Monday, August 13, 2018

MANADO SULAWESI INDONESIA - DAY 02 - PART 04 - DESA RURUKAN GUNUNG MAHAWU DAN PUNCAK TEMBOAN

Selepas pengalaman unik (dan ngeri) di Pasar Beriman Tomohon, kami dibawa Pak Tommy ke tempat-tempat berpemandangan alam yang indah. 

Ketika ini kami berada di kawasan Tomohon yang lokasinya adalah di antara gunung-gunung berapi iaitu antara Gunung berapi kembar Lokon/Empung dan Gunung Mahawu. 

Fyi, sebahagian besar Sulawesi Utara adalah kawasan pergunungan. Terdapat 65 gunung di provinsi ini dan 9 darinya adalah gunung berapi yang aktif. Saya petakan 7 seperti di bawah. Lagi 2 gunung berada di pulau-pulau di bahagian utara. 

Next stop kami ialah kawasan agrowisata Desa Rurukan yang terletak di kaki Gunung Mahawu. Rurukan terdiri dari dua desa, iaitu Desa Rurukan dan Rurukan Satu. Kedua-duanya berada di dalam wilayah Kecamatan Tomohon Timur. 

Orang Minahasa menamakan gunung di sini sebagai 'Mahawu' kerana sering mengeluarkan abu. Gunung ini pernah mengeluarkan letusan kecil pada tahun 1789. Kemudian tahun 1994, gunung Mahawu juga mengeluarkan letupan lumpur dengan geyser terjadi sepanjang danau kawah.

Oleh itu, seperti juga kawasan-kawasan gunung berapi lain di Indonesia, kaki gunung berapi Mahawu juga subur ditanami dengan pelbagai hasil pertanian. 

Jadi bila masuk saja kawasan agrotourism ini pengunjung boleh nampak hamparan kawasan pertanian yang sangat luas. Sangat cantik beralun-alun.

Alhamdulillah cuaca cukup bagus pada hari itu. In fact, cuaca adalah baik sepanjang kami di Manado. Teringat masa about a week before kami departed dari KL, saya check di interent cuaca di Manado diramal hujan with thunderstorm selama 4 hari kami di Manado. 

Kelihatan petani-petani sedang bekerja di ladang.

Sangat luas ladang-ladang di sini.

Pak Tommy pun stop di satu spot untuk kami ambil gambar. Nyaman sungguh udara di sini. Tak sejuk tapi just nice.

Kata Pak Tommy kawasan ini sering berkabus especially waktu awal pagi dan kadang kala throughout the day too. Tiada kabus masa ni so dapatlah kami lihat dengan jelas. 

Jelas kelihatan Bandar Tomohon di lembah gunung-gunung berapi.

Jom kita zoom-in :).


Kalau berkabus tak nampak kot jelas macam ni.. hehe.

Boleh nampak juga para petani mengerjakan ladang mereka. Kelihatannya kegiatan pertanian dilakukan dengan cara tradisional.


Antara sayur-sayuran yang ditanam di sini ialah kobis. 






Ambil gambar di tepi jalan adalah sesuatu yang saya sangat suka. Sebab kalau ambil dari dalam kereta masa on the way memang la selalu je blur fotonya dan tentu la tak sempat nak compose bagai... hehe. Kan tenang je ambil gambar macam ni.. hehe. 

Ternampak juga locals berpakaian tradisional orang Minahasa, pakaian pahlawan. Kata Pak Tommy mereka tu sedang menuju ke satu acara.


Sayur broccoli.



Saya rasa, seperti di Sumatera Barat, kerja di ladang ini dilakukan secara bersama oleh tuan-tuan ladang. Setiap ladang mereka dikerjakan secara bergilir sehingga semua ladang participants siap dikerjakan.  


Kebun jagung.


Membawa hasil tani agaknya.




Sebuah bas penuh dengan pelancong. Siap lambai kami yang di tepi jalan ni.. hehe. Sebenarnya ada wisata di atas gunung ni. Ada kawah tapi kami tak ke sana. Kena memanjat, so tak larat le.. hehe.


Daerah Tomohon ini terkenal sebagai pengeluar bunga terbesar di Sulawesi Utara dan Desa Rurukan adalah salah sebuah tempat penanamannya. Tapi kami tak nampak pula ladang bunga di kawasan yang kami lalu. Mungkin di area lain. 



Poster Tomohon International Flower Festival. Dari 7 hingga 12 Ogos. Alaaa.. kami sampai awal lah.. hehe.


Bergerak meninggalkan Desa Rurukan.


Melalui Rurukan Village. Seterusnya kami akan ke Puncak Temboan for some scenic views dari kawasan tanah tinggi. 

Desa Rurukan.

Gereja Masehi Injili di Minahasa, Jemaat 'Bukit Sion' Rurukan. 


Sebuah library. Ini satu contoh bangunan yang dibuat oleh pengusaha Rumah Panggung Minahasa, Tomohon.

Ada banyak gereja di Sulawesi Utara.

Kebun di tepi rumah.


Sebuah gereja Katolik.

Simpang ke Bukit Temboan.

Masa menuju ke Bukit Temboan dapat dilihat Gunung Klabat, gunung tertinggi di Sulawesi Utara. 

Gunung Klabat, sebuah gunung berapi.

Tiba di lookout point Bukit Temboan.

Lokasinya adalah di Kelurahan Rurukan Satu Kecamatan Tomohon Timur Kota Tomohon.

Pemandangan dari Puncak Temboan ini adalah sangat epik.

Dari puncak ini boleh nampak jelas Tondano dengan danaunya, Bitung dengan pelabuhannya, Gunung Klabat bahkan Selat Lembeh.

Di kawasan bawah lookout point ini juga boleh nampak pokok-pokok cengkih. Cengkih adalah salah satu komoditi yang penting di Sulawesi Utara. Harganya mahal sekitar Rp 104 ribu sekilogram hingga dikenali sebagai 'emas coklat'. Kegunaan utamanya adalah dalam industri rokok. Ada juga digunakan untuk membuat perfume dan dalam bidang farmasi.

Masa berbuah pokok cengkih ialah ketika musim panas dan jika hujan maka akan banyak putik yang gugur dan ini akan menngurangkan hasil tuaian.

Sebelum saya share foto-foto pemandangan dari Puncak Temboan ini, saya tunjuk dulu peta lokasi kawasan yang akan saya tunjuk dalam foto-foto tu. 

Ok, now kami di Temboan Peak Rurukan mengadap ke arah Laut Molucca. To our left boleh nampak Gunung Klabat dan Pulau Lembeh. Ke arah kanan kami masa itu boleh nampak Bandar Tondano dan Danau Tondano. Dalam peta bawah ni saya labelkan juga Gunung Lokon dan Gunung Mahawu.

Pemandangan Danau Tondano dari Puncak Temboan. 

Zoom-in ke Danau Tondano.

Bandar Tondano dan Danau Tondano. 

Di puncak bukit ini ada this wonderfully colorful 'Puncak Temboan' signage, perfect untuk berselfie. 

Panorama satu :).


Gunung Klabat sedang dilitupi awan tebal. 

And the nice thing about taking wefie masa tu ialah tiada orang lain dengan kami masa tu. Like we have this place all to ourselves. And we did, till we left the place. So it definitely was a good idea bila Pak Tommy asked for us to bertolak awal dari hotel pagi tadi.

Gunung Klabat masih lagi diselubungi awan tebal. 

Merakam Bandar Tondano dan Danau Tondano. 

Jarak ke wisata lain dari Puncak Temboan.

Ini peta lokasi wisata-wisata pada papan tanda di atas.

The weather sure was beautiful. Alhamdulillah.



Jauh di hujung sana ialah Pulau Lembeh. 

Bandar Tondano.




Ladang-ladang sayur yang luas.

Sebuah rumah sedang dibina di lereng bukit Temboan.






Nampaknya memang tak nampak la Gunung Klabat dari Bukit Temboan ni sebab awan nampak makin tebal. 

Lembah antara Puncak Temboan dan Gunung Klabat ini ialah Airmadidi. 


Kawasan perkampungan di lereng gunung yang indah diselubungi kehijauan alam sekitar.

Let's zoom in ke arah Pulau Lembeh.

Pulau Lembeh di Laut Molucca. Terpisah dari pulau besar Sulawesi utara oleh Selat Lembeh. Pulau ini panjangnya 25 km dan lebarnya 2 km. 

Selat Lembeh terkenal di seluruh dunia kerana terdapat sangat banyak kehidupan marin yang luar biasa, khususnya frogfish, rare species of octopus, seahorses and nudibranchs. 

Selat ini adalah destinasi yang disukai oleh scuba divers yang berpengalaman dan underwater photographers dari seluruh dunia. 

Gunung Soputan juga boleh dilihat dari Puncak Temboan ini. Jauh lokasi gunung ini so kena zoom sampai nak dekat max. 

Gunung Soputan ini merupakan salah satu gunung api teraktif di Sulawesi. Ia sering meletus. Dalam 2000-an saja telah meletus pada tahun-tahun 2000-03, 2004, 2005, 2007, 2008, 2011 dan 2012.

Penat ambil gambar kami pun berehat di rumah teduh di situ dan dijamu pula dengan goreng pisang dan air teh. Aduh.. nikmatnya. Snacking dengan pemandangan indah terhampar di depan mata. 

Pak Tommy kata snek tempatan ini namanya Pisang Goreng Goroho. Pisang Goroho adalah sejenis spesis pisang unik yang terdapat di Sulawesi Utara. Rasa Pisang Goroho ni lebih kurang macam Pisang Abu di Malaysia. Pisangnya dipotong nipis dan digoreng bertepung yang stay garing sampai kami selesai makan. Dan yang uniknya juga, Pisang Goreng Goroho ini dimakan dengan sambal Minahasa yang dipanggil Rica Roa.

Bersambung...

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

2 comments:

  1. sejuk tak kat situ ?
    tak nampak hotel kat situ?
    atau homestay.
    kalau saya ke sini saya nak tidur sini satu malam lah
    nampak sangat bersih dan cantik dan segar kat sini!

    sib baik cina-cina bukit tu belum sampai dan berselpie kat situ!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sejuk masa kami di situ, nyaman je. Kalau waktu awal pagi mmg sejuk kata Pak Tommy.
      Rasanya tak de hotel, ada homestay dan small inn.
      Indeed, mmg cantik, bersih dan dijaga. Very inviting actually.

      Tu la sebab Pak Tommy dah rancang utk kami sampai awal. Otherwise mmg penuh berbas-bas tourists datang.

      Delete