Monday, July 6, 2015

JALAN-JALAN PANTAI TIMUR - LARIAN PERDANA PMINT DAN MASJID KRISTAL

Jalan-jalan Pantai Timur - Day 03 - Part 01 - Larian Perdana PMINT dan Masjid Kristal.

Aaaaa... day 3 :). Syukur Alhamdulillah...


Seawal 7:30 pagi kami dah gerak dari hotel untuk sambung program jalan-jalan pantai timur kami. Apa-apa pun, sarapan dulu :).


Nak senang, kami terus je ke Hentian Bas Majlis Perbandaran Kuala Terengganu. Ada juga kami passed by a few restoran tapi tutup je semuanya.


Haaa.... ada banyak choices! Dari nasi hingga ke pelbagai jenis local kuih muih. Dah la lapar masa tu.. hehehe...



So kami pun belilah kuih-kuih ni dan makan nasi :). Nampak je gitu, tapi kenyang! Kalau makan lebih2 tak larat pulak nak jalan-jalan.. hahaha...



Lepas breakfast kami pun terus ke stesyen teksi yang semalam kami dah singgah dan check dengan beberapa pemandu teksi tentang plan kami yang nak jalan-jalan pagi tu.



Tapi kami diberitahu oleh pemandu2 teksi tu yang banyak jalan-jalan utama telah ditutup pagi tu sebab ada event larian sedang berlangsung. Pulak dah! Jadi nak tak nak, kami pun kena la tunggu sampai larian tu selesai pass by the area and jalan-jalan dibuka semula. We were told to wait for about an hour. Ok la tu, tak la lama sangat.



Jadi apa nak buat selama sejam tu? Kami ingat nak balik je ke hotel dulu since hotel pun dekat je.



Then saya nampak ada road blocks betul-betul sebelah stesyen bas ni. Dan ada polis trafik dan anggota RELA. Ehhh.... rupanya larian pagi tu akan lalu di stesyen bas ni la! Wah! Saya terus excited..... photo opportunity! Tak jadi balik ke hotel :).



Here are some of the shots yang sempat saya rakam :).



Nama larian ini ialah Larian Perdana PMINT [Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu].



Larian bermula di Dataran Taman Awam Batu Buruk, Kuala Terengganu pada 23 Mei 2015 (Sabtu) jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari.




Anggota RELA turut bertugas mempastikan para pelari selamat.



Itulah bangunan Hentian Bas Majlis Perbandaran Kuala Terengganu.



Berikut adalah kategori dan jarak larian bagi acara Larian Perdana PMINT:

1) Primary Students (boys & girls) -  (10 -12yrs ) - 6.3 km
2) Secondary Students (boys & girls) - (13 -17yrs ) - 10.4 km
3) Youth (men & women) -  (18 - 40yrs ) - 10.4 km
4) Adult (men & women) - ( 41 -55 yrs ) - 6.3 km
5) Veteran (men & women) - ( 56 yrs & above ) - 6.3 km


Semua peringkat umur ada menyertai larian ni :).




Nice bila dapat thumbs up dan peace sign dari peserta-peserta :).



So sporting lah.. hehehe..



Adik ni macam lari suka-suka je dia.. hehehe..



Ehh.. macam about to take flight.... hahaha...



Sempat jeling kat kamera.. hehehe...





Bagus pelari lelaki ni.. tutup aurat :).



Pak cik ni mesti kategori veteran. Tengok tu steady je, siap lambai dan senyum! :).



Actually masa ni saya dah mula rasa agak resah jugak sebab nampaknya jumlah para pelari masih tak surut-surut. Lagi lama nak mereka semua pass by, maka lagi lama lah jalan-jalan ditutup dan kami tak boleh mulakan acara jalan-jalan kami.




Apa pun saya tetap enjoy ambik gambar masa ni. Especially bila ternampak auntie ni yang bila dia perasan saya ambik gambar dia, cepat-cepat dia betulkan cap dia dan bagi thumbs up :). Actually masa dia lari dekat saya tu dia kata sebenarnya dia dah tak larat dah tapi nak kasi sihat badan. Hehehe.. sempat lagi tu nak bagitau saya. 

You're the best la lah auntie!


The young runners.



Lagi ramai peserta yang lalu di stesyen bas ni.




Beberapa orang lagi pelari kategori veteran :).




Akhirnya dalam pukul 8:45 pagi jalan-jalan pun dibuka semula. Kami terus ke stesyen teksi dan dapatkan teksi untuk ke destinasi pertama kami hari tu.



Kami naik teksi Pak Sembok :). Seronok naik teksi Pak Sembok ni sebab dia suka bercerita. Saya pun apa lagi mesti la tanya dia banyak soalan. Pak Sembok ni sudah berusia 70 tahun. Dia mempunyai 7 orang anak dan 25 orang cucu. Saya kata mestilah rumah Pak Sembok riuh rendah masa raya. Pak Sembok kata betul dan ketawa agaknya teringatkan cucu-cucu dia...hehe.



Tujuan kami yang pertama hari ke 3 dalam program Jalan-Jalan Pantai Timur ialah nak ke Masjid Kristal dan Taman Tamadun Islam. Sepanjang perjalanan yang tidak lah begitu lama tu sempat Pak Sembok bercerita tentang perubahan and kemodenan Bandaraya Kuala Terengganu ni over the years. Dulu-dulu masa dia kecik, Pak Sembok cerita dia kalau nak ke Kemaman dari Kuala Terengganu kena keluar rumah seawal 8 pagi dari Kuala Terengganu dan tiba di Kemaman pada pukul 5 petang. Lamanya! Sebab apa? Kerana dia kena naik 6 feri! Dulu-dulu mana ada highway jadi sungailah laluan utama. Kena lalu 6 sungai kata Pak Sembok. In no particular order Pak Sembok cuba ingat-ingat balik sungai2 tu - Sg. Kuala Ibai, Sg. Marang [Kuala Marang], Sg. Dungun, Sg. Paka, Sg. Bukit Kuang dan Sg. Kemaman.



Big signboard ke Taman Tamadun Islam. Lokasi Masjid Kristal ada di situ.




Pintu gerbang masuk ke Taman Tamadun Islam - Edutainment Park.



Pak Sembok cadangkan kami ke Masjid Kristal dahulu sebab dia boleh drive kami ke masjid tu terus. Jauh kata dia kalau nak jalan kaki dari pintu depan Taman Tamadun Islam tu kata dia. Wah... bagus la Pak Sembok ni :).



Sampai di drop off area di depan Masjid Kristal ni kami nampak ada juga disediakan perkhidmatan transport buggy. Bagus ni sebab it'll be very helpful for senior citizens, families with many kids and for groups.



Welcome to Crystal Mosque :).

Syukur Alhamdulillah, tercapai cita-cita.


Gerbang entrance ke Masjid Kristal.




My first full view of the mosque :). Terpegun kejap. Sinaran cahaya pagi begitu cantik sekali.



Foto ni saya ambik dari deck/jeti masjid di tepi Sungai Terengganu.



Saya pun pusing buat satu round masjid ni mencari sudut-sudut menarik untuk ambik gambar.




Pintu masuk ke Masjid Kristal.







Masjid Kristal ni dibina mengadap/atas Sungai Terengganu. Itu adalah Jambatan Sultan Mahmud.



Lokasi Masjid Kristal, Taman Tamadun Islam dan Jambatan Sultan Mahmud.



Dari: http://itc.gov.my/

Located on a man-made island called Pulau Wan Man, Masjid Kristal is located within the grounds of Taman Tamadun Islam (Islamic Heritage Park), another major attraction in Terengganu. 


Constructed between 2006 and 2008, it was officially opened in February 2008 by the present Sultan of Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.



Regarded as one of the world’s most beautiful mosques, Masjid Kristal is a stunning architecture made of steel and glass, which gives the mosque its crystal-like appearance.



This unique structure adopts a contemporary style injected with Moorish and Gothic elements.



At night, the mosque comes alive with a mesmerising display of lights, which changes the colour of its domes and minarets to pink, green, yellow and blue.



Masjid Kristal is the country’s first ‘intelligent’ mosque with a built-in IT infrastructure and WiFi connection, providing visitors with internet access with which to read the electronic Quran.

Source of above text: http://itc.gov.my/mosque/masjid-kristal-crystal-mosque/




Ehh.... hahahaha.... sekali sekala nak gak letak foto sendiri... hehehe... 




Ok jom masuk dalam masjid ni. A large crystal chandelier forms the main prayer hall’s centrepiece. Memang cantik sungguh dalam masjid ni. Terasa begitu tenang dan nyaman.




Saya tanya 2 orang staff yang bertugas di depan pintu masuk ke dalam masjid ni samada ada tak sebarang maklumat dalam bentuk leaflets/pamphlet untuk pengunjung/pelancung. Dia orang kata tak de. Kecewa saya. Bukan apa, saya tahu boleh je cari maklumat di internet, tapi saya prefer info dari pihak mereka. Then staff tu kata di dalam masjid ni di sudut maklumat masjid ada informasi yang saya nak. Ok then...



Ok inilah yang dapat saya foto kan. Susah sebab all these info are laminated. So bersilau-silau bila ambik gambar... hehehe...




Photos of work in progress. 




Selesai di dalam masjid dan selepas dah ambik berpuluh-puluh [dan berpeluh-peluh] gambar keseluruhannya, kami pun beredar untuk ke Taman Tamadun Islam pulak. 



"Dari Portal Rasmi Fatwa Malaysia - e-Fatwa

Tarikh Keputusan:  15 Jan, 2008
Keputusan: 
Setelah meneliti pendapat ahli-ahli fekah terdahulu mengenai ciri-ciri yang membolehkan sembahyang fardu Jumaat didirikan, maka Jawatankuasa Fatwa membuat keputusan bahawa, buat pada masa sekarang belum sampai masanya Masjid Kristal di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu, diberi kebenaran untuk didirikan sembahyang fardhu Jumaat padanya. Oleh yang demikian, keputusan mesyuarat Jawatankuasa Fatwa kali ke-4 Penggal ke-7 yang diadakan pada 22 Jamadil akhir 1427 bersamaan 18 Julai 2006 yang mana Masjid Kristal di Pulau Wan Man itu hanyalah bertaraf Ghairu Jamik (masjid yang mana tidak boleh didirikan Jumaat padanya) dikekalkan".


Kariah tak cukup agaknya untuk kawasan ni. Masjid ni lokasi di di pulau. Jadi saya tak sure statistik penduduk/penempatan di sini. Tapi solat fardhu 5 waktu memang ada dibuat di masjid ni. 



"Sekiranya pada masa-masa akan datang, Masjid Kristal di Pulau Wan Man itu dapat memenuhi ciri-ciri yang membolehkan sembahyang fardu Jumaat didirikan padanya, maka pada ketika itu bolehlah di masjid itu didirikan fardu Jumaat".



Dan kami pun selepas tu terus ke Taman Tamadun Islam pula. 


Bersambung....


Di bawah ni saya senaraikan kesemua links entries Jalan-Jalan Pantai Timur saya:




No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

2 comments:

  1. cantik nya masjid ni kan!?
    nampak macam besar..
    tapi muat 700 jemaah je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yep. Cantik. Tak de yg lain macam ni di Malaysia I think.
      Betul. Dari luar nampak besar. Masa saya masuk dalam, memang terasa besar since masa tu kosong. Tapi total 700 jemaah feels about right.

      Delete