Wednesday, March 25, 2020

BANGKOK & BEYOND - DAY 02 - PART 03 - JIM THOMPSON FARM


#stayathome #dudukrumah #covid19

And with that peringatan, saya sambung cerita percutian kami di Thailand. Fyi, kami ke sana pada awal bulan December 2019. 

Baik, seterusnya kami naik semula farm tour cart di Jim Thompson Farm ni to the next location which is the I-san Village.

Masa on the way tu, Saran, our local tour guide, took over the microphone and shared information about the farm with us in English since staff yang bertugas di atas farm tour cart ini tidak boleh berbahasa Inggeris. Saran tried his best but unfortunately the engine of the cart was way louder than the speaker volume.. hehe. 


An art installation. 


Another art installation. 


Dari Point 2 (Pumpkins yard and colorful flowers) kami sekarang tiba di Point 3 (Isan Village).

Ada kandang kerbau.

Ada rumah-rumah tradisional orang Isan.

Dan kami pun sampai ke pintu masuk utama Isan Village.

Turun saja dari Farn Tour Cart, kami terus ke kandang kerbau ni dulu. 


Besar sungguh saiz kerbau-kerbau ni. 

What a magnificent creature! SubhanAllah.

Tegap dan tough badannya.

I don't think I have ever stood so close to one of these.. hehe

Teringat masa saya sedang ambil gambar di sebuah sawah di Langkawi, tetiba pak cik pemandu teksi yang bawa saya jerit kata ada kerbau sedang charging at me! Kelam kabut la saya lari. Then pak cik tu gelak. Cisss.. he tricked me.. hahaha. 
Inilah kerbau-kerbau tu. Kan nampak garang tu!


Gerbang utama masuk ke dalam Isan Village.

Used as scenes for filming many dramas, Isan Village may be familiar to many visitors. Explore and experience the Northeastern way of life, cultures, and traditions, as well as this year’s showcase of fabrics with fabric market, demonstrations, silk dying and weaving activities where visitors may participate in. Another highlight is the presentation of the ancient Pa Pawet and Boon Pawet event held inside the pavilion of Isan Village, in the midst of a pleasant and natural atmosphere. Enjoy the show under the fabric-related concept and taste the flavourful Isan cuisines before moving on to the next attraction with our shuttles or boats.
Source: jimthompsonfarm.com
Recognizing the importance of preserving Isan people’s cultures and architecture and preventing them from fading away with time, Jim Thompson Farm constructed the “Isan Village” in 2007 on over 10 rai of land. The Farm gathered traditional houses, native craftsmen, materials, and equipment for living of traditional Isan people in order to store them sustainably and display the valuable Northeastern architecture, cultures, and traditions which have become rare to find. The Village consists of many areas, for instance, Korat Village, a collection of many houses of Korat style with Ruen Nang Peu as the oldest, aged over 160 years and in perfect condition. In 2005, Ruen Nang Peu received the Architectural Conservation Award from the Association of Siamese Architects under the Royal Patronage of His Majesty the King. There are also Huen Tai-Yuan Sikhiu, local religious constructions, temporary buildings, duck house, chicken house, operational ancient wood rice mill for organic rice grown within the Farm, buffalo house for fast-growing Boonlai family (buffaloes), and many more activities for visitors to learn and experience.
Source: jimthompsonfarm.com

Group photo.

Ok, jom kita masuk. Pintu masuk ke Isan Village ini dihiasi dengan juraian salah satu hasil kesenian orang Isan yang dibuat dari fabrik yang dinamakan Pa Pawet. 

Pa Pawet is a long fabric scroll that tells the story of all 13 chapters of Vessantara used in the 4th month traditional Isan event. And these are the representation of the said scroll.

Vessantara Jātaka adalah salah satu apadānas yang paling popular dalam Theravada Buddhism. Vessantara Jātaka menceritakan kisah kehidupan Gautama Buddha yang lalu, tentang seorang putera yang penuh belas kasihan, Vessantara, yang memberikan segala yang dimilikinya, termasuk anak-anaknya, dengan itu memperlihatkan kebaikan hati yang sempurna.
🌓 Apadana adalah koleksi cerita-cerita biografi yang terdapat dalam Khuddaka Nikaya of the Pāli Canon, the scriptures of Theravada Buddhism.
🌗 Theravāda is the most commonly accepted name of Buddhism's oldest extant school.

Pada kami juraian-juraian ini hanyalah salah satu hasil kesenian penduduk perkampungan Isan yang cantik yang menggunakan fabrik berwarna-warni. 







Ok, jom kita explore. 

Ada banyak rumah-rumah tradisional orang Isan yang dibina khas di sini untuk dipamerkan, dimasuki dan diteliti oleh pelawat. Tujuannya bukan sekadar memperkenalkan orang Isan dan budaya mereka tetapi juga untuk menjaga budaya dan architecture mereka supaya terus ujud dan tidak pupus.

Teringat saya pada lawatan kami ke Mini Malaysia & ASEAN Cultural Park di Melaka di mana usaha yang lebih kurang sama juga dilakukan oleh kerajaan Malaysia. Sayang sekali masa kami lawat di situ, pada 2019, kebanyakkan rumah-rumah Melayu di situ adalah dalam keadaan yang 'menyedihkan'.

Sebuah rumah tradisional orang Isan yang didirikan di tepi sawah. Cantik!

Masyarakat tradisional Isan di Thailand adalah pesawah padi.

Pelajar-pelajar sekolah sedang lalu di batas. 


Teringin juga kami nak ke hujung sana tu tapi tak cukup masa. Perkampungan ni sangat luas kawasannya. So kami decided to just take a few shots and cover areas belah sini sawah. 

Biasanya begitulah kalau travel dengan pakej. Masa lawatan terhad dan kalau berada di kawasan yang besar seperti ini, kita kena plan elok-elok dan cover as much area as possible. Apa-apa pun tak perlu kelam kabut, just make sure to have a good time ok 😊.


Then kami ke bawah salah sebuah rumah di tepi sawah ini untuk melihat aktiviti-aktiviti penduduk yang sedang dipamerkan.

Di bawah rumah ini ditunjukkan pada pelawat-pelawat cara-cara sutera dihasilkan. 

Sutera Thai yang diperkenalkan ke serata dunia oleh Jim Thompson adalah berasal dari hasil tradisional Kaum Isan.

Benang sutera mentah. 

Pada display ini ada dipamerkan semua peringkat sutera. 










Ulat sutera sedang makan daun mulberry.


Pameran Kepompong Ulat Sutera. 









Memintal benang sutera. 


Peralatan yang digunakan adalah peralatan tradisional. 

Proses merebus kepompong sutera. 

Proses merebus adalah bertujuan untuk membunuh ulat sutera dan memudahkan penguraian benang sutera. Kesian ulat-ulat tu! 😢😡😨

Benang-benang sutera yang original dan yang dah diwarnakan.

Yang sedang dan sudah direbus. 




Fun illustrations and drawings tentang proses menghasilkan sutera. 






















A few more photos of the paddy field before we move on to the next area.




Rumah kampung tepi sawah dengan terusan pengairan. Nice.

Pondok-pondok kecil dan timbunan jerami di tepi sawah. 

Turut dipamerkan replika bubu tradisional.

Besar bubu ni. Never seen a bubu quite so big.

Adik-adik ni sedang main ikan-ikan yang dianyam.



On to the next house. Di sini ada pameran alat-alat muzik tradisional yang dibuat dari buluh. 

Adik-adik ni memang la suka pameran begini.. hehe. Riuh rendah suara kegirangan mereka bersama tiupan-tiupan high pitch dari alat muzik ini... hehe. Seronok pula kami tengok mereka riang ria begini 😊. Nama alat musik ini ialah Pi Thai Bamboo yang boleh buat bunyi burung bila dihembus dan kayu kecil dihujungnya di tarik keluar masuk. 
Adik-adik sekolah sedang bermain Pi Thai Bamboo Musical Bird Whistle Sound Flute. 

Di bawah rumah ini juga ada seorang pak cik sedang membuat bakul anyaman bertingkat. Sesuai untuk letak/simpan groceries yang perlu terdedah seperti bawang, kentang dan rempah ratus. Or can also be used to put your trinkets as part of your home furniture. 

Pak cik ini sedang tekun menyiapkan rak bakul anyaman mengkuang.

Saya memang la suka sangat bila dapat peluang melihat pembuatan barangan kraftangan begini. 

Just look how beautifully intricate the design of the basket. Dan nak anyam bakul tu jadi bentuk bakul yang melengkung tentunya memerlukan kepakaran dan kesabaran tinggi. 

Kalau dulu I will not bat an eye pun bila tengok kerajinan begini. Now saya boleh lebih appreciate. Perhaps it was my love for photography because it helped me 'see' and appreciate things differently. 

So bila dah faham dan hargai the time, efforts and skill required to create these beautiful handcrafts, I would cringe when people comment that the price of such creations are so expensive. Dah la benda tu bukan senang nak buat, mereka yang menjual tu pun selalunya bukanlah orang senang. A bit extra money you spent will help them a long way. 

Potret seorang pak cik dari Isan Village. 

Ada lorong pokok-pokok buluh yang cantik.


Taman-taman dengan kolam teratai, tanaman pokok-pokok bunga dan hiasan helaian-helaian fabrik berwarna-warni. 


Ada sebuah art installation yang besar di belakang tu, yang berbentuk sebuah stupa. Ia bertajuk 'Vessantara Returned to Sipi'.




Kalau tak silap, juraian helaian kain-kain ini adalah dari left over materials atau fabrik-fabrik kain yang tidak digunakan atau yang tidak menepati tahap kualiti yang ditetapkan. Jadi kitar semula juga diamalkan di Jim Thompson Farm ini.

Nak ke mana tu dik?

Kerana masa adalah terhad, kami tak sempat masuk ke dalam rumah-rumah tradisional di perkampungan ini. Cuma ambil gambar dari luar je.



Adik-adik sekolah seronok panjat lesung padi.. hehe.

Then we came upon mak cik ni tengah buat periuk tanah. 

Apa yang pernah saya tengok sebelum ini, bila orang buat periuk begini mereka akan berposisi duduk depan pemutar dan dengan menekan paddle di bawah, gumpalan/periuk tanah akan berpusing dan si pembuat akan membentuk periuk dengan tangan. Cara mak cik ni lain. Dia yang berjalan mengelilingi gumpalan/periuk tanah tu. 

And what's so amazing to me was, periuk tu elok bulat!

Such amazing skill!


Tengok la betapa cantiknya periuk-periuk ni!

Mak cik-mak cik Isan sedang membuat kuih muih tradisional mereka.

Cara memasak tradisional menggunakan kawah besar dan tungku. 

Dan ini pula adalah bahagian mewarna sutera.

Pelbagai ramuan dan bahan-bahan asli hutan digunakan sebagai pewarna. 

Proses mewarna sutera dengan cara manual. 


Juraian Pa Pawet.

Souvenir shop. 

Then we heard music and singing. Let's go check it out.

Ini adalah Mor Lam Stage. Mor Lam atau Molam adalah musik tradisional Isan.  

Molam music has such a universal appeal that easily transcends borders. This may be due to the nature of the Isaan people themselves, many of whom need to travel long distances to earn a living. This gives them a wider perception of the world, which impacts their own culture.
Source: bk.asia-city.com

Masa tu sedang ada persembahan oleh 2 orang penyanyi dan 3 orang pemuzik. 

Pertunjukan di sini berkonsepkan "Sud Sanan Dan Isaan" (Terminally Happy in the Land of Isaan), menceritakan kisah muzik tradisional Isaan atau Mor Lam. 'Terminally happy' you wonder? Itu la translation yang saya jumpa di internet.. hehe. 

Mor Lam, genre muzik tradisional Laos dan Timur Laut Thailand, bermaksud “expert song” atau “expert singer”

Performers memakai pakaian tradisional Orang Isan.

Kejap je kami di stage ini sebab kami tak faham apa yang dinyanyikan.. hehe. 

Ok next we came upon a lake. 

Ada binaan on stilts di tengah tasik kecil ini.


Jalan-jalan sikit lagi sebelum berkumpul semula dengan group members yang lain. 




Sampai ke pondok menunggu farm tour cart di pintu masuk ke Isan Village.


Bersambung...

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

2 comments: