Wednesday, August 22, 2018

MANADO SULAWESI INDONESIA - DAY 03 - PART 02 - BUNAKEN NATIONAL PARK DAN GLASS BOTTOM BOAT

Sedang kami menunggu Pak Tommy sambil gambar, Pak Tommy pun muncul dan mengajak kami ke jeti ini. 

Bot yang disewa for us oleh Pak Tommy sedang menunggu di hujung jeti ini. 

Turun ke bot.

Pemandangan di bawah jeti. Berderet bot-bot yang boleh disewa untuk ke pulau-pulau peranginan berdekatan.

Pak Tommy sedia membantu. And we need all the help of course. Bergoyang-goyang bot-bot tu.. hehe.
Hati-hati buk!

Ini la bot kami berdua. I think bot saiz ini boleh muat selesa lebih kurang 10 orang dewasa. Life jackets ada bawah seats tu tapi kami pakai pulak. In retrospect, I firmly believe we should have. Astaghfirullah. 

Membaca doa naik kenderaan sambil bot meluncur meninggalkan Dermaga Wisata Kalimas menuju ke Pulau Bunaken.

Itu Jembatan Soekarno. Ia merentas teluk di dermaga ini menghubungkan Pasar Bersehati (di sebelah kanan) dan Pelabuhan Manado (di sebelah kiri).

Bot-bot nelayan sibuk di perairan ni.

Sempat merakam beberapa lagi aktiviti nelayan di Dermaga Wisata Kalimas. Lama dah tak buat stitching.. hehe.


Bot operator kami.

Sebuah bot lalu di depan Pasar Bersehati.

Ada banyak feri dan kapal-kapal besar sedang berlabuh di kawasan ini. Pelabuhan Manado adalah pelabuhan bagi perkhidmatan kapal dan feri ke Ternate, Kabupaten Sitaro, Kabupaten Sangihe serta kepulauan lain yang berhampiran.

Lalu di bawah Jembatan Soekarno.

Yang kanan tu ialah kapal KM Mercy Teratai Bitung, membawa penumpang dari Pelabuhan Laut Manado ke Pelabuhan Laut Tahuna di Pulau Sangihe dan duration pelayaran adalah selama 7 jam. Kapal yang kiri tu pula ialah KM Permata Bunga Bitung.

Ini pula KM Ekspres Bahari 2E membawa penumpang melalui route Manado-Thulandang-Siau-Tahuna.


Ini peta lokasi pulau-pulau dalam route kapal-kapal penumpang yang bertolak dari Pelabuhan Manado.

Lalu di bawah Jembatan Soekarno. Di hujung tu ialah Pasar Bersehati.



Alhamdulillah cuaca baik pagi tu. Dan tidak terlalu panas. Nyaman je. Mungkin sebab masih pagi lagi.

As we left Dermaga Wisata Kalimas, boleh nampak Jembatan Soekarno, Lighthouse, Pelabuhan Manado dan kapal-kapal penumpang besar yang sedang berlabuh. Di Pelabuhan Manado ini juga ada sebuah tugu dinamakan Monumen Lilin. 

Pemerintah di Sulawesi Utara mementingkan kerukunan antara penduduk beragama jadi dibina wisata keagamaan seperti Bukit Kasih Kanonang dan Bukit Doa Tomohon. Satu lagi tugu untuk tujuan itu telah dibina di Marina Plaza di kawasan Pelabuhan Manado yang dipanggil Monumen Lilin. 

Monumen lilin menyala ini tingginya 50 meter dengan candle holder setinggi 15 meter, batang lilinnya 30 meter dan nyalaan apinya 5 meter. Dikatakan akan dibuat satu tempat beribadat dan berdoa di atas pelantar di candle holder tu. 

Meneruskan perjalanan ke Bunaken.


Kota Manado.
Jurupandu bot kami.

Pulau Bunaken sebenarnya terletak tidak jauh dari Manado. Perlayaran ke sana dengan bot mengambil masa kurang dari sejam.

Pemandangan dataran tinggi dan kawasan pergunungan Sulawesi Utara dari Teluk Manado memang sangatlah cantik. SubhanAllah.




Ingat nak enjoy je the boat ride, tutup mata sambil feel the sea air. Tapi kejap-kejap bukak mata dan ambil gambar.. hehehe.

Sekali sekala ada speed boat passed us by.




Punya la kuat genggam handphone masa ambil gambar dalam bot ni especially masa nak dapatkan sudut tembakan macam ni.. hehe.

Pulau Manado Tua.


Santai je. Nak sembang pun bising bunyi enjin bot... hehe. 



Pak cik jurupandu bot kami tetap terus di depan bot dan memerhati laluan kami. Sesekali dia akan bagi signal pada pengemudi untuk tukar arah sedikit samada ke kiri atau ke kanan. Tapi not often, every now and then. Otherwise it was full speed straight ahead.

Dah pun sampai ke kawasan perairan Taman Laut Bunaken yang sangat terkenal kerana penuh dengan beratus species terumbu karang dan haiwan laut. Jadi kalau dah ke tempat macam ni elok la snorkeling dan scuba diving. Hmm... kami berenang pun tak reti.. hehe. 

Bot ini tengah bawa group for scuba diving.

Jadi Pak Tommy dengan baik hatinya pun aturkanlah untuk kami tengok dasar laut dengan bot yang ada lantai kaca yang dipanggil katamaran. Dia kata kalau ke sini mesti la tengok keindahan dasar laut Bunaken sebab kalau ke pulau tidak ada apa-apa tarikan. So nice of him. Of course kami setuju lah! 

Inilah bot katamaran yang berada di bahagian laut yang ada banyak batu karang menunggu mana-mana bot yang membawa penumpang yang ingin melihat dasar laut Bunaken ini melalui lantai kaca. Oleh yang demikian bot-bot yang membawa pengunjung ke Katamaran akan menghampiri bot ini secara bersilih ganti. Masa kami sampai ke katamaran ini tengah ada pengunjung lain. So kena la tunggu sekejap. 

Masa tengah menunggu tu, tiba-tiba pak cik jurupandu bot kami jerit, 'Penyu! Penyu!' sambil menuding ke arah laut close to our boat di sebelah kanan. Haa.. tu nampak tak?  

As it turned out less than 10 minutes je menunggunya katamaran tu. Agaknya group yang ada di katamaran tu dah got on the boat for a while already.
 

Bot kami mula mendekati katamaran.

Naik ke bot Katamaran.

Suasana dalam bot katamaran. Luas juga. Looks like boleh muat about 15 adults. 

Jadi mana lantai kacanya? Tu dalam petak-petak tu. Jadi bukan lantai tempat berpijak. More like corong ke bawah bot yang bertutup dengan lantai kaca.

Beginilah rupanya! 

Inilah pemandangan dasar laut Bunaken yang dapat dilihat dari Katamaran ni. Pada saya it is like looking at a whole new world, underwater world yang sebelum ini hanya dilihat di kaca TV. Ni pun tengok through kaca juga tapi secara live and on location lah.. hehe.

Let's zoom-in  a bit. SubhanAllah, cantik sungguh!

Mengambil gambar terumbu karang di dasar laut dari Katamaran.

Pada kami yang memang tak tahu berenang/snorkeling/scuba diving, dah dapat tengok macam ni pun bersyukur sangat dah.



Ambil gambar my wife tengah ambil gambar terumbu karang di dasar laut Bunaken. Ambil gambar begini penting bagi kami untuk menampakkan suasana atas katamaran ni.


Haa.. dapat satu shot yang clear dan sharp :).

Tiba-tiba a school of fish passed by right under this katamaran! Excited.. hehe. Ye la, sebelum ni kami cuma dapat tengok ikan-ikan belang macam ni hanya dalam aquarium, tak pernah dalam natural habitat mereka :).


Nak kata lantai kaca ni betul-betul bagi pandangan yang clear tak la jugak tapi sufficient la. 

Sometimes bila ada cahaya terang, keadaan di dasar tu jadi agak silau dan terang. But then masa ni la kita dapat lihat banyak ikan.. hehe.

Anak-anak tuan punya katamaran ni sedang main di tepi bot. For sure la budak-budak ni can swim, and like a fish too.. hehe. So no, I not worry lah.. hehe.

Air laut di area ni jernih even masa berdiri di tepi bot ni pun kita boleh nampak terumbu karang dan ikan-ikan. 

Tiba-tiba anak beranak ni jerit, 'Penyu!'. Ada penyu tengah lalu lagi!

Kelam kabut la kami cuba nak ambil gambar. Ni je yang dapat.. hehehe. 


Jernih sungguh!

So beautiful. Kalau snorkeling lagi la cantik.

Cubaan ambil gambar style photographer.. hehe. Compose masukkan sekali gunung berapi Pulau Manado Tua dalam framing.


Haa.. dapat pun shot dengan ikan-ikan.. hehe.

Satu lagi cubaan. Kali ni masukkan sekali bot yang kami naik dari Dermaga Wisata Kalimas tadi.

Then it was time to continue our journey. Bot kami came to pick us up.


Naik semula ke dalam bot tadi.

Next, menuju ke Pulau Bunaken. 

Pulau Bunaken ada dua bahagian, kawasan tempat tinggal penduduk pulau dan kawasan resort. Kami ke bahagian resort sahaja. 

Ini bahagian Pulau Bunaken yang didiami penduduk tempatan. Ada masjid di sana, namanya Masjid P. Bunaken.

Taman Laut Bunaken ini popular sebagai salah satu tarikan pelancong tapi pada hari tu kami tak pula nampak banyak bot yang berulang alik ke pulau Bunaken. Mungkin sebab weekend itu ada hari Kesyukuran mereka. 


Tak pasti pula itu gunung apa. Kalau tengok peta rasanya mungkin itu Gunung Tumpa atau Bongkone Tumpa di Sulawesi Utara.

Look so magnificent. 







Bersambung...

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

4 comments:

  1. Assalam
    Seronok baca tulisan tuan yg berpergian ke Manado.
    Bila seronok, terasa dan teringin utk backpacking dari Manado ke Makassar ikut jalan darat, dan semestinya dgn menggunakan public transport.
    Saya amat berterima-kasih kiranya tuan ada info tentang perkhidmatan bas, keadaan jalan-raya dan yg bersangkutan dgn perjalanan Manado-Makassar utk dikongsikan di sini.
    Terima kasih didahulukan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam
      Terima kasih tinggal komen di sini.
      Maaf saya tak ada info yang encik request tu sebab kami tidak berpeluang menggunakan public transport di sana. Dan kami cuma di Sulawesi Utara sahaja dan tidak ke Makassar. Keadaan jalanraya pula, based on our travels di Sulawesi Utara adalah bagus.

      Delete
  2. what !!??
    TAK PAKAI LIFE VEST !!!
    so unlike you !!!!!!
    hehehhehe

    the volcanoes are so majestic lkan kat manado ni!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... I knew it! Mesti doc akan sound.. hahaha...

      So majestic!

      Delete