Monday, August 27, 2018

MANADO SULAWESI INDONESIA - DAY 03 - PART 04 - KAMPUNG ARAB - GEREJA SENTRUM - MASJID RAYA AHMAD YANI

Selepas melawat Pulau Bunaken dan kembali semula ke Dermaga Wisata Kalimas, kami terus dibawa Pak Tommy melalui Kota Manado untuk makan tengahari. Sebenarnya lepas lawatan ke Pulau Bunaken, kami dah free and easy. Jadi since ada masa, sebelum pergi lunch Pak Tommy bawa kami pusing-pusing Kota Manado dulu. Of course la kami ok je.. hehe. Baik hati betul Pak Tommy ni. Masa tu, actually even since the day before, kami dah sepakat nak beri dia tips yang bagus before we leave Manado. 

Sambil drive tu, Pak Tommy beritahu nama kawasan yang kami lalu. Dan masa ni kami sedang lalu satu kawasan lama bersejarah di Kota Manado iaitu Kampung Arab. Ada kampung Arab rupanya di bandar Manado ni. Ini gerbang masuk ke Kampung Arab. Kami pun minta la supaya Pak Tommy berhenti sekejap sebab kami nak ambil gambar. Melihatkan kami berminat nak tengok kampung ini, terus Pak Tommy kata dia nak bawa kami masuk ke dalam kampung ni. Nice lah!

Terus kami ternampak sebuah masjid yang besar di tengah kampung yang nampaknya cukup padat dengan rumah-rumah. Itulah Masjid Masyhur Istiqlal. Nama ini diberi kerana tanah tempat masjid didirikan itu merupakan tanah wakaf dari keluarga Al-Masyhur. Dibina pada 1880 yang ketika itu cuma setingkat dan dibuat dari kayu. Dibina semula dengan batu pada 1936 akibat gegaran gempa bumi. 

Terus masjid ini dibesarkan lagi pada 1957 kerana jemaah dah semakin ramai. Pembinaan tahap ke 3 ini berlaku dari tahun 1957 hingga 1960. Pembesaran masjid tidak boleh dibuat secara mendatar kerana tiada kawasan, maka ditambah 2 tingkat. 

Kemudian pada 1988 berlaku lagi gempa bumi dan pada masa itu masjid ini mengalami kerosakan yang teruk. Diperbaiki dan dibuat 3 tingkat supaya boleh muat lebih ramai jemaah.  

Masjid ini ada 5 menara, 4 di setiap bucu bangunan masjid dan 1 di bahagian tengah. Dindingnya bermarmar putih yang nampak cukup putih terang di tengahari yang panas masa tu.  

Tertara 'Bismillah' di atas pintu masuk masjid ini yang ada arch seperti ciri masjid timur tengah. 

Kampung Arab ini berlokasi di Kelurahan Istiqlal, Kota Manado. Orang Arab dari Yaman mula datang ke sini di akhir abad ke-18 sebagai pendatang. Mereka tinggal di Manado dan berkahwin dengan wanita di situ. Jadi ada ramai yang tinggal di kampung ini yang berasal dari Tondano dan Minahasa. 

However, dikatakan penduduk kampung ini sudah tidak seramai dulu kerana ramai yang sudah berhijrah termasuklah ke Jerman. 

Pada tahun 1866, orang Arab di Manado ada seramai 11 orang, 16 orang pada 1868 dan 18 orang pada 1872.  

Tapi pada tahun 1930 jumlahnya berlipat ganda ke 315 lelaki dan 270 wanita. Selain di Manado, Kampung Arab juga ada di Gorontalo dan Donggala.

Orang Arab yang datang ketika itu berdakwah tidak dengan mengasingkan diri malah bercampur baur dengan the locals. Ini supaya akhlak tingkah laku mereka diketahui orang. 

Bila bertutur mereka menggunakan bahasa local dan bila berniaga dilakukan secara jujur, jadi ini semua jadi tarikan. Maka Islam pun tersebar bukan dengan cara penaklukan.  

Tempat tinggal mereka juga dibuat dalam kawasan kota yang juga merupakan pusat perniagaan. Kampung Arab sebenarnya merupakan kampung perniagaan dan berlokasi dekat dengan Pelabuhan Manado.

Pada zaman jajahan Belanda, mereka dibenarkan buat kampung sendiri seperti kampung Cina kerana mereka berstatus pendatang. 

Istimewanya, walaupun kampung Arab berada dalam wilayah Manado, mereka tidak tertakluk di bawah undang-undang pemerintah ketika itu. Malah kampung mereka diperintah langsung oleh penduduk kampung mereka sendiri. Tapi mereka tetap diawasi Belanda supaya terjaga keamanan. 

Setelah Indonesia menjadi republik, Kampung Arab diubah namanya menjadi Kampung Istiqlal yang artinya 'kemerdekaan'.

Di Kampung ini ada satu tradisi yang dipanggil 'Iwad'. Tradisi ini dilakukan pada setiap Hari Raya kedua di mana seluruh warga Kampung Arab membuat kunjungan silaturahmi keliling kampung dari rumah ke rumah. Tradisi ini juga ada dibuat di kampung-kampung lain. 

Kegiatan tersebut diikuti oleh seluruh warga Kampung Arab melawat rumah-rumah di situ dengan diiringi oleh musik rebana hadroh. Satu per satu rumah dilawat untuk bersilaturahmi dan bermaaf-maafan dan saling mendoakan demi kebaikan bersama. Pada ketika ini ada 450 KK (kepala keluarga) di kampung ini.

Tradisi Iwad ini juga disertai oleh pemerintah daerah, Gubernur Sulut, serta ahli Forkopimda (Forum Koordinasi Pimpinan Daerah) dan ketua-ketua pemerintah lain.

Penduduk yang berlainan agama juga diajak untuk pergi dari rumah ke rumah sebagai menyambut hari raya. Seperti juga penduduk Kristian yang menjemput semua penduduk tak kira agama untuk datang makan bersama ketika sambutan Hari Kesyukuran mereka.



Perjalanan diteruskan. We came upon Vihara Dhammadipa, a Buddhist temple. 

Perayaan Wesak di Manado dilakukan di kuil ini.


Seterusnya Pak Tommy bawa kami singgah sekejap di gereja terbesar peninggalan Belanda di Manado yang bernama Gereja Sentrum. 

Gereja Masehi Injili di Minahasa (GMIM) Sentrum Manado merupakan gereja yang tertua di kota Manado. Ia dibina pada tahun 1677 dan mencapai usia 337 tahun pada tahun 2014.

Pada masa pendudukan Jepun, gereja ini pernah menjadi markas tentera Jepun. Ia juga hancur dibom pada Perang Dunia Kedua. Untuk mengenang peristiwa ini, ada sebuah Tugu Perang Dunia Kedua didirikan di kiri pintu gerbang Gereja.

Pada tahun 1952, gereja ini didirikan kembali mengikut senibina Gereja Protestant di Belanda. Ia dibina berbentuk segiempat sebagai simbol empat penjuru mata angin.

Kami tak dapat melawat ke dalam Gereja Sentrum kerana ada satu upacara sedang berlangsung ketika itu. 

Kemudian kami melawat pula ke Masjid Raya Ahmad Yani Sulawesi Utara. 

Selain merupakan masjid yang terbesar di Manado, tak ada apa-apa sejarah istimewa yang dikaitkan dengannya.  

Fyi, masjid ini bukan masjid tertua di Manado. Masjid tertua di Manado adalah Masjid Awwal Fathul Mubien, tapi kami tak ke sana.

Ok saya kongsi di sini the rest of the photos. 

























Dari Masjid Raya Ahmad Yani Sulawesi Utara, kami makan tengahari di restoran Padang yang bernama Rumah Makan Minang Putra.

Popular restoran ni. Ramai sungguh pelanggan. Saya noticed yang di kaunter ni ialah mereka yang take away, puluhan kotak punya order. 

Suasana dalam restoran. A bit crowded and hot. Tak de ventilation yang baik dalam restoran ni. And smoking is allowed. No smoking or non smoking sections.

Hidangan makan tengahari kami.

Sedap, cuma lain sikit dari the actual makanan Padang. 

Dessert and the much needed cold drinks.

Selesai makan, Pak Tommy terus bawa kami ke hotel. Masa tu baru pukul 12:30 tengahari. 

Tanah perkuburan Kristian.

McDonald's Manado.

KFC Manado.

Kawasan tepi laut Megamas.

Tiba di hotel. Bergambar dengan seorang staff hotel yang sangat peramah. 

Bersambung....

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

2 comments:

  1. cool
    nampak bulu-bulu lembu lagi pada tabuh tu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu yg saya zoom dekat2 nak tunjuk bulu lembu tu..

      Delete