Friday, March 6, 2020

KL HOP-ON HOP-OFF - GARDEN ROUTE - PART 01

Bus Hop-On Hop-Off / Bus Sightseeing dan seumpamanya pernah kami naik semasa bercuti di Pulau Pinang, Singapura, Istanbul, Dubai dan Melbourne. Jadi one weekend tu saya dan isteri pergilah naik bus HOHO di KL ni pula. Nak tengok apa yang 'dilihat' oleh tourists dari luar negara. 

Penang Hop-On Hop-Off.

Big Bus Istanbul.

City Sightseeing, Singapore.

City Sightseeing Dubai Bus Tour.

Gray Line Melbourne tours.

And as it turned out dari atas bas HOHO we were 'seeing' KL in an entirely different perspective, which is quite refreshing actually. 

Lama dah sebenarnya kami nak naik bas ni so pada weekend panjang cuti Deepavali 2019 yang lalu kami pun pergilah. Also hoping masa tu tak traffic jam sangat di KL. Kebetulan pula masa tu musim hujan, so kami rancang la sebaik mungkin. 

Dari Ampang kami naik LRT ke stesen MRT Maluri.     




Stesen MRT Maluri.





Stop kejap ambik gambar 'kolam' di stesen ni. Deepavali masa tu. 

Beli tiket, naik MRT.

Naik MRT ke Stesen Bukit Bintang. Ambil gambar peta laluan MRT.. hehe.

Tiba di Stesen MRT Bukit Bintang.



Keluar di Pintu C.

Not our first time di MRT stesen. Tapi saya tetap kagum sebab rasa macam kat airport pun ada juga. Canggih.

Area Bukit Bintang. Kami plan nak naik bas HOHO KL tu dari stesen HOHO di Bukit Bintang ni.


Kami jarang sangat ke KL especially belah-belah Bukit Bintang ni. Kalau tak de urusan memang tak kami ke sini. Thus bagi kami dah lain dah rupanya. Ter'clueless' kejap la juga.. hehe.

Ini foto taken at more or less the same spot back in 2008. 



Isetan dan Stesen Monorail Bukit Bintang. Masih ada lagi Isetan ni. 

Banyak restoran di sini. Sedap sungguh baunya!

Itulah Ticket Kiosk & Tourist Information KL Hop-On Hop-Off di Bukit Bintang.

Boleh masuk dalam to inquire more atau bertanya dan beli saja tiket di kaunter tu.

Selain City Tour, juga ada Sightseeing Tours 'Your Batu Caves Shuttle', 'KL City of Lights' dan 'Putrajaya Night Bridge Tour'. Nak beli tiket ke Aquaria, KL Tower dan KL Bird Park juga boeh di sini. 
Ada 2 jenis tiket HOHO KL: Tiket 24 jam dan 48 Jam. Kami beli tiket 24 jam at RM25 sorang. Tiket 24 jam yang kami beli pada pukul 10 pagi hari itu boleh digunakan sehingga pukul 1 tengahari keesokan hari.

Peta Laluan Bas KL HOHO. Ada City Route dan Garden Route. Ada 26 'Stops' semuanya dan kita boleh turun/naik bas HOHO ni di mana-mana perhentian. Kalau di 'Stops' tu tak ada Kiosk Tiket, naik je bas HOHO tu dan beli tiket dalam bas. Kami plan nak naik di Stop No. 1 (depan Sungei Wang Plaza) dan buat satu round for the Garden Route dan lepas lunch sambung dengan City Route pula. Duduk je dalam bas, tak turun-naik di mana-mana Stop. Kami pilih nak mula di Stop No. 1 ni sebab ia adalah the only interchange antara Garden Route dan City Route.

Laluan hijau ni ialah Garden Route.

Yang merah ialah City Route.

The Tour Packages. Kami berdua interested juga pada 'Putrajaya Night Bridge Tour' tu tapi fikir-fikir balik tak jadi la sebab mahal dan susah nak solat Maghrib. Anyway, when I check again at the official website dah tak de dah package tu.

Tunggu bas Garden Route. Itu ialah bas City Route.

Bas Garden Route dah sampai. Moh naik bas.

Bas HOHO ni 2 tingkat. Bawah ada air-con. Atas ada both air-con dan open air.

Kami dok di open air section. Tak panas ke? Panas la jugak. Di Dubai dulu pun kami duduk bahagian terbuka begini. Kepanasan sampai jadi super tanned... hehe. 

Bas HOHO KL gerak every half hour. Since masa tu cuti umum, makanya jalan tak sesak, so bas ni dapat berlepas on time. 

So ok, enjoy the ride la ya. Rasanya kawan-kawan semua lebih kenal jalan-jalan dan bangunan-bangunan di KL dari saya. 


Kelebihan duduk di section terbuka, boleh la dapat shots macam ni.

Moving away from Stesen Monorail Bukit Bintang.


Tak banyak kereta. Lega otherwise kalau stuck dalam jam terpaksa la kami duduk dalam bahagian air-con.. hehe.



KL Tower.

Antara shots yang memang saya plan nak capture, the KL skyline. Boleh la.. hehe.

Taman Eko Rimba KL - Hutan Simpan Bukit Nanas.  

St. Andrew's Presbyterian Church, Kuala Lumpur. 

Muzium Telekom.

Ini mural bertajuk 'Brave' oleh Yumz dan Anokayer. 
"An artistic take on the youth of the nation portraying the many compilations and contradictions in a single visual."
🌓 The artwork features a little boy wearing a tiger hat playing with a handheld touchscreen device, readily embracing the future while proudly protecting his heritage. This is the artists' take on our youth, who are a bundle of contradictions - they are curious yet indifferent, engaged and yet seemingly nonchalant, and they are rooted in traditional values yet defy orthodoxies.
🌗 Lokasi: Jalan Raja Chulan. Diberikan sempena nama Kerabat Diraja Perak yang banyak berjasa di sebalik penubuhan Persekutuan Tanah Melayu. Jalan ini menghubung terus ke daerah kewangan Kuala Lumpur. Hasil seni ini terletak pada dinding bangunan terbiar yang bakal digantikan dengan sebuah hotel. Sehingga kini, grafiti ini merupakan di antara 1 daripada 6 karya #tanahairku Street Art yang terbesar dalam "Malaysia Book of Records" dengan ukuran 26.5 m tinggi x 21 m lebar- anggaran seluas 8 bukaan gelanggang badminton.
🌓 GPS Coordinates: Latitude: 3.148127 Longitude: 101.699058

Menara Maybank.






Dulu masa saya sekolah menengah ada bas stop dekat Cahaya Suria ni. Rumah parents di Klang. Each time pergi/balik kampung kena naik 3 bas: dari asrama ke Cahaya Suria. Pas tu jalan kaki ke Bas Stand Klang untuk ambil bas ke Klang pula. Lepas tu naik bas dari Bandar Klang ke rumah. As such saya jarang balik ke kampung, dok asrama je, unless cuti panjang la. 

Kota Raya. Bangunan ni dah lama dah, dah boleh dikategorikan sebagai 'heritage' agaknya.. hehe. 

Awesome huge artsy mural, tapi dah partly covered by signage pulak.

Di Jalan Tun Tan Cheng Lock.

Sebuah bangunan lama di KL. 




Mural gambar Sang Kancil dan Buaya yang bertajuk Oreo #MYWonderfilled. Also ada lukisan seorang lelaki menjual durian dan wanita menjual nasi lemak.


One of KL's major landmark, Dayabumi Complex.

Cloak adalah pelajar lepasan ijazah yang telah berkecimpung dalam seni seawal bangku sekolah menengah. Sentuhan seni beliau semakin dikenali dan dihargai dalam komuniti seni jalanan Malaysia.


Sebuah lagi bangunan lama di KL. Bangunan Warisan agaknya. Mungkin pre-war.

Wau besar di entrance ke Pasar Seni.

A pewter-coated polycarbonate replika Wau Bulan di gerbang Kasturi Walk di Pasar Seni.

Ada 3 wau giant di Kasturi Walk ni.

Sebahagian Kasturi Walk ini berbumbung dan ada alfresco-style retail and F&B kiosks. Below are a few photos from my archive.



Di dalam Pasar Seni.

Pasar Seni, Sejak 1888. 132 tahun.
Central Market (Pasar Seni) bermula sebagai sebuah pasar basah di zaman British pada tahun 1888. Selepas beroperasi selama hampir 100 tahun pada tahun 1986, ia ditukar menjadi pusat kraftangan dan kesenian seperti yang kita kenali hari ini.

Kompleks Dayabumi.

Meneruskan tour di Jalan Tun Sambanthan.

Menyeberang Sungai Klang. Stesen LRT Pasar Seni. 

The iconic Stesen Keretapi Lama Kuala Lumpur. 

Stesen Keretapi Lama Kuala Lumpur dibina pada tahun 1910 sebagai hub bagi perkhidmatan Keretapi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (Federated Malay States Railway) dan kemudiannya, Keretapi Tanah Melayu. 

Bangunan dengan campuran rekaan Barat dan Timur ini direka oleh seorang pembantu arkitek berbangsa British bernama Arthur Benison Hubback untuk menggantikan sebuah stesen keretapi lama yang pernah dibina di tapak yang sama. 

Satu fakta menarik mengenai bangunan ini ialah rekabentuk bumbungnya yang mampu menampung berat salji setebal 1 meter seperti yang ditetapkan oleh British Railway Specifications walaupun salji memang tak pernah turun di Malaysia.

Stesen Keretapi Lama Kuala Lumpur ini kini tidak lagi menjadi hub utama perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu yang telah dipindahkan ke KL Sentral yang mempunyai rekabentuk dan fasiliti yang lebih moden. 

Namun demikian ia masih digunakan untuk perkhidmatan keretapi kargo dan KTM Komuter.

Ini beberapa foto-foto lama saya diambil di dalam stesen dan di bumbung bangunan. 

Reka bentuk depan stesen ini dapat dibandingkan dengan bangunan sekitar dalam gaya seni bina yang sama, seperti Bangunan Pentadbiran Keretapi di seberang jalan (kiri) dan pelbagai bangunan pentadbiran lain di sekitar Dataran Merdeka.


Meneruskan bas tour di Jalan Damansara.

Bangunan Sulaiman, Jalan Sultan Hishamuddin, Kampung Attap.

Muzium Negara.

Lama dah saya tak ke muzium ni. Dah berdekad lamanya. Plan nak pergi, tapi asyik tak jadi je.. hehe. 

Le Meridien dan Hilton.



Little India, Kuala Lumpur. Nama sebenar kawasan Little India adalah Brickfields. Pada tahun 1881, Kuala Lumpur telah dilanda dua buah musibah besar: kebakaran dan banjir besar yang memusnahkan banyak bangunan yang dibina dari kayu dan atap rumbia. 

Bagi mengelak kemusnahan besar sekiranya musibah ini melanda lagi pada masa hadapan, Residen British ketika itu yang bernama Frank Swettenham telah mengarahkan supaya bangunan-bangunan baru dibina menggunakan bahan binaan yang lebih kuat seperti bata dan atap genting. Berpunca dari arahan tersebut, industri bata muncul dan berkembang di Kuala Lumpur. Perusahaan industri bata tersebut berpusat di sini dan dari situlah Brickfields mendapat namanya.

Ada mercu tanda di sini. Ni first time kami nampak. 


Water fountain ni dihiasi dengan patung-patung burung merak dan gajah. 

Ascott Sentral Kuala Lumpur. Ascott Serviced Apartments Kuala Lumpur.

The Vivekananda Ashrama Kuala Lumpur. Salah satu dari bangunan ikonik di Brickfields. Sudah berusia 112 tahun.  Ada bronze statue of prominent spiritual leader Swami Vivekananda di perkarangannya. Telah diberikan status 'Warisan' oleh Jabatan Warisan Negara. 

Plaza Sentral dan Malakoff.

Le Meridien dan Hilton.

Ni la yang bestnya duduk di bahagian open air di bas HOHO ni. Boleh dongak dan ambil photos like these. Panas pun tahan je la kejap.. hehe.








KL Sentral adalah sebuah kompleks bangunan gergasi dan pencakar langit di Kuala Lumpur. Ia dibina sebagai hub pengangkutan rel yang baru bagi Kuala Lumpur untuk menggantikan Stesen Keretapi Lama. 

Selain menempatkan stesen keretapi, KL Sentral turut mempunyai pelbagai fasiliti seperti bangunan pejabat, hotel dan kondominium mewah, pusat perubatan dan kompleks membeli-belah di dalamnya.

Selalunya setiap kali kami datang ke sini, kami hanya akan terus masuk ke dalam bangunan. Bila round dalam bas macam ni, barulah nampak betapa besar sebenarnya kompleks KL Sentral ini.


St Regis and Sentral Residence.

Le Meridien, CIMB dan Q Sentral.


Antara bangunan-bangunan di hujung sana ialah TNB Dua Sentral, Hotel Prescott dan Public Bank.

KL Sentral adalah juga sebuah perhentian utama HOHO KL. 

Perhentian HOHO KL (Stop No.16) di KL Sentral.

Bergambar kejap. 

Interesting '1 Malaysia' decoration pada dinding luar elevated highway ni.

Sampai ke Muzium Negara. Muzium Negara didirikan di atas tapak Muzium Selangor yang musnah dalam Perang Dunia Ke-2. Idea pembinaannya telah dirancang pada tahun 1957 selepas kemerdekaan dan pembinaannya menjadi realiti pada tahun 1961.

Muzium Negara juga adalah sebuah lagi perhentian utama KL HOHO. Tak perlu nak berjalan jauh untuk masuk ke pintu muzium jika menggunakan KL HOHO kerana bas akan masuk dan berhenti betul-betul di dalam perkarangan muzium. 

Lokomotif lama Keretapi Tanah Melayu (KTM) di perkarangan muzium.

Pemandangan sewaktu KL HOHO membuat perhentian di perkarangan Muzium Negara. 

Dipamerkan di sini adalah Lokomotif Wap (NO. 53101). 
Lokomotif buatan Kitson & Co. England yang ketika itu berharga RM 121,600.00 mula digunakan oleh Keretapi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu pada tahun 1921. Namun begitu pada bulan November 1969, perkhidmatannya diberhentikan di landasan keretapi utama Pantai Timur di Kelantan. Jarak perjalanan yang telah ditempuhinya lebih kurang 1 ½ juta batu. Ciri-ciri lokomotif wap ini ialah berat jentera dan gerabak pembawa bahan pembakar (kosong) 69 tan. Manakala jumlah berat jentera dan gerabak pembawa bahan pembakar (semasa digunakan) 88½ Tan. Jumlah panjang jentera dan gerabak pembawa bahan pembakar 59 kaki. Dihadiahkan kepada Muzium Negara oleh Keretapi Tanah Melayu pada November 1975.
Sumber: www.muziumnegara.gov.my

Ini pula ialah Kereta Bomba lama. Kereta Bomba Jenis Dennis RR - B80 NO. BE 3842.
Kereta Bomba ini jenis Dennis RR-80 buatan England dengan no pendaftaran E 3842 adalah kenderaan utama Perkhidmatan Bomba Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur dari tahun 1958 hingga 1981. Ia telah dihadiahkan kepada Muzium Negara pada hari Rabu 6 Januari 1982. Di antara maklumat asas yang diketahui tentang kenderaan ini ialah ukuran panjangnya ialah 686.25 sm, lebar 259.25 sm dan tingginya 211.45 sm. Manakala tarikh dibeli pada 24 Disember 1958 dengan harga RM 52, 120.00.
Sumber: www.muziumnegara.gov.my


Juga ada Pintu Gerbang Kota Kuala Kedah. 
Pintu gerbang ini mengambil bentuk Pintu Malim iaitu salah sebuah pintu gerbang Kota Kuala Kedah yang terletak di muara Sungai Kedah. Kota Kuala Kedah merupakan satu-satunya Kota Melayu yang diperbuat daripada batu-bata yang masih kekal dan boleh dilihat hingga hari ini. Kota ini telah dibina pada zaman pemerintahan Sultan Abdullah Mukarram Shah semasa baginda menaiki takhta Kerajaan Negeri Kedah pada tahun 1760, bertujuan mempertahankan Negeri Kedah dari serangan tentera Siam pada masa itu. Pelan kota ini telah disediakan oleh Datuk Maharaja Kadhir dan dibantu oleh anak saudaranya, Maulana Ibrahim Sahab dari India dengan membawa bersamanya tukang-tukang batu dari sana. Kerja-kerja pembinaan dimulakan pada tahun 1771 dan siap pada tahun 1780. Kota ini meliputi kawasan seluas 2 ekar. Pada bahagian menghala ke laut dan sungai, dua tembok dibina dan di antaranya diisikan dengan tanah, manakala bahagian belakangnya didirikan tembok selapis sahaja, Meriam-meriam besar buatan British dibeli dan dipasang pada kota yang menghala ke laut dan dua di antaranya mempunyai nama khas iaitu “Badak Berendam” dan “Katak Puru”. Apabila Negeri Kedah menerima Penasihat Inggeris, kota ini telah digunakan sebagai pusat pentadbirannya. Untuk kemudahan mereka, sebuah pintu baru telah dibina, dimana ianya lebih besar dari Pintu Malim dan dikenali sebagai Pintu Inggeris. Replika ini dibina sebagai lambang kekuasaan dan kekuatan Kesultanan Melayu lampau.
Sumber: www.muziumnegara.gov.my

Jabatan Muzium Malaysia. 

Next Istana Negara. On the way tu nampak bangunan Parlimen.

Bangunan Parlimen Malaysia dibuka secara rasminya pada bulan November 1963. Ia direkabentuk oleh seorang arkitek British yang bernama Ivor Shipley di atas tapak yang dulunya dikenali sebagai West Folly Hill. 

Kompleks bangunan Parlimen ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu sebuah bangunan utama 3 tingkat yang menempatkan dewan-dewan persidangan dan sebuah menara setinggi 17 tingkat yang menempatkan pejabat. Memandangkan usia Bangunan Parlimen ini sudah mencecah 50 tahun, kerja-kerja baikpulih dan menaiktaraf bangunan sedang dilaksanakan pada masa sekarang.

Suatu ketika dahulu, bangunan Parlimen pernah menghiasi duit syiling kita.



Next ke Istana Negara. Inilah kali pertama saya ke sini. Ia terletak di Jalan Tuanku Abdul Halim (dahulu Jalan Duta) di Segambut.

Di sini adalah salah satu Stop bas HOHO KL. Ramai yang turun sini. Kami duduk je atas bas dan ambil gambar dari open deck bas ni. 

Kebetulan masa tu Pengawal Istana Berkuda datang membuat rondaan. Kira bonus la kami dapat tengok mereka. 

Mereka kelihatan hebat in full uniform. 

Magnificent horses.

Tugas pengawal Istana Negara dilaksanakan oleh Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) serta Skuadron Berkuda.







Istana Negara ini mula digunakan pada 15 November 2011 sebagai kediaman rasmi Yang Dipertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong Malaysia bagi menggantikan istana lama yang terletak di tengah-tengah bandaraya KL.

Kompleks istana ini mempunyai keluasan 97.65 hektar, 22 kubah, dan dibahagikan kepada tiga bahagian utama: Komponen Rasmi, Komponen Diraja dan Komponen Pentadbiran. 

Kompleks istana ini menggabungkan elemen seni bina Islam dan Melayu. 

Kalau kita perhatikan dengan dekat, pada bahagian atas pintu gerbang ini ada tertera ayat Al Quran.

Ia adalah Ayat 80 Surah Al-Israa'. 

Lawatan ke Istana Negara ini mengingatkan kami pada istana-istana dan old castles yang kami lihat ketika percutian kami yang lalu. 
Grand Palace, Bangkok, Thailand.

Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan, Brunei.

Buckingham Palace, London, United Kingdom.

Hofburg Palace, Vienna, Austria.

Prague Castle, Prague, Czech Republic.

Istana Kesultanan Melaka (replika), Melaka, Malaysia.

Istana Batu, Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Bratislava Castle, Bratislava, Slovakia.

Buda Castle, Budapest, Hungary.

Schönbrunn Palace, Wien, Austria.

Hohenschwangau Castle, Schwangau, Germany.

Neuschwanstein Castle, Schwangau, Germany.

Istano Basa Pagaruyung, Kabupaten Tanah Datar, Sumatera Barat, Indonesia.

Istano Silinduang Bulan, Kabupaten Tanah Datar, Sumatera Barat, Indonesia.

Meneruskan HOHO KL bus tour ke Taman Botani Perdana.

Bersambung...

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

No comments:

Post a Comment