Wednesday, July 22, 2015

JALAN-JALAN PANTAI TIMUR - FESTIVAL KESENIAN KEBUDAYAAN

Jalan-jalan Pantai Timur - Day 03 - Part 05 - Festival Kesenian Kebudayaan.

Seterusnya ialah kejadian yang tidak ada dalam itinerary yang saya buat. Purely coincidental. Kami dapat menyaksikan acara Festival Kesenian Kebudayaan :).


Ok, selepas melawat bengkel bot kayu di Pulau Duyong, kami minta Pak Sembok hantar kami semula ke stesen teksi di Hentian Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu. Plan nak gi minum sekejap di situ sebelum balik ke hotel. Masa tu dah around pukul 4 petang.


Tak la lapar sangat cuma kami haus sungguh. Cuaca boleh tahan jugak panasnya. Tapi since nampak keropok lekor ni, saya beli la satu. Sedapnyaaa.... nampak je gitu. Pure lekor tu!


Lepas minum2 tu kami plan nak balik je ke hotel. Nak mandi, solat dan rest kejap before going out for dinner. Tapi ended up going to a mall behind the hentian bas ni. We went to Paya Bunga Square. Saje je la nak jalan-jalan tengok mall kat Kuala Terengganu. Also sebab nak dok dalam air-con.. hahaha...

Masuk-masuk je mall tu saya dengar bunyi-bunyian musik tradisional. Tentulah jadi excited! Tangan dah raba-raba dalam bag nak capai kamera.. hehehe... 


Rupa-rupanya ada Festival Kesenian Kebudayaan dan Pertandingan Keris Serta Senjata Terbuka Terengganu 2015 dalam mall ni. Wah! Bonus ni :).



Mula-mula sekali saya tertarik ke meja Arkid Negara yang mempamerkan bahan-bahan serta produk yang telah siap melalui proses preservation of books/documents atau proses Pemuliharaan Bahan/Rekod. Menarik betul!  




Antara proses-proses pemuliharaan ialah dengan cara menjilid, mengawet, melaminasi dan membuat penyalinan dalam bentuk mikrofilem dan digital.


Dipamerkan di sini jenis pemuliharaan dan pembaikan yang dibuat oleh Arkib Negara. Juga ada jenis-jenis jahitan buku-buku dan rekod-rekod lama yang keutuhannya boleh tahan berdekad. Menarik juga bila rep dari Arkib negara ni menunjuk contoh cecair yang digunakan untuk disapu pada permukaan manuskrip lama supaya tidak reput dimakan usia. Fascinating!


Kemudian saya ditunjukkan pula contoh pemuliharaan buku yang kulit bukunya adalah dari kulit lembu ni. Saya tercengang sebab fascinated sangat mendengar penerangan oleh rep Arkib Negara ni tentang proses pemuliharaan buku ni. Saya tak ingat steps nya sebab very technical but it was utterly fascinating to me! Tak sangka begitu teliti sekali mereka membaiki buku yang dah rosak/uzur ni.

Yang ini pula adalah contoh buku yang sudah uzur keadaannya yang kulitnya dibuat dari kayu. Diletak dalam kotak kaca untuk menjaga humidity sekeliling buku. 

Ok, jom ke meja lain pulak.

Ada macam-macam senjata yang dipamerkan kepada pengunjung-pengunjung. Ada senjata menetak seperti golok, kapak dan parang. Ada senjata melibas seperti kelewang, sundang, lawi ayam dan sabit. Ada senjata menikam seperti badik, pisau jam dan sengat pari. Dan tentunya ada pelbagai keris dengan pamor-pamor yang cantik berseni. Juga menarik ialah pendongkok yang dibuat dari perak atau tembaga yang bermotifkan bunga dan tumbuh-tumbuhan. Ada yang ada tatahan batu-batu permata! Wah! Cantik!

Dengan membahasakan diri saya sebagai pak cik [hehehe...hei], saya request pada adik-adik yang lengkap berpakaian tradisional seperti pendekar Melayu ni untuk ambik foto mereka :). 

Haaa... dari mereka ni la datangnya bunyian musik tradisional yang saya dengar tadi. It is heart warming to see young people playing these traditional musical instruments. 

And the silat showcase started. It was such a riveting performance! 


Tak sangka betul dapat menyaksikan persembahan kesenian silat ni pada hari tu! :)

Antara hadirin yang ada ketika itu. Mereka terdiri dari kumpulan silat dari merata negara. Semua berpakaian tradisonal lengkap. How awesome was that! :) 


Diikuti pula dengan demonstrasi oleh juru silat ini. 

Bunga-bunga dan pergerakannya sungguh memukau! Saya tak tahu apakan nama seni silat ini. Gayong? Cekak? 

Then entered another juru silat. 

Seterusnya mereka membuat persembahan bersama. Tentunya pergerakan silat mereka lengkap dengan bunga dan buahnya. 

Oh ya, sepanjang persembahan mereka diiringi dengan alunan musik tradisional.


Pergerakan tangan dan kaki mereka cukup mantap dan tepat. Disulami pula dengan gerakan 'tarian' yang merupakan peringkat pengenalan kehalusan dan ketepatan pergerakan bagi tujuan membuat serang balas yang berkesan ke atas sasaran yang boleh melemahkan lawan.

Memang cukup terserlah kepakaran mereka bertindak balas ke atas setiap serangan. 

Puas hati sungguh saya hari tu kerana akhirnya dapat juga peluang untuk merakam gerak silat para pesilat. 

Kalau serangan dibuat tak gunakan cara yang betul, maka mudahlah serangan itu dipatahkan. Tapi kalau serangan mantap dan terkawal dari segi tumpuan tenaga, imbangan badan dan sasaran, ditambah pulak serangannya tepat dan kemas, maka pihak lawan bisa dikalahkan.

Masa tu ramai juga photographers :). Saya terasa kerdil je tengok lensa warna putih tu.. hehehehe.... 

Satu shot yang cliché tapi best imho... hehehe... 

Acara diteruskan dengan pertarungan antara 2 orang pesilat ni. 



Satu shot dari sudut pandangan pengunjung :).


Tengok tu, sampai tengkolok tertanggal! :)

Persembahan silat diberhentikan sebentar tapi alunan musik masih menyelubungi ruang udara dalam mall ni. Saya terus memberi tumpuan kepada para pemusik pula. 

Berpusing saya mengelilingi pemusik-pemusik ni :).


Then saya ternampak pula tok guru silat berdua ni sedang berbual-bual. Saya fikir tentu awesome kalau dapat ambik gambar mereka bersama. Mula-mula tu teragak-agak la jugak. Tapi nekad je la. The worst pun they may decline. Tapi mereka sangat la bestnya dan senyum dan bersetuju bila saya requested :). In fact, mereka siap membetul-betulkan pakaian mereka, tengkolok/songkok dan keris sekali! :) Dah ambik gambar saya pun tentulah ucapkan terima kasih dan bersalaman. Masa saya nak beredar, tetiba datang 2 orang photographers lain yang juga requested nak ambik gambar mereka.. hehehe... 

Mereka ni lah yang tadinya dah perform bersama :). 

Seterusnya saya ke meja-meja pameran senjata termasuk keris. 

Baru la saya tahu ada bermacam-macam-macam-macam jenis keris! 

Ni kalau nak buat pameran kat luar negara kena dapatkan special custom clearance ni! 

Must be kept out of children's reach at all times! :).




Kepala keris dan pendongkok. 

Meja pesilat ni yang saya dapati paling menarik kerana kepelbagaiannya dan display yang bagus. Terus saya request satu shot... hehehe. Berbual kejap dgn dia. Rupanya dia dari KL :).


Acara silat diteruskan dan persembahan perseorangan. 


The concentration, the precise steps, the beauty of the gestures and movements, the well phased performance, all is wrapped up in a mesmerizing deliverance. 











Selepas setiap persembahan saya noticed ini.. hehehe... 

Judges sedang meletakan tagging keputusan para pemenang dalam pertandingan keris dan senjata.

Acara pun berakhir :).

Tapi sempat lagi saya ambik foto mereka ni.. hehe..

Then kami terus naik ke bahagian cafetaria mall ni nak check if we can have dinner kat situ malam tu. Tapi menunya.... :(

Last-last kami ke 7Eleven dan makan maggi cup.... hehehe... Sebab dah kelaparan dan keletihan, it was the best noodle cup I ever had..... hahahaha... Jimat! :D


Syukur Alhamdulillah kerana tak sangka dapat menyaksikan festival kesenian kebudayaan ni. Juga tercapai cita-cita nak ambik gambar orang sedang bersilat :).


End of day 03. Ringkasannya:

1) Larian PMINT
2) Masjid Kristal
3) Taman Tamadun Islam [TTI]
4) TTI River Cruise
5) Muzium Negeri Terengganu
6) Bengkel bot kayu
7) Festival Kesenian Kebudayaan

Bersambung dengan Day 04...... 


Di bawah ni saya senaraikan kesemua links entries Jalan-Jalan Pantai Timur saya:




No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

2 comments:

  1. lensa putih gelang merah..
    hehehheeeee..
    rasa nak sorok kamera kalau lalu sebelah dia.... hahahhaaaaaaa..

    bestnya nengok ramai yang muda-muda yang bermain muzik itu dan yang menjadi pesilat..

    gambar tok guru berdua tu saya paling suka!! :)

    hahahhaaaaaaa!!
    meggi je!!!?????????

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha.... harganya pun lagi mahal dari harga kedua-dua camera saya combined! :O Tapi kan doc, saya actually tak pernah berangan nak kan lens macam tu. Syukur sangat dah dengan apa yang ada ni :).

      Exactly! Seni budaya akan terpelihara dengan adanya pelapis baru!

      Saya juga suka foto Tok Guru2 tu. Cuma, kalau lah lokasi bukan dalam mall [dengan kedai cermin mata kat belakang] tentunya lagi cun!

      Hahaha... ye doc, maggi jek.. hehehehe....

      Delete