Monday, March 2, 2020

LANGKAWI - DAY 03 - PART 09 - TAMAN LAGENDA

Selepas spending an amazing time at the Underwater World Langkawi, kami dihantar uncle Kent balik ke hotel penginapan kami, Bayview Hotel di Pekan Kuah. 

After conveying our thanks and say our goodbye to uncle Kent, kami terus minum petang yang disediakan percuma oleh pihak hotel for its guests. 

Ada cucur sayur, tuna sandwich, kek dan buah-buahan anggur, tembikai, betik dan oren. Plus fruit juice and tea/coffee. Haa..kan rugi kalau tak minum petang percuma ni.. hehe. 

Tengah menyepit cucur sayur 😊.

Memang tengah lapar masa tu. Alhamdulillah.

Walau pun kami dah balik semula ke hotel tapi program jalan-jalan kami belum berakhir. Isteri ingin ke Taman Lagenda pula. Saya of course setuju la.. hehe. Taman Lagenda tu pun tak jauh dari Bayview Hotel, less than 10 minutes drive. Nak jalan jauh so kami ambil Grab Car. 

Tiba di Taman Lagenda Langkawi. Hmm... not nice la kalau pelancong dari luar negara tengok sign yang dah tercabut-cabut begini. Pada local tourists pun tak nice juga but then kita orang Malaysia macam dah biasa kan dengan 'pemandangan' begini. 

Dataran di depan pintu masuk ke Taman Lagenda Langkawi. Ada pokok-pokok lampu yang satu ketika dulu adalah begitu trendy.




Ada peta Taman Lagenda di dataran ini. 
Peta vs actual.

Sebuah taman tema yang dipenuhi struktur dan ukiran yang menceritakan kisah dongeng dan lagenda yang menjadi warisan dan sejarah Langkawi. Di taman ini juga ada disediakan kemudahan-kemudahan seperti Balai Penerangan, Masjid, Wakaf dan tandas. 

Banjaran Gondwana. 


Info tentang Taman Lagenda.


Tentang Banjaran Gondwana. 

Peta topografi 3D Langkawi. 

Langkawi adalah sebenarnya salah sebuah dari 4 pecahan asal benua Gondwana.

'Sambut Mesra ke Lagenda Langkawi'. 

Tapi kurang 'mesra' sebab susah nak baca. 





Laluan ini namanya 'Laluan Hujan Hujan'.

Cantik and very scenic.




Saya baca ada yang kata hiasan binaan berukir yang berderet di sepanjang laluan ini mirip batu-batu nisan kubur. Pulak dah!

Dibuat atas tanah tebusguna, taman ini juga ada dibuat kolam-kolam. 

It is quite scenic actually.



Taman ini juga dihiasi dengan pokok-pokok bunga dan buah-buahan. 


Penunjuk arah.

Sebuah taman yang sesuai untuk bersenam dan beriadah.

Well kept and maintained.


With lots of shades.


Kami ke pinggiran pantai dahulu.

Pemandangan Selat Kuah dengan Lang.


Berharap dapat merakam sunset di Selat Kuah ini.



Gorgeous view.


Wakaf juga ada disediakan.

Then kami naik ke Bukit Tinjau. 


Saya suka pokok-pokok with exposed roots ini. Are these young banyan trees?

Berfoto-fotoan di Bukit Tinjau, Taman Lagenda, Langkawi.

Pemandangan CHOGM Park dari Bukit Tinjau, Taman Lagenda. Kedua-dua taman ini dipisahkan oleh sebuah kolam yang panjang.

Di Bukit Tinjau ini ada sebuah struktur/ukiran kisah dongeng yang dipanggil 'Gergasi Bertarung'. 

Ia menggambarkan pertarungan antara dua orang gergasi Mat Raya dan Mat Chinchang.

Yang di tengah tu, yang tangan warna gelap tu represent Mat Sawar yang cuba mendamaikan.




Pemandangan Selat Kuah dari Bukit Tinjau.


Wakat besar Bukit Tinjau. Di sini kami decided to split since it was almost 6:30 pm. My wife will cover the 'legend' area (Tepian Lagenda) and I will capture the sunset.





Berjalan ke arah Tanjung Raya. Rasanya dinamakan demikian kerana dari situ boleh nampak Gunung Raya dengan jelas.






Dah pun sampai di hujung, di Pantai Lagenda.






Dari pantai ini boleh nampak Gunung Raya. Tapi masa tu tengah cloudy so tak nampak puncaknya.

Ok, dah hampir sunset. Jom cari lokasi yang sesuai.





And this is Tanjung Raya. Very nice views from here.

Dari Tanjugn Raya visitors boleh nampak pemandangan Pekan Kuah dengan latarbelakang pergunungan.




Nampaknya sunset will a bit cloudy petang tu.. hehe. Well, rather than hujan, ye tak.. hehe.




Feri penumpang.

Dan ada White-bellied Sea Eagles. 





Dataran Lang dan Kuah Jetty.



Sekadar ini je foto-foto sunset yang dapat dirakam. 

So beautiful. SubhanAllah.

Puncak Gunung Raya diselubungi awan.









Called my wife and she had already finished with her walk and was waiting for me near Pantai Lagenda. 


Dan ini foto-foto yang diambil oleh my wife.


Dalam pergaduhan Mat Raya dan Mat Chinchang, cincin pertunangan anak mereka telah tercampak dan jatuh di tempat yang kini dinamakan sebagai Tanjong Chinchin.


Peralatan-peralatan yang digunakan untuk memasak ketika majlis perkahwinan juga habis berterbangan akibat dibaling kepada satu sama lain. 

Dikatakan sebuah belanga  besar yang dibaling telah pecah dan tempat jatuhnya belanga itu kini dinamakan sebagai Belanga Pechah.
Tempat di mana belanga ini jatuh pecah kini dinamakan sebagai Belanga Pechah

Air Hangat berasal dari berasal dari bekas memasak air yang pecah dalam pertarungan di antara Mat Raya dan Mat Chinchang


Nama Kuah berasal dari tempat kuah tumpah dan Kisap pula dari tempat di mana kuah meresap ke tanah.


Lagenda Dayang Bunting yang terkandung di dalamnya pelbagai lagenda tentang Pulau Dayang Bunting. Menurut cerita yang tertulis di sini, Dayang Bunting adalah gergasi sakti yang menjaga kepulauan di bahagian Barat Laut Pulau Langkawi. Dayang Bunting dikatakan mempunyai singa kesayangan serta Pokok Tuba beracun sebagai senjata untuk mempertahankan diri. Maka dua pulau yang berhampiran dengan Pulau Dayang Bunting yang seimbas lalu mirip seperti gergasi hamil yang terlena itu dinamakan Pulau Singa Besar dan Pulau Tuba.

Alkisah maka tersebutlah kisah sekumpulan pedagang yang tidak memberi penghormatan sebagaimana yang sepatutnya kepada Dayang Bunting semasa melewati kawasan itu. Maka terbangkitlah Dayang Bunting disebabkan kelakuan biadap itu dan dengan segera Dayang Bunting mengerahkan singanya untuk menghalau penceroboh tersebut. Dayang Bunting juga membangunkan ribut taufan demi melepaskan kemarahannya ke atas pelayar yang tidak mengikut adab itu. 

Menurut sahibul hikayat, di pantai Pulau Jong terdamparlah serpihan-serpihan kapal yang terhempas. 

Kerbau-kerbau muatan dari kapal-kapal itu berenang ke Pulau Gubang Darat dan Pulau Gubang Laut lalu berkubanglah sekeliannya di situ. 


Tetapi sekumpulan kerbau balau terkandas di Pulau Balar. 



Perahu yang membawa beras pula terdampar di Pulau Beras Basah. Sekali peristiwa, tersebutlah kisah beras basah itu ditanak semasa suatu kenduri perkahwinan lalu dijamu kepada seorang putera. Maka putera itu pun menderita sakit perut kerana memakan nasi mentah. Justeru itu dalam perjalanan pulang lalu terkentutlah dia di dua buah tempat yang kini dikenali sebagai Pulau Kentut Besar dan Pulau Kentut Kecil.

Tasik Dayang Bunting pula dikatakan sebagai tempat bermain dan mandi seorang puteri duyung bernama Puteri Dayang Sari. Pada satu hari, seorang putera raja bernama Putera Teja telah terserempak dengan Puteri Dayang Sari yang ketika itu sedang bermain dan mandi di tasik tersebut. Putera Teja yang terpegun dan jatuh cinta dengan kecantikan yang dimiliki oleh puteri dari laut kayangan itu cuba memikat Putri Dayang Sari tetapi tidak berjaya.

Oleh kerana usahanya tidak berjaya, Putera Teja telah berjumpa dengan cerdik pandai untuk mendapat nasihat bagi memenangi hati puteri tersebut. Beliau telah disuruh membasuh mukanya dengan airmata puteri duyung.

Bila Putera Teja bertemu kembali dengan Puteri Dayang Sari, dia menghadiahkan puteri dengan sebuah bola emas. Sang Puteri menjadi leka bermain dengan bola emas sehingga tidak sedar air telah surut menyebabkan dia tak dapat kembali ke kayangan. Sang Puteri menangis sehingga air matanya menitis pada bola emas. Air mata puteri duyung telah diambil dan disapu kepada mukanya oleh Putera Teja. Dengan serta merta, Puteri Dayang Sari jatuh cinta kepada Putera Teja.

Selepas berkahwin, Puteri Dayang Sari telah mengandung. Bayi yang dikandungnya itu telah mati ketika dilahirkan dan beliau menyedari tentang perkahwinannya yang merupakan satu tipu helah. Selepas mengebumikan bayi tersebut di dalam tasik ini, Puteri Dayang Sari yang mempunyai penawar kemandulan telah kembali ke laut kayangan dan tidak kembali lagi.
Pemandangan dari belakang Puteri Duyung sedang bermain dengan bola emas

Sebuah lagenda lain di Pulau Dayang Bunting juga menceritakan kisah mitos percintaan di antara seorang dayang istana bernama Telani dengan kekasihnya, seorang pahlawan yang bernama Telanai. Selepas mengalami malapetaka berturut-turut, Sultan yang mendapat tahu mengenai hubungan tersebut telah menyalahkan hubungan dayang istananya itu sebagai punca malapetaka tersebut. Sultan kemudiannya telah memerintahkan Telani dibuang daerah ke sebuah pulau yang sunyi di Pulau Dayang Bunting.

Di situ Telani telah melahirkan seorang anak lelaki. Tidak lama kemudian, Telanai pun belayar menuju ke pulau tersebut bagi mengubati rindunya terhadap Telani dan anaknya. Semasa pelayarannya, secara tiba-tiba, kilat sambar-menyambar berserta guruh-gemuruh. Anak Telani yang sedang nyenyak tidur di pinggir tasik terjaga ketakutan, lalu terjatuh ke dalam tasik. Setelah kabus hilang, Telanai telah bertukar rupa menjadi sebuah pulau yang kini dikenali sebagai Pulau Tajai, sementara Telani pula menjelma sebagai batu besar di tempat dia menangis. Menurut cerita, seekor buaya putih kerap muncul berenang di antara Pulau Tajai dan batu besar itu. Dikatakan bahawa buaya itu adalah jelmaan anak pasangan kekasih tersebut.
Buaya jelmaan anak Telanai dan Telani.

Kalau Telani ibarat burung
terbang jauh mengawan tinggi
langit gunung akan kuharung
belum dapat pantang berhenti
Dan, jika burung diterbangkan dewa
melayang jauh di baliknya awan
kucarikan sayap terbang juga
dewa hikmat diajak berlawan  

Lagenda Garuda dan Jentayu. 

Menurut Hikayat Merong Mahawangsa, Maharaja Rom dan Maharaja China merancang untuk mengahwinkan anak-anak mereka. Rancangan ini telah ditentang oleh Garuda yang melihat penyatuan dua kuasa besar sebagai satu ancaman kepada kerajaan-kerajaan kecil yang lain. 

Garuda berhasrat untuk membatalkan rancangan ini dengan menculik puteri China dan menyembunyikannya di dalam Gua Cherita di Pulau Langkawi. Dia kemudiannya bertekad untuk menyerang dan memusnahkan armada Kerajaan Rom yang diketuai oleh Merong Mahawangsa yang membawa Putera Rom di atasnya.

Merong Mahawangsa dikatakan berasal dari keturunan Indera dan Gergasi. Ketika di dalam pertempuran, Merong Mahawangsa telah dibantu oleh Burung Jentayu yang merupakan burung mitos air. Malangnya dalam pertempuran tersebut, Garuda telah menang.

Ketika di dalam pertempuran, Putera Rom jatuh ke dalam laut dan dihanyutkan ke pantai di pulau tempat puteri China disembunyikan. Putera Rom kemudiannya dijumpai oleh dayang puteri. Putera Rom dan Puteri Cina akhirnya bersatu dalam perkahwinan. Garuda merasa malu kerana gagal menghalang perkahwinan tersebut walaupun menang dalam pertempuran. Dalam kehinaan, Garuda menghilangkan diri dari dunia.


Sisa-sisa ngeri daripada pertempuran sengit di antara Garuda dan Jentayu dikatakan terlihat di Pasir Tengkorak, Tanjung Tulang dan Pantai Pasir Hitam di mana serpihan tengkorak, tulang dan kapal bertaburan di sepanjang pantai.

Sesetengah orang pula menganggap sisa-sisa itu datang daripada para saudagar dan kapal mereka yang karam disebabkan pusaran laut di bahagian utara Langkawi. 
Kapal karam sisa pertempuran Garuda dan Jentayu.

Pantai Pasir Hitam juga mempunyai lagendanya yang tersendiri. Alkisah maka tersebutlah cerita  seekor ikan duyung menghadiahkan cincin sakti yang boleh mendapatkan ikan yang banyak kepada seorang nelayan sebagai ganjaran jika dia boleh mendapatkan penawar untuk mengubahnya kembali kepada seorang putera seperti sedia kala. Sekiranya gagal, nelayan hendaklah memulangkan cincin tersebut pada masa yang ditetapkan. Sayugia malangnya nasib duyung kerana nelayan gagal mencari penawar dan enggan pula dia memulangkan cincin sakti itu. Maka sebab kemungkiran itulah ikan duyung menukarkan pantai yang putih menjadi hitam.

Telaga Tujoh adalah satu rangkaian tujuh telaga semulajadi yang airnya mengalir dari tujuh mata air. Dipercayai terdapat tujuh orang puteri dari kayangan yang sering mandi dan amat suka akan kesejukan air perigi ini.  

Terdapat seorang putera raja yang tinggal berhampiran perigi ini dan cuba untuk memikat serta mengahwini salah seorang puteri-puteri ini tetapi masih belum berjaya. Air ini juga dipercayai mempunyai kuasa yang boleh menyembuhkan beberapa penyakit.

Lagenda yang seterusnya pula berkait dengan muzik. Begini kisahnya... Di pinggiran lautan yang kebiruan bagaikan sinar permata gemerlap berkilauan, Pantai Cenang dilamun ombak yang memukul pantai. Angin gemalai melambai dan meniup irama di Bukit Hantu dan bergema di Padang Gaong. Geseran ombak menghasilkan irama, Pantai Cenang diberi nama. Kelunakan irama berkumandang di udara bagaikan nyanyian kumpulan seiring biduan dan alat bunyi-bunyian bersepadu mengalunkan rentak harmoni dan menenangkan. Ini adalah anugerah semulajadi Langkawi.





Dinding Warita Mahsuri.  


Kisah Mahsuri sepintas lalu diceritakan pada Dinding Warita Mahsuri ini. 


Tombak Pandak Mayah.

Replika lembing yang diguna untuk membunuh Mahsuri. 

Galeri Perayaan.

Sini akhirnya jalan-jalan kami di Taman Lagenda ni. Actually elok kalau ke sini di sebelah pagi when it is cooler, unless nak shoot sunset. 


Kami keluar dari Taman Lagenda di penghujung sebelah sana pula. Di sini ada sebuah pantai kecil dengan pemandangan mentari terbenam. 












Kami berjalan sikit lagi sampai ke Masjid Al Hana. 
Reka bentuk masjid ini berkonsepkan seni bina Timur Tengah yang mempunyai menara-menara bersaiz besar dan kecil. Setiap satu menara ini dilengkapi dengan kubah mengikut kesesuaian.
Semua kubahnya berbentuk bawang, namun terdapat dua warna yang membezakan antara kubah yang dibina di bahagian bumbung dengan kubah yang dipasang pada menara, iaitu pilihan warna kuning hitam dan warna biru. Ukiran-ukirannya dikatakan mengikut hiasan kehebatan seni Islam dari Uzbekistan.
Sumber: masjid.islam.gov.my

Balik ke hotel kami naik Grab.

Letih sungguh seharian berjalan. Dah lapar maka keluar la jugak for dinner. 

Jumpa pulak murals ni.









Macam biasa sebelum tidur backup photos dulu.

Ini summary jalan-jalan kami pada hari ke 3. Esok nak balik dah.
1) Gunung Raya
2) Buffalo Park
3) Nusantara Maju Enterprise
4) Kota Mahsuri
5) Laman Padi
6) Underwater World
7) Taman Lagenda

Alhamdulillah.

Bersambung...

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

2 comments:

  1. ughh
    togeh !!
    benci !!

    baru lah saya tahu tentang satu lagi lagenda tentang Pulau Dayang Bunting tu ..

    chop
    kentut pun boleh jadu pulau eh ? :))

    cantik sangat laluan yang orang jogging yang ada batu macam batu nesan tu !

    laa.
    kesiannya berkubang sampai tercabut kepala kerbau balau tu !!
    en syed pernah tonton movie Hikayat Merong Mahawangsa ?
    Best !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha... togeh kalau dlm cucur sedap tau :).

      Banyak sungguh kisah lagenda Langkawi!

      I reckon he was a giant and the forceful impact from the kentut can change landscape, hence terbentuklah pulau2 tu.. hehe.

      Kan. Kalau well lit, tentu malam pun cantik.

      Itu la yg saya perhati. Seperti di Laman Padi, di sini juga mcm tak ada penjagaan rapi. Taman, tumbuhan, landscape dan kebersihan mmg ada penjagaan. Tapi pada the decos like the kerbau seemed neglected.

      Tak pernah tgk doc. Plan nak tgk, tangguh punya tangguh, langsung lupa.. hehe.

      Delete