Wednesday, July 29, 2015

JALAN-JALAN PANTAI TIMUR - BANK PITIS-ISTANA BALAI BESAR-ISTANA JAHAR-ISTANA BATU- KG KRAFTANGAN

Jalan-jalan Pantai Timur - Day 04 - Part 03 - Bank Pitis, Istana Balai Besar, Istana Jahar, Istana Batu dan Kampung Kraftangan.

Masa tu dah nak dekat pukul 4 petang. Panas. Jadi memang elok la kalau pergi lawat istana-istana dan muzium atau zon budaya Kelantan seperti yang dah saya rancang. Sejuk sikit.. hehehe...

So for the remaining of the day time saya plan dari Pasar Siti Khadijah berjalan kaki ke Bank Pitis kemudian ke Istana Balai Besar. Terus selepas tu ke Istana Jahar dan Istana Batu sebelum ke Kampung Kraftangan dan balik ke Hotel Politan. 

Haaa.... tengok tu.. memang elok dok kat Hotel Politan tu, dekat nak ke tempat-tempat menarik, boleh jalan kaki je.




Yang kiri tu bangunan LHDN yang dibina bercirikan rumah Melayu tradisional. Cantik sebenarnya pejabat ni. Kami jumpa sign ke Kampung Kraftangan ni tapi decided to go to the Bank Pitis dulu. 



Haaaa... ni la Bank Pitis.  



Sejarah Bank Pitis yang sangat menarik. 



Bilik kebal yang dibina untuk menyimpan wang perbendaharaan. 





Betul-betul belakang Bank Pitis ialah Istana Balai Besar. 



Masa tu saya ingat boleh la masuk dan ambik-ambik gambar tapi lepas tanya pengawal di pintu gate depan tu, actually tak dibenarkan masuk pun apatah lagi nak ambik gambar. Dari apa yang saya dapat lihat dari bilik pengawal tu, memanglah senibina istana ni sangat cantik. 



Next kami ke Istana Jahar. Haaa.. istana Jahar ni boleh masuk dan ambik la gambar sebanyak mana pun. Yay! Hahaha... 



Istana Jahar ini sekarang adalah Muzium Adat istiadat Diraja Kelantan.



Nak masuk ke muzium ni ada caj. Jika nak ke sini elok take note of the chart showing waktu buka/tutup dan caj yang saya letak di bawah ni ya :).



View depan Istana Jahar yang menarik. 



Istana ini adalah salah satu Warisan Kebangsaan. Istana Jahar ini telah dibina oleh tukang-tukang kayu yang mahir dari seluruh negeri Kelantan diketuai oleh Che Sulaiman dari Kampung Sireh dan dibantu oleh Nik Salleh dari Kampung Atas Bangol serta Haji Mohd Salleh Dato Kaya Bakti. 




Upacara pembinaan Istana Jahar ini telah dilakukan dengan penuh adat istiadat. Ini kerana Istana merupakan tempat bersemayam dan lambang kebesaran dan kedaulatan raja-raja yang memerintah. 



Ok, jom tengok apa ada di dalam :). 








Kesian lembu-lembu tu....






Foto-foto persandingan Diraja.






Barangan hantaran pertunangan.



Saya suka betul bila ada info macam ni :).





Seterusnya saya ke tingkat 2 menaiki tangga yang menarik ni.





Wah.. tak pernah saya tahu ada istiadat membelah mulut ni!



Menimbang daulat untuk mengukur kebertuahan dan kedaulatan. 



Rambut yang dicukur ditanam di Mekah!



Istiadat pijak tanah. 







Interior anjung istana yang cantik. 






Adakah lenggang perut anda juga begini? :) 

I wonder if istiadat ini masih diamalkan. 







Ooo... begini la rupanya kain cindai. 



Selesai di dalam istana, kami ke bahagian luar pula. Ada perahu berukir ni. 



Seterusnya kami ke Balai Senjata. 




Jom kita mengenali jenis-jenis keris. 





Tombak dan lembing juga ada dipamerkan.




Berikut adalah cara-cara mencuci keris. 









Senjata menetak.






Senjata melibas.







Senjata menikam.



Haaa... cucuk sanggul juga adalah salah satu senjata menikam!






Sengat ikan pari juga dijadikan senjata.





Seni silat juga ada dipamerkan. 



























Di bahagian luar Balai Senjata ada perahu-perahu ini yang sangat cantik berukir. 




Ada juga tempat bersiram ini. 




Ada peta lokasi yang very helpful kalau nak berjalan-jalan di zon budaya ini. 




Seterusnya kami ke Istana Batu. 




Info Istana Batu. 



Unfortunately Istana Batu ni tutup pula. 



Jadi kami postponed lawatan kami ke istana ni ke esok hari. 




Betul-betul depan Istana Batu ialah Kampung Kraftangan ni. 





Seperti pusat-pusat kraftangan lain di sini ada pelbagai hasil kraftangan yang dijual. 







Di Kampung Kraftangan ni ada Muzium Kraftangan tapi dah tutup. Seperti Istana Batu tadi, muzium ni pun kami plan untuk lawat esok, kalau ada masa lah. 



Sekejap saja kami di Kampung Kraftangan ni, terus kami berjalan balik ke hotel. Letih sungguh dah masa tu.. hehe. On the way, kami saja la lalu dalam Pasar Siti Khadijah sekali lagi. 





Lunch kami earlier di restoran ni lah. Tak tau apa nama restoran ni sebab sign pun dah lusuh/hilang... hehehe... 



Since dah kehausan dan kepenatan, kami singgah kejap di restoran ni. 



Nak try aiskrim nyor ni.. hehehe... 



Inilah rupa aiskrim nyor! Hehehe.... memang la sedap. Ada macam-macam ingredients!



Sebelum sampai hotel kami singgah kejap bakery ni yang memang on the way to the hotel. Yang menariknya bakery ini ada jual mee kuning dan roti canai frozen :).



Lepas rehat, mandi dan solat, dah senja. Sempat saya rakam the blue hour di luar tingkap hotel :). 




Makan malam kami di restoran tadi juga. Order goreng-goreng je. 








Dengan itu berakhir sudah hari ke 4 dalam siri jalan-jalan pantai timur saya. 

Ringkasan hari ke 4:
- Sarapan di Pasar Besar Kedai Payang, Kuala Terengganu
- Jalan-jalan ambik gambar di Pasar Besar Kedai Payang, Kuala Terengganu
- Bertolak ke Kota Bharu
- Check in ke Hotel Politan, Kota Bharu
- Lunch dan berjalan-jalan di Pasar Siti Khadijah, Kota Bharu
- Bank Pitis
- Istana Balai Besar [not open for public]
- Istana Jahar
- Istana Batu - tutup
- Kampung Kraftangan
- Muzium Kraftangan - tutup
- Pulang ke hotel/dinner

Bersambung...... ke hari 5.... :).

Di bawah ni saya senaraikan kesemua links entries Jalan-Jalan Pantai Timur saya:

No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

No comments:

Post a Comment