Wednesday, August 8, 2018

MANADO SULAWESI INDONESIA - DAY 02 - PART 02 - DESA WOLOAN

Seterusnya kami dibawa Pak Tommy ke Desa Woloan yang terkenal dengan kerajinan pembuatan rumah tradisional yang dinamakan Rumah Panggung Minahasa. 

Tanah perkuburan Kristian di Tomohon. 

Kalau di Bali dipanggil babi guling. Di sini namanya babi putar. Ia salah satu makanan khas Minahasa.

Tiba di Woloan Satu Utara Kota Tomohan Kecamatan Tomohan Barat.

Di sepanjang perjalanan tu kami dapat sekali sekala lihat Gunung Lokon dari celah-celah rumah di Desa Woloan.

Nampaknya penduduk di desa ini suka hias laman rumah mereka dengan pokok-pokok bunga. Nice.


Haaa... inilah rumah panggung Desa Woloan. Kelurahan Woloan Kota Tomohon sudah ditetapkan oleh pemerintah daerah sebagai kawasan industri rumah panggung di Provinsi Sulawesi Utara (Sulut). Generally rumah-rumah ini juga dipanggil Rumah Panggung. Nama komersilnya ialah Rumah Panggung Bongkar Pasang Asli Minahasa. Bongkar pasang? Let's find out shall we.

Sebuah rumah panggung yang sedang dalam pembinaan. 

Juga rumah-rumah yang sudah siap untuk dijual. They are show houses.

Cantik sungguh rumah kayu tradisional ni. 

Di dinding depan dekat pintu masuk rumah ini ada notis 'DI JUAL' bermaksud rumah panggung ini sudah siap dan sedia untuk dibeli. Lengkap dengan info contact person dan contact number.

Kelihatan deretan rumah-rumah tradisional Minahasa untuk dijual. 

Supaya kami boleh find out more about these traditional houses, Pak Tommy stop di sebuah rumah yang kebetulan ada beberapa orang pekerja sedang loading lori mereka dengan parts of the house. 

Excited betul saya nak tahu kenapa pula rumah ini dalam keadaan begitu. 

Pak Tommy pun perkenalkan kami pada ketua pekerja-pekerja tu, yang juga owner rumah ini. Boss tu terangkan rumah yang dulu ada di tapak ini telah dijual dan sedang dalam proses ditanggalkan piece by piece. Parts tu dimasukkan ke dalam lori untuk dibawa ke lokasi si pembeli dan akan dipasangkan semula. 
Hanya tiang-tiang batu asas saja yang tinggal selepas rumah ditanggalkan. Seterusnya sebuah rumah baru akan dibina di sini untuk jualan seterusnya.

Ooo... baru la saya faham. Rumah ini dibina, put up as show house, kalau disukai akan dibeli oleh pembeli dan rumah ini will be disassembled, delivered to location dan dipasang semula oleh pekerja-pekerja seller. Saya ingat beli rumah ni dengan tanah di sini sekali. Tak terfikir pulak rumah ni boleh ditanggal pasang.. hehe. Itulah maksud 'bongkar pasang' tadi tu.

Kata boss tu rumah ini akan dipasang semula di kawasan pergunungan Sulawesi Utara. Selalunya pembina dan pekerjanya seramai 4-5 orang akan turut naik kapal bersama-sama kayu rumah yang dibongkar ini ke destinasi barunya. Bergantung kepada saiz dan proses yang terlibat, proses pemasangan semula rumah akan mengambil 2-5 minggu untuk disiapkan.

And naturally I was curious la how they go about untuk pasang semula rumah ni nanti memandangkan betapa banyaknya bahagian-bahagian rumah ini. Boss tu pun terangkan yang the parts will be grouped and tied up together dan dilabel dengan kod-kod bernombor. 

Ini contoh parts yang sudah dituliskan nombor kod supaya pemasangan semula rumah ini boleh berpandu pada kod-kod ini. 

And I'm sure even the loading process pun mesti dilakukan secara sistematik. Tak boleh la main load up je dalam lori tu. Kena ada sususan ikut parts.

Inilah boss yang buat rumah ini. Baik orangnya dan sangat informative. 

And we are sure too that those wood are super heavy. Kayu buat rumah macam ni mesti la dari jenis kayu yang bagus dan tahan lama. Thus super heavy.

Kami juga dijemput oleh boss tadi untuk naik ke rumah panggung ini yang juga milik dia. 

Ehh.. amboii... seronoknya dia! Macam nak beli rumah pulak.. hehe.

Pemandangan dari anjung depan rumah panggung. Pada zaman dahulu, ruang serambi depan ini berfungsi untuk menerima dan tempat makan tamu terutama bila diadakan upacara keluarga.

Di pintu depan ada tingkap-tingkap kecil yang akan dipasang kaca. Di tepi rumah ini juga ada lorong koridor. I like that.

Pintu depan dan pintu bilik. 

Luas juga ruang tamunya. Dan tinggi silingnya.

Ini pula bilik. Rumah ini ada 2 bilik tidur. Ada juga rumah 3 bilik yang lebih besar. 

Bahagian ruang makan. 

Kami diberitahu selalunya rumah panggung begini dapurnya akan dibuat di bawah untuk elak kebakaran berpunca dari dapur. Tandas juga boleh dibina secara attached atau berasingan.

Saya cerita sikit sejarah rumah panggung Minahasa ni. Pada zaman dahulu sebuah rumah panggung yang besar diduduki dari 6 hingga 9 keluarga di mana setiap keluarga ada rumah tangga tersendiri dan mempunyai dapur dan mengurus ekonomi rumah tangga sendiri. Sekarang rumah dengan set up begitu dah tak ada.
Perasan tak bumbung rumah panggung di buat dari zink? Mereka tak pakai atap genting kerana mengikut filosofi hidup yang mereka pegang adalah tak baik jika hidup di bawah tanah sebab genting dibuat dari tanah. Jadi rata-rata rumah mereka beratapkan zink, daun atau elemen besi lain. Mereka beranggapan hanya orang meninggal saja yang bertempat tinggal di bawah tanah. 

Lepas rumah tadi, kami jalan-jalan lagi tengok rumah-rumah yang lain. Macam nak beli rumah panggung je gayanya.. hehe. 

Yang ini pula rumah panggung tradisional Minahasa yang lebih besar. Anjung depan rumahnya ada dua dan lebih besar. Rumah yang ini juga lebih tinggi. Juga ada 3 bilik.
Dahulu ruang atas rumah atau loteng digunakan sebagai tempat menyimpan hasil tanaman seperti jagung dan padi. Di bahagian bawah rumah (kolong) biasanya digunakan sebagai tempat menyimpan kayu kayan, alat pertanian dan haiwan peliharaan.

Dan saya paling suka tangga depan ni. A single tangga then midway split into 2 to the right and left. Nice lah! 

Nampaknya macam lebih suka rumah yang ni ek? Hehehehe...

Oh wow! Tengok la siling tu! Cantik sungguh! Absolutely amazing! 

Bayangkan la nak tanggal the ceiling's small wood pieces, pack, transport dan pasang balik! Kami diberitahu nak pasang balik ambil masa lebih kurang sebulan. Dan mesti dipasang sendiri oleh the boss dan pekerja-pekerja dia.   

View tangga dari midway platform.

Anjung depan, kiri dan kanan.

Saya memang terfascinated sangat dengan siling rumah ni.. hehe.

Anjung depan. 


Koridor tepi rumah. Nampaknya macam koridor ini dah memang seperti satu feature rumah panggung tradisional Minahasa.

Bigger house, bigger living room.

Luas dan selesa.

Dari tingkap rumah ni kami nampak ada sebuah lagi rumah sedang dalam binaan. 

Seterusnya kami ke bawah rumah ini pula. Nampak macam tempat storage kayu kayan yang dah siap dipotong ikut ukuran, dah siap bertombol dan pasak. 

Kami pun join Pak Tommy yang sedang berbual dengan boss rumah ini. Kami diberitahu rumah-rumah panggung Minahasa dibina menggunakan Kayu Besi yang dibawa dari Palu yang terletak di Sulawesi Tengah. Kayu Besi ini memang keras dan berat. Anai-anai (dipanggil rayap di sini) tak suka memakan kayu ini sebab ia sangat keras. Tapi sebagai jaminan kualiti, kayu ini tetap dirawat sebelum digunakan untuk membina rumah.

Berbalik kepada curiosity saya tentang betapa payahnya nak pasang balik rumah panggung, saya tanya la boss ni macam mana dia ingat parts mana nak pasang di mana. Dia terus sengih dan kata, 'Semuanya di sini', sambil menunjukkan kepala dengan jari telunjuk. Hahaha.. hebat boss ni! Semua ada dalam kepala dia!

Dan memang la berat sungguh kayu ni!

Batch kayu yang sudah siap di lubang dan pasak/tanggam.

Dan memang la saya excited tengok bermacam jenis dan saiz connection points pada hujung kayu-kayu ini. 

Semua parts rumah yang dibina diberi kod yang tertentu untuk kemudahan pemasangan semula.


Ketika itu ada seorang pekerja sedang membuat kerja-kerja memahat hujung kayu membentuk connection points yang tertentu. 


Di jalan ini ada banyak rumah panggung tradisional Minahasa untuk dijual.

Di depan rumah yang kami lawat ni, across the road, ada sebuah bengkel membuat parts rumah panggung. 



Kerja-kerja pemotongan dibuat di sini.



Kemudian kami singgah ke satu lagi rumah. Tak masuk rumah ni tapi berbual dengan the boss, Pak Feber. Kata Pak Feber, rumah yang sedang dibina ini telah ditempah oleh seorang pembeli di Pulau Jawa. Bila dah siap nanti, rumah ini akan dibongkar dan diangkut dengan kapal ke Jawa untuk dipasang semula di sana.

Ada workshop di belakang rumah.

Rumah panggung 2 bilik. 

Pagar anjung yang cantik. Nampaknya macam child safe, budak kecik cannot bolos through dan jatuh bawah.

Seronok kami berbual dengan Pak Feber ni. Ramah sungguh orangnya. 

Bila dia diberitahu Pak Tommy yang kami ni dari Malaysia, terus dia kata dulu dia pernah terima tempahan dari pembeli di Malaysia. Rumah tu dah pun siap, dibawa ke Malaysia dan dipasang. 

Terus Pak Feber cari foto rumah tempahan pembeli Malaysia tu nak tunjuk pada kami. Ini rumahnya. Dari apa yang saya nampak, rumah ini designnya lain dari yang kami nampak di sini. Rupanya pembuat rumah di sini juga boleh menerima tempahan rumah ikut design si pembeli. How awesome lah!

Ini contact number the boss, Pak Feber Sindim. Kalau berminat sila la call dia. Oh by the way harga rumah panggung tradisional Minahasa ini ialah (anggaran): 
1) Untuk rumah dengan 2 bilik tidur harganya ialah Rp 100 juta atau RM 28,000. 
2) Untuk rumah 3 bilik tidur pula dijual pada harga Rp 150 juta atau RM 42,000. 
Macam murah kan? Ye la, murah la kalau dibanding dengan rumah di KL ni. But then ni rumah kayu. Rumah saja, bukan dengan tanah. Anyway, harga ini tak termasuk penghantaran dan pemasangan semula. Juga kos-kos lain seperti kos lodging pekerja yang perlu ada dilokasi pemasangan.

Kami juga diberitahu yang rumah panggung ini juga ada dibeli oleh orang dari Eropah. Contohnya rumah ini dibeli oleh seorang pembeli dari Jerman. Jadi parts of the house was shipped dan dipasang oleh pekerja dari sini. Ambil lebih sebulan nak pasang di lokasi baru tu. Latest news saya baca banyak dah rumah ini diekspot ke Maldives.

Sememangnyalah lawatan kami ke Desa Woloan ini merupakan suatu lawatan yang unik. Kami memang teruja melihat Rumah Panggung Bongkar Pasang Asli Minahasa ini. And for me personally, saya sangat teruja yang rumah ni boleh ditanggal pasang. Maknanya kalau nak pindah, boleh la tanggal rumah ni, pindah dan pasang di lokasi baru. 

Dan yang bagusnya ialah sampai sekarang Desa Woloan masih ada ramai penduduknya yang ada pengetahuan dan kepakaran untuk bina rumah tradisional ni, rumah yang sudah ada sejak beratus tahun lalu. Dan mereka juga telah berjaya menjadikan pembinaan rumah ini satu bisnes hingga boleh mengekspot ke luar negara.

Rumah Panggung Bongkar Pasang Asli Minahasa, Desa Woloan.

Bersambung....

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

6 comments:

  1. cantiknya rumah panggung ni dan murah! pembuatannya pun kemas, berkualiti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Cik Julie! Bagus sungguh buatannya. Kami suka sgt rumah panggung ni.
      Dan unik. Apa lagi bila saya memikirkan konsep 'bongkar pasang' tu. Pada saya intriguing sgt! :)

      Delete
  2. Interesting sangat cerita rumah bongkar pasang ini En. Syed, macam mainan lego anak-anak pula.
    Jika banya duit boleh order satu, kalau kayu besi ini sama dengan kayu bulian (kayu keras borneo) memang berbaloi sebab tak akan reput sampai bila-bila.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks! Kan. Macam beli perabot Ikea pun ye jugak. Beli, then bawak balik rumah, di assemble.

      Indeed. Beli satu lepas tu dirikan di lokasi kampung yang ada sungai.. huiii... bestnya!

      Ada saya baca mmg kayu besi tu sama dengan kayu bulian. Tu la saya heran juga bila diberitahu harga rumah tu murah macam tu. Setahu saya kayu bulian tu sgt mahal. May be di Sulawesi kayu tu ada in abundance.

      Delete
  3. interestingnya kan...

    order
    potong1
    pasang
    bongkar
    shipped
    pasang balik ..

    penatnya dengar!
    :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Penat kan.. hahaha...
      I sure the disassembling dan assembling bukan sesenang as it sounds.

      Delete