Monday, March 23, 2020

BANGKOK & BEYOND - DAY 02 - PART 02 - JIM THOMPSON FARM

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.
#stayathome #dudukrumah

Marilah kita berdoa.

Daripada Abu Hurairah RA berkata:
جَاءَ رَجُلٌ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ: يَا رَسُولَ اللهِ مَا لَقِيتُ مِنْ عَقْرَبٍ لَدَغَتْنِي الْبَارِحَةَ، قَالَ: أَمَا لَوْ قُلْتَ، حِينَ أَمْسَيْتَ: أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ، لَمْ تَضُرَّكَ
Maksudnya: “Telah datang seorang lelaki kepada Nabi SAW lalu berkata: Wahai Rasulullah, ketika aku sedang tidur, ada seekor kala jengking datang menyengatku. Maka Nabi SAW bersabda: Jika kamu membaca ketika waktu petang (malam) itu:
أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ
(Aku berlindung dengan kalimah Allah yang sempurna daripada segala keburukan yang Allah SWT cipta)” nescaya tidak akan berlaku perkara yang memudharatkan kamu.” 
[Riwayat Muslim (2709)]
____________________________

Daripada Anas bin Malik RA berkata:
كَانَ يَقُولُ: اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ البَرَصِ، وَالْجُنُونِ، وَالْجُذَامِ، وَمِنْ سَيِّئِ الْأَسْقَامِ
Maksudnya: Adapun Rasulullah berdoa:
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ البَرَصِ، وَالْجُنُونِ، وَالْجُذَامِ، وَمِنْ سَيِّئِ الْأَسْقَامِ
(Ya Allah aku berlindung dengan-Mu daripada penyakit sopak, gila, kusta dan penyakit-penyakit yang buruk)”.” 
[Riwayat Abu Daud (1554)] [Menurut Syeikh Syuaib al-Arna’outh sanad hadith ini adalah sahih]

Sumber: muftiwp.gov.my
.
.
.
.

Baik, saya sambung cerita percutian kami di Thailand.

Dan kami pun sampailah ke Jim Thompson Farm. Iya, betul tu, memang ramai sekali pengunjungnya masa tu. 

Tapi tak de la kami sampai terkejut sebab Puan Mona, our tour guide, dan pun beritahu awal-awal that there will be lots of visitors. 

Kenapa ramai pelawat? Sebab Jim Thompson Farm ni hanya dibuka selama 4 minggu sahaja dalam setahun. Fyi, tempoh ia dibuka untuk pelawat juga berbeza pada setiap tahun. 
Bas dipandu masuk ke tempat parking.

And on top of that, tarikh dan tempoh pembukaannya cuma akan diumumkan dekat-dekat dengan waktu pembukaannya. So all that make this place both a special as well as a challenging place to visit as oppose to one that opens all year round. 
Beramai-ramai berjalan ikut Saran, our local tour guide, ke entrance Jim Thompson Farm.

Disebabkan begitu keadaannya setiap tahun, unlike for the locals, untuk kita yang datang dari luar negara Thailand jadi challenging la nak rancang perjalanan. Makanya, tak nak pening-pening kepala, kami ambil saja pakej percutian. Kebetulan kami selama ini pun memang selalu ambil pakej bila bercuti-cuti. 

Tapi kita hanya merancang. Ambil pakej tak gerenti kita dapat semua apa yang ditawarkan dalam pakej. Semua bergantung pada rezeki masing-masing. Fyi, tarikh yang dijadualkan bagi kami melawat ke sini, iaitu 9 Disember 2019, adalah hari ketiga Jim Thompson Farm dibuka kepada pengunjung bagi tahun 2019.

Kalau nak check bila tarikh dan tempoh Jim Thompson Farm ini akan dibuka pada pelawat pada tahun 2020, silalah ke official website mereka (below) to see the countdown. Macam saya kata tadi, both dates/period will be updated so close to the said dates. 
Ini maklumat tarikh dan tempoh Jim Thompson Farm dibuka pada pelawat untuk tahun lepas 2019. We were there on the 3rd day it opens i.e on the 9th. of December 2019.

Sampai ke entrance utama Jim Thompson Farm. Kami diminta menunggu di situ sementara Saran pergi beli tiket. Ada poster besar di entrance ni.

Ini posternya.
Source: jimthompsonfarm.com

Macam-macam aktiviti boleh buat di sini. Fyi, saya memang suka sangat colorful graphics macam ni.. hehe.  
Source: jimthompsonfarm.com

Ramai juga pengunjung pada hari itu dari kalangan pelajar-pelajar sekolah. Kami tiba di Jim Thompson Farm pada pukul 9 pagi, iaitu sebaik saja pintunya dibuka kepada pengunjung. Maknanya adik-adik ni dah sampai lebih awal lagi. And just let me share a bit of observation; adik-adik ni semuanya begitu well behaved. Elok je mereka beratur and not running wildly everywhere. Riuh rendah tu biasa la but they all look calm and cool je. And what's more impressive tak ada pun saya nampak guru-guru atau guardians mereka trying to desperately control rambunctious crowd of school children. 

Ada beberapa ekor patung kerbau actual size di dataran kecil depan pintu masuk utama ladang ini. 

Ok la, tak la ramai sangat pelawat. Macam di theme parks lain juga. 

Welcome to Jim Thompson Farm!
Experience our beautiful and eco-friendly farm where you can see 
seasonal flowers, organic produce and experience the silk-making process.
Jim Thompson aims to preserve and convey the valuable cultural heritage of Thai people, living in the Northeastern region, to both Thai and foreign visitors in order to generate a sense of appreciation towards the ancient and beautiful Isaan customs and traditions.
Source: jimthompsonfarm.com

Peta Jim Thompson Farm.
Located on over 600 rai of land at the hillfoot of Payaprab Mountain in Takob Sub-District, Jim Thompson Farm was founded in 1988 as a production site for silk eggs, where farmers would buy fresh cocoons for the silk thread production, and as a mulberry plantation for silkworms. In 2001, Jim Thompson Farm began to open its doors yearly in December as an agricultural site to visitors, who are passionate about nature, to admire the picturesque scenery, gain agricultural experience, learn about the life cycle of silkworms, stroll through the organic vegetable garden and colourful flower fields, as well as to buy some pesticide-free flowers and agricultural products carefully grown by our farmers.
Source: jimthompsonfarm.com


A rai is a unit of area equal to 1,600 square metres, is neither part of nor recognized by the modern metric system. It is commonly used in Thailand. The word rai also means plantation.
Wikipedia.

Luas ladang ni. Dalam peta ini ditunjukkan the main attractions for 'Jim Thompson Farm Tour 2019'.
The farm has 5 sections: Cosmos field (organic fruits and vegetables), Pumpkin yard and colourful flower fields, Isan Village, Weaving Village and Jim’s Market.

Jadi siapakah Jim Thompson? 
Jim Thompson yang merupakan pengasas ladang ini adalah seorang bekas perisik CIA dari Amerika Syarikat yang memilih untuk bersara di Thailand. Selepas bersara, beliau bersama beberapa rakannya telah membeli Oriental Hotel di Bangkok dan menubuhkan Thai Silk Company Limited. Jim Thompson juga adalah orang yang bertanggungjawab memperkenalkan Sutera Thailand ke serata dunia.

Pada 26 Mac 1967, Jim Thompson telah pergi ke Cameron Highlands di Malaysia bersama pembantu setianya. Pada sebelah petang dua hari kemudian, dia keluar bersendirian meninggalkan penginapannya dan tidak pulang walaupun siang berganti malam. Misi mencari dan menyelamat dilaksanakan melibatkan pelbagai pihak namun Jim Thompson tidak ditemui. Misi ini ditamatkan 11 hari kemudian.
On Sunday March 26th 1967, while holidaying in the Cameron Highlands in Malaysia, Jim went for a walk and never returned. His disappearance triggered one of the largest search operations in the region, with 400 men dispatched to search. However, the body of Jim Thompson was never found.
Abounding theories surrounded his disappearance, ranging from kidnapping, assassination, tiger attacks and suggestions that he simply lost his way. While Jim Thompson may be synonymous with elegant silk, the name is equally well known for the legendary disappearance that continues to mystify to this day.
Source: www.jimthompson.com

Another kerbau. It's quite big actually. 

Masa Saran (local tour guide) beli tiket masuk untuk kami, kami ke toilet dulu. 

Walked through the food court yang makanannya ada saja pork. Pork itu, pork ini. Nampaknya macam tak endahkan kebarangkalian ada pelawat beragama Islam. Or perhaps not worth or not justified since tak ramai Muslim visitors.

Toilet bersih and airy with wide open upper windows for ventilation. We were told toilet di sini unik, dibuat style kampung. I guess it refers to the wooden features. 

Selesai di toilet, passed by the food court again. Ada kolam kecil di tepi.

Seeing all the spirit houses and temples of various sizes, ternyata betapa pentingnya agama rasmi Thailand, Theravada Buddhism, kepada orang Thai. Theravada Buddhism dianuti oleh lebih daripada 95% penduduk Thailand. Ramai orang Thai akan memulakan hari mereka dengan memberikan sumbangan kepada para sami yang akan berada di jalanan untuk mengumpul donations.
Terdapat lebih 300,000 sami di 'Land of Smiles' ini. Dari kampung ke bandar ke airport, mesti akan nampak sami-sami dengan 'jubah' warna-warna Sacral Chakra mereka, warna yang dipercayai sebagai warna alam roh. 

Tahukah anda yang setiap lelaki di Thailand dimestikan jadi sami untuk satu tempoh masa sebelum mereka berumur 20 tahun. Walaupun tempoh masa itu sebaiknya adalah selama kira-kira tiga bulan, tapi ada yang menjadi sami cuma selama sehari dua sahaja. Majoriti akan jadi monk selama seminggu.
Lelaki-lelaki muda Thailand menjadi monks untuk menerima karma dan merit yang baik. Orang-orang Thailand yang kaya atau mempunyai wang dianggap sebagai mempunyai karma yang sangat baik. Mereka yang tidak mempunyai wang dianggap telah berkelakuan buruk dalam kehidupan sebelumnya, dengan itu, tidak mempunyai karma yang baik.

Sekiranya seorang lelaki memutuskan untuk terus menjadi sami, terdapat beberapa upacara dan proses yang harus mereka lalui. Sebagai contoh, mereka mesti mencukur kepala dan kening serta mengambil bahagian dalam beberapa upacara. Mereka juga diberi tugasan harian di kuil tempat mereka tinggal, seperti pembersihan atau penerimaan persembahan pada waktu pagi.
Eh.. pakai earphone? Agaknya ada keperluan 'to keep themselves abreast of new knowledge, current events and technology'.
Hidup sebagai seorang sami bukanlah tugas yang mudah. Terdapat beratus-ratus peraturan yang mereka mesti patuhi. Yang asas adalah seperti memakai 'jubah', sementara peraturan lain yang dikira lebih berat adalah seperti tidak boleh minum arak atau tidak boleh berenang untuk bersenang-lenang. Kalau di khalayak ramai pula mereka kena patuh pada pelbagai ketetapan seperti tidak boleh ketawa atau bercakap kuat.

Saran masih lagi belum selesai beli tiket. Maklum je la group kami lebih 30 orang. So jom explore dekat-dekat area ni.

Bawah pondok atap rumbia ni ada labu-labu warna oren dan kemerahan on stacks of hay. Beberapa kotak rumput kering dibalut dijadikan tempat duduk. Nice. 

Di bahagian Jim's Market ada dijual labu-labu ni. Sesuai untuk dijadikan sebahagian dari hiasan dalaman rumah kata Puan Mona. Puan Mona, our guide, memang sangat sukakan labu-labu yang bersaiz comel. Dia juga kata labu-labu ini boleh tahan bertahun lamanya dan tidak rosak atau busuk. 

Saya bayangkan agaknya beginilah hiasan dalaman yang Puan Mona maksudkan. Nice. Rasanya macam Rustic farmhouse style la.


These are lovely but we were excited to go see fields of these colorful flowers 😊. 

Tiket masuk Saran dah beli so kami pun berkumpul dan beratur masuk bersama-sama. We feel better that way sebab kalau everyone dilepaskan pergi explore ladang yang besar amat ni on our own kot nanti ada yang tersesat atau terleka sehingga mengakibatkan kelambatan bertolak ke destinasi-destinasi lain. 

Baik-baik je semua adik-adik sekolah ni. Bagus betul la mereka. Sangat disiplin. Fyi, pihak ladang ni dah siap aturkan barisan berlainan untuk tourists dan untuk rombongan sekolah. Elok la gitu. Teratur. 

Tiket masuk untuk Jim Thompson Farm for weekday berharga THB 180 (RM 25) seorang. Kalau weekend harganya THB 220 (RM 30).

Ladang ni luas jadi disediakan kenderaan khas yang mereka panggil 'farm tour cart' untuk bawa pelawat ke lokasi-lokasi Point 1 hingga Point 5 yang ada di ladang ini. 

Ini peta Jim Thompson Farm menunjukkan lokasi Point 1 to Point 5. 

The map's details. 

Fyi, farm tour cart ada banyak, jadi pelawat tidak perlu tunggu lama atau berebut-rebut. Kami menunggu pun tak sampai 10 minit. The group/crowd control by the staff pun bagus. Kalau pun group kami terpecah jadi 2 kumpulan, tak perlu la risau, just wait and take the next farm tour cart. 

Setiap farm tour cart ada seorang Tourist Guide Ladang yang bertugas memberi penerangan tentang tempat-tempat yang kami lalui di dalam ladang ini. Unfortunately, dia cakap Thai.. hehe. Saya rasa tentu ada farm tour cart dengan English speaking guide cumanya mungkin kena booking bagai, so leceh dan take time agaknya. Moreover the speaker system not so clear dan tenggelam pula dek bunyi injin farm tour cart ni yang kuat.

Naik farm tour cart dengan group lain.

Farm tour cart leaving the departure point heading to the points of attractions in this huge farm.

Salah satu tarikan di ladang ini are the art installations atau apa yang mereka panggil 'Art on Farm Showcases'. Yang ini namanya 'Pinaree Sanpitak 2018 Showcase'. Pinaree Sanpitak is a Thai conceptual and contemporary artist. 

Sawah padi pun ada juga. Tentunya pihak pengurusan ladang ini dah pastikan di bendang ada padinya, tak la pelawat datang sawahnya kosong je. 

Dari jauh kami nampak satu lagi art installation yang cantik dan berwarna warni. 

Hasil seni yang menggunakan kain elegan berwarna warni ini adalah dibuat oleh Arkitek PO-D dan Mit Jai In. Selain di sini, hasil seni ini juga ada dipamerkan di padang-padang bunga di ladang Jim Thompson ini. Ia dipanggil 'Mit Jai In 2019 Showcase'. 

Mit Jai In adalah artis konseptual dan kontemporari terkenal Thai.

Art installation tetap ini bertajuk ‘Memory in Textiles’. 

Mit Jai In presents his trademark ribbons above a field of flowers.

Jim Thompson Farm adalah merupakan sebuah working farm yang menghasilkan pelbagai produk pertanian. 


Tanaman sayuran.

Greenhouse. 


Kebun-kebun sayur-sayuran.

Iya, lawatan ke ladang ini rasa lagi authentic sebab laluan ke lokasi-lokasi lawatan dengan farm tour cart ini adalah melalui dirt roads. 

Tak tahu kami pokok apa yang ditanam di sini. Maklum la guide kenderaan ni cakap Thai.


Scenic routes.






Passed by ladang bunga matahari.

Bahagian yang ini tak de sunflower blooms. May be in a couple weeks. 




Haaa.... yang di sini ada. 






Ladang Jim Thompson ini sangat luas. Laluan yang dibuka kepada pengunjung juga berbeza setiap tahun mengikut hasil tanaman dan pertanian yang ingin dipamerkan.  

Yang ini pula kata Puan Mona ialah tanaman sekoi (millet).




Kawasan pertanian mestilah ada terusan.



Dan kami pun sampai ke stop pertama kami iaitu di Point 2: Pumpkins yard and colorful flowers. 

Lepas penumpang turun, farm tour cart ini akan tunggu sebentar jika ada pelawat-pelawat yang nak naik untuk ke stop seterusnya. Kiranya macam konsep hop on hop off la.

Tu dia.. dah nampak dah the fields of flowers. Cantik sungguh dengan latarbelakang Payaprab mountain dan langit yang biru.

Program kami ke sini pun waktu pagi, so memang la sesuai keadaannya untuk ambil gambar di tempat begini. 

Kami ramai-ramai diajak Puan Mona untuk ke 'Pumpkin Hill' tu dulu for a group photo sebelum kami pergi explore. 


Dan ini fotonya. Besar kan group kami.. hehe. 

Sebenarnya kami berdua tak begitu tertarik sangat pada bukit labu ni. Moreover, ramai orang di sini posing-posing ambil gambar... hehe. 

Haaa... kami berdua lebih nak explore this section. 

Inilah kali pertama kami berdua berada di padang bunga-bunga. 

Masa percutian kami yang lain ada juga lawat taman bunga tapi ianya 'taman' dan bukan 'padang' bunga. Contohnya seperti foto-foto di bawah.
Mirabell Garden, Salzburg, Austria.

Ini pula Indian Char Bagh Garden di Hamilton Garden, Hamilton, New Zealand. 

Fitzroy Gardens, Melbourne, Australia.

Al Shaheed Park, Kuwait City. Kuwait. 

Ok, balik semula cerita flower field di Jim Thompson Farm ini. 

Lovely how they arrange the plants so that the colors blends so beautifully on a flat field surface. 



Dan tentulah kena ambil gambar lowered sikit.. hehe.



Amazing vibrant colors!!




Gorgeous lavenders. Wangi.


Fountain pun ada.

Luas flower field ni. 

Memang cantik pemandangan di sini.

Bergambar kenangan.


Di hujung sana tu ada satu lagi art installation. It is Savinee Buranasilapin 2017-2018 Showcase (The Association of Siamese Architects Contribution).  

Ada platform for elevated view of the fields. Tapi kami tak ke sana sebab jauh.. hehe.

Laluan untuk pergi ke hujung sana.


Sambil duduk berteduh di hay stacks ni sambil menikmati keindahan padang bunga.

Satu lagi art installation oleh Mit Jai In dari siri 'Mit Jai In 2019 Showcase' bertajuk ‘Memory in Textiles’. 


Ajak school girls ni bergambar dengan wife.. hehe.  Baik sopan santun adik-adik ni. Since mereka tak berapa pandai cakap Inggeris dan kami langsung tak tau cakap Siam, saya guna je la isyarat tangan. Universal language gitu. Dan mereka faham! hehehe...
Adik yang depan sekali tu tinggi betul! 😃

Dan saya bergambar dengan group ni pulak.. hehe. Sporting mereka ni 😊.

Agaknya dalam sehari dua lagi padang bunga yang ini akan penuh dengan bunga-bunga kuning. 

Ambil gambar dari jauh je.. hehe.



Satu lagi art installation, the Field-Flowers-Fabric oleh Por-D Architects. 



Lepas ni kami akan ke hujung sana tu. Ada village.


Mereka ni part of our group. So ada la juga young people 😊.








Art installation Savinee Buranasilapin 2017-2018 Showcase (The Association of Siamese Architects Contribution).  



Art installation, the Field-Flowers-Fabric by Por-D Architects. 


Beautiful yellow flowers.




Saya memang tak kenal nama bunga.. hehe. 




Ada banyak water sprinklers bagi mengairi dan menyegarkan pokok-pokok bunga di sini.


The Pumpkin Hill from afar.

Cantik pulak pokok-pokok bunga digantung macam ni. 

Gigih ambil gambar lavender.. hehe. 




Farm tour carts come and go sending and picking up visitors. Ada banyak carts and service pun efficient. 

Peta Jim Thompson Farm. Kalau scan QR Codes tu, kita boleh dapat more detailed information about this farm. 

Berteduh di bawah pokok sambil menunggu the rest of the group members berkumpul semula. 


Satu group adik-adik comel baru sampai.

They are so well behaved. And so cute, so adorable!

Super excited! Hehehe..



Bergambar dengan Saran, our local tour guide. 

Makin ramai pelawat datang. It is understandable sebab ladang ni buka untuk lawatan cuma sebulan sahaja dalam setahun. 


Another big group just arrived.

Menunggu next farm tour cart.



Bersambung..

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

2 comments:

  1. ramainya orang !!
    dan
    besar nya grup tour orang ituuuu !!! hehhehehhee....

    sekoi !! kecik kecik ... dulu ada bela banyak burung budgie .. bagi makan sekoi ..

    bunga yang kuning tu.. pokok ulam raja
    yang tergantung tu .. petunia
    sekian..
    :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramaiiii !!
      Indeed! Ramai dan meriah! Hehehe... Laku pakej ni doc. We were informed by the tour leader pakej ni selalunya penuh/max. May be sebab ianya bermusim/ada specific time to visit the sunflower fields dan Jim Thompson ni. Makanya tiada di masa bulan2 lain.

      Now bela kucing. Total opposite !! :)

      Thank you :).

      Delete