Jalan-jalan Pantai Timur - Day 04 - Part 01 - Pasar Besar Kedai Payang, Kuala Terengganu.
So ok, pada entry yang lepas saya dah pun cover Pasar Besar Kedai Payang ni. But that was on a Friday when most gerai are closed. So for this entry of this pasar it was on a Sunday. Target saya nak ke bahagian pasar basah yang ada jual tangkapan laut :).
Anyway, nak cerita sikit malam tu around pukul 3 pagi tetiba the air-con stopped working. Rupanya tak de letrik. Tgk luar tingkap ada staff TNB. I suppose tu la sebabnya.. hehehe. Dah terjaga tu, elok la solat sunat kejap :).
Bangun pagi kelaparan terus ke Pasar Besar Kedai Payang untuk carik breakfast. Kami memilih gerai Puan Fatimah ni :).
Inilah Puan Fatimah, a very lovely lady. Sempat la sembang kejap dengan dia. Dia kata tak lama lagi dia dan peniaga-peniaga lain will be relocated for a while kerana bangunan Pasar Besar Kedai Payang ni akan dinaik tarafkan. It is a very old building so elok la buat projek tu especially bila saya noticed the electricity wiring yang nampak berselirat dan look visibly not safe.
Juadah sarapan pagi di meja depan gerai Puan Fatimah. Jom kita tengok dengan lebih dekat lagi :).
Saya ambik kuih muih ni. Interesting to note that kuih-kuih di situ some of them dah siap pack dalam plastik dan diikat gelembung :).
Dah dari mula datang ke pantai timur saya mengidam nak makan laksam.. hehehe.. Sedap sgt! Cili tu yang buat terangkat tuh.. hehehe...
Kuih-kuih lain yang ada di situ. Teringin gak nak rasa pulut salut kelapa tu tapi dah kenyang pulak makan laksam :).
Ada kuih apam siap dgn kelapa garut yang diasingkan. Juga ada apam yang ada kuah manis. Hmm... sedap agaknya kan :). Also ada nasi lemak dan nasi dagang.
Masa sarapan tu saya noticed gerai yang bersetentangan. Menarik tu. Saya cadang nak gi ambik gambar lah.. hehehe.
Bagi salam, bual-bual sikit dan terus tanya boleh ke ambik gambar. Boleh kata Cik ni :). Lega.. hahahaha...
Gerai menjual nasi minyak, nasi dagang, nasi ayam, pulut kuning, nasi kukus dan ayam berempah. Wah! Kecur tengok lauk pauknya!!! Kalau la motif saya ke pantai timur ni adalah untuk jalan-jalan cari makan, dah tentunya saya dah sample semua dishes ni.. hahaha.... over a course of several days la tapi.. hehehehe...
Lepas sarapan saya keluar dulu dari bangunan Pasar Besar Kedai Payang ni nak ambik gambar suasana pagi di sekitar pasar ni. Ada beca! Tapi kesian tengok pak cik-pak cik yang dah berusia tu nak kayuh beca. Kena pelanggan yang besar macam saya ni, tentu berpeluh mereka nak kayuh.
Entrance ke Pasar Besar Kedai Payang. Pagi tu saya terus ke bahagian pasar basah :).
It was so awesome. Tangkapan laut yang segar! Dan yang bestnya bebas untuk ambik gambar. In fact most peniaga-peniaga di situ senyum je bila saya aim kamera saya pada mereka.. hehehe...
Aduh... lama dah tak makan ketam masak lemak cili padi!
Tengok la telur ikan yang berlonggok tu. Terus teringat Tam Tam sebab telur ikan favourite dia :).
Abang ni tengah potong-potong ikan tenggiri. Adakah semahal macam di KL? Saya tak tanya pulak harganya.
Ketam, sotong, udang, ikan pelbagai jenis, kerang... all so fresh!
Kalau sotong my wife's favourite is masak sambal tumis. And so it became my favourite dish as well.. hehehe...
Mereka ni pula pasangan bapak dan anak. Si ayah dah berniaga jual ikan di pasar ni sejak dia remaja lagi. Nak dekat lebih 30 tahun kata dia. Masa sembang dengan dia banyak dia bercerita kisah berjual di pasar ni.
Encik ni jual udang sahaja. Saya tanya habis ke setiap pagi menjual. Dia kata selalu tak cukup. Wah! Alhamdulillah murah rezeki dia.
Memang dah nampak lama dan usang pasar ni. Elok sangat la ada pelan nak menaik taraf pasar ni macam yang Puan Fatimah tadi cerita. Fyi, sungguh pun pasar ni kelihatan macam ni, ianya secara keseluruhannya bersih dan tak de bau-bau hanyir yang kuat. Tak le becak sampai saya terpaksa lipat naikkan kaki seluar.
Dan paling seronok saya berbual dengan abang Mail ni. Kata dia, dia dah berumur 65 tahun. Terus saya gelak dan kata tak percaya sebab dia nampak muda. Tersengih dia dengar saya kata dia nampak muda. Masa tu jugak dia keluarkan IC dia untuk menbuktikan usia.. hehehe...
Abang Mail jual whole fish and cutlets. Ada ikan-ikan yang dia akan ketepikan untuk pelanggan-pelanggan tetap harian. Saya tanya siapa mereka? Dia kata kebanyakkannya tokeh-tokeh restoran dari bangsa Melayu dan ada juga berbangsa Cina.
Seperti peniaga udang tadi, abang Mail kata by around noon ikan-ikan dia akan habis terjual.
Abang Mail memberikan satu pose istimewa bila saya kata nak ambik gambar dia.. hehe... Terengganu people are the best! :)
Adik ni tengah begitu tekun menyiang ikan. Very expertly I must say!
Seterusnya saya ke bahagian jual ayam.
Tak sempat nak bertegur sapa dengan bro ni sebab dia tengah sibuk sangat. Sempat exchange smiles je.. hehehe...
Then saya ke gerai abang ni pulak. Lepas saya bagi salam dan abang ni jawab, tiba-tiba kawan-kawan abang ni di gerai-gerai sebelah sambil gelak mengusik suruh dia pose for me. Wah! Bestnya! Tak payah pun saya perlu nak mintak izin dan request nak ambik gambar dia, terus je pak cik pose for me.. hehehe...
Memang saya seronok ambik gambar masa ni sebab tak henti-henti kawan-kawan abang-abang ni dok mengusik mereka berdua ni.. hahaha...
My favourite shot of a peniaga di Pasar Besar Kedai Payang that day! :)
Next saya ke bahagian sayur-sayuran dan barangan runcit.
Masa tu masih agak awal pagi lagi so para peniaga semua tengah sibuk menyusun barang-barang jualan mereka. Memang suasana macam ni lah yang saya plan to capture pagi tu :).
Jom tengok some of the barangan jualan di bahagian ni dengan lebih dekat :).
Saya fikir tentunya peniaga-peniaga ni ada kebun sendiri menjual hasil tani mereka yang dijual di sini disamping yang didapati bekalannya dari pengusaha-pengusaha pertanian yang lain.
'Satu gambar boleh kak?' saya tanya akak ni. Dia kata boleh dan senyum masa saya ambik gambar dia.. hehe.
Best la nenek ni! Lepas dapat izin nak ambik gambar dia, dia pose style orang dulu-dulu tak tengok kamera.. hehehe... Baik sangat nenek ni walaupun banyak benda yang dia cakap saya tak berapa faham sebab loghat Terengganu dia.. hehehe...
Nampaknya 4 jenis serunding ni yang paling popular: serunding ayam, serunding daging import, serunding daging tempatan dan serunding ikan. Semua saya suka.. hehehe...
Yang dijual di sini sukatan ikut gelas bukan ikut gram.. hehe..
Auntie ni tengah beli telur penyu.
Adakah lada cair tu sama dengan cili giling? Yang top right tu rasanya jeruk bawang putih. Yang bottom right tu saya tak tau apa.
Rasanya tu kuih telinga keling.
Ni gerai Kuih Pok Him. Gerai ni yang paling banyak jual kuih yang bermacam jenis. Saya geram betul sebab tak terfikir nak ambil terang-terang foto banner listing kuih muih di atas tu! Apa yang saya nampak contohnya kuih ropa seperti ropa ikan besar/kecil, ropa kari ubi besar/kecil. Ada rojak ayam dan rojak betik. Puding air krim, buah, karamel dan laici. Pulut panggang, Puteri mandi. Kuih penganang. Roti jala. Sagu pal. Seri muka. Tahi itik. Tapai pulut/ubi. Tat nangka/telur. Tepung bungkus/gomok/pasung/pelita. Kuih Tok Aji Serebang. Urat jati.
Oh my! The choices are insane! Some of them saya tak pernah dengar pun! Next time kalau ada rezeki nak jalan-jalan cari makan mesti saya ke Gerai Kuih Pok Him ni!
Ok dah sampai ke penghujung pasar.
Lorong keluar.
Di bahagian luar juga ada ramai peniaga-peniaga.
Ok, dengan 2nd visit ni maka selesailah ronda-ronda saya di dalam Pasar Besar Kedai Payang di Kuala Terengganu ni. Tercapai cita-cita, Alhamdulillah :).
Bersambung......
Di bawah ni saya senaraikan kesemua links entries Jalan-Jalan Pantai Timur saya:
No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.
Meriahnya.. kemas dan bersih je...
ReplyDeleteBetul tu CHL. Memang saya seronok ambik gambar masa tu! :)
Deletedah agak dah.. klu En Syed punya gambar.. kompom details.. semua ada...
ReplyDeleteselamat hari raya En Syed n Keluarga..
;)
Thanks CPL :).
DeleteSaya macam biasa la, sure ambik gambar banyak tak beringat.. hehe.. dah tu saya ni suka up as many photos as possible kat sini, tu yg nampak macam details tu kot.. hehehe...
Saya suka 'details' agar aku tidak lupa. hehe..
sikit je en syed makan!!!??
ReplyDeletekalau saya..
abis semua saya try !! hehhehee..
saya tak boleh nengok nasik lemak daun pisang .. mesti nak try..
sebab wangi dia tu membuatkan dia sedap..
as aspected..
gambar2 adalah yang kita orang panggil ... ' en syed' sangat!!! hehehheee..
antieeeeeeee!!
janganlah makan telur penyu!!
well.. ada demand , adalah pembekal..
ada pembelak.. adalah pembeli..
kan..
but i wonder..
telur penyu betul ke tu.. as in telur penyu belimbing..
atau telur tuntung .. yang tak terancam..
tapiii..
kesiannn penyuuuu!!
sedih aaa..
saya nampak buah janggus..
saya nampak telinga keling..
house mate saya dulu orang Ganu
dia ajar saya Tok Aji Serenang tu apa..
macam kuih seri muka.. cuma belah atas yang hijau tu.. warna cekelat..
Doc, you tak tau betapa saya terlalu teringin nak cuba semua2 tu! Tapi apakan daya, dah kuih muih kat situ manis-manis belaka. Tak nak la saya ambik risiko. Dan yang tak manis tu pun nak kena fikir carbohydrate pulak... hehehehe.... Alhamdulillah saya dapat tahan agaknya sebab saya dah terbiasa abstaining.. hehehe...
DeleteHehehe.. thanks doc :).
Style 'en syed sangat' tu je la yang saya tahu.. hehehehe.... kadang2 tu ada jugak saya cuba2 style lain sikit, tapi macam tak jadi pulak.. hahahha...
I feel the same too. Tu yang saya heran how telur2 penyu tu boleh di jual openly macam tu.
Tak sure pulak belimbing atau tuntung. I take it those were telur penyu due to the label.
Very sad kan. Sedap sangat ke pun? Banyak benda lain boleh makan la...
Saya panggil gajus... hehehe...
Yes betul tu. Saya dah google, macam seri muka. Saya suka kuih seri muka!