Wednesday, August 1, 2018

MANADO, NORTH SULAWESI INDONESIA - DAY 01 - PART 02 - TUNAN WATERFALL AND YESUS STATUE

Agama-agama yang dianut di Manado adalah Protestan, Islam, Katolik, Hindu, Buddha dan Confucian. Breakdown in percentage dari data banci 2010 adalah seperti berikut: Kristian Protestan 62.10%, Muslim 31.30%, Katolik 5.02%, Buddhisme 0.55%, Hindu 0.17% dan Konfusian 0.10%. Walaupun diverse, penduduk Manado sangat menghargai sikap toleransi, harmoni, hidup terbuka dan dinamis. Ini sangat jelas dari penerangan yang diberikan oleh Pak Tommy. Kami juga dapat rasa sikap toleransi ini adalah satu kebanggaan penduduk Manado.

Kalau masa kami di Sumatera Barat, banyak sekali masjid yang kami nampak. Kalau di sini gereja. Setiap a few hundred meters mesti ada satu atau dua gereja especially di kawasan padat penduduk. Masjid tak la sebanyak gereja tapi definitely tak susah nak cari masjid untuk berhenti bersolat. 

Dikatakan Kota Manado memiliki lingkungan sosial yang kondusif dan dikenal sebagai salah satu kota yang relatif aman di Indonesia. Ini tercermin dalam slogan orang Manado iaitu 'Torang samua basudara' yang bermaksud 'Kita semua bersaudara'. Tapi ini adalah slogan lama Sulawesi Utara yang kini sudah diganti dengan slogan baru, 'Torang Samua Ciptaan Tuhan'.

Ini semua saya research kerana sebaik sahaja kami left the airport terus Pak Tommy tanya kalau kami nak bersolat Zohor. You see, Pak Tommy menganut fahaman Kristian Protestant. So we were so pleasantly surprised. Tentu la kami kata ya. 

Kami dibawa Pak Tommy ke Masjid Al Azhim. Lokasinya tak sampai 100 meter dari airport. Masjidnya kecil tapi nampak sangat dijaga. 


Masjid Al Azhim, Jl. A.A. Maramis No.282, Lapangan, Mapanget, Kota Manado, Sulawesi Utara, Indonesia

Masjid Al Azhim ini menggunakan beduk. Begitu juga dengan masjid-masjid lain as we later found out. 

Ruang depan di pintu masuk utama Masjid Al Azhim.

Ruang solat utama Masjid Al Azhim.


Walau pun baru sahaja kenal Pak Tommy kurang dari sejam, kami dah rasa seronok dan senang dengan Pak Tommy. In fact, sepanjang jalan-jalan kami di Manado dengan Pak Tommy, walaupun dia beragama Kristian, dia sangat menjaga kebajikan kami sebagai penganut Islam, dari aspek menjaga Solat dan juga hal-hal halal dan haram. 

As it turned out, kata Pak Tommy dia tahu tentang kewajiban bersolat 5 waktu bagi orang Islam sebab his former boss is a Muslim from Surabaya. Boss dia tu pula seorang yang sangat jaga solat. Pak Tommy cerita kalau boss dia tu tak sempat singgah masjid, dia bersolat dalam kereta.  

Selesai bersolat, Pak Tommy bawa kami ke sebuah rumah makan for lunch. Masa ini kami masuk ke Kabupaten Minahasa Utara. 

Ini adalah usaha tourism Indonesia mempromosikan destinasi wisata bawah laut disamping melestarikan keindahan alam bawah laut.

Kami pun tiba di Rumah Makan Pondok Teterusan yang dibina atas kolam di sawah padi.

Besar kawasan rumah makan ini dengan laluan-laluan titian kayu berbumbung yang membawa pengunjung dari main entrance ke pondok-pondok tempat makan.

Pondok-pondok makan inidividu juga disediakan untuk makan sekeluarga atau satu group kecil. 

Juga ada ruang makan besar untuk big groups especially yang datang dengan bas.

Memang tenang aman damai di sini. Berangin also. Nice.

View pun cantik. Tambah cantik dengan cuaca yang bagus hari tu.

Makanya sementara tunggu makanan nak sampai, saya pun round lah rumah makan ni. Wonderful reflection!

Ada bahagian rumah makan ini yang sedang di tambah pondok-pondok baru.


Isteri tak join saya. Panas kata dia.. hehe.

Memang panas sikit tapi berangin. 

Beberapa pondok yang baru siap dibina. 

Maka tak perlulah kami nak cari dan turun sawah nak ambik gambar macam ni since dah ada di rumah makan ni.. hehe. 

Sawah padi yang terhampar indah di tepi rumah makan.

Confirm tak perlu nak request pada Pak Tommy untuk bawa kami tengok sawah.. hehe. 


Belum lagi menguning.

Oh.. damainya..





Within minutes saya balik ke meja, lunch kami pun sampai. Hidangan makan tengahari kami ialah lauk menu tipikal Minahasa iaitu ikan nila goreng dituang sambal. Di sinilah first time kami rasa sambal Minahasa. Pedasnyaaa.. ya ampun. Ni mesti versi pedas amat ni. Tapi sungguh la sedap.. hehe. Kejap-kejap lap hidung.. hehe. Kami diberitahu Pak Tommy later on, walau apa juga makanan Minahasa yang dihidangkan, sambal wajib ada. Saya pun katalah, 'Jadi kalau ada anak perempuan mesti diajar buat sambal sejak dari kecil lagi lah'. Gelak je Pak Tommy.. hehe.

Selesai menikmati hidangan masakan Minahasa kami yang pertama, perjalanan percutian kami diteruskan. Next Pak Tommy bawa kami ke Air Terjun Tunan yang terletak di sebuah kawasan yang bernama Desa Talawaan. 

Sebuah rumah tradisional Minahasa di Desa Talawaan.

Manado juga dikenali sebagai kota 1,000 gereja. So masa jalan-jalan di sini kami rasa macam di Manila.

Simpang masuk ke jalan kampung untuk ke Air Terjun Tunan. 

Sebahagian besar jalan ke air terjun tu adalah berkeadaan baik. Tapi when we got closer to the waterfall, huii... teruk sungguh jalannya. Imagine lalu jalan yang curam dengan turapan jalannya dah rosak teruk sampai berkeadaan berbatu-batu dan berlubang-lubang. Good thing Pak Tommy dah expert bawak kereta lalu situ.

Sekali sekala nampak lembu. Saya pun tanyalah Pak Tommy kalau di Manado ada lumba lembu seperti pacu jawi di Sumatera Barat yang pernah saya saksikan dulu. Dia kata ada tapi bukan lari di sawah. Juga sapi akan menarik 'gerobok' (kereta lembu) yang ditunggang oleh joki. Dan selalunya acara itu diadakan di kawasan kampung-kampung.

Sesekali juga kami lalu di jalan yang sungguh sunyi. Jauh ke dalam betul nak ke air terjun tu. 

Lembu lagi. Nampak sihat-sihat lembu-lembu di sini. 


Dan kami pun sampai ke tempat letak kereta Air Terjun Tunan. 

Mesti park kereta di sini sebab kenderaan tidak dibenarkan masuk sampai air terjun. Jadi pengunjung kenalah jalan sejauh 400 meter ke air terjun tu. 

Kami rasa lega bila Pak Tommy kata jalan masuk tu jalannya elok berturap/berbatu dan tiada jalan turun naik yang curam. Also suasana hutan adalah nyaman. 

Since hari kami di situ adalah week day maka tak ada pengunjung lain. 

Ada jambatan macam ni yang mesti dilalui untuk masuk ke kawasan entrance jalan ke air terjun. Design macam tu agaknya supaya motorsikal tak boleh lalu. 

Menyeberang sungai yang jernih dan bersih.




Di gerbang masuk ke walkway untuk ke air terjun.

Mula menapak menggunakan laluan pejalan kaki yang disediakan. 

Laluan pejalan kaki yang dibuat dengan baik oleh pemerintah setempat.

Bagus la dibuat laluan seperti ini. Kalau nak jalan dalam hutan tanpa pavement macam ni tentulah sangat mencabar. 400 meter pulak tu.. hehe. 

Masa jalan ni teringat saya pada nasib Taman Rimba Ampang yang dulu saya sering lawat untuk berfotografi. The last I went there, sometimes late last year, keadaan persekitaran hutannya dah gondol dan sungai keroh kuning tercemar bila selepas hujan lebat. Sedih betul saya rasa masa tu.

Di sini sangat nyaman dan damai. Dan kami noticed tiada 'serangan' nyamuk atau serangga-serangga lain. Ada juga kami terbau tumbuhan yang fragrant. Mungkin sebab tu la nyamuk tak datang area ni. 

Lepas jalan lebih kurang 15 minit, kami pun tiba di Air Terjun Tunan. Lokasi tepatnya ialah Desa Talawan, Kecamatan Dimembe, Kabupaten Minahasa Utara, Provinsi Sulawesi Utara.

Air Terjun setinggi 85 meter ini adalah air terjun tertinggi di kawasan Minahasa Utara. 



Cantik sungguh air terjun ni.

Tengok air terjun ni, kami teringat pada Air Terjun Coban Rondo di Malang yang pernah kami lawati masa bercuti di Surabaya dulu. 
Kiri: Air Terjun Tunan, Sulawesi Utara.
Kanan: Air Terjun Coban Rondo, Malang, Jawa Timur.

Syok pulak rasanya bila tiada orang masa ambik gambar ni. Nampak macam pristine and 'untouched' tempat ni.. hehe. 

Memang tenang fikiran bila dengar air gunung yang terjun dari tebing yang tinggi jatuh ke dalam kolam.  

Kami nampak ada banyak burung layang-layang terbang di depan air terjun ini tapi tak nampak dalam gambar.

Love the cascading. 


Kami tak kena tempias air terjun ni sebab we were at a 'safe' distance.. hehe. Tapi memang terasa anginnya.



Kata Pak Tommy masa musim libur, ramai orang datang ke sini. 




One of us should have worn something red, yes? Baru la popped.. hehe.


Tak lama kami di situ since we could not, or rather, dare not climb up the slippery rocks to get other angles to shoot from. Since cuma hanya ada kami berdua saja di situ masa tu (plus Pak Tommy of course), it was really nice having the waterfall all to ourselves. Well, sort of.. hehe.  

Dari Air Terjun Tunan, seterusnya kami dibawa Pak Tommy balik semula ke Manado City untuk tengok landmark terkenal di Manado iaitu Monumen Yesus Memberkati.

Kerja pembinaan lebuhraya dari Manado ke Bitung sedang giat dijalankan.

Tu dah nampak dah patung besar Yesus.

Kata Pak Tommy Monumen Yesus Memberkati terletak di dalam kawasan perumahan elite di Manado iaitu di Citraland. 

Di kawasan perumahan elite Citraland ini ada banyak patung-patung putih hiasan seperti patung 7 ekor kuda ini. 

Kami dibawa ke platform ini to get a good view of the monument.

Monumen ini tingginya 50 meter (20 meter pedestal dan 30 meter patung) dan dibuat daripada 25 tan serat logam dan 35 tan besi. Patung ini juga mempunyai kecondongan 20 darjah dan menjadi 'first flying tallest statue in the world'.

Monumen yang didirikan pada tahun 2007 ini adalah patung Jesus Christ yang kedua terbesar di dunia selepas patung Christ The Redeemer di Rio de Janeiro, Brazil. Ia dibina menghadap ke kota Manado dan Teluk Manado dengan kedua-dua tangannya terdepa seolah-olah memberi berkat kepada seluruh kota dan penduduknya.

Pada 2010, patung ikon Manado City ini adalah patung yang kedua tertinggi di Asia dan patung ke empat paling tinggi di dunia (tidak termasuk pedestal).


Di bahagian pedestal juga ada patung Yesus Memberkati versi kecil bersama beberapa patung guardian angels.

Patung Monumen Yesus Memberkati yang besar dan yang kecil (yang di bahagian pedestal).



Dengan posisi kedua tangan terangkat ke atas, ia dikatakan memberi kesan Yesus sedang memberkati Kota Manado yang berada di depannya.


Patung 7 ekor kuda tadi yang kami nampak masa mula masuk ke kawasan perumahan elit ini.





Then kami moved a few meters ahead so that boleh nampak kecondongan patung ini dengan lebih jelas. Juga dari sudut ini boleh nampak seperti patung ini 'terbang'.




Lepas tengok Yesus statue, Pak Tommy bawak kami round kawasan perumahan Citraland ini. 

Memang hebat la rumah-rumah di sini. Macam istana.

Also ada banyak patung-patung seperti patung-patung di roundabout ini. 


Leaving Citraland.

Bersambung....

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

2 comments:

  1. ikan nila tu bukan ditangkap dari kolam bawah pondok-pondok tu?
    tak jemu jemu nengok sawah kan..?
    kalau buat slow shutter best kan kat air terjun tu
    memang nampak sangat flowing robe dan bajunya ..
    apa makna paskah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmm. tak pasti pulak dari mana supply ikan nila tu doc. Setahu saya kalau restoran yg guna ikan sangkar akan ada sangkar-sangkar ikan di kolam tepi restoran. Yg ni tak ada.

      Tak jemu doc! Masa jln2 dgn Pa'unchu dulu kan ke dah byk sgt saya ambik gambar sawah. Still I never hesitated to shoot more paddy fields if I saw them.

      Tu la, saya malas nak bawak tripod. Definitely will look super 'smoky'.

      Indeed. Macam tgh terbang. Begitu yg mereka nampak.

      Paskah itu pada mereka adalah hari memperingati kebangkitan Yesus.

      Delete