Wednesday, August 29, 2018

MANADO SULAWESI INDONESIA - DAY 03 - PART 05 - SUNSET

Lepas lunch plan kami nak ke nearby malls. Saja la check them out. Tapi tak jadi sebab cuaca panas hari tu. Since dah letih berjalan sejak awal pagi, dan di bilik hotel pula dihembus-hembus air-con, maka tertidurlah kami.. hehe. 

Well, my wife tertidur dulu. Saya buat backup photos dulu. 

Sambil backup photos, sambil hirup teh dan nibble on these awesome biscuits. Nibble la konon, devour was more like it.. hehe... kerana sesungguhnya biskut dengan filling pineapple ini adalah sememangnya bersangatan sedapnya. Serious tak tipu. Kalau anda ke Indonesia, pastikanlan beli biskut ni. Ingat ya, brand Ozlo Biscuits. Yang filling peanut butter pun ada. Yang tu lagi la sedap! Tak sure kalau ada di Malaysia.

Selesai backup photos dan solat, saya pun tertidur. Bangun je dah nak sunset. Beginilah keindahan matahari terbenam dilihat dari tingkap bilik hotel kami overlooking Teluk Manado. 

Since kami pun dah berehat dan it was 'free and easy' i.e no jalan-jalan program, maka kami pun decide to go out and capture some sunset shots. 

Kami fikir nak ke tanjung di hujung jalan depan hotel kami ni mengarah ke kanan. Kami nampak dari bilik kami macam ada dataran besar di situ. Masa pagi kami nampak ramai orang jogging di situ.

Gunung berapi kembar, Gunung Lokon dan Gunung Empung dilitupi awan tebal. Look so epic!

So around pukul 5:30 petang kami pun left our room. Gunung tertinggi Sulawesi Utara, Gunung Klabat juga diselubungi awan. 

Jom kita jalan. Tak jauh, cuma lebih kurang 10 minit jalan kaki je. 

Gereja Bethel Indonesia Menorah yang terletak betul-betul di sebelah Whiz Prime Hotel.

Gerai-gerai makanan halal ada banyak di depan hotel.

On the way kami came upon beberapa restaurants and eateries makanan halal yang besar macam ni. And they look new too. Mungkin kawasan Megamas ni adalah a newly developed area. 

Wisata Bahari, Restaurant 100% Halal.

Satu lagi restoran. Masa lalu sini ada seorang lelaki ni minta saya ambilkan gambar dia. Dia bukan orang Manado, bercuti di sini.

Melalui Jalan Novena.

Teruja kami nampak sunset ni. Cantik sangat.

Memang ini dataran tempat locals relaxing (nongkrong) dengan keluarga.

Pemandangan Kota Manado dengan awan tebal covering Gunung Lokon/Empung, dilihat dari Jalan Novena, Megamas.

Again, the only word I can use to describe what we saw is 'Epic!'. 


Nampaknya sedang hujan lebat di kawasan pergunungan Minahasa tu.



Panorama satu.

Let's zoom in. Bangunan putih tu ialah hotel Four Points by Sheraton Manado.

Ibis Manado City Center Boulevard.

Castle Lagoon Apartment And Condotel.


Terus lagi berjalan dan masuk ke Jalan Madam Yuliana Rompas Tangkau.

Warna sunset dah makin garang dan pekat.

SubhanAllah, cantiknya.

Lokasi Sam Ratulangi International Airport adalah lebih kurang 15 km dari Manado. So banyak la kapalterbang yang kami nampak. 


Di sini juga ada rangka pokok Krismas setinggi 45 meter yang dipanggil Pohon Kasih. Adalah Pohon Natal tertinggi di Indonesia dan dikatakan juga Pohon Natal tertinggi di Asia Tenggara. Tapi as suggested by its name, Pohon Kasih ini dimanfaatkan pemerintah dan masyarakat di situ untuk berbagai kegiatan keagamaan. Masa hari Natal ia dihiasi dengan ornamen Natal. Similarly, ada ornamen Aidil Fitri ketika Hari Raya. Jadi, hiasan ornamen disesuaikan dengan kegiatan keagamaan. 

Kawasaan dataran di Megamas ini juga adalah tempat pelbagai kegiatan seperti perlaksanaan upacara Hari Ulang Tahun (HUT) ke-73 Proklamasi Kemerdekaan RI pada 17 Ogos lepas. Selain itu tempat ini juga akan jadi lokasi perlaksanaan Manado Fiesta 2018 yang akan dimulai pada 31 Ogos. 

Bukan itu sahaja, ketika di bulan suci Ramadhan, umat Islam Manado yang menunaikan ibadat puasa, beramai-ramai pergi ke kawasan Pohon Kasih Megamas ini untuk berbuka puasa bersama keluarga dan saudara rakan handai. Maka ada banyak gerai-gerai menjual makanan dan minuman untuk berbuka puasa. Meriahnya ketika itu sehingga digelar Festival Ramadhan. Macam Bazaar Ramadhan di sinilah agaknya. 

Ketika berbuka puasa itu, pihak penganjur ada menjemput para Ustaz untuk berceramah terutama tentang Ramadhan. Ramai sekali umat Islam Manado yang hadir sehingga susah untuk mendapatkan tempat duduk. Jadi kegiatan ini sangat disukai kerana selain dapat berbuka puasa bersama keluarga, dapat pula membeli pelbagai juadah, mendengar ceramah agama, nyaman berbuka secara outdoor sambil menikmati keindahan matahari terbenam.

Berbalik kepada Pohon Kasih, jadi di Manado ia adalah salah satu lambang toleransi umat beragama di sana. 

Untuk mengetahui dengan lebih lagi tentang kerukunan beragama di Sulawesi/Indonesi boleh la baca satu artikel bertajuk 'Prabowo Seorang Haji, Saya Protestan dan Kakak Kami Katolik' oleh BeritaManado.com di sini



Ok saya share the sunset shots yang sempat kami rakam. It was such a beautiful experience for us. It truly was. SubhanAllah.
















Pulau Manado Tua.













Itu kawasan Dermaga Wisata Kalimas.

Dermaga Wisata Kalimas dan Jembatan Soekarno.





Bulan Manado.

Zoomed in.












Selesai ambil gambar sunset di kawasan Pohon Kasih Megamas, kami pun berjalan balik ke hotel. 



Gerai-gerai makan halal di depan hotel penginapan kami. 

Malam tu Pak Tommy tak dapat bawa kami pergi dinner sebab dia ada hal emergency yang tak dapat dielakkan. Of course kami faham dan ok with it. Lagi pun tak susah nak cari makan di situ. Jadi Pak Tommy minta kami dinner on our own dan akan ganti dinner malam tu dengan lunch esok. Kalau ikut pakej, esok kami tak ada lunch since akan makan je dalam flight. 

Memang betul-betul depan hotel kami, just across the road ada deretan panjang gerai-gerai makanan halal located di tepi laut. 

Sebelum balik ke hotel kami singgah dulu ke kedai Indomaret. Saya nak beli mee segera.. hehe. Saya suka mee segera Indonesia. Sedap! Ada banyak variety dengan pelbagai rasa. 

Jenuh nak pilih.. hehe. 

Tak la beli banyak. Just these je. Oh ya, plus sebungkus lagi biskut Ozlo.. hehe.

Fast forward, di rumah saya try perasa ayam bawang telur ni.. Oooo.. sedap sungguh.. hehe.

Lepas beli mee segera, kami balik ke hotel.

So memang awalnya tadi kami rancang nak makan di gerai makan di depan hotel. Tapi bila dah sampai bilik, dah relaks rasa malasnya nak keluar lagi. Lagi pun malam tu di luar tadi agak panas juga. So we decided to remain air-conditioned dan dinner di hotel ni saja... hehe. Wife pun dah check ada Nasi Goreng Seafood dalam menu Room Service hotel dalam bilik ni. Dan inilah dinner kami di restoran hotel ni. My wife makan Nasi Goreng Seafood dan saya Mie Ramen. 

Bersambung... 

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

No comments:

Post a Comment