Monday, July 20, 2015

JALAN-JALAN PANTAI TIMUR - MUZIUM NEGERI TERENGGANU - BOT KAYU

Jalan-jalan Pantai Timur - Day 03 - Part 04 - Muzium Negeri Terengganu - Bot kayu.

Ok, habis dah break for raya now jom sambung cerita jalan-jalan pantai timur ni :).

Day 3 tak habis lagi.. still got till day 6... hehehe...

Selesai dengan Taman Tamadun Islam dan TTI River Cruise kami pun menuju ke Muzium Negeri Terengganu pulak. Untuk ke sana kami call Pak Sembok untuk ambil kami dan drive kami ke muzium tu. Tak jauh, cuma beberapa minit je nak ke sana.  



Ini lah Muzium Negeri Terengganu yang dibina mencerminkan senibina Melayu tempatan dengan rekabentuk Rumah Tele ataupun Rumah Bujang Berserambi.


There are so many things to see and it covers such a huge area. Saya tak sangka la pulak macam tu so since dah memang allocate cuma sejam lebih je nak spent time kat sini, makanya memang la tak sempat nak cover much. Ada Galeri Utama, Rumah-Rumah Tradisional, Galeri Perikanan dan Taman Laut, Galeri Pelayaran dan Perdagangan dan Perahu Besar. 

Ada Muzium Utama, Muzium Maritim, Muzium Perikanan, 4 buah rumah tradisional dan taman botani serta herba.

Haaa... tengok tu, luas sungguh areanya! Maklum la, dikatakan muzium ni yang terbesar di rantau Asia Tenggara.


Rekabentuk senibina di bahagian depan dikenali sebagai pemeleh dan dinding panel berukir. Kompleks muzium ni dibina seolah-olah berdiri di atas tiang-tiang dengan menaiki tangga untuk masuk ke dalam macam rumah-rumah kampung. Ukiran-ukiran diselit juga supaya nampak lebih 'asli'. 


Kompleks ni ada 4 blok. So kalau cadang nak cover semua area pameran, maka pastikan dah allocate at least half a day. Sejam dua memang tak cukup. Lagi la pulak pameran bukan sahaja ada di dalam kompleks tapi juga di bahagian luar. 

Sebuah tasik/kolam juga dibina untuk tambah ciri 'tradisional' yang berperanan sebagai kolam bayangan atau 'fantasy pool'. 

Muzium Utama dibina di atas 16 kaki bajang konkrit dengan galeri yang mempamerkan tekstil dan teknik menenun, senjata tradisional, seni kraf, sejarah, alat kebesaran diraja, alam semula jadi, pembangunan petroleum, seni Islam, seni generasi baru dan kontemporari.

Keempat-empat blok bangunan bersambung, untuk menggambarkan sebuah keluarga yang besar. Di pintu masuk utama bagi kompleks utama, dipamerkan Batu Bersurat Terengganu asli yang terkenal.

Pembinaan muzium ini sebenarnya terhasrat ekoran dari peristiwa penemuan Batu Bersurat Terengganu di Kampung Buloh, Hulu Terengganu oleh Syed Hussein Ghulam Al Bukhari pada tahun 1902. Sejak tahun 1920an lagi telah tercetus idea untuk membina sebuah muzium di mana batu bersurat itu boleh di simpan. 

Satu pemandangan yang cantik di muzium ini. Dalam kolam tu ada banyak ikan!

Ini entrance pintu utama masuk ke Muzium Negeri Terengganu. 

Senarai aktiviti muzium.

Tiket masuk ke muzium.



Unfortunately, photography is not allowed in the muzium. Oh well.... 



Pemandangan dari pintu utama muzium.


Tuu... banyak ikannya! Berkerumun... Nak have a closer look lah.



Wah...





Ok, selesai di Muzium Negeri Terengganu, saya tanya Pak Sembok kalau kalau dia tahu pembuat bot kayu di Kuala Terengganu ni. Saya kata saya nak pergi tengok dan ambik gambar di bengkel tempat bot-bot kayu tu dibuat. Dia kata dia ada pernah kenal seorang tapi dah lupa nama dan tempatnya. Tapi Pak Sembok berasa yakin boleh cari tempat tu. Saya kata tak pe, kita gi je cari, kalau tak jumpa pun tak mengapa :).


"Jom pakat gi Sejid"... I like!


Masa lalu Masjid Hiliran [Masjid Haji Mat Kaya] ni, Pak Sembok kata ada cerita menarik sebenarnya tentang masjid ni. Sudah sekitar 200 tahun usia masjid ni. 


"Selepas sekian lama, memandangkan masjid itu sudah terlalu usang, seorang alim dan hartawan tempatan, Muhammad Abdul Rahman membiayai semua kos pembinaan masjid di tapak asal masjid lama. Uniknya masjid ini kerana atapnya berbeza dengan reka bentuk utama masjid di rantau Nusantara yang berunsur potong bawah (kubah), sebaliknya ia berasaskan bentuk bumbung limas potong perak iaitu salah satu seni bina Melayu terkenal".

Sumber: http://ww1.utusan.com.my/

Kami pun terus di bawa Pak Sembok ke Pulau Duyong Besar mencari tempat pembuatan bot kayu. 


Lepas pusing-pusing dan patah balik a few times kat satu kampung, akhirnya Pak Sembok berjaya jumpa tempat buat bot kayu ni :). Kesian pulak saya tengok Pak Sembok yang begitu bersungguh-sungguh mencari tempat tu. In fact, kesiannya saya pada dia, saya a few times kata saya tak kisah kalau tak jumpa tempat tu. 

Sungguh pun jumpa bengkel ni tapi owner dan pekerja-pekerja tak ada masa tu. Bila bertanya dengan orang di rumah depan bengkel ni, katanya mereka tak kerja hari tu. Dan kata wanita tu, nama pembuat bot kayu tu dia panggil Pak Awi. 

Dari apa yang saya baca, di Pulau Duyong ni ada 2 orang pembuat bot kayu yang terkenal iaitu Tuan Abdullah Bin Muda atau lebih dikenali sebagai Pak Lah dan juga En. Hassan Ali. Jadi mungkinkah salah seorang dari mereka tu dipanggil sebagai Pak Awi oleh wanita tadi? 

Cerita Pak Sembok, dulu sepupu dia seorang nelayan laut dalam pernah membeli sebuah bot kayu dengan harga RM500 ribu. 

Kata Pak Sembok, kayu yang digunakan untuk membuat bot-bot ni ialah kayu cengal yang sungguh mahal harganya. Dulu kata Pak Sembok harganya dalam RM17k untuk 1 tan. Jadi kalau masuk harga injin, harga bot boleh mececah RM1 juta. Itu baru body and engine, belum lagi masuk kos barangan lain untuk bot tu. 

Kata Pak Sembok boleh je jalan-jalan dalam bengkel ni ambik gambar. Saya pun ambik serba sedikit asal dapat a few important shots untuk kenangan.

Kayu mahal ni. Letak cam tu je. Tak de orang curi..? Hehehe... 

Memang impressive bot kayu ni!

Kata Pak Sembok ni semua buat by hand je ni. 




Puas rasanya akhirnya dapat juga melihat bot kayu yang sedang dalam pembinaan. Syukur Alhamdulillah.

Tak lama kami di situ, selesai ambik gambar kami terus beredar. Cuma saya rasa cerita saya ke bengkel bot kayu ni mungkin lebih menarik jika dapat jumpa the boss. Tentu banyak fascinating facts dari dia! Oh well, perhaps next time :).


Bersambung.....


Di bawah ni saya senaraikan kesemua links entries Jalan-Jalan Pantai Timur saya:




No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

3 comments:

  1. saya suka muzium ni!!
    besarrrrr sangat!!
    dah bau muzium! [ hahahaaaaa... tak habis habis bau muziumnya..]

    kalau saya rakyat terengganu..
    berulang alik saya ke muzium tu..
    nengoklah tu.. macam macam aktiviti menarik!!

    hari tu masa pergi pun cuma sempat masuk bahagian pameran utama tu je..
    sebab besar sangat.. dan dah penat!!

    lupa lah..
    batu bersurat kat dalam tu.. yang ori ke 'low yat' eh?
    rasa macam yang ori..
    atau yang ori ada kat muzium negara..



    banyaknyaaaa ikan!!!!
    macam geli lak nengok bila dia berkumpul banyak=banyak gitu!!

    500 ribu!!??
    pengsan..
    bangun balik..
    1 juta??!!
    pengsan balik..
    hahaaa..
    dramatik pulak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun suka gak muzium tapi kalau besar macam ni... adoii... bukan je penat tapi kena datang a few times kalau nak cover semua... hehehe... Still I don't mind doing just that! Hehehehe...
      Alaa... saya lupa nak ingat bau muzium tu... hehehe...

      Indeed! Macam-macam aktiviti! Masa saya baca tu ligat dalam kepala fikir yang mana kot2 sempat saya tengok. Last2 nak cover pameran utama pun dah ran out of time.. hehehe...

      Hahaha... geli ek doc? Saya rasa kesian pulak masa tu sebab apparently ikan2 tu semua tgh kelaparan!

      Hahaha... I know right! Saya pulak dok fikir, dengan bekerja sebagai nelayan laut dalam, can afford ke to buy such an expensive vessel???!!

      Delete

  2. Jom melawat Muzium Warisan Melayu di UPM Serdang Selangor
    -Muzium ini ditubuhkan secara rasmi pada Januari 2013 dengan tujuan khas bagi mengumpul, memulihara dan memelihara artifak melayu silam untuk didokumentasikan dan dipamerkan kepada umum dan dikaji secara mendalam oleh para penyelidik dan juga pengkaji warisan
    http://www.sciencepark.upm.edu.my/awam/lokasi_edupark/muzium_warisan_melayu-4392
    http://www.sciencepark.upm.edu.my/public/edupark-6222

    ReplyDelete