Wednesday, March 18, 2020

BANGKOK & BEYOND - DAY 01 - PART 03 - PALIO KHAO YAI & KHAO YAI CHOCOLATE FACTORY


Okeh, sambung cerita percutian kami ke Thailand ๐Ÿ˜Š.

Selepas spend time di Khao Yai Rai Manee Sorn sunflower field, kami dibawa ke Palio Khao Yai pula. 

Khao Yai adalah salah satu destinasi percutian hujung minggu yang popular di Thailand kerana pemandangan hijau yang subur, landskap pergunungan, air terjun dan sebagainya. 

Tiba di Palio Khao Yai. Di kawasan Khao Yai, terdapat banyak destinasi pelancongan yang menarik dan salah satunya adalah Palio Khao Yai. Lokasinya lebih 2 jam perjalanan dari Bangkok atau 220 km di utara Bangkok.

Palio terletak di lanskap hutan di Wilayah Nakhon Ratchasima.

Palio Khao Yai dibina oleh seorang pemilik vineyard di Khao Yai yang bernama Khun Phinai Dhadasih. Dia dikatakan mendapat ilham untuk membina perkampungan ala Itali ini selepas kembali bercuti bersama rakan-rakannya di Itali. Cuaca yang sedikit dingin di Khao Yai turut bagi feel suasana seakan di Italy.
Turun dari bas, berjalan ke kompleks Palio.

Just for info, selain Palio, terdapat juga beberapa tourist attractions yang lebih kurang sama konsepnya di Khao Yai ini seperti The Verona (an Italian town), Panther Creek Resort (tema American Wild West), Thames Valley (hotel dengan tema sungai Thames di UK), U Khao Yai (tema South of France), Hobbit House (tema Hobbiton New Zealand), My Ozone Khao Yai (European castle), Lala Mukha Tented Resort (African safari) dan Primo Piazza (Italian architecture).

Ok, sebelum kita masuk, ini peta Palio Khao Yai.

Kami masuk tidak dari pintu utama Palio ni tapi dari sisi, terus ke bahagian gerai-gerai di situ, the Palio Street Market.

Seperti di lain-lain tempat tourists attractions, pastinya ada gerai-gerai menjual pelbagai barangan terutamanya souvenirs, pakaian dan barang-barang kraftangan. 

It is quite nice actually, bersih dan teratur dengan ruang laluan yang lebar dan selesa. Tak de sampai berasak-asak macam pasar malam.

Barang-barang yang dijual di gerai-gerai ini pun more or less barangan yang berlainan. Tak la sama je di setiap gerai. 

Palio Khao Yai, yang juga dikenali sebagai Italy of Thailand, adalah merupakan sebuah pusat membeli-belah outdoor dengan konsep Italian village yang dikelilingi oleh gunung dan kehijauan. 

Hiasan water fountain di Street Market. 

Cantik pulak perca kain dijuraikan begini melambai-lambai ditiup angin. 

Agaknya ini replika menara loceng besar. Begitu menitikberatkan authenticity nampaknya. 

Di Palio Khao Yai ni memang ada banyak spots and corners yang sesuai untuk kita bergambar. 

Palio Khao Yai adalah lifestyle shopping centre yang unik. So colorful and beautifully displayed.

Beautiful lux Venetian Marionettes with very elaborate and rich clothes. Perhaps some will find them quite disturbing and creepy though.. hehe. 

Yang mencari-cari souvenirs memang spoilt for choice. These are beautiful and colorful intricately carved scented candles and soaps. 

Special cards for special someone. 

Beautiful pouches and zipped bags. Designs tu nampak macam design karpet dan sejadah. Design with 'Evil Eye' pun ada.  

5,900 Thai Baht tu adalah RM795.90. Mahalnya. 

Hey there buddy, whatcha doin'? Such a well mannered dog ๐Ÿ•๐Ÿ˜Š.

Palio  Khao Yai  is a walking street intended for providing a hint of Italian style of  village mall and recreation reflecting through its building and decorations. Palio completes the choices for the tourists to spend their leisure time in Khao Yai with pleasurable experiences and happiness.
www.palio-khaoyai.com

Idea utama mewujudkan tempat ini adalah untuk membawa keindahan Italy ke Thailand. Kedua-dua tempat ini berkongsi cool, sunny climate dan kedua-duanya ada vineyards. Khao Yai adalah salah satu dari beberapa kawasan di Thailand yang ada ladang anggur.

Setiap outlet di sini lebih mengutamakan penjualan produk-produk buatan tangan tempatan yang unik dari menjual produk mewah.

Calm alleys, rustic buildings, manicured gardens, potted flowers and lots of benches.

Terdapat bangku-bangku taman di banyak lokasi sesuai untuk pengunjung to take a rest on and enjoy the Italian town surroundings. Sambil duduk-duduk tu boleh la minum dan makan snek (no sure if got halal food here). 

Eh... ada Cat Cafe pulak! ๐Ÿ˜

Unfortunately kami tak punya banyak masa nak masuk dan main-main dengan kucing di dalam tu. So jengok dari luar je la.

Sejak dari masa kami mula masuk ke lorong-lorong ni, saya dah perasan macam cantik-cantik belaka kalau nak ambil gambar dari mana-mana penjuru pun di sini. 

Oppss.. posing jap ๐Ÿ˜Š.

Memang cantik sungguh bangunan dengan tona terracotta yang dibina di sini. Macam ada authentic feel of an Italian village.

Bulan siang Siam. 

Jom kita zoom-in ๐Ÿ˜Š.

Laluan-laluan di sini dibarisi dengan lebih daripada 120 kafe-kafe, restoran-restoran, kedai cenderamata dan hotel butik. Semuanya macam best je kalau diambil gambar. 

A lion head fountain mounted on a wall to recreate the ambiance and elegance of an ancient Roman sanctuary.

Air pancut Greek begini selalunya dibuat dari batu kapur atau marmar. Biasanya air mengalir melalui paip dari mulut singa atau binatang lain.

Mungkin wall fountain kepala singa ini diinspirasikan dari fountain 'La Fontana del Colosseo' yang ada di Rome, Italy.

Pandangan ke atas di sebuah dataran kecil di celah-celah bangunan bertona terracota. 

Di dataran ini ada replika 'The Kiss' oleh Auguste Rodin (French sculptor). 

Pokok menjalar ivy 'melimpah' dari bumbung. Cantik!

Jalan-jalan di Palio Khao Yai mengingatkan kami kepada pengalaman lawatan kami ke Mediterranean Harbour di Disneysea Tokyo. Juga bertemakan 'Italian Village' bangunan-bangunan di Disneysea tu mirip dengan bangunan-bangunan di Palio Khao Yai ini. 

Pada saya, yang di Disneysea lagi cantik la.

Masa jalan-jalan tu kami came upon sebuah Art Gallery. Ada Art Exhibition mengenai mendiang King Bhumibol Adulyadej yang meninggal dunia pada tahun 2016. Raja yang memerintah selepas kematian baginda kini adalah anakandanya yang bernama King Maha Vajiralongkorn. 

King Bhumibol Adulyadej (King Rama IX) dan King Maha Vajiralongkorn (King Rama X).

Let's see what's inside.

Potret mendiang King Bhumibol Adulyadej sewaktu muda.  

Raja Thailand, Raja Bhumibol Adulyadej pada usia 18 tahun menaiki takhta kerajaan yang dahulunya dikenali sebagai Siam pada tahun 1946, tidak lama selepas Perang Dunia II dan memerintah selama lebih dari 70 tahun, menjadi personifikasi terhormat kebangsaan Thailand.

Rakyat Thailand mengagungkan raja mereka sebagai 'Buddhist King' dan sebagai seorang tokoh ayah yang sepenuhnya berdedikasi untuk kebajikan mereka, mewujudkan kestabilan di sebuah negara di mana kepemimpinan politik meningkat dan jatuh melalui rampasan kuasa ketenteraan dalam masa beberapa dekad lamanya.

Dilahirkan di Cambridge, Mass., di mana bapanya adalah seorang pelajar di Harvard, beliau berpendidikan di Switzerland, fasih berbahasa Inggeris dan Perancis, berkebolehan mengarang muzik, memain muzik jazz dengan klarinet dan saksofon, mengarang, melukis, berfotografi dan menghabiskan berjam-jam di sebuah green house di Istana Chitrlada di Bangkok. 


Setelah kembali ke Thailand dari Eropah, beliau sudah tidak pernah lagi berminat dengan kehidupan jet-set, tidak lagi keluar negara, mengatakan beliau mempunyai terlalu banyak urusan yang perlu dilakukan di negara sendiri. Beliau lebih gemar menjelajah kawasan-kawasan pertanian di wilayah-wilayah yang jauh di pendalaman dengan hanya berpakaian seperti orang biasa, memantau banyak projek-projek pembangunan yang beliau sendiri mulakan seperti kilang-kilang pempasteuran susu, empangan yang mengairi sawah, kilang-kilang yang mengitar semula sisa tebu dan lain-lain.


Potret ahli keluarga mendiang King Bhumibol Adulyadej.






Jom kita jalan-jalan lagi.

Ada mural Michelangelo's 'David'. 


Ada sebuah lagi wall mounted lion head water fountain. Yang ni lebih ornate dan cantik. 

Ada sebuah lagi galeri. Let's check it out.


Ada lukisan seorang lelaki (buta rasanya) sedang bermain melodica, sejenis blow accordian, di jalanan.



Sebuah lagi galeri. Yang ini galeri fotografi.

Let's have a closer look at these amazing images, depicting beautiful Thailand.








Let's continue exploring.

As someone yang suka ambil gambar, I think it is to be applauded when someone infuse as much creativity, efforts and care into capturing images (asalkan tak over sangat) as oppose to merely snapping away without much thoughts. Be it for the 'Likes' or purely for enjoyment, to each his/her own. Masing-masing punya prerogative la kan. Pada saya, it's 'capturing' memories, freezing moments of joy we experienced and places we visited during our vacation, 'agar aku tidak lupa' ๐Ÿ˜Š. 

Terdapat banyak kedai-kedai yang menjual barangan dari barangan hiasan, pakaian dan fashionable items, IT devices, makanan dan minuman, bank dan hotel butik.

Kata Puan Mona, tour leader kami, masa dia ke sini tahun lepas, tempat ni lesu dan sepi je. Tak meriah macam masa kami ke situ. Tak banyak kedai yang dibuka, mungkin kerana masa tu suasana ekonomi kurang baik. 

Nampaknya spot ni paling ramai orang bergambar. Not sure what's it called, I'll just call it Piazza Palio Square. 

Santai.

Kedai ni jual cotton candy, fruit juices, yogurt drinks and smoothies. 

Nampaknya owner Palio Khao Yai ni begitu bersungguh nak recreate the authentic feel of an Italian Village. Admittedly since kami tak pernah ke Italy, jadi kami tak la tahu what it's really like. Still, to us it was the next best thing to the real thing ๐Ÿ˜Š.

Menara jam di Piazzo Palio Square, sebuah mercu tanda di sini.

Kerana ia dikelilingi oleh landskap pergunungan dengan taman yang indah dan bangunan-bangunan ala Itali, Palio Khao Yai is an instantaneously instagenic destination.

Piazza Palio yang berlatarbelakangkan lanskap hutan di Wilayah Nakhon Ratchasima. Notice the rabbit hunter weather vane.

Juraian pokok jalar ivy, baby ferns dan pokok-pokok bunga berpasu mengindahkan lagi pemandangan di sini.

Such an inviting place to unwind with a cup of tea. Or coffee, or whatever you fancy lah.. hehe.

Saya baca di sini katanya ada buskers, badut, pemuzik dan masquerading Venetian ladies dan pelawat boleh ambil gambar dan bergambar dengan mereka. Tapi masa kami di situ tak ada all that. I reckon it could have been quite an enchanting experience.

Tadi saya, yang ni my wife pula bergambar dengan dog.. hehe. Tadi a well mannered dog, yang ni kaku je.. hehe. I think that's a hunting dog breed Weimaraner.

Pada saya daya tarik sebenar Palio ini adalah dari immersing oneself in the ambiance and trying to frame and capture the images.


Fresh grapes and grape and other fruits juice beverages. 

Puffs and other pastries. Harum sungguh masa lalu sini.. hehe.

Air pancut tempayan. Nice to walk around with the soothing sound of water from the fountains.

Hakikatnya tempat ini adalah sebuah imitasi, which is totally fine with us. Kan dah memang gitu temanya. Maka rasanya tak wajarlah nak bandingkan sangat dengan yang real thing because it'll never be the same lah. Dan pada kami yang tak pernah ke Italy, merasa la jugak suasananya di sini sungguh pun sebenarnya di Siam... hehe. 

Dan memang la tema begini bukan tema tradisional Thailand. Duh.. clearly... hehe. Tapi jangan risau, kalau di Thailand, for sure you cannot miss la the 'Thainess' di mana pun you go ๐Ÿ˜Š. Anyway, dengan adanya tempat-tempat begini at least it'll give visitors the opportunity to see an alternative side to Thailand. 

We just love it that there are a variety of plants decorating the curbs. So beautifully manicured. 

Eh... ada pulak haiwan-haiwan comel ni! Cute sangat!

Dah lewat petang dah masa tu so the owner dah pack her animals bawak balik. 

Sooo. adorable!


At the garden within Piazza Palio. 



Such a lovely spot to take photo.

Wonderful lush green surroundings.

Another beautiful fountain.

Lampu-lampu sudah mula dipasang. Malam di sini mesti cantik agaknya.

Piazza Palio Square.

Rembulan. 

Macam ada secret gardens di balik pokok-pokok tu.

There is! So picturesque, so instagrammable ๐Ÿ˜ƒ. 

Gitu la kan, due to the 'need' of having and maintaining social media accounts, nowadays for some people kalau nak snap photo mesti ada dalam fikiran soalan, "How do I make my photos Instagram-worthy?". The pressure... hehe ๐Ÿ˜„. 

Berpatah balik lalu Street Market section.


Di entrance ke Piazza Palio ada kuda besar ni.

Selesai, kami naik semula bas.

๐ŸŒ“ So what's the verdict? Do we like Palio Khao Yai? 
Yes, sebab tempat ni cantik dan kami berdua pula dah memang suka ambil gambar ๐Ÿ˜Š๐Ÿ“ท. 
๐ŸŒ— If we're not into photography, then macam mana? 
We'd definitely say we had a wonderful time because it's so nice to just take a leisurely walk around the 'village' and admire the surroundings and immerse in its ambiance. 

Ok, sementara nak tunggu time dinner, kami dibawa singgah dulu ke Chocolate Factory. Sebenarnya ikut itinerary, kami ke Chocolate Factory pada keesokkan harinya. Kami dibawa ke sana malam ni supaya esok kami ada masa dan perjalanan boleh relax sikit sebab Chocolate Factory dah lawat malam ni.  

Nama pun kilang coklat maka tentu la ada coklat dibuat di sini. Tapi sebab kami sampai malam, kilang tu dah pun tutup. Yang dibuka ketika itu hanyalah restorannya. 

Chocolate Factory dibahagikan kepada dua bahagian utama: Chocolate Workshop and Chocolate Factory Cafe. Di workshop pelawat boleh belajar proses pembuatan coklat. Restorannya pula menyediakan makanan Itali dan Thai.

Walaupun kilang coklat dah tutup, lawatan kami ni menarik la juga sebab di bahagian depan Chocolate Factory ini ada setting yang cantik.  

Suasana meriah dengan hiasan pokok Krismas yang cantik.

Beautiful lighting. Yang macam asap tu ialah semburan water mists. Nice, sejuk surroundings.

Selain restoran, di sini juga ada kedai coklat dan kafe yang menjual pelbagai pilihan homemade chocolates, desserts dan souvenirs. 

Jom kita turun ke bahagian depan.


Lovely.

Pemandangan Chocolate Factory dari depan. 
Dengan menggunakan bahan-bahan berkualiti tinggi yang diimport dari Belgium, Perancis, dan Switzerland, kilang coklat di sini menghasilkan semua jenis coklat yang lazat; bonbons dan pralines (dengan lebih daripada 40 rasa yang berbeza), cookies, chocolate covered nuts, dan juga produk penjagaan kulit, seperti lotion dan scrub badan yang diperbuat daripada cocoa butter. Banyak resipi-resipi yang digunakan adalah dicipta oleh chef pastri Perancis terkenal Eric Perez yang menduduki tempat ke-2 dalam World Pastry Cup - yang turut bertugas kilang di sini sebagai consultant and chocolate trainer.






Bergambar dengan Cik Aishah dan Puan Mona di depan Chocolate Factory. 


Pemandangan ke arah Kedai Cokelat yang terletak di tingkat bawah. Tapi kami tak masuk ke sana. Melalui glass-walled production room, pelawat boleh menyaksikan Chocolatier menghasilkan pelbagai jenis coklat premium. 


Then kami dibawa dinner di Restoran Salasa Khao Yai, the same restaurant where we had our lunch. 

Kata Puan Mona di area ni hanya restoran halal ini saja yang big enough to accommodate our big group. 

Kami berdua no complain sebab hidangannya memang sedap! 

Menu dinner kami yang disediakan juga berbeza dengan menu sewaktu tengahari tadi. Lagi la best! ๐Ÿ˜‹ 


Sempat bergambar bersama pemilik Restoran Salasa Khao Yai yang bernama Harun. Dia tak pandai berbahasa Inggeris, saya tak pandai cakap Siam. So saya buat isyarat 2 thumbs up nak bagitau makanan dia sedap. Terus dia senyum lebar and thanked me... hehe. Orangnya humble sungguh. Semoga dia sentiasa dimurahkan rezeki oleh Allah SWT. 

Naik semula bas menuju ke hotel. 

Hotel penginapan kami malam itu adalah di Nannam Country Home & Resort. 

Jom check out bilik hotel yang unik ini. Ada sinki dan tea set.

Side table with chair. Katil yang besar. Ada sliding doors to balcony. Gelap sungguh di luar tu tapi kami boleh dengar deruan air. Overlooking a river agaknya bilik kami ni. Esok dah terang baru boleh nampak. 

Bilik air besar dan selesa.

Kabinet dan TV besar. Masa tu ada live telecast of The Royal Coronation of His Majesty King Maha Vajiralongkorn Bodindradebayavarangkun or King Rama X in Bangkok.

Ada loteng pulak bilik ni. Tinggi dan agak curam juga tangga nak naik ke atas tu. Bilik di hotel ni ada air-con tapi guna kipas pun dah cukup sebab sejuk.

Loteng. Rasanya konsep bilik di hotel ni ikut seni bina rumah traditional Thai. 

View dari loteng.


Checking waktu solat Subuh. Set alarm dulu sebelum tidur. 

Ngantuknyaaa...  เธฃเธฒเธ•เธฃีเธชเธงัเธชเธ”ิ์ (Rฤtrฤซ s̄wแบกs̄di̒)....

Bersambung...

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

4 comments:

  1. aca cat cafe !!
    best tu!!
    dan Tam tam tak boleh nak jeles sebab dia tak ada!!!

    cool Luna photos !! zoom habis tu !
    sebelum lupa .. 16-5-20 ni nanti , our Lunar will be in crescent phase . and Venus and Jupiter will be close to our Lunar .. thus they will be making a smiley face !!
    so looking forward to this event !! only occuring once in 4@5 years [ lupa ]

    ha ah
    cantik pokok ivy yang menjalar tu .. pernah cuba tanam ivy .. hidup .. tapi mati kering lepas tu :))

    anak raja yang banyak bini :))

    posa-posa ni nampak menariknya air grape tu !!!!!!

    love the smile on the kambing's face !! sincere :))

    loteng tu mungkin kalau ada family sewa , depa letal katil kot kat atas tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yess...
      Hahaha.. masa tu kami terus tersebut2 Tam Tam :)
      Unfortunately kami tak sempat masuk though.

      Mmg zoomed-in hampir nak maximum. Kalau max habis, ketaq2.. hehehehe
      Ooo.. I think I missed that lunar crescent tu. Or did I? Tak ingat pulak.

      I love pokok jalar juntai2 macam tu. Like, whimsical gitu.. hehe.

      Susah jadi King doc, kena banyak bini. Kena ada heir.

      Hehehe... telan air liur je la.. hahaha..

      Kan! Adorable sgt! Rasa nak picit2 baby lambs tu :).

      I think so too. Jimat la tak payah extra room. Plus senang nak tgk2kan bila semua dok dalam satu bilik.

      Delete
  2. belum lah !!
    16 Mei nanti
    http://www.physics-astronomy.com/2020/04/set-your-alarm-jupiter-venus-and-moon.html
    :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cool. Hopefully bukan fake news.. hehe.
      Benda mcm ni ada org nak buat fake news. Apa la manfaatnya buat gitu :(.

      Delete