Hari ini dah hari ke 3 kami di Manado. It'll be another day of jalan-jalan and today kami akan ke Pulau Bunaken pula.
The thing we liked about staying at this hotel, the Whiz Prime Megamas Manado, ialah kami boleh saksikan keindahan both sunrise and sunset clearly. Untuk sunrise pagi tu kami ke koridor right outside our room yang ada this long glass wall dengan pemandangan sunrise over Mount Klabat, gunung tertinggi di Sulawesi Utara. Alhamdulillah cuaca baik pagi tu.
The thing we liked about staying at this hotel, the Whiz Prime Megamas Manado, ialah kami boleh saksikan keindahan both sunrise and sunset clearly. Untuk sunrise pagi tu kami ke koridor right outside our room yang ada this long glass wall dengan pemandangan sunrise over Mount Klabat, gunung tertinggi di Sulawesi Utara. Alhamdulillah cuaca baik pagi tu.
Gunung Klabat nampak jelas pagi tu dengan pemandangan matahari terbit yang cukup indah sekali.
Ini peta lokasi Hotel Whiz Prime Megamas Manado, Gunung Klabat dan Pulau Bunaken yang akan kami lawat pada hari itu.
SubhanAllah... cantik sungguh.
Selamat pagi Manado!
Dan bilik kami juga mengadap Teluk Manado ke arah sunset. Besar tingkapnya so memang best la ambil gambar.
Dan dari tingkap bilik kami juga boleh nampak Gunung Lokon dan Gunung Empung, gunung berapi kembar di Sulawesi Utara ni.
Ini peta lokasi Gunung Lokon dan Gunung Empung dan hotel kami menginap.
Such a beautiful morning. Fyi, sunrise di Manado ialah pada pukul 5:40 pagi. Yes, sangat awal.
Sekawan burung terbang over Teluk Manado.
Pulau Manado Tua di Laut Celebes. Adalah sebuah pulau gunung berapi. Pulau ini, bersama Pulau Bunaken, Siladen, Mantehage dan Nain membentuk Bunaken-Manado Tua Marine National Park.
Nelayan sudah mula sibuk mencari rezeki.
About 6:15 am kami dah turun sarapan. Hotel ni breakfast pukul 6 pagi dah start. Delicious spread. Ada sayur kangkung, mee goreng, ikan sambal, nasi kuning dan nasi goreng pedas. And yes, semuanya halal.
Dan tambah omelette/telur goreng.. hehe.
Seperti pagi semalamnya, kami duduk di balkoni. Sambil sarapan, sambil enjoy the view.
The magnificent Manado Tua Island.
And then the restoran was filled with tourists dari China. Makanya seperti biasa bila ada mereka ni suasana menjadi bising dan kecoh. Mujur la kami turun sarapan awal dan dah nak selesai makan masa tu.
Seawal pukul 7:30 pagi Pak Tommy dah datang jemput kami for the day's touring. Kami memang bersetuju bila Pak Tommy the night before suggested that we leave early for today's jalan-jalan.
Ini Masjid Firdaus which we visited the next day.
So, semalam dah jalan-jalan di kawasan pergunungan, pagi ini kami ke kawasan laut dan pulau pula. Untuk ke Pulau Bunaken, kami akan dibawa ke Dermaga Wisata Kalimas untuk naik bot ke pulau tersebut.
Since kami keluar dari hotel awal, maka Pak Tommy pun masa on the way ke dermaga took us for a short city tour. Jalanraya pun tak sibuk masa tu so boleh la dia tunjukkan beberapa tempat menarik di Kota Manado ni dengan selesa tanpa perlu kami turun dari kereta. Tak perlu turun la, nanti kelambatan naik bot pulak. Plus elok ke pulau tu masa waku pagi before it gets too hot.
Yang pertama yang we came upon was this monument di roundabout di Jalan Sam Ratulangi. Namanya Tugu Zero Point, sebuah monumen zero kilometer di mana jarak kota Manado diukur ke seluruh Sulawesi dan tempat lain di Indonesia. Di sana dipanggil titik nol di Manado.
Since kami keluar dari hotel awal, maka Pak Tommy pun masa on the way ke dermaga took us for a short city tour. Jalanraya pun tak sibuk masa tu so boleh la dia tunjukkan beberapa tempat menarik di Kota Manado ni dengan selesa tanpa perlu kami turun dari kereta. Tak perlu turun la, nanti kelambatan naik bot pulak. Plus elok ke pulau tu masa waku pagi before it gets too hot.
Yang pertama yang we came upon was this monument di roundabout di Jalan Sam Ratulangi. Namanya Tugu Zero Point, sebuah monumen zero kilometer di mana jarak kota Manado diukur ke seluruh Sulawesi dan tempat lain di Indonesia. Di sana dipanggil titik nol di Manado.
Tak jauh dari Tugu Zero Point, ada satu Taman Kesatuan Bangsa yang merupakan sebuah taman bandar serbaguna. Lokasinya di Jalan Dotu Lolong Lasut. Di dalamnya terdapat taman, Teater Terbuka, Monumen Dotu Lolong Lasut dan Pusat Informasi Wisata Manado. Taman ini sering digunakan sebagai tempat pertunjukan kesenian dan budaya Minahasa, serta kegiatan kemasyarakatan.
Monumen yang berdiri di tengah Taman Kesatuan Bangsa adalah Monumen Dotu Lolong Lasut, yang hidup pada abad ke-16. Dotu Lolong Lasut adalah dipercayai sebagai pengasas Kota Manado. Manado pada asalnya dikenali sebagai 'Tumani Negeri Wenang'. Nama 'Manado' yang digunakan sekarang diberikan oleh pemerintah kolonial Belanda, dan diambil dari nama Gunung Manado Tua yang berada di pulau di Teluk Manado.
Dotu Lolong Lasut adalah seorang ketua agama yang dihormati pada masa itu. Dia juga memimpin penduduk setempat dalam melawan penjajah Portugis. Oleh itu pemerintah Manado mendirikan Monumen Patung Dotu Lolong Lasut ini.
Dotu Lolong Lasut adalah seorang ketua agama yang dihormati pada masa itu. Dia juga memimpin penduduk setempat dalam melawan penjajah Portugis. Oleh itu pemerintah Manado mendirikan Monumen Patung Dotu Lolong Lasut ini.
Tak jauh dari Monumen Dotu Lolong Lasut, di Jalan Dotu Lolong Lasut ini juga didirikan Tugu Dotu Lolong Lasut. Bentuknya seperti waruga.
Tugu Dotu Lolong Lasut dan waruga yang kami lawat di Benteng Moraya semalamnya.
Seterusnya Pak Tommy bawa kami melalui Kampung China di Kota Manado ni. Ia adalah salah sebuah pusat perdagangan yang tertua di Manado.
Sejarah bermulanya Kampung China Manado ini juga panjang sejarahnya. Masuknya perantau Tionghoa ke Manado sendiri sudah ada sejak tahun 1500-an. Pemukiman kaum Tionghoa di Manado sendiri sudah ada sejak tahun 1607.
Kampung Cina ini menjadi saksi peristiwa hitam pada 1740 di mana pada masa itu berlaku kekejaman terhadap ribuan penduduk Tionghoa oleh penjajah Belanda. Dan untuk mengawasi pergerakan pedagang-pedagang Cina di Manado, kaum Tionghoa dipaksa tinggal di satu daerah dan Kampung Cina ini terbentuk.
Pada masa sekarang kawasan ini penuh dengan bangunan bertingkat jenis rumah kedai. Hampir semua pemilik bangunan di sini adalah etnik berketurunan Cina. Tempat ini masih lagi menjadi tempat perniagaan dengan pelbagai barangan yang diniagakan.Tidak di satu jalan sahaja malah blok-blok kedai ini merangkumi kawasan yang luas sehingga hari ini.
Dan kalau di kawasan Cina pastinya ada kuil. Di Jalan D.I Panjaitan ni, masih dalam kawasan Kampung China Manado, ada sebuah kuil namanya Klenteng Ban Hin Kiong Manado. Ia dibina pada 1819 dan merupakan kuil tertua di Manado.
Dulu klenteng ini hanya dibuat dari bahan yang sederhana, seperti bambu dan papan kayu. Pada tahun 1935, klenteng ini mulai dikelola dengan baik dan lebih organized oleh organisasi perkumpulan Sam Khaw Hwee yang diasaskan oleh Que Boen Tjen dan Yo Sioe Sien.
Klenteng Ban Hing Jiong bermaksud: 'Ban' - banyak, 'Hin' atau 'Hing' - berkat atau kebaikan yang melimpah, dan 'Kiong' atau 'Jiong' - istana.
Sebuah kedai gunting rambut atau di sana dipanggil pangkas rambut.
Dah nak sampai ke dermaga. Itu gerbang pintu masuk ke Dermaga Wisata Kalimas atau Kalimas tourism seaport.
Lebih terkenalnya dermaga ini adalah sebagai jeti di mana pelancong dapatkan bot untuk berulang-alik ke pulau peranginan berdekatan. Selain itu ia juga adalah sebuah pelabuhan nelayan.
Berdekatan dermaga ini ialah Pelabuhan Manado di mana kapal-kapal besar berlabuh. Berhampiran dermaga ini juga ada sebuah pasar yang besar bernama Pasar Bersehati. Dari Dermaga ini juga boleh nampak Jembatan Soekarno.
Ada ramai penjaja di luar Dermaga Wisata Kalimas.
Pejabat urusan/ticket counter/Information Center Dermaga Wisata Kalimas.
Ramai orang masa ni tapi tak la sesak.
Selain bot awam, dermaga ini memang khas tempat sewa bot ke taman laut Taman Nasional Bunaken dan ke pulau-pulau peranginan yang berhampiran lain seperti Naen, Siladen, Manado Tua dan Mantehage.
Di dermaga ni boleh sewa bot besar muat 25 orang atau bot kecil muat 10 orang. Beroperasi setiap hari. Cumanya bot hanya akan jalan bila dah penuh, jadi dipanggil 'taksi' by locals. Tambang sehala ke Pulau Bunaken cuma Rp 30 ribu (RM 8.40) sahaja. Selain dari dermaga ini, boleh juga sewa bot di Marina Plaza tapi sewanya mahal la.
Ada ramai orang di belakang bangunan kaunter tiket ni. Rupanya ada macam pasar pagi di situ.
Sesak juga nampaknya.
Pak Tommy then asked that we wait for him di tempat menunggu ini while dia uruskan bot untuk bawa kami ke Pulau Bunaken. Since kami dah ambil pakej, maka Pak Tommy akan sewakan bot khas untuk kami berdua sahaja.
Pemandangan dari tempat duduk menunggu. Duduk sini pun dah macam-macam gambar suasana di dermaga ni yang boleh kami capture. Biasa la saya mesti nak explore further, so jalan-jalan la sikit di area ni sementara tunggu Pak Tommy uruskan bot kami.
First thing yang kami noticed ialah Jembatan Soekarno ni. Jambatan sepanjang lebih seribu meter ini pada mulanya dipanggil Jambatan Nyiur Melambai. Setelah mengalami pelbagai masalah teknikal dan kewangan, pemerintah di Manado cuba mendapatkan perhatian pemerintah pada masa itu yang dipimpin oleh Presiden Megawati.
Kebetulan sudah ada jambatan bernama Jambatan Megawati di Manado, maka nama jambatan ini ditukar kepada nama ayah Megwati menjadi Jambatan Soekarno. Dan Jambatan ini dirasmikan oleh Menteri Pembangunan Manusia dan Kebudayaan Indonesia, Puan Maharani pada 28 Mei 2015. Puan Maharani adalah anak kepada Presiden Megawati Soekarnoputri dan juga cucu kepada Presiden Soekarno.
STOP!!
As stated earlier, Dermaga Wisata Kalimas ini juga adalah sebuah pelabuhan nelayan. Jadi masa menunggu tu kami dapat saksikan pelbagai kegiatan nelayan di sini.
Kami dapat melihat para nelayan mengangkut keluar hasil tangkapan laut mereka dari bot naik ke tebing kepada peraih-peraih yang sudah sedia menunggu.
Kami dapat melihat para nelayan mengangkut keluar hasil tangkapan laut mereka dari bot naik ke tebing kepada peraih-peraih yang sudah sedia menunggu.
Tengok la betapa besarnya ikan yellowfin tuna tu! Saiz lebih kurang 1.5 meter macam tu easily seberat lebih 40 kg or more agaknya.
Nampaknya pada setiap satu bot ada 4 hingga 5 orang nelayan.
Hasil tangkapan laut juga nampaknya dibawa dalam kotak mungkin untuk pastikan kesegaran.
Ikan dalam kotak tu dah tentu berat, tambah lagi air batu di dalamnya.
Berjalan atas titi kayu dari bot ke darat.
Nampaknya pembeli juga boleh beli terus ikan di khemah di tepi tebing tu.
Another big one!
Ni close up sikit.
Membersihkan diri. Agaknya dah siap kerja. And yes, air di sekitar dermaga ni nampaknya bersih dan tiada sampah sarap. Juga kami tak ada terhidu sebarang bau busuk dari sampah.
'Dilarang keras bongkar ikan di kompleks ini'. My guess is maksud 'bongkar' tu ialah mengeluarkan dan sort out hasil tangkapan laut di tepi tebing tu. Elok la, otherwise mungkin jadi busuk la area tu.
Salah satu dari 2 jeti yang ada di dermaga ni.
Pemandangan di depan jeti.
Bot-bot persendirian yang sedia untuk disewa di Dermaga Wisata Kalimas.
Mengisi bekalan air bersih untuk perjalanan. Ke minyak?
Jambatan Soekarno.
Light house di Port Manado.
Di Dermaga Wisata Kalimas ini juga ada Pasar Bersehati.
Membawa ikan tuna yang dah dikerat ke Pasar Bersehati.
Jalan je dalam air.
Bersambung...
No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.
besarnya ikan tuna tu!
ReplyDeletekepala dia lebih besar daripada orang yang tengah pikul ikan tu !!!
cina bukit pun pandai pergi manado?
cam pelik.. sebab manado tak lah famous sangat ..
Tu la! Berat sgt tu! Mmg kuat mereka2 ni pikul ikan2 tu.
DeleteMereka suka nak ke Pasar Tomohon tu kata tour guide.