بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Alhamdulillah segala puji dan syukur dipanjatkan kepada Allah S.W.T. Selawat dan salam diucapkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, para isteri dan keluarga baginda, para sahabat, seterusnya golongan yang mengikuti jejak langkah baginda sehingga hari kiamat.
Alhamdulillah, for 2019 kami dapat travel ke beberapa destinasi. Kami telah bercuti ke New Zealand (North Island sahaja) dan Filipina (Cebu dan Bohol). Dalam Malaysia, kami sempat juga bercuti ke Melaka (2 kali), Kuantan, Putrajaya (jalan-jalan), Port Dickson (2 kali), Negeri Sembilan dan Langkawi.
Dan sebagai penutup 2019 kami ke Siam 😊.
Isteri nak tengok sunflower yang di Thailand tu so kami cari la pakej yang ada lawatan ke ladang bunga matahari dan jumpa pakej 'Bangkok & Beyond' oleh MyZarra Travel ni. Saya excited nak ke railway market tu. Pakej ini juga banyak ke tempat-tempat yang kami suka. Juga jadi pilihan kami kerana pakej ini tidak 'heavy shopping'.
Ke Siam kami.. hehe.
Kali terakhir kami ke Thailand adalah pada 2012, 7 tahun yang lalu. Below are some of the old photos.
Ini tempat-tempat yang sempat kami lawat masa percutian ini. Cover sunflower farm, beberapa historic places, railway and water markets, train ride, modern touristic attractions, temples, tuk tuk ride, a beautiful farm and city tour. Huish.. ingat-ingat balik, banyak juga places of interests yang sempat kami lawat dalam masa 5 hari 4 malam tu especially considering juga the time spent traveling and stuck in the traffic jams.
Cuaca dan suhu harian. Lebih kurang di Malaysia.
Waktu solat.
Hotel information.
Bawa Thai Baht secukupnya sahaja sebab tak ada plan nak shopping. Betul ke? Dulu ke Bangkok saya tergoda dan terbeli DSLR camera lagi sebab harganya murah! 😆 So best that I avoid camera shops or any other electronic shops this time around... hehe.
Ehh... nak ikut ke? Alaaa... kesian kena tinggal 😡.
Ngada kan... 'nothing to wear'... haha 😁😄😆. Tapi betul la, bila tengok previous vacation photos, balik-balik t'shirt tuuuu je.. hehehe.
Flight Malaysia Airlines dari KLIA ke Bangkok Suvarnabhumi Airport ialah pada pukul 9.00 pagi. Kena berkumpul di KLIA pukul 5.30 pagi, jadi pukul 4:15 pagi kami dah bertolak dari rumah.
Selamat tiba di KLIA.
Group kami diminta untuk berkumpul di Kaunter L untuk Group Check-in. Masa kami tiba, Tour Leader dari MyZarra Travel dan beberapa group members lain dah pun sampai.
Boarding Pass ke Bangkok.
Selepas Check-in kita pergi dulu menunaikan Solat Subuh.
Since ada masa lagi sebelum berkumpul dengan group members lain kami sarapan dulu. Bangun awal pagi memang la lapar. Nak makan dalam kapalterbang lambat lagi.
Kami kalau di KLIA memang la kami akan makan di sini.
Kalau makan di airport memang la berpuluh-puluh.. ke berpeluh-peluh... hehe.
Alhamdulillah.
Dah kenyang kami terus ke depan pintu Perlepasan Antarabangsa. Time berkumpul adalah pada pukul 6:30 pagi. Berkenalan dengan Tour Leaders kami, Puan Mona dan Cik Aishah dan diberi taklimat. Group members kami semuanya 37 orang yang datangnya dari seluruh Malaysia termasuk dari Sarawak.
Selesai taklimat, terus ke Pemeriksaan Passport dan ke Pintu Perlepasan. Jangan lengah sebab queues sometimes are unpredictable. So elok masuk awal-awal. Pintu Perlepasan kami adalah di H2 so tak perlu naik Aerotrain.
Penerbangan kami MH 784 ke Bangkok akan berlepas mengikut jadual pada pukul 9:00 pagi dari Pintu H2.
Sunrise di KLIA.
Ambil gambar suasana semasa menunggu waktu boarding.
Moh kita boarding.
Suasana di dalam pesawat Malaysia Airlines MH 784 dari KLIA ke Bangkok Suvarnabhumi.
Pesawat sedang berundur dari apron menuju ke runway untuk berlepas.
Pesawat Boeing 737-800 pagi tu full flight nampaknya.
Cuaca baik pagi tu. Alhamdulillah.
Alhamdulillah kami dapat duduk bersama. Bila kami travel dalam group adakalanya kami tak dapat duduk next to each other. During such occasions we'd swap seats with fellow group members.
Membaca doa perjalanan.
Perjalanan dari KL ke Bangkok ambil masa lebih kurang 2 jam.
Off we went.
Flew over Putrajaya.
Can you identify the buildings and bridges?
Sarapan! 😋
Ada pilihan nasi lemak atau omelette pagi itu.
Kami pilih omelette. Ada bread, sausage, hash brown dan vege plus fruits. Kenyang! Alhamdulillah.
Mengiringi perjalanan kami dengan bacaan ayat-ayat suci Al Quran.
Flight path ke Bangkok.
Sampai dah ke kawasan berdekatan kota Bangkok.
Alhamdulillah, selamat mendarat di Bangkok Suvarnabhumi International Airport pada pukul 10.20 pagi waktu tempatan.
'Suvarnabhumi' bermaksud 'Land of Gold'.
Malaysia Airlines dan Thai Airways.
Bas tu adalah 'Product of Thailand'.
Moh disembark.
Ke bangunan terminal naik bas which was great sebab kami dibawa terus ke tempat pemeriksaan imigresen. Kalau dari pintu ketibaan nak ke tempat pemeriksaan imigresen kena jalan jauh.
Bagusnya juga naik bas macam ni dapat la ambil gambar like these 😊.
International Arrivals.
Welcome To Thailand.
Berjalan ke Pemeriksaan Imigresen.
Immigration.
Di baggage claim. Yang menariknya di sini ialah ada sebuah wall art yang sangat panjang.
Sangat panjang dan besar sampai terpaksa capture pakai kamera 360° 😊.
Admittedly, saya kalau jumpa art macam ni memang la rasa seronok dan harus dirakam.. hehe.
Especially one that is so detailed and so intricate.
Ada 4 mural di sini yang bertajuk “Suvarnabhumi Daowadeung”, “Dan Sruang Phi-suth”, “Ananda Mahanakorn” dan “Art for Suvarnabhumi”.
Murals ini dibuat untuk memberikan sentuhan 'Thainess' kepada reka bentuk dalaman.
Mural ini dibuat di airport ini untuk mengundang semua dewa yang dihormati mengikut kepercayaan rakyat Thai untuk turun dari langit untuk melindungi lapangan terbang ini dan para penumpang.
Setiap mural adalah 4 meter tinggi dan 35 meter panjang di sepanjang baggage carousels.
Murals ini dilukis menggunakan cat acrylic khas yang menghasilkan kesan yang serupa dengan yang digunakan untuk melukis mural kuno di kuil-kuil lama.
Murals ini juga bertujuan untuk memberikan pengunjung gambaran pertama tentang Thailand sebelum mereka menyaksikan yang sebenar di luar.
Mural yang ini tajuknya 'Dan Sruang Phisuth' atau 'The Land of the Heaven' oleh artis Panya Vijinthanasarn (the dean of Silpakorn University’s Faculty of Painting, Sculpture and Graphic Arts and the artistic coordinator for Suvarnabhumi’s interior decor).
Seeing this airport internal deco reminded me of the other interesting ones in other airports that we had been to. For example, this huge beautiful stained glass window is at the Mactan Cebu International Airport, Philippines.
Gajah-gajah yang lengkap dengan penunggang-penunggang berpayung ini pula adalah di Cochin International Airport, Kerala, India.
Kesenian Mudra (isyarat tangan simbolik) di Indira Gandhi International Airport, Delhi, India.
Mural dinding jubin di Cairo International Airport, Mesir.
'Fantasy Art' Hobbit dwarf sculptures installations di Auckland International Airport, Auckland, New Zealand.
Dan satu lagi beautiful stained glass window di Sam Ratulangi Airport, Sulawesi Utara, Indonesia.
Menunggu hingga semua group members dah dapat beg, barulah semua bergerak ke bas.
Local Tour Guide kami di Thailand yang bernama Saran dah sedia menanti di sini.
Ajak group members bergambar 😊.
Inilah bas kami selama di Thailand. My wife kata merah merenin macam bilik pengantin! 😃. Selesa, air-con ok, seats pun ok, in other words, it was as good as can be expected. Dan selama kami di Thailand, pemandu pun memandu dengan baik dan berhemah. Alhamdulillah.
Leaving Survanabhumi Airport.
Ok, so bagaimana itinerary travel Siam kami ni? Senang nak cerita, ni saya buat petanya, menunjukkan lokasi tempat-tempat yang sempat kami lawati dalam pakej 5 hari 4 malam ini.
Yang ini pula tempat-tempat yang sempat kami lawat semasa di Bangkok. Program ni kami berdua buat sendiri sebab masa tu free and easy sebelum nak ke airport balik KL. While other group members pergi last minute shopping, kami did our own short Tuk Tuk Tour of Bangkok.
Saran, the local tour guide, sedang memberi penerangan. Dia dah selalu bawa tour groups dari Malaysia so dia boleh cakap Melayu sikit-sikit. Each time dia nak address all of us, he will say, "Ibu-ibu dan bapak-bapak...." 😊.
Masa lalu di highway ni, Saran bercerita di Thailand ni ada 4 buah highway utama yang dibina keluar dari Bangkok. Highway pertama menuju ke Laos, highway kedua menuju ke China, highway ketiga menuju ke Myanmar dan highway keempat menuju ke Malaysia. Masa ni kami sedang menuju ke Khao Yai dan menggunakan highway yang menuju ke Laos.
Perjalanan ke Khao Yai.
Seterusnya pemandangan-pemandangan yang sempat kami rakam semasa perjalanan di lebuhraya.
Sering kelihatan patung-patung, temasuk patung-patung emas.
Ada 4 macam highway di Thailand: national highway, rural highway, local highway and concession highway.
Iklan besar Bangkok Bank.
Sering juga ternampak bodies of water seperti kolam atau terusan.
One selfie while on the highway.
Jalanraya dan lebuhraya di Thailand (at least the ones we passed through) adalah bagus dan moden.
Colorfully decorated lorry with beautiful ethnic designs and patterns. With 'Michelin men' too 😊.
Sawah padi yang sangat luas.
Stesen LRT.
Elevated highways.
Banyak juga bangunan-bangunan yang kami lihat mempunyai reka bentuk bumbung tradisional Thai seperti yang sering dilihat pada binaan kuil-kuil.
More bodies of water.
Stesen-stesen minyak di sana besar-besar belaka. Macam RnR di sini.
Bila melalui kawasan-kawasan penduduk, industri dan peniagaan, pasti akan ada gerai-gerai tepi jalan seperti ini.
Golf and Country Club.
We also noticed, similar seperti yang kami nampak semasa bercuti di Mesir, lori-lori di highway Thailand ni panjang dengan 2 gerabak barang bersambung. Unlike in Egypt di mana ada lorong khas yang disediakan untuk lori di lebuhraya, lori-lori di Thailand berkongsi laluan dengan kenderaan lain.
Then bas kami berhenti di stesen minyak ini untuk isi minyak. As mentioned earlier, stesen minyak di highway ini besar lengkap dengan banyak kedai-kedai dan restoran serta toilets.
Ini lokasi perhentian kami. Panjang betul alamatnya. Nak sebut pun susah.. hehe.
Bas yang kami naiki sepanjang percutian kami di Thailand. Tingkat atas tempat penumpang, di bawah tempat pemandu dan ruang beg.
Toilet di sini adalah bersih dan ada disediakan air untuk bersuci.
Kedai, restoran dan mini mart.
Ramai yang beli kopi/teh dan jajan. Kami beli air je. Sat lagi nak pergi lunch dah.
Meneruskan perjalanan. Ini salah satu pengangkutan awam di sana.
Super long lorry with 2 fully loaded cargo beds.
Satu lagi patung emas. Yang ini patung Buddha. Tinggi di atas bukit. Berkilau di tengah panas. Dari jauh dah boleh nampak.
Gerai-gerai tepi jalan. Tak tau apa yang mereka jual sebab tak tau maksud tulisan Thai tu.
Transporting round bales of hay/straw.
Nama lokasi yang sedang kami lalu masa ni.
Iklan Nescafe.
Patung lagi. Itu adalah statue of a Yaksha. Yakshas are common as guardians of the gates in Buddhist temples throughout the country since at least the 14th century.
Gerai-gerai jual jagung.
Kami juga perasan di depan hampir setiap kilang, bangunan perniagaan, bangunan kerajaan, hospitals, banks dan lain-lain bangunan pasti ada portrait King mereka iaitu King Maha Vajiralongkorn, yang dikenali secara rasmi sebagai King Rama X. Ia bertujuan untuk mencerminkan ketaatan, kesetiaan dan penghormatan kepada raja.
Adorable statues of elephants at a small park. Gajah Thai adalah haiwan kebangsaan rasmi Thailand.
Syukur Alhamdulillah laluan kami pada hari itu tidak teruk tersekat dalam traffic jam. Cuma sekali sekala sahaja congested seperti dalam foto di bawah.
Kami juga perasan ramai pelancong-pelancong yang menggunakan pickup trucks seperti ini untuk ke tempat-tempat lawatan mereka. Mungkin lebih menjimatkan. Tapi rasanya dari segi keselamatan mungkin juga not recommended. Juga mungkin salah dari segi undang-undang. Oppss.. saya baca it is legal to transport people on the open back of a pickup truck macam dalam foto ni. Transport Ministry mereka nak ban but was faced with fierce criticism sebab orang Thai sendiri pun ramai yang travel begini.
Kot ya pun pakai la mask tutup mulut dan hidung sebab cuaca panas, berhabuk dan asap kenderaan berkepul. |
Masa kami lalu di kawasan ini, our tour guide Puan Mona kata kami bernasib baik sebab kami lalu di jalan ini pada hari terakhir sebuah Festival Muzik yang diadakan di situ.
Bernasib baik kerana mengikut pengalaman Puan Mona pernah sekali dia bawa satu group yang kebetulan lalu di sini semasa Festival Muzik itu sedang kemuncak, mereka stuck dalam traffic jam selama hampir lebih 2 jam.
Festival Muzik ini namanya Big Mountain Music Festival diadakan selama 2 hari setiap tahun di Khao Yai. Lebih 30,000 orang dikatakan hadir ke festival ini.
Dijayakan oleh ramai artis-artis tempatan atas beberapa pentas menyampaikan pelbagai genre musik. Dikatakan acara berlangsung selama 11 jam sehari.
Khao Yai terletak di sebuah wilayah yang bernama Nakhon Ratchasima di Thailand. Ia terkenal dengan keindahan bunga-bungaan setiap hujung tahun.
Kata Puan Mona yang datang ke sini setiap tahun, cuaca sebenar di Khao Yai panas macam di Malaysia juga. Tapi ia tidak begitu sewaktu kami berada di sana kerana Thailand sedang mengalami musim sejuk yang luar biasa tahun ini disebabkan angin sejuk bertiup ke sini dari negara China. Suhu di sekitar utara Thailand termasuk di Khao Yai ketika itu berada di sekitar 25°C.
Seterusnya kami dibawa lunch di Restoran Salasa Khao Yai yang merupakan satu-satunya restoran Muslim yang terdapat kawasan ini.
Kata Puan Mona, dulu restoran ini cuma sebuah gerai kecil dan tak muat nak bawa group besar. Lepas dapat sambutan hangat maka owner restoran ini pun buat restoran besar to cater for big groups especially yang dari Malaysia. Alhamdulillah.
Lapar sungguh dah kami masa tu. Jom makan!
Ramai juga group kecil dari Malaysia yang kami nampak datang makan di sini.
Travel agent kami dah reserve ruang makan berhawa dingin untuk kami.
Besar dan selesa ruang makannya.
Masa menunggu makanan tiba, saya pun rayau-rayau di restoran ni, Curious nak tengok dan ambil gambar 😊.
Ada macam-macam jajan dijual di sini, yang pastinya halal. Saya diberitahu jajan-jajan ini dibuat oleh penduduk Islam di sekitar restoran ini, tumpang jual di sini. Ramai juga pengunjung yang saya nampak beli jajan-jajan ni. Kami pun beli juga, sandwich tu, kot later rasa lapar pulak. Sandwich tu intinya ayam kari. Kari Thai la. Sedap jugak rasanya.
Ada noodle station.
Ada beef noodle soup. Baunya sedap sungguh!
Menyiapkan beef noodle soup.
Bagusnya juga restoran ini ia ada sebuah surau.
Cukup luas dan selesa.
Makanan pun sampai. Dihidang sendiri oleh owner restoran ini.
Tomyam, hidangan wajib kalau ke Thailand. Unlike we had ever tasted. Sungguh sedap sekali! Alhamdulillah.
Lauk pauk lain yang equally delicious!
Btw, di setiap meja ada these condiments. Nice 😊.
Di restoran ini juga ada sebuah side cafe.
Ada macam-macam drinks.
The restaurant is strategically located betul-betul tepi jalan utama.
Rata-rata groups members beri 2 thumbs up for the lunch 😊.
Bersambung...
No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.
tour package lagi ... :)
ReplyDeleteas expected hehhehe..
saya tak pernah dapat nengok Putrajaya dari atas flight.
mungkin sebab selalu salah side duduk kot ...
MH004 !! KUL-LHR !! Rindu flight ini !!! Years ago last naim!
jaman kanak-kanak ribena... :))
baru sedap nak ngomen depan PC !
dua bulan tak masuk ofis tak bukak mana mana blog langsung !!
sebab susah nak ngomen dengan fon
dah lah banyak nak ngomen .. berjela-jela...
hari ni first dak kat klinik , lengkap ber PPE
Indeed! Hahaha.. it is how we travel lah.. hehe.
DeletePutrajaya tu pun our first time nampak dari dalam kapalterbang. Teruja la jugak.. hehe.
Saya pernah naik flight ke Heathrow tu dulu2 dan ingat lagi sampai sekarang sebab cik pramugari bagi saya 1 extra meal sebab ada lebih.. hehe.
Share la photos of you ber'PPE'!! All your readers and fans nak tengok!
Oh my god the most extensive coverage with detailed photos...I'm amazed at your kegigihan. Really salute. That definitely need to come with utmost passion in doing this coz not everyone boleh tahan buat ni hehe.I really enjoyed reading this..keep it up ...
ReplyDeleteThanks 🙂. Indeed, I like to include many photos supaya senang nak bercerita, which ultimately had helped made it easier and more enjoyable for me to blogs about the trips.
Delete