Friday, July 3, 2015

JALAN-JALAN PANTAI TIMUR - MASJID ABIDIN DAN KT WALK

Jalan-jalan Pantai Timur - Day 02 - Part 07 - Masjid Abidin dan KT Walk

Selepas jalan-jalan dan ambik gambar di Pasar Besar Kedai Payang, kami berjalan pula ke Masjid Abidin. Nearby je. Dalam 5 minit jalan kaki.


Inilah Masjid Abidin [Masjid Putih] Kuala Terengganu. Cannot miss it, very putih! Kebetulan ada awan cantik berkepul-kepul masa tu :)



Saya suka betul kalau ada info macam ni! 

Ok jom baca sikit sejarah Masjid Putih ni :).

Sempat juga masuk ke dalam untuk dapatkan a few shots. 

Bahagian luar memang putih bersih belaka :).


Ok, masa tu pun dah lewat petang and were feeling quite tired from all the walking. Jadi terus je kami balik ke hotel untuk mandi, solat dan berehat sebelum keluar makan. 


Lebih kurang pukul 8:00 malam kami pun keluar nak pergi makan. Tengah jalan tu ... eehhhh.... ada kedai ni! Di Kuala Terengganu! Amboii.... terkejut saya.. hehehe... 


Actually, sebelum keluar Johan contact kawan dia orang Terengganu bertanya mana tempat yang best nak makan. Terus kawan si Johan tu suggest why not kami pergi ke KT Walk sebab ada banyak gerai jual makanan di situ.


KT Walk? Apa tu? 

Bermula 24 April 2015, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) telah membuka Pasar Malam 'KT Walk' setiap Jumaat di sepanjang Jalan Sultan Ismail, Kuala Terengganu bermula dari bangunan Menara PRMINT sehingga Tabung Haji, sepanjang 500 meter. 


Kebetulan pun kami sampai di Kuala Terengganu tu pada hari Jumaat :).


Haaa... dekat je dari hotel kami tu nak ke jalan Sultan Ismail. 7 minit je jalan kaki :). Soooo... kalau nak cari hotel di Kuala Terengganu ni duduk la di DJ Citi Point Hotel ya :).


"KT Walk ini dibuka setiap Jumaat bermula 24 April 2015, bermula jam 5.00 petang sehingga 12.00 tengah malam. Pasar malam itu menggabungkan pelbagai variasi makanan tradisi yang menjadi kebanggaan rakyat Terengganu agar pelancong dapat menghayati keunikan yang ada di negeri ini".


Ada seramai 100 peniaga-peniaga tempatan terlibat menjual produk seperti makanan tradisional Terengganu, produk asas tani, pakaian, barangan cenderahati dan kraftangan. 

Aktiviti dan persembahan kebudayaan turut dianjurkan antaranya tarian tradisional Terengganu; malam kesenian islam; demontrasi silap mata, ayam serama, canting batik dan sukan mini marathon dan street Soccer.


Ok, jom kita jalan-jalan di KT walk ni.



Pada malam tu ader street performers ni. 


Mereka menyanyikan lagu-lagu pop Melayu. Suara si lead vokalis tu memang awesome!

Pentas Anak Muda di KT Walk :).

By this time Johan and I split up and to meet later, which was a good idea cause saya akan sibuk ambik gambar.. hehe... We also decided to just beli je apa-apa makanan yang dijual di situ for dinner.


Excited saya jumpa Air Botol Sudin ni.. hehehe. Tak pernah jumpa lagi sebelum ni :). So cool, dengan botol vintage ni! Agaknya idea ni dari watak Sudin yang ketuk-ketuk botol kaca dalam filem Bujang Lapok.. hehehe... 


Kalau nak minum mocha, white coffee dan tongkat ali juga ada :). Murah je, RM1.00 je satu cup. 

Macam-macam jenis mee pun ada. Kerabu kaki ayam pun ada gak! Wah! Hehehe... 

Ada juga disediakan meja/kerusi untuk pengunjung makan. Cool idea!

Ada kek cokelat, cookies rainbow, tarts, mee kari, rojak kateh, nasi dagang, nasi kuning, laksam Ganu, laksa Ganu dan nasi minyak ayam. 

Rojak Kateh: dari wikipedia
Rojak kateh merupakan sejenis makanan traditional yang terkenal di Terengganu dan Kelantan. Ia merupakan urat keting lembu/kerbau yang direbus selama beberapa jam. Rebusan ini akan menyingkirkan semua lemak yang akan timbul dibahagian atas, meninggalkan bahagian urat yang bebas lemak sepenuhnya.
Urat ini kemudiannya akan diambil dan dipotong kepada bahagian- bahagian kecil sebelum dimasak bersama air cuka berlada. Pada kebiasaannya, ia lebih banyak dibuat pada Hari Raya Aidiladha kerana mudah mendapat kaki dari lembu korban.


Then terjumpa gerai ni. Uwaahhhh... murtabak maggi la! For me yang first time jumpa jadi teruja..hehehehe... 


So dah mesti la saya nak ambik gambar. Terus saya itu ini pasal murtabak ni pada chef yang bertugas malam tu.. hehehe...

Dan ni la chef nya :). Orang Ganu memang best la. Ok je melayan saya bertanya macam-macam soalan. Nak ambik gambar pun mereka ok je.. hehehe.. 

Dari display bungkusan maggi di meja, maggi perasa kari yang digunakan. 

Mula-mula masak dulu maggi [precooked maggi yang dibancuh dengan adunan]. 

Lepas tu salut kepingan maggi tu dengan telur like in photos :). Brader ni kata tak de murtabak maggi ni KL.. hehehe... 

Lepas tu saya jumpa pulak encik ni. Dia in charge of the technical stuff untuk pertandingan karaoke yang akan berlangsung sebentar lagi. Ada pentas di depan di situ. Saya berteguran dan kata meriahnya Kuala Terengganu ni. Encik ni kata memang betul terutama bulan ni [May] ada bermacam-macam acara. Ada larian, ada sports events, KT Walk dan festival kesenian. Uwah.. saya terus jadi excited kot-kot mana la tau dapat saksikan any one of the events yang encik ni beritahu besides KT Walk ni :).

Ini lah pentas untuk acara pertandingan karaoke tu. 

Saya tak berapa berminat la nak tengok pertandingan karaoke tu so saya teruskan jalan-jalan especially ke gerai-gerai makanan.. hehe. It is so nice to be able to find all sort of traditional Terengganu food in one place :).


Ada keropok lekor asli, keropok lekor ekonomi dan yang paling best ada keropok lekor cheese! Also ni first time saya jumpa keropok lekor keju ni.. hehehe. Terus beli. 

Hmmm.... sedap sungguh makan panas-panas! 

Keju tu cair-cair sikit dan bila dicolek dgn sos keropok lekor tu... uwahh... lazat sungguh.. hehehe... 

Gerai pizza pun ada gak. Ada spicy chicken, cowboy, super supreme, hawaii, seafood dan tomyam. 

Toppings nya sangat generous! 

Nak roti canai pun ada gak. Ada roti canai, roti telur, murtabak dan roti sardin. Kuah ada kuah dhal, kari kambing, kari ayam dan kari daging cincang. 
Ada juga cheese cake, durian crepe, banana cheese cake, pulut mangga, cream puff, puding raja, kek karamel, kerabu megi [??] and nasi lemak. 

Ada produk jus Mahkota Dewa dan sambal bilis belimbing buluh. Saya cuba tester sambal bilis tu... huiisshh.. sedap sungguh!

Banyak sungguh khasiat buah Mahkota Dewa ni!


Haa... kuih muih tradisional! Ada lepat pisang, koci, tapai pulut, puding biskut, belebab ubi, pulut berinti dan kuih manis ubi kayu. Nasib baik ada kad-kad tu, kalau tak saya tak akan tahu nama kuih muih ni.. hehehehe... 

Habis pusing jumpa balik band ni. 






Also ada encik pelukis ni. Very talented. Seronok dok tengok dia melukis di bawah pancaran lampu jalan. 







Last sekali ada pertunjukan silap mata. Ramai sangat pun penontonnya.. hehehe...


Seronok sebenarnya dapat jalan-jalan di KT Walk ni especially since tak de pun dalam itinerary kami. Kira macam bonus lah.. hehe.


Ok, habis dah jalan-jalan di KT Walk tu. Terus la balik ke hotel. Tidur awal sebab esok ada another full day activities :).


Dengan KT Walk ni maka berakhirlah activiti hari ke 2 :). 


Macam hari pertama, berikut adalah ringkasan jalan-jalan pantai timur pada hari ke 2:

- Photographing Payung Guesthouse and Chalets
- Pantai Cherating
- Pantai Kemasik
- Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu [tutup]
- Pantai Jambu Bongkok
- Pantai Kelulut
- Masjid Tengku Tengah Zaharah [Masjid Terapung]
- Check in di DJ Citi Point Hotel
- Bas Cas Ligas
- Pasar Besar Kedai Payang
- Kampung Cina, Kuala Terengganu
- Masjid Abidin, Kuala Terengganu
- KT Walk

Bersambung..... 


Di bawah ni saya senaraikan kesemua links entries Jalan-Jalan Pantai Timur saya:




No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

4 comments:

  1. penat tau..
    proses qadha' comment ni!!!
    phewwww

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe.. I know. Thanks doc.. tak pe pelan-pelan je... :)

      Delete
  2. kalau malam..
    mesti gambar saya ntah hapa hapa..
    iso 40D saya paling tinggi boleh 3200 je..

    air botol sudin tu rm4/
    macam a bit pricey rasanya..
    tapi kalau sedap.. ok lah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. I had to crank up to 5000 or max 6400! Tak kisah dah masa tu kalau grainy or not.. hehehehe...
      Tu kira pricey eh doc? Entah la saya tak tau sebab ni first time jumpa air botol macam ni.. hehehe...

      Delete