Friday, August 17, 2018

MANADO SULAWESI INDONESIA - DAY 02 - PART 06 - BUKIT KASIH DAN DANAU LINOW

Selesai di Benteng Moraya kami seterusnya pergi makan tengahari dan lawat Bukit Kasih dan Danau Linow. 

Melalui kawasan Tondano yang terbentang luas sawah padinya. 

Semasa melalui Jalan Langowan-Tondano ini Pak Tommy stop sekejap di sebuah rumah di tepi kolam ini. 

Cantik juga kawasan kolam rumah ni. Banyak pokok bunga. 

Rumah ini dipanggil Rumah Belanda di Tandano kerana mirip design rumah Belanda yang lengkap dengan chimney. Boleh di lawat dan disewa dan bergambar di sini.

Yang cantiknya juga nak ke rumah ni boleh melalui jambatan kayu untuk menyeberang kolam.  

Kolam yang ada pokok bunga teratai. Cantik kalau bunga-bunga ni kembang.

Pemandangan sekelilingnya juga cantik dengan hamparan sawah dan Gunung Mahawu di horizon.

Dikatakan kononnya tuanpunya rumah ini berketurunan Belanda yang telah berkahwin dengan gadis local. 


Dalam perjalanan tu kami juga ternampak Universitas Negeri Manado (Unima). Universitas Negeri Manado adalah salah satu perguruan tinggi negeri yang berada di Provinsi Sulawesi Utara berlokasi di bukit Tonsaru Tataaran Tondano, Indonesia. Unima berasal dari Perguruan Tinggi Pendidikan Guru (PTPG), salah satu dari empat PTPG yang pertama didirikan di Indonesia. 

Sudah kelihatan Danau Tondano. 

Cantik sungguh pemandangan di sini.

Tiba di Restoran Astomi for lunch. Restoran ini menghidangkan 100% makanan Halal.

Dari Benteng Moraya kami menuju ke Danau Tondano ke RM Astomi yang terletak betul-betul di tepi danau itu. Dari peta di bawah ni, we can see how big the lake is! Ia adalah tasik terbesar di Provinsi Sulawesi Utara, Indonesia. 

Saya petakan gunung-gunung di sekitar Danau Tandano. Seperti kebiasaannya, mesti ada cerita rakyat tentang danau sebegini. Dan cerita dongeng Danau Tondano ini ada kaitan dengan Kuntung Kaweng atau Gunung Kaweng.
Di tepi Danau Tondano terlihat jelas Gunung Kaweng. Konon danau ini terjadi karena letusan yang dahsyat karena ada kisah sepasang insan manusia yang melanggar larangan orang tua mereka untuk kawin (bahasa Minahasa: kaweng) dengan nekat lari (tumingkas) di hutan. Sebagai akibat melanggar nasihat orang tua maka meletuslah kembaran gunung kaweng tersebut sehingga menjadi danau Tondano. - Wiki

Ok, jom lunch. Dari tepi jalan nampak sangkar-sangkar ikan di restoran Astomi  ini. Di tasik ini ikan air tawarnya ialah ikan mujair. 

Turun ke restaurant's entrance. 

Very inviting restoran ni.

Meniti Danau Tondano atas jambatan kayu ini ke restoran.

Pemandangan di sebelah kanan jambatan.


Di sebelah kiri ada petak-petak sangkar ikan dalam Danau Tondano.

Memberi makan pada ikan dalam sangkar.


Suasana di dalam Resoran Astomi, Danau Tondano.

Jom tengok sangkar (jala apung) ikan di restoran ini.

Ikan yang diternak di Danau Tondano for the restaurant. Hidangan ikan fresh.

Inilah ikan mujair, sejenis ikan air tawar yang asalnya adalah ikan air laut. Juga dikenali sebagai 'Mozambique tilapia' ia ada banyak di perairan Afrika dan Indonesia. Sejenis ikan yang popular di sana.  

Ia tahan hidup dalam air masin dan juga di air tawar. Dan cepat membesar ikan ni. Ikan mujair pertama kali dijumpai oleh Mbah Moedjair di muara Sungai Serang pantai selatan Blitar, Jawa Timur, pada 1939. And the fish was named after him.

Pemandangan di Tasik Tondano ini is simply breathtaking! 

Ketika itu pula angin bertiup nyaman. Tengahari maka panas la, tapi sejuk ditiup angin tasik besar ini. Sampai rasa mengantuk.. hehe.

Le sigh...


Sangat picturesque di sini!

Danau ini merupakan danau penghasil ikan air tawar seperti ikan mujair. Jadi lunch kami ialah set 'Paket Ikan Mujair'. 

Inilah set lunch kami. Alhamdulillah.

Memang sedap ikan mujair bakar ni. Dalam menu, udang-udang tu dipanggil lobster dan sangat la sedap. Cuma isinya je sikit. Jadi la buat rasa.. hehe. Dan yang bottom right tu ialah lempeng jagung. Next to it, yang warna kelabu tu ialah perkedel nike goreng (nike ialah sejenis ikan kecil, lagi halus dari ikan bilis, yang cuma ada di Danau Tandano ini). Punya la sedap also!

Dalam semua yang dihidangkan, sambal Minhasa juga yang kami suka. Bertambah selera, maka bertambah nasinya.. hehe. Yang bottom left tu kuah asam style di sana. Sedap yang amat cecah dengan ikan bakar tu.

Selesai makan kami pun beredar untuk ke tempat lawatan seterusnya. 

Ehhh... ada bebek pulak.. hehe.

How they all got there in the first place I also donno la.. hehe.


Next kami nak ke Bukit Kasih. Dalam perjalanan Pak Tommy membawa kami singgah di sebuah kampung yang bernama Desa Kanonang kerana nak menunjukkan sebuah perusahaan seramik di sini.

Orang putih ni kalau berjalan, ni la style mereka. Bawak keluarga jalan kaki je di desa-desa. 

Di Desa Kanonang ni Pak Tommy stop di satu rumah yang nampaknya ada menbuat seramik. 

Unfortunately, hanya bahagian kedainya saja yang dibuka. Bahagian membuat seramik tidak beroperasi hari itu sebab the owner and his family sibuk membuat persiapan sambutan Hari Kesyukuran Minahasa.

Sedang sibuk mengukur kelapa membuat persiapan untuk menyambut Hari Kesyukuran Minahasa.

Suasana di Desa Kanonang. Serene je.


Peta perjalanan dari Rumah Makan Astomi di pinggir Danau Tondano menuju ke Bukit Kasih.

Perjalanan kami melalui Daerah Remboken (Parepei dan Pulutan) dan Daerah Kawangkoan (Tondegesan I, Kinali, Uner, Sendangan, Kanonang Empat, Kanonang Tiga dan Kanonang Dua) hingga ke Bukit Kasih adalah sangat scenic sekali! 

Kawasan ladang yang luas.

Lembu-lembu lalu di jalanraya.




Kawasan sawah padi yang luas dengan pemandangan Gunung Soputan.


Penuh juraian kain (ke plastik?) putih di bendang untuk halau burung.

Melalui kawasan perkampungan.



Desa Kanonang, Kawangkoan Barat.



Dah sampai ke Bukit Kasih. Bukit Kasih adalah salah satu tourist attraction di Sulawesi Utara. Ia adalah sebahagian dari lereng Gunung Soputan. Bukit Kasih ini terletak lebih kurang 55 km di selatan bandar Manado, di Desa Kanonang, Kabupaten Minahasa. Bukit Kasih ini merupakan bukit belerang yang masih asli. Di tempat ini juga dipercayai adalah tempat tinggal asli nenek moyang suku Minahasa, Toar dan Lumimuut. 

Tu dah nampak dah asap belerang. Sulawesi Utara terkenal dengan slogan “Torang Samua Ba’sudara”, yang bermaksud “Kita semua bersaudara”. Dan pegangan hidup ini tercemin di Bukit Kasih, hence the name. Bukit Kasih dibangun pada tahun 2002 sebagai pusat keagamaan di mana semua pemeluk agama boleh berkumpul dan beribadat di bukit tropika yang berhutan dan berkabus. Dinamakan Bukit Kasih kerana tempat ini dikatakan menimbulkan rasa keharmonian antara penduduk Sulawesi beragama. 

Sebaik tiba di Bukit Kasih, kami disambut oleh seorang local guide di sini yang bernama Fernando. Dialah yang memberi penerangan kepada kami semua benda yang kami lihat di sini.

Di Bukit Kasih ini ada satu monumen dinamakan Tugu Toleransi. Setinggi 22 meter dan berbentuk segi lima, pada setiap sisinya terdapat ukiran gambar dan simbol serta petikan ayat Kitab Suci dari berbagai agama. Tugu Toleransi merupakan monumen yang mencerminkan kehidupan yang saling bertoleransi di antara penganut 5 agama utama di Indonesia.

Islam.

Kristian Katolik dan Hinduism.

Kristian Protestant dan Buddhist.






Di atas Bukit Kasih ini ada 5 rumah ibadat dari kelima-lima agama. Nak ke atas tu kena panjat lebih 2 ribu anak tangga. Masa panjat tangga di Bromo yang ada 200 lebih anak tangganya pun dah goyang. So tak payahlah ya.. hehe. 

Wisata Bukit Kasih asalnya dibina oleh Gereja Bukit Sion Kanonang.

Agak curam juga nak ke atas tu.

Jadi kenapa tak dibuat kereta kabel naik ke puncak bukit? Kata Fernando pernah ada usaha untuk membinanya. Tapi terpaksa dihentikan kerana wap belerang di situ didapati merosakkan kabel yang dipasang. Berlaku corrosion. According to him, satu-satunya bahan yang dapat menahan wap belerang ini adalah titanium yang kosnya amat mahal untuk digunakan dalam pembinaan kereta kabel.


Pusara seorang pembesar tempatan di atas sebuah bukit di luar Bukit Kasih.

Dan tentunya bau belerang agak kuat di sini. But after a while tak la terasa mengganggu sangat. Pekup je la hidung dengan saputangan ke kalau tak tahan.

Again, masa kami di sini tak ada ramai pengunjung lain which was so nice. Mungkin sebab esok adalah Hari Kesyukuran mereka.

Terdapat lima rumah ibadat di atas Bukit Kasih ini iaitu Gereja Katolik, Gereja Kristen, Kuil Buddha, Masjid dan Candi Hindu. Kami diberitahu rumah ibadat keenam untuk agama Confucius juga sedang dibina di situ. Since kami tak naik ke atas tu, maka zoom-zoom la dari bawah ni... hehe.

Nampak bumbung je.. hehe.


Dan salah satu tarikan di tempat ini adalah muka-muka batu besar yang ada di lereng bukit ini. 

Wajah-wajah tersebut adalah gambaran wajah nenek moyang masyarakat Minahasa, Toar dan Lumimuut. Toar dan Lumimuut dikatakan berhijrah ke Tanah Minahasa dari Mongolia kerana melarikan diri dari tentera Genghis Khan yang mengganggu mereka. 

Pahatan wajah ini dibuat supaya masyarakat Minahasa tidak lupa dengan nenek moyang mereka yang juga menjunjung nilai-nilai toleransi. Ini wajah Lumimuut. 

Ini Toar.

Asap belerang yang keluar dari tebing bukit ini looked so cool! Macam ada effect prehistoric world.

Kalau naik ke atas bukit ini dari belah kiri tadi, maka turunnya di sebelah kanan ni. 

Kata Pak Tommy bukan saja kepayahan terasa masa nak panjat tangga, tapi juga masa turun kerana kaki akan terhentak-hentak. Dia kata dia cuma pernah naik 2 kali sahaja dan dah tak nak naik lagi.. hehe.

Patung-patung Toar dan Lumimuut yang dibina di atas bukit dekat tangga.

Jom kita pergi dekat dengan kawasan wap panas belerang dan kolam air panas. 

Ada deretan gerai-gerai di kiri kanan jalan ke kawasan kolam air panas. Jalannya pun dalam keadaan yang sangat memerlukan pembaikan. Harap dapat segera dibuat. 

Laluan ke Tempat Pemerhatian kawasan belerang di bahagian bawah Bukit Kasih.

Kuat bau belerang di sini.

Tiub-tiub yang mengalirkan air panas kolam dipam ke tempat merendam kaki.  

Nampak berselirat dan tak kemas. Kata Fernando soon akan dibuat satu tiub besar mengantikan semua tiub-tiub ini oleh pemerintah. 

Amaran supaya pengunjung tidak masuk ke kawasan belerang.

Laaa... ada pulak pengunjung bawak budak kecik sampai ke tepi kolam panas tu. Kesian budak tu. Di sini asap dan bau belereng adalah lebih intense lagi.

Ini tempat merendam kaki dalam air yang dipam dari kolam air panas belerang.

Kolam mata air panas di Bukit Kasih.

Pengunjung boleh merendam jagung dan telur dalam kolam air panas ini. Of course akan dibuatkan oleh pengendali di sini. Bahaya kalau pengunjung-pengunjung sendiri nak merebus di sini. 

Fernando menasihatkan kami untuk mengelap our camera lenses sebab asap dari kolam ini akan merosakkan dan menguningkan lens kamera kami. Which we promptly did as soon as we got into the car.

As we got closer to the piping hot boiling nature pools, lebih kuat bau belerangnya.

Panas menggelegak! 


Dinosaur 01: Adoi! Adoi! Panas! Panas! Panasnyaaa!!
Dinosaur 02: Hahahahaha....





Toar dan Lumimuut.

Tugu Toleransi.

Bergambar di Tugu Toleransi sebelum meninggalkan Bukit Kasih. 

Bergambar dengan local guide kami di Bukit Kasih, Fernando. Ok, saya cerita sikit pasal guide di sini for your info in case anda ke sini. Actually earlier masa kami sampai, the guy politely approached us and after kenalkan diri dia dan beritahu kami yang dia guide di sini, dia terus imparted macam-macam maklumat. It was kinda awkward, at first, cause we had no idea if we have to pay him or if he is actually working there. Then we thought why not. Kalau kena bayar pun, apa la salahnya kita bayar. Info yang diberi pun very interesting. Give meanings to what we were seeing which made our visit there very enjoyable. Last-last dia tak mintak pun apa-apa bayaran. Of course we felt that he should be compensated for his excellent knowledge and assistance. And we did. Dan dia terkejut. 

Budaya memberi tip macam tak wujud di Manado. Orang Manado rata-ratanya sangat peramah dan sangat membantu. Namun mereka tak pernah meminta dan mengharapkan tip atas perkhidmatan yang diberi. Walaupun mereka tak menolak bila diberi tip, rata-rata mereka akan terkejut bila kita menghulurkan tip kepada mereka.

To add on, kami juga tidak dikerumuni oleh penjaja-penjaja bukan saja di sini tapi di semua tempat lawatan yang kami pergi. Jadi kami rasa cukup selesa dan tak rimas.  

Meninggalkan Bukit Kasih menuju ke the next destination. Cepat lap lens kamera!

Leaving Kanonang Village.

Dari Bukit Kasih, kami bergerak menuju ke destinasi wisata kami yang terakhir di Minahasa, Danau Linow. Ia terletak kira-kira setengah jam perjalanan dari Bukit Kasih.

Salah satu mode pengangkutan di Desa Kanonang, kereta kuda.

Then we passed by Desa Kawangkoan. Kata Pak Tommy, desa ini terkenal dengan penghasilan kacang tanah. Kerana itulah ada sebuah Tugu Kacang Tanah dibina di Desa Kawangkoan. 

Uniknya kacang tanah di sini isinya ada antara 3 hingga 7 butir. 


Kami juga ternampak sebuah tugu dipanggil Tugu Ragey. Ragey adalah sate daging babi yang dibakar atas bara bersama bahagian lemak dan kulit babi yang dicampur jeruk dan garam bersaiz jumbo yang merupakan makanan yang popular di Kawangkoan Minahasa. Tugu ini dibina oleh penjual pertama sate ini untuk membezakan sate mereka dengan sate peniaga-peniaga lain yang mula turut meniru sate mereka.  

Gereja GMIM Immanuel Leilem di Kawangkoan. 

Ini pula ialah Tugu Tani di kawasan Kolongan Atas Dua.


Masa dalam perjalanan ni, Pak Tommy bercerita pada kami tentang sejenis tuak tempatan iaitu tuak tradisional Minahasa, sejenis minuman tradisional beralkohol yang dibuat dari nira. Yang peliknya minuman ini dipanggil 'Cap Tikus' yang sering diminum masa perayaan Hari Kesyukuran Minahasa. Cap tikus? Joking ke si Pak Tommy ni? Mula la saya terfikir mungkin dalam minuman ini ada ingredient tikus since orang di sini memang ada makan tikus bakar. Tidak rupanya. Namanya saja 'Cap Tikus' yang asalnya dari tikus yang cari makan dekat pokok-pokok nira. Dan tuak ini dibuat dari air nira (dipanggil aren di sini).

Minuman yang sering diseludup keluar daerah ini selalu menjadi penyebab gangguan keamanan setelah peminumnya jadi mabuk sehingga pihak pemerintah perlu melancarkan kempen anti-mabuk. Sementara itu ada petani di kecamatan Motoling menawarkan kepada pemerintah untuk menjadikan cap tikus ini pengganti minyak bahan bakar untuk kenderaan bermotor. Tu dia, tinggi sungguh kandungan alkohol agaknya sampai boleh ganti jadi minyak kenderaan. 

Ok, dah pun sampai ke Danau Linow. Danau ini terletak di wilayah pemerintahan kota Tomohon, Provinsi Sulawesi Utara, Indonesia. Uniknya tasik ini bila waktu siang airnya berwarna-warni dan dikenali sebagai danau tiga warna. Perkataan "Linow" diambil dari Bahasa Minahasa iaitu lilinowan yang bererti tempat berkumpulnya air.

Ada caj kalau nak masuk dalam area danau ini.

Tempat letak kerana Danau Linow. 

Gerbang ke pinggir danau.

Turun tangga. Dah nampak dah danaunya.

Oooo... hijau airnya.

Di sini ada sebuah cafe yang dibina betul-betul di pinggir tasik menghadap danau. Jadi boleh lepak di sini sambil minum dan makan sambil menikmati keindahan tasik.

Danau Linouw ini istimewa kerana air di danau ini berubah-ubah warna menjadi hijau, biru dan kuning keperangan. 

Perubahan warna ini terjadi disebabkan kandungan belerang dalam tasik, pembiasan cahaya matahari dan pantulan tumbuhan di sekitar danau.

Menikmati keindahan tasik di dataran tinggi Kota Tomohon yang dikelilingi hamparan hijau pokok-pokok menjadikan kawasan ini nyaman dan berangin. 

Danau ini ialah sebuah tasik gunung berapi. Dikatakan sumber belerang dan mata air panas di sini ada hubungan dengan Gunung Lokon yang masih aktif.

Dikatakan di sini suhu boleh capai serendah 18 - 20°C. Sejuk tu. Tapi masa kami sampai ni, around pukul 5 petang tak la sejuk begitu.

Area Danau Linow adalah seluas sekitar 35 hektar dan berkedalaman sekitar 5 meter. 

Dari anjung di cafe boleh nampak seberang sana tasik yang berasap belerang.

Perubahan warna air Danau Linow berlaku mengikut tahap keasidan air danau. So air danau ini bersifat asid. Jadi mandi tidak dibenarkan di sini. 

Wisata yang sesuai dikunjungi bersama keluarga.


Jom masuk ke dalam cafe. As you can see, seats dalam ni semua kosong sebab pengunjung lebih prefer duduk di luar, di anjung cafe enjoying the awesome views.


Dan pastinya mesti bergambar dengan background yang cantik macam ni.



Semua pengunjung diberi kupon sewaktu membeli tiket masuk ke Danau Linow untuk ditukarkan dengan minuman teh atau kopi percuma di kafe ini. Ada macam-macam makanan dan jajan dijual di cafe ini seperti bubur manado, pisang goreng, roti bakar, nasi goreng, pelbagai mee dan berbagai jenis minuman sejuk dan panas.

Berjalan ke bahagian belakang kafe.

Di hujung kafe ini ada tanah belerang tepi danau. Boleh tahan kuat juga bau belerang di sini. 

Tanah belerang di sini terhubung terus dengan danau Linow dan sumber airnya yang mengandungi belerang mengalir ke dalam danau.

Bahagian air Danau Linow yang penuh dengan belerang.


Memang tidak membosankan duduk lama-lama di sini sebab indah pemandangannya dan sejuk nyaman pula. 


Ternampak 2 kepulan asap di balik gugusan tu. Kata Pak Tommy itu bukan asap belerang tapi asap dari loji penjana letrik (Pembangkit Listrik) yang dipanggil Proyek Tenaga Listrik Panas Bumi Lahendong.



Ehh.. itik dibenarkan pulak mandi manda di danau ni.. hehehe.

Saya baca itik-itik ini, dipanggil blibis atau belibis, sering datang ke danau ini. Begitu juga bangau putih. Semua haiwan di sini adalah dilindungi so tak boleh ditangkap. 

Tahan betul itik-itik ni dengan belerang di situ. Santainya pulak dekat dengan tanah berbelerang. Dah beradaptasi agaknya.

Satu lawatan yang simple tapi pada kami sangatlah menarik. Menyaksikan keindahan dan kehebatan ciptaan Allah swt sememang akan buat kita kagum dan bersyukur. SubhanAllah.

Berjalan ke tempat parking. Dengan lawatan ke Danau Linow ini maka berakhir sudah lawatan hari kedua kami dan lepas ni kami nak balik ke hotel di Manado. Sebelum tu singgah dulu di tandas sebab perjalanan ke Manado akan ambil masa satu setengah jam. Jadi elok la ke tandas dulu. Dan tandas di sini adalah sangat bersih.

Dah nak gelap dah since di sini matahari terbenam around pukul 6 petang. Jalanraya agak sesak sebab ramai penduduk Minahasa balik kampung untuk meraikan Hari Kesyukuran Minahasa.

Ada Pak Tommy cerita pasal Pertamini ni. Kami gelak la sebab ingat dia bergurau. Setahu kami bukan Pertamini tapi Pertamina. Rupanya betul ada Pertamini.. hehe. Macam gas station mini la.

Sebelum balik ke hotel, kami dinner dulu di Rumah Makan Afisha.

Dinner kami malam tu makan ikan laut pula. 

Boleh pilih nak ikan yang mana dan nak masak apa. 

Kami minta ikan tu masak kuah asam.

Everything looked so fresh.

Suasana di Rumah Makan Afisha.

Hidangan makan malam kami.

Ikan masak asam ni sungguh la sedap. Alhamdulillah.

Selesai makan, Pak Tommy hantar kami ke hotel penginapan kami di Manado iaitu hotel Whiz Prime Megamas Manado. Tapi sebelum tu kami ke kedai Indomaret dulu nak beli biskut. 

Biskut yang kami beli. Tak tau kenapa biskut-bisku di sana sedap-sedap belaka. Not only that but also kurang manis, which to me memang la elok sangat. Terus esoknya plan nak beli lagi.. hehe.

Ini ringkasan jalan-jalan kami pada hari kedua di Sulawesi Utara. Banyak tempat yang sempat kami lawat dengan pace yang santai je.
1- Vihara Buddhayana - Taoist/Buddhis Temple
2 - Desa Woloan - Rumah Panggung Bongkar Pasang Asli Minahasa. 
3 - Pasar Beriman Tomohon - Pasar Extreme.
4 - Desa Rurukan Gunung Mahawu - Lereng pergunungan.
5 - Pucak Temboan - Lookout point di dataran tinggi.
6 - Masjid Agung Al-Falah Kyai Modjo.
7 - Benteng Moraya - Waruga.
8 - Rumah Makan Astomi - Danau Tondano.
9 - Bukit Kasih - Bukit belerang.
10 - Danau Linow - Danau 3 warna.

Dan ini petanya.

Alhamdulillah.

Bersambung.....

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

4 comments:

  1. Sifat toleransi yg mengagumkan

    ReplyDelete
  2. rumput-rumput menjalar kat ukiran muka pada batu tu epic
    macam rambut ..
    cantik jadinya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam pakai wig pun ya jugak.. hehe. Tapi style kan fesyen rambut semulajadi tu.. hehe.

      Delete