja di bilik hotel memandangkan keadaaan mungkin merbahaya untuk dia. Bayangkanlah masa itu tengahari panas, saya pula baru je sampai Makkah dan tak sempat lagi untuk berehat, terus ke masjid mengharungi lautan manusia. Dan masa tu pula saya berpakaian ihram. Saya tidak dapat masuk ke masjid pun sebab terlalu ramai sangat jemaah hingga melimpah ke jalanraya. Akhirnya saya dapat juga tempat kecil yang cukup-cukup sahaja untuk duduk dan bersujud. Dan tempat itu ialah di tempat landing tangga. Berasak pula masa duduk tu dengan mak cik-mak cik dari Turki yang berbadan besar. Namun saya sedar itu semua cabaran. Honestly, I remembered not being angry or annoyed or anything remotely negative being in that situation. Rasa redha je masa tu. And overwhelmed. However, I do remember in my mind masa tu tak nak terlepas bersolat Jumaat di Masjidil Haram sebab rugi la sangat-sangat kalau terlepas.  

Setelah selesai bersolat Jumaat, maka saya pun berjalan balik ke hotel. Perjalanan sejauh kurang 30 meter itu ambil masa lebih 30 minit kerana sekali lagi terpaksa mengharungi lautan manusia. Berhimpit-himpit. Bila saya kata 'lautan manusia' saya totally not exaggerating. Macam betul-betul berada di tengah lautan, sekejap terhanyut ke kiri dan kanan, ke depan dan belakang. Ke semua arah lah. Semua nak berjalan ke arah masing-masing maka bertolak-tolaklah mereka. Yang penting saya ingat masa itu ialah jaga diri jangan sampai terjatuh. Sebab kalau jatuh habis la kena pijak. 

Dan masa itulah berlaku satu kejadian yang lucu. Sedang saya berasak-asak tu, tetiba saya dipeluk dengan begitu kuat sekali dari arah belakang. Eh... heran betul! Cepat-cepat saya kepit beg kecil yang saya sling over my shoulder. Ye la kan, dalam beg tu ada passport. Then lelaki yang memeluk saya tu terus meminta maaf dan memohon pertolongan saya untuk membantu dia dan isteri dia yang ketika itu sedang memeluk belakang suaminya itu untuk mengharung lautan manusia tu. Saya menoleh dan saya dapati kedua-dua suami isteri tu kecil-kecil orangnya. Mereka dari Indonesia. Riak muka mereka nampak begitu cemas sekali. Ya Allah kesian saya tengok. Maka saya faham kenapa mereka perlukan bantuan kerana jemaah lain yang berasak masa tu adalah mostly dari bangsa Arab yang badan tinggi dan besar-besar belaka. Rasa bersyukur juga saya masa tu sebab badan saya yang gemuk ni.. hehe. 

Bila dah faham my role masa tu, saya terus pegang kuat tangan si suami and slowly guided him and his wife to a clearing across the road. Bila dah sampai ke clearing tu, nampak muka mereka lega. Saya lagi la lega sebab saya risau kalau saya tersungkur tadi takut la mereka juga akan jatuh. Before we parted ways, mereka berdua berterima kasih pada saya. Saya berterima kasih juga pada mereka because bila bertiga there was strength in numbers. Bila saya fikir balik, ini bukanlah satu kejadian yang lucu seperti yang saya tulis di atas kerana jika tersilap langkah kami boleh jatuh dan tercedera. SubhanAllah. 

Secara umumnya perjalanan ibadah haji akan bermula apabila Jemaah Haji meninggalkan hotel masing-masing di kota Makkah menuju ke Arafah untuk berwukuf. Lazimnya mereka akan tidur di sini selama satu malam dalam khemah yang telah disediakan.

Dari Arafah, Jemaah Haji seterusnya akan bergerak ke Mina di mana mereka perlu berada di sana selama 3 hari untuk melontar di ketiga-tiga Jamrah yang terletak di sana. Dalam perjalanan ke Mina, mereka akan melalui sebuah kawasan yang dinamakan Muzdalifah.

Selepas bermalam di Mina, Jemaah akan kembali ke Makkah untuk menghabiskan manasik (perbuatan-perbuatan dalam ibadah) haji mereka. Selepas semuanya diselesaikan, perkara yang seterusnya dilakukan ialah menambahkan ibadah sehingga tiba waktu pulang ke Malaysia. 

Beginilah suasana ketika solat waktu di Masjdil Haram seminggu sebelum wukuf. Jemaah bersolat hingga ke jalanraya. Masa ini sangat ramai jemaah sudah berada di Makkah menunggu waktu ke Arafah.

Kawasan Arafah.

Kawasan khemah wukuf di Arafah.


Pintu masuk ke khemah Jemaah Haji Malaysia di Arafah. Di sebelah adalah khemah Jemaah Haji Brunei.

Pada 9 Zulhijah, setelah gelincir matahari (masuk waktu zuhur), maka masuklah waktu wukuf. Berakhirnya waktu wukuf adalah setelah terbit fajar subuh, pada 10 Zulhijah.


Wukuf bermaksud berada di bumi Arafah walau satu saat sekalipun dan dalam sebarang keadaan. Yang afdalnya berwukuf sebahagian daripada siang hari 9 Zulhijah dan sebahagian daripada malam 10 Zulhijah.

Pemandangan lorong antara khemah yang disediakan oleh Tabung Haji di Arafah.

Pemandangan dalam khemah.


Secara kebetulan, abang isteri saya dan isteri dia juga terpilih untuk mengerjakan haji pada musim yang sama. Kami tidak bertolak ke Makkah bersama-sama. Mereka terpilih untuk bertolak ke Tanah Suci pada awal musim haji manakala kami pula pada penghujung musim Haji.

Perjalanan ibadah seterusnya dari Arafah adalah ke Mina untuk bermalam di sana. Tujuan jemaah bergerak ke sana adalah sebenarnya untuk melontar di ketiga-tiga Jamrah. 

Kami bertolak dari Arafah ke Mina dengan menaiki bas selepas solat Asar. Bas bergerak amat perlahan dan pemandangan di kiri kanan penuh dengan manusia yang menuju ke destinasi yang sama.

Suasana di lorong kawasan khemah jemaah Malaysia di Mina.

Khemah-khemah di Mina adalah berhawa dingin. Khemah-khemah di sini mula dibuat dari fibreglass selepas satu kebakaran besar pada tahun 1997 yang telah mengorbankan ramai jemaah haji dari India.

Di dalam khemah jemaah lelaki. Berehat dan berbaringlah di mana ada tempat. 

Dan selama di Mina ini tentulah disarankan supaya jemaah banyakkan beribadat. Di hujung khemah disediakan satu kawasan lapang untuk para jemaah bersolat jemaah. Communal toilets juga ada disediakan di luar khemah. Juga merupakan tempat mandi. 

Suasana di dalam khemah jemaah wanita.

Jemaah sedang mengutip batu untuk lontaran jamrah. Kena pastikan yang dikutip adalah batu dan bukannya ketulan tanah keras. Jumlah batu yang diperlukan ialah 70 butir.  

Ada big signboard di kawasan jamrah. Yang ini petunjuk untuk ke ground floor jamrah atau jamrah bawah.

Jemaah Haji tidak digalakkan oleh petugas Tabung Haji untuk melontar pada waktu sesak. Ada CCTV di kawasan khemah Jemaah Malaysia yang boleh digunakan untuk mengagak waktu yang sesuai untuk melontar.

Jemaah Haji dari Malaysia ditempatkan di khemah-khemah yang disediakan oleh Kerajaan Arab Saudi. Manakala jemaah dari kebanyakan negara lain lazimnya membawa khemah sendiri yang didirikan di antara kawasan khemah tetap dan bangunan jamrah. Makanya perjalanan jemaah haji Malaysia ke jamrah mestilah melalui kawasan perkhemahan ini yang sesak dan berbelok-belok. 

Jalan masuk ke jamrah.

Jambatan turun dari jamrah selepas melontar.



Jemaah Haji Malaysia selalunya dibawa melontar Jamrah oleh petugas-petugas Tabung Haji pada waktu malam.


Pada musim Haji 1426H, tempat melontar terdiri dari 2 tingkat. Jemaah Malaysia akan dibawa melontar dari Tingkat Atas.

Selepas selesai melontar 3 Jamrah di Mina, para Jemaah bergerak kembali ke Makkah untuk melakukan ibadah seterusnya: Tawaf dan Saei bagi melengkapkan ibadah Haji.

Perjalanan bas-bas adalah sangat perlahan kerana kesesakan.

Ada juga jemaah yang memilih untuk berjalan kaki sahaja ke Makkah kerana akan lebih cepat sampai dari menaiki bas. Jarak dari Mina ke Makkah adalah lebih kurang 7 km atau selama about 1 jam 15 minit.

Berangkat meninggalkan Mina menuju ke Makkah.



Sampai ke Makkah, terus ke Masjidil Haram untuk bertawaf di Kaabah. Kami bertawaf di aras bumbung kerana di sana kurang sesak berbanding di aras bawah. Kalau di tingkat satu pulak, tawaf sering terganggu dengan tiang-tiang masjid. Kerana bertawaf di tingkat bumbung maka masa yang diambil untuk melengkapkan 7 pusingan jadi lebih lama berbanding bertawaf di dataran/mataf. Tapi rasanya mungkin masa bertawaf di mataf pada ketika itu adalah lebih kurang sama sahaja dengan di bumbung kerana kesesakan di mataf. 

Selepas bertawaf, diikuti dengan saie pula.

Selesai saie, bertahallul pula. Saya memilih untuk membotakkan kepala. Maka lengkap la ibadah haji kami. Semoga Allah telah menerima ibadah kami. Dan semestinyalah ini merupakan satu pengalaman yang tak akan kami lupa selagi ingatan kami masih kuat dan membenarkan. Dan pada saya personally, dapat pula melakukan haji bersama isteri adalah merupakan satu kurnia dari Allah swt yang buat saya rasa sangat bersyukur dan sangat terharu. 

Suasana Kota Makkah al-Mukarramah



Back then ada restoran KFC dan Dunkin' Donuts. Now ni masih ada kot tapi rasanya bukanlah di lokasi ini.

Beginilah antara doa para jemaah yang mengerjakan haji dan juga doa keluarga dan sanak saudara untuk bakal-bakal haji dan hajjah. 

Bangunan-bangunan sekitar Kota Makkah yang ada dibina di lereng dan atas bukit-bukit. 

Kawasan luar Masjidil Haram.


Sebuah restoran Indonesia.


Masjidil Haram. Suasana lebih padat dengan jemaah terutama ketika waktu solat 5 waktu.

Tak jauh dari Masjidil Haram suasana agak lengang semasa antara solat 5 waktu.



Istana Raja.

Dikatakan di bangunan inilah tempat kelahiran Nabi Muhammad saw. 


Pada masa itu juga boleh dilihat Jabal Qubais yang kini kami diberitahu much of it sudah pun diratakan. 

Ini Masjid Jin.
Dikisahkan sewaktu serombongan jin yang berasal dari persempadanan Syria dan Iran melewati Makkah, mereka terdengar lantunan ayat-ayat suci Al Quran yang dibaca oleh Nabi Muhammad SAW. Mereka terus berbai'at (berjanji setia) untuk beriman kepada Allah SWT, mengikut ajaran Islam dan menyebarkan agama Allah di kalangan mereka. Oleh sebab itu, masjid ini juga dikenali dengan nama Masjid Al-Bai'ah, iaitu tempat serombongan jin melakukan bai'at.

Suasana di Masjid Jin.


Ini pula ialah Perkuburan Ma'ala yang menempatkan pusara isteri pertama Rasullullah SAW, Siti Khadijah.

Selain Siti Khadijah, perkuburan ini juga menempatkan pusara Asma binti Abu Bakar, kakak kepada Ummul Muslimin Siti Aishah yang juga sangat berjasa membantu menghantar makanan kepada Nabi Muhammad SAW dan Abu Bakar As-Siddiq sewaktu mereka bersembunyi di Gua Tsur dalam Hijrah ke Madinah.

Asma dikatakan sering berdoa kepada Tuhan yang dia ingin menyaksikan anaknya mati syahid. Doa Asma dimakbulkan Allah SWT. Dia dikurniakan usia yang panjang sehingga hampir 97 tahun dan dapat melihat anaknya, Abdullah bin Zubair mati syahid. Jasad Abdullah yang mati lebih awal berbanding ibunya ini juga turut dikebumikan di sini. 

Keistimewaan perkuburan Maa'la telah disebut dalam sebuah hadis Rasullullah SAW yang berbunyi: "Allah membangkitkan dari tempat ini (Perkuburan Maa'la) dan dari seluruh Tanah Haram 70,000 orang yang masuk syurga tanpa dihisab atau tanpa perhitungan dosa. Setiap orang dari mereka dapat membawa 70,000 orang. Wajah mereka cerah dan bersinar bagaikan bulan purnama". 


Masjidil Haram.








Masjidil Haram ketika waktu malam.




Pada waktu malam diadakan sesi bersama Ustaz.


Beberapa foto suasana di dalam Masjidil Haram, Kaabah dan mataf.











Pada tahun kami mengerjakan haji iaitu pada sesi Haji 1426H/2006M telah berlaku kejadian bangunan hotel runtuh di Kota Makkah. Foto-foto berikut dirakam oleh abang ipar saya yang menginap di hotel just across the road from the ill fated hotel.

Keadaan Hotel Liluk Al-Khair runtuh sebelum bantuan tiba.









76 jemaah telah meninggal dunia, 4 darinya adalah rakyat Malaysia. Inna Lillahi wa inna ilayhi raji'un.


Beberapa lagi foto suasana di kota Makkah.



Terowong Al Misfalah. Kawasan Al Misfalah adalah laluan yang digunakan oleh Nabi Muhammad SAW sewaktu baginda berhijrah dari Makkah ke Madinah. Baginda ditemani sahabatnya, Saidina Abu Bakar As-Sidiq r.a. Laluan Al Misfalah bukanlah laluan yang biasa digunakan oleh orang-orang Quraisy untuk menuju ke Madinah ketika itu. Menurut riwayat, laluan ini ditunjukkan kepada Rasullullah SAW oleh Malaikat Jibril a.s, atas perintah Allah SWT. Malah, waktu untuk Nabi SAW mula berhijrah ke Madinah juga disampaikan kepada baginda oleh Malaikat Jibril a.s.


Semasa perjalanan dari Makkah ke Arafat.

Jabal Rahmah.

Kawasan Arafat.




Di Jabal Rahmah.  



Seperti juga di tempat-tempat lain yang ramai pengunjung, maka ramai la juga peniaga yang menggunakan kesempatan suasana begitu untuk, contohnya, offer peluang bergambar dengan atau menunggang unta. 



Selepas dibawa keluar dari Jannah dan diletakkan di atas bumi, di sinilah Adam a.s dan Hawa r.a bertemu.

Ramai yang memanjat ke puncak. Di Arab Saudi, Jabal Al-Rahma juga dikenali sebagai Jabal Al-Dua atau the Mount of Prayers.

Jabal Al-Rahma adalah sebuah bukit kecil dan dari platform inilah Nabi Muhammad SAW menyampaikan khutbah selamat tinggal yang tidak dapat dilupakan.

Puncak Jabal Rahmah. Ada tiang kecil putih di atas bukit ini yang menandakan tempat di mana Nabi SAW berdiri lebih dari 14 abad yang lalu.

Pada 2006 tu tiang ni kosong sahaja. 

Pada 2017 ia sudah dipenuhi dengan notis larangan berbuat perkara khurafat.

Pemandangan dari atas Jabal Rahmah. 

Pemandangan sekeliling dari puncak Jabal Rahmah.




Kawasan Arafat.


Melalui kawasan Arafat ini boleh nampak saluran air Ain Zubaidah. Tembok ini adalah sebahagian dari saluran air Ain Zubaidah yang dibina oleh isteri Khalifah Harun Al Rashid bernama Amatul Aziz, untuk kemudahan jemaah haji. 

Saluran ini sudah berusia 12 abad dan tidak lagi berfungsi. Ia adalah saluran air yang sumbernya diambil dari wadi Nu’man yang kemudian disalurkan ke tempat-tempat jemaah haji di Makkah, Arafat, Mina dan Muzdalifah.

Di kawasan Mina.







Mina adalah jalan lembah yang disinggahi oleh para jemaah haji untuk melempar jumrah.

Semasa ziarah tu sunyi sepi je kawasan di khemah Jemaah Haji ini kerana tiada berpenghuni ketika ini.



Pemandangan di Jamratul Kubra, jumrah terbesar di antara ketiga-tiga Jumrah di Mina.


Signboard Jamratul Kubra.




Ini Jabal Nur berlokasi di luar kota Makkah yang merupakan sebuah bukit yang sangat tinggi. Di puncak bukit inilah terdapatnya Gua Hira'. Sejarah penting yang ada pada Gua Hira' ialah di sinilah tempatnya di mana ayat-ayat dari kitab suci Al-Qur’an diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. untuk pertama kali. 

Walau tidak dianjurkan, ramai pengunjung mendaki bukit ini sehingga ke puncak, untuk melihat sendiri gua di mana wahyu mula-mula diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. 

Kami hanya melintasi bukit ini tanpa persinggahan. 

Bergambar bersama-sama rakan-rakan.

Sekitar Kota Makkah.




Ini pula ialah Jabal Thur. 

Papan Tanda dalam pelbagai bahasa di Jabal Thur yang melarang pengunjung mendaki ke puncak bukit.

Tapi tetap juga sangat ramai jemaah yang daki Jabal Thur ini.

Mengikut sejarah, ketika Rasulullah mula berhijrah ke Madinah, baginda bersama Saidina Abu Bakar bersembunyi dari Kaum Quraisy di Gua Thur di Jabal Thur. 

Selama persembunyian tersebut, anak Abu Bakar, Asma mendaki Jabal Thur membawa makanan untuk Baginda Rasullullah dan ayahandanya.

Bergambar di Jabal Thur.

Beberapa lagi foto Jabal Thur.






Sekiranya menginap di Makkah adalah sangat digalakkan untuk mengerjakan Umrah. Oleh itu perlulah keluar dari Tanah Haram untuk bermiqat. Di bawah adalah peta Miqat Umrah bagi penduduk Makkah. Untuk ke miqat boleh lah pergi beramai-ramai atau berdua sahaja suami isteri dengan menaiki van/teksi. 

Salah sebuah tempat yang sering dikunjungi adalah Tana'im. Ia adalah tempat miqat yang paling dekat dengan kota Makkah. Masjid Miqat di Tana'im juga dikenali sebagai Masjid Aisyah kerana isteri Nabi Muhammad s.a.w, Siti Aisyah bermiqat dari sini sewaktu menunaikan umrah.

Bergambar di Masjid Aisyah sebelum pulang ke Kota Makkah untuk mengerjakan umrah.



Ini pula ialah satu lagi Masjid Miqat yang terletak di Ja'aranah yang agak jauh dari Makkah. 


Dikatakan bahawa miqat inilah yang disukai oleh Nabi Muhammad s.a.w. untuk memulakan ihram berumrah.


Juga ada ziarah ke Jeddah. Suasana pagi di Kota Makkah ketika bertolak ke Jeddah.

Selepas selesai ibadah haji sehari sebelum kami meninggalkan kota Makkah untuk menuju ke Madinah, kami telah dibawa oleh Tabung Haji Travel berkunjung selama 1 malam di kota Jeddah.


Berikut adalah foto-foto ketika perjalanan dari Makkah ke Jeddah.













Jeddah adalah bandar pelabuhan yang terletak di pinggir Laut Merah. 

Sekiranya nak berkunjung ke Makkah dengan kapalterbang, di sinilah terletaknya King Abdul Aziz Airport yang merupakan pintu masuk utama bagi Jemaah Haji dan Umrah.

Perjalanan dari Makkah ke Jeddah tak lama, lebih kurang sejam. Setibanya di sana, kami dibawa mengelilingi bandar Jeddah.

Tumpuan lawatan adalah di persisiran Laut Merah.




Bergambar kenangan. 


Di Jeddah kami juga singgah di sebuah masjid terapung yang dinamakan Masjid Rahmah. Menurut mutawif kami, masjid ini dibina oleh seorang wanita untuk membayar nazarnya.

Suasana di dalam masjid terapung.



Pemandangan di luar Masjid Terapung di Jeddah.

Berfoto pakai polaroid! Klasik sungguh.. hehe.




Di Jeddah, kami dibawa ke pusat membeli-belah Corniche Commercial Centre yang terletak di Al Balad. Di sini kami nampak ramai pekerja wanita Filipina keluar masuk ke kawasan perniagaan ini untuk bershopping.

Suasana dalam sebuah mall di Jeddah. 

Seterusnya kami meninggalkan Kota Makkah untuk ke Madinah pula. Memanglah kami rasa sayu bila kota Makkah sedikit demi sedikit hilang dari pandangan kami. 

Pada penghujung perjalanan Haji, kumpulan Jemaah kami dibawa berkunjung ke Kota Madinah yang terletak kira-kira 4 jam perjalanan dengan bas dari kota Makkah. 

Tujuan utama kunjungan adalah untuk membolehkan para Jemaah bersolat 40 waktu di Masjid Nabawi kerana Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa solat di masjidku 40 solat (dengan syarat) ia tidak ketinggalan dalam satu solat (waktu) pun, nescaya akan ditulis baginya kelepasan dari api neraka, dan kelepasan dari azab siksa dan (ia juga akan bersih) dari sifat munafik."

Seterusnya foto-foto pemandangan di sepanjang lebuhraya dari Makkah ke Madinah.














Singgah di sebuah kawasan R&R.






Sebuah masjid di Kawasan Rehat Leburaya Makkah-Madinah.






Tiba di Madinah al-Munawwarah.



Madinah adalah sebuah bandar yang moden.






Berdekatan Masjid Nabawi ada banyak deretan hotel-hotel tinggi untuk penginapan para jemaah. Lokasi hotel-hotel ini adalah tidak jauh dari Masjid Nabawi.










Pusat Membeli-belah Bin Dawood di Madinah.



Masjid Nabawi adalah masjid kedua utama dalam Islam. Masjid ini asalnya dibina bersebelahan dengan rumah Nabi Muhammad s.a.w. 

Mercu tanda utama Masjid Nabawi adalah Kubah Hijau yang menempatkan makam Nabi Muhammad s.a.w. Kubah ini juga asalnya adalah tapak rumah Siti Aisyah r.a.

Senibina yang sangat menarik.

Ramai juga jemaah yang suka duduk di dataran di luar masjid selepas selesai bersolat waktu.

Sebuah hotel yang lokasinya betul-betul di depan pintu masuk ke kawasan dataran Masjid Nabawi.

Suasana ketika selesai solat waktu.

Suasana malam di Masjid Nabawi.



Suasana berdekatan Kubah Hijau. 

Pintu-pintu masuk ke bangunan Masjid Nabawi.


Suasana waktu pagi di Masjid Nabawi. Syahdu sungguh.



Beberapa lagi foto Masjid Nabawi ketika malam.



















Ini adalah kawasan Sokaifat Bani Saedah di mana Saidina Abu Bakar dilantik sebagai Khalifah. Tempat ini terkenal kerana ketika Nabi SAW wafat dan belum dimakamkan, para sahabat telah berkumpul di sini untuk membicarakan peralihan kepemimpinan agar tidak terjadi kekosongan. 

Kami juga dibawa melawat Masjid Quba' yang merupakan adalah masjid yang pertama didirikan setelah kedatangan Islam. Ia terletak di Bandar Madinah. Semasa hayatnya, Nabi Muhammad s.a.w. kerap mengunjungi Masjid Quba dan menunaikan solat sunat. 

Penghormatan yang diberikan kepada masjid ini ialah Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda: "Sesiapa yang bersuci (mengambil wuduk) di rumahnya, kemudian pergi ke masjid Quba' lalu mendirikan sembahyang di dalamnya, ganjarannya samalah dengan pahala ibadat Umrah".






Di pintu masuk Masjid Quba'.

Suasana di dalam Masjid Quba'.








Kami juga melawat Masjid Qiblatain. Pada permulaan Islam, orang melakukan solat dengan kiblat ke arah Baitulmaqdis. Kemudian, turunlah wahyu kepada Rasulullah SAW untuk memindahkan kiblat ke arah Masjidil Haram di Makkah. 

Ketika itu Rasulullah SAW tengah solat dengan menghadap ke arah Masjidil Aqsa. Di tengah solat, tiba-tiba turunlah wahyu surah Al Baqarah ayat 144, yang ertinya: 
“Sungguh Kami (sering) melihat mukamu menengadah ke langit, maka sungguh Kami akan memalingkan kamu ke kiblat yang kamu sukai. Palingkanlah mukamu ke arah Masjidil Haram. Dan di mana saja kamu berada, palingkanlah mukamu ke arahnya. Dan sesungguhnya orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberi Alkitab (Taurat dan Injil) memang mengetahui, bahwa berpaling ke Masjidil Haram itu adalah benar dari Tuhannya; dan Allah sekali-kali tidak lengah dari apa yang mereka kerjakan.” 

Setelah turunnya ayat tersebut di atas, Nabi menghentikan sementara solatnya, kemudian meneruskannya dengan memindahkan arah kiblat menghadap ke Masjidil Haram. Merujuk pada peristiwa tersebut, lalu masjid ini dinamakan Masjid Qiblatain, yang ertinya "masjid dengan dua kiblat".






Bukit Uhud adalah tempat berlakunya pertempuran sengit  antara tentera Islam dan musyrikin dari Makkah yang berakhir dengan kekalahan tentera Islam.

Pemandangan Bukit Uhud - Pahala mengerjakan solat jenazah adalah sebesar Gunung Uhud. Inilah saiz pahala yang diberikan.




Sebelum bermulanya pertempuran, Rasulullah s.a.w. telah mengarahkan supaya 50 orang pemanah mengambil tempat di puncak Bukit Rumat untuk melindungi bahagian belakang tentera Islam. Namun arahan ini tidak dipatuhi dan menjadi punca kekalahan tentera Islam dalam Perang Uhud.









Sangat ramai yang memanjat Bukit Pemanah ini.



Bergambar di Bukit Pemanah.




Di Makam Syuhada Uhud.


Papan kenyataan dalam Bahasa Melayu mengingatkan para pengunjung supaya tidak melakukan amalan syirik di kawasan Makam Syuhada.

Di Makam Syuhada Uhud inilah Saidina Hamzah bin Abdul Muttalib bersama 70 syuhada yang lain yang gugur di Perang Uhud disemadikan. Menurut ceritanya, pernah satu ketika makam ini dilanda banjir dan jenazah-jenazah yang dikebumikan di sini terkeluar dari bumi. Apa yang mengkagumkan, jenazah-jenazah ini tidak reput, hanya kelihatan seperti sedang tidur.

Pemandangan Makam Syuhada di Bukit Uhud.



Melalui kawasan Perang Khandak. Perang Khandak (parit) dinamakan sedemikian kerana tentera Islam telah menggali parit di sekeliling kota Madinah untuk menghalang tentera musuh dari menceroboh dan menyerang Madinah. Dengan bantuan Allah, tentera Islam telah mendapat kemenangan walaupun jumlah gabungan tentera Mekah amat besar.


Masjid Fatah.


Masjid Salman Al-Farisi.


Dan pastinya kalau dah ke Madinah, akan dibawa ke pasar kurma.



Juga ada lawatan ke ladang kurma.














Tidak seperti ketibaan, penerbangan pulang kami adalah langsung dari Madinah. Inilah arrangement bagi Jemaah yang menggunakan Penerbangan Saudia seperti kami.

Bagi Jemaah yang menggunakan Penerbangan Malaysia, mereka perlu menaiki bas kembali ke Jeddah untuk terbang pulang dari sana.

Syukur Alhamdulillah. Kami telah pun dapat mengerjakan haji yang merupakan salah satu rukun islam yang kelima setelah syahadah, solat, zakat dan puasa. 

Dan bersyukur juga saya kerana dapat juga saya merakam perjalanan haji kami berdua di blog ini. 

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

12 comments:

  1. Alhamdullilah & Syukran, blog yg mbina utk dijadikan rujukan jika saya mgerjakan haji kelak, semoga mdpt pahala & barakah dgn blog ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Sama2 En. Zuraidi.
      Aminnn...

      Delete
  2. tinggalkan mina kembali ke mekah,pada 13 zulhijah ke,14 zulhijah sebenarnya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf, saya pun tak pasti. Elok Cik/Encik/Puan tanya Ustaz la ya.

      Delete
  3. best nya....terima kasih kerana share...abang pakai kamera apa time nie...clear...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf, tak ingat dah since dah lebih 10 tahun yg lalu. Most of these photos were taken by my brother-in-law and my friend.

      Delete
  4. Assalam Haji. Terpandang blog Tuan Haji ini. Dan antara satu satu nya gambar Masjid Kuching yang saya jumpa dalam internet. Time saya (Hajj 2008), Masjid Kuching ini masih utuh, tapi selepas 2008 ianya telah dirobohkan. Mungkin saya generasi terakhir yg dapat melihat Masjid Kuching, satu masjid kecil disisi Masjidil Haram yang "sinonim" dengan Jamaah Haji Asia Tenggara. Terima kasih atas gambar gambarnya. (Wan, Kerteh.)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama En. Wan.
      Sebenarnya saya sendiri pun tak tahu masjid tu juga dikenali sebagai Masjid Kuching.

      Delete
  5. seronoknya Ya Allah tunai haji...

    ReplyDelete