#stayathome #dudukrumah #covid19
Ok, saya sambung lagi cerita percutian kami di Thailand. Fyi, trip ini adalah pada tahun lepas 2019.
Lepas selesai jalan-jalan di Isan Village (Point 3) dalam Jim Thompson Farm ini, kami pun ramai-ramai menunggu the next farm tour cart yang berkonsep hop on hop off.
Shuttle ni dah penuh dengan students so we waited for the next one. |
Jom naik. Lokasi seterusnya ialah Point 5: Jim's Market where visitors can shop Jim Thompson's top-notch products.
Hari dah nampak macam makin panas tapi kami masih berjaket lagi sebab nyaman.
Seperti shuttle yang kami naiki earlier, petugas farm tour cart ini memberi penerangan tentang kawasan yang kami sedang lalui, dalam bahasa Siam so kami tak la faham.. hehe.
Then we came upon another Art on Farm Showcases. Art installation ini dipanggil 'Balloon Tunnel'.
Ada beberapa metal framing yang diteduhkan dengan rentangan kain-kain. Metal framing tu makin lama makin rendah lagi ke hujung memberikan efek seperti terowong.
Pada rangka framing digantung bola-bola (balloons) berbalut dengan perca-perca kain berwarna-warni dan pelbagai corak. Di bawah teduh diletak tayar-tayar terpakai untuk pelawat buat tyre obstacle course.
Horse cart wheels disusun di sepanjang jalan ini, bagi ada farm feel.
Satu lagi 'Art on Farm Showcases'.
Art installation ini adalah salah satu dari Mit Jai Inn 2019 Showcase yang ada di Jim Thompson Farm ini.
Sangat cantik. Somehow pada saya art installation ini blends well with its flowery surroundings.
Ooo.. look at the vast flower field! Sat lagi kami nak ke sana.
Dah sampai ke Point 5: Jim's Market.
Pemandangan di depan Jim's Market.
Ada banyak art installations yang kecil-kecil tapi cantik warna-warni di sini.
Nice! I really do like these outdoor decorations.
Very colorful dan meriah.
Di tepi kedai besar ini ada lorong cantik dengan bunga-bungan di tepinya.
Maka haruslah bergambar.. hehe.
Dari luar kedai Jim's Market ini kita boleh lihat keindahan padang bunga-bungan yang sangat luas. Never have I ever seen so much flowers!
Very lovely indeed.
Jom masuk ke kedai di Jim's Market ini.
Ada macam-macam produk yang dihasilkan di ladang ini dijual di kedai ini. Kedai besar ini dibuat macam style bangsal dengan kiri kanannya terbuka, sesuai dengan konsep ladangnya.
Mostly silk products of course since ladang ini memang sangat terkenal sebagai pengeluar sutera berkualiti tinggi.
Ada pameran benang-benang sutera dari gelung-gelung benang yang direntangkan pada rak menenun. Menarik!
Fyi, harga barangan di sini agak mahal tapi kami nasihatkan kalau anda datang ke sini dan jumpa dengan barang yang berkenan di hati, jangan teragak-agak nak membeli sebab barangan Jim Thompson sangat sukar ditemui di tempat lain.
The colors are just so amazingly vibrant!
Saya ni lately sukakan men's scarf dan selalunya pakai masa pergi bercuti. Ada pulak di kedai ni. Ingatkan semua sutera, so ok la mesti la tidak saya beli. Tapi ada pulak yang cotton!
Maka 'terpaksa' la beli. 2 je.. hehe. Harga tak ingat dah tapi sehelai tak sampai RM 100.
Lama dah tak buat product shoot macam ni.. hehe.
Makanya juga kosonglah kocek ku.. hehe. Pasal kami kalau bercuti tak ada shopping dalam itinerary. So selalunya bawak duit secukupnya saja.
Selesai di kedai Jim's Market, kami pergi explore padang bunga tadi.
Pink sungguh!
Belah kanan sana pun ada huge flower field.
Breathtakingly beautiful!
Kalau rajin boleh la jalan sampai ke hujung sana.
Kami sekadar nearby je. Sama je pun di hujung sana tu. Plus we need to be close to the group which we think was a good idea.
Ok, here are the rest of the photos of the beautiful Cosmos flower field.
Dalam bahasa kita bunga ni dipanggil Bunga Ulam Raja.
Bunga cosmos adalah dalam keluarga bunga matahari.
Juga dikenali sebagai garden cosmos. Popular sebagai tumbuhan hiasan di taman-taman iklim yang sederhana.
Cosmos flowers come in purple, pink and white.
For the cosmos, flowering is best in full sun, although partial shade is tolerated.
Pemandangan Cosmos Flower Field and Payaprab mountain.
Cantik sungguh! SubhanAllah.
Ehhh.... hehehe... 😄.
Tak la kesejukkan, nyaman-nyaman je. Bila dah umur macam pak cik ni elok la berjaket. Takut sejuk dada.. hehe.
Haa.. posing la sikit... hehe.
Teringat pulak saya posing lebih kurang begitu masa di Titisee-Neustadt, Jerman... hehe.
Farm tour carts came and went.
Cantik barisan pokok-pokok besar ni.
Ini Cosmos flower field yang di sebelah pula.
Kami tak jalan ke sana. Cuma ambil gambar dari lorong ni sahaja.
Macam-macam color shuttles ni.
Menunggu the rest of the group members and the next farm tour cart.
Shuttle sampai kami pun naik. Saya duduk depan.
Pemandu farm tour cart Jim Thompson Farm. Fyi, kuat sungguh bunyi injin kenderaan ni.
Nice view duduk di depan ni.. hehe.
Rombongan adik-adik sekolah bersama guru-guru mereka.
For the artwork at Jim Thompson Farm in 2018, Pinareee created large outdoor sculptures in the cosmos flower fields under the name “Breast Stupa Topiary”. She placed steel wires over such edible vegetables as calabash, gourds, Asian pigeonwings and Mexican creeper flowers. This structure supports the growth of these plants naturally in the middle of the fields.
Source: jimthompsonfarm.com
Ok, sampai dah di entrance depan ladang ini. Berkumpul dahulu di sini sebelum ke bas.
Meanwhile, jalan-jalan sikit tengok apa yang ada di sini. Earlier masa mula-mula sampai, kami tak sempat nak explore sangat.
Oh ya, btw kami perasan budak-budak sekolah perempuan yang kami nampak satu fesyen je rambut mereka. Mungkin ada peraturan sekolah yang menetapkan begitu.
Pumpkin corner.
Ada tempat jualan dengan gerai-gerai souvenir dan hasil ladang bagi pengunjung membuat last minute shopping.
Barangan jualan diletak dalam sampan. Nice!
These are golden bottle gourd pumpkins.
And these are cocoon coated silk protein soaps.
Saya ingatkan kuih.. hehe. Macam bekas kuih raya... hehe.
Potted flowers pun ada.
Di depan entrance ada labu raksasa dan dekorasi kesenian Orang Isan.
Traktor angkut hasil tuaian sebagai hiasan.
Jim Thompson Farm's main entrance.
Susah nak dapat clear tak ada orang macam ni. So cepat-cepat snap.. hehe.
Patung kerbau besar.
Dan students lelaki pulak rambut semua macam military cut.
Ok dah, jom jalan ke bas.
Bersambung...
No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.
No comments:
Post a Comment