Jalan-jalan Pantai Timur - Day 03 - Part 03 - Taman Tamadun Islam - TTI River Cruise.
Lepas di Taman Tamadun Islam jalan-jalan di Monument Park, kami berjalan pulak ke jeti untuk naik TTI River Cruise.
Ada poster besar di gerbang masuk ke jeti Pengkalan Tok Ku Paloh ni. Boleh pilih nak yang river cruise je atau nak yang dining cruise. Kami pilih yang river cruise je lah :).
Maklumat penting kepada yang berminat nak naik river cruise ni :).
Di kaunter TTI River Cruise.
Ni latest packages deals dengan harga baru. I suppose due to GST lah.
Lagi maklumat tentang river cruise ni :).
Ini pula peta pelayarannya.
Ini lah jeti TTI River Cruise nya. Bersih, selesa dan baru :).
Saya suka bot yang macam ni sebab tak bertingkap so bebas nak ambik gambar tanpa halangan. Tentunya saya duduk paling depan.. hehehe...
Yes, mesti pakai life vest ya. Bagus. Keselamatan diutamakan. Cruise ni juga ada cruise guide. Nama guide ni En. Zulkifli.
Since dah lelah lepas jalan-jalan di Taman Tamadun Islam yang sungguh besar tu, masa cruise ni saya tak banyak ambik nota. Penat! Hehehe...
Ok, kami menyusuri Sungai Terengganu tepi TTI. So boleh nampak kincir air ni dari arah sungai. So nice! :)
Haaa.. Taj Mahal pun boleh nampak juga. Pandai betul planners TTI ni. Saja buat Taj Mahal ni tepi sungai dan ditinggikan supaya cruisers boleh nampak dari bot :).
Dan juga boleh nampak jelas The Dome of The Rock.
Dan tentulah kalau cruise di sungai ni mesti nampak bot-bot nelayan yang berwarna warni mengikut negeri.
Ni driver boat. Ada juga saya bertanya a few questions about the boat tapi of course la tak ganggu dia drive bot ni. Lagi pun bot ni slow je cruising nya.
Btw, what do you call a man who drive a cruise boat macam ni? Helmsman?
Haaa... penumpang lain sibuk tengok sceneries, saya sibuk tanya itu ini dan ambik gambar cruise controllers, switches, steering wheel etc etc ni.. hahaha... Fascinating lah. Bukan selalu dapat tengok ni semua kan.. hehehe...
Ada jugak budak-budak mandi di sungai ni.
Ada bot-bot nelayan dan jeti. Suasana begini pada saya sangat menarik. Ia mencerminkan cara kehidupan penduduk setempat.
Ini tempat membaiki bot-bot yang rosak atau bot-bot yang perlukan upgrades.
Dan tentunya akan nampak Masjid Kristal ni.
Ini pula adalah TTI Convention Center yang boleh memuatkan seramai 2,500 orang dalam satu masa. Besar bangunan ni!
Ada adik-adik comel ni juga :).
Lagi bot-bot nelayan.
Dan saya pun lambai balik pada adik tu.. hehehe...
Kami lalu di bawah Jambatan Sultan Mahmud.
Masa cruising tu En. Zulkifli the cruise guide ada bercerita tentang industri pembuatan bot-bot di kawasan ni. Ada dari jenis bot-bot kayu yang permintaannya datang dari luar negara dan mencecah lebih RM1 juta harganya [dibuat dari kayu cengal] seperti yang dibuat oleh Pak Cik Yusuf dari kampung Bukit Tumbuh yang pakar membuat bot-bot kayu. Ada juga tempat membuat bot-bot moden seperti yang dibuat oleh En. Kamaruddin.
Wah! Ada windsurfers tengah berlatih :).
Ni dah kira area Terengganu Monsoon Cup I think.
Views begini adalah biasa di sini. Which really made the whole cruise experience rather unique to me :).
Ada juga bot dah tersadai/karam. Saya tanya pada En. Zulkifli kenapa dibiarkan bot tu di situ? Dia kata sebab kos to tow it away is very high. But eventually it will be removed.
One of the more 'iconic' view masa cruise ni :).
Seronok dapat view Masjid Kristal ni dari arah Sungai Terengganu :).
Ok, selesai river cruise, kami dah kelaparan sungguh, terus lunch. And yes, we really did need that much extra liquid intake... hehehe. Panas dah masa tu! :).
Kami makan di restoran di TTI ni. Namanya B'beteng di Laman Selera TTI. Harga sangat berpatutan. Also got free wireless internet connection :).
Sambil makan enjoy view macam ni.
Walau pun dah ketaq sebab kelaparan, still angkat gak dslr yg berat ni dan ambik gambar2.. hehehehe...
Overall experience TTI River Cruise ni pada saya memang menarik. Paling saya suka sebab ada cruise guide yang kongsi bermacam info so jadinya lebih enjoy lagi bila cruise knowing a bit about what we were looking at.
Salah satu maklumat dari En. Zulkifli yang sangat menarik pada saya ialah tentang pembuatan bot-bot kayu di area tu. Saya jadi teruja sangat dan terus plan nak gi cari tempat buat bot tu. Saja la nak tengok-tengok dan ambik gambar. Kalau dapat la. Still it depends if we have the time and if we can actually find the place lah.. hehehe...
Bersambung.....
Di bawah ni saya senaraikan kesemua links entries Jalan-Jalan Pantai Timur saya:
No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.
saya komen yg ni dulu..... bz yg amat skang ni...
ReplyDeletewahhh.... naik bot tu....
masa kiteorang pegi ... sewa 1 bot.. yg naik 2 orang... pakcik bawak pusing2 .. macam itu bot kite orang.... hahaha
tapi .. bab mempotret gambar... memang tak leh la lawan En Syed...
suma terang jelas....
rasa macam pergi sekali lagi jaaa....!!!
coolllll...!!!!
Yes, saya ingat masa CPL gi dgn GB kan... wah.. macam private tour la gitu kan :).
DeleteTerima kasih, syukur saya ada camera yang mampu ambik foto yang jelas :).
saya boleh lupa nak ajak naik cruise ni masa pergi sana!!
ReplyDeleteplus semua orang macam dah malas nak layan itinereri saya masa tu sebab dah penat :)
saya nak vote dua gambar yang last sebabai gambar fevret saya!!
Itinerary doc padat sangat kot? Hehehe... ke macam saya yang mengalami cuaca yang panas....
Delete2 foto last tu diambil masa sambil makan sambil shoot.. hehehe...