Showing posts with label morning walk. Show all posts
Showing posts with label morning walk. Show all posts

Wednesday, April 9, 2025

SOUTH KOREA - BUSAN - MORNING WALK

Assalamualaikum.
Hari kedua di Korea kami akan jalan-jalan di pantai, naik tren pantai, skywalk, temple, masjid dan juga pasar.

Jom kita sarapan dulu. Kami diberitahu oleh seorang petugas restoran hotel ini yang makanan buffet mereka adalah halal. Mungkin kerana mereka terima ramai pelancong dari Malaysia. Lepas tengok the buffet spread, yang halal adalah mostly vegetarian food/dishes.

🔵Our breakfast. 




🔵Lobi hotel.

🔵Lepas sarapan, masih ada masa sebelum Sarah datang jemput kami. Jadi kami decided untuk do a bit of morning walk sambil menyaksikan suasana pagi hari di bandar Busan ini.


🔵Suasana di depan hotel Arban City. Ada Police Station.


🔵Arban City Hotel.


🔵Bendera Malaysia turut dipasang di entrance hotel ini.

The Police Station.

🔵Kami sekadar berjalan ke main road, the Bansong-ro, sahaja.

🔵Nampaknya trafik sesak di jalan memghala ke pusat bandar.






🔵Bas biru ini adalah bas mesra alam elektrik Busan.

🔵Di Korea, bandar Busan mengetuai pelaksanaan bas elektrik. 
🔵Bas elektrik 'ELEC CITY', yang boleh dilihat di bandar Busan, ialah bas elektrik yang diusahakan oleh Hyundai Motors selama kira-kira 8 tahun sejak 2010. 
🔵Pada 2017, bas elektrik pertama mereka mula memberi perkhidmatan kepada penumpang. 
🔵ELEC CITY menggunakan bateri polimer litium ion berkapasiti tinggi 256 kWj yang membolehkan pemanduan sehingga 319 km dengan pengecasan sekali (72 minit) dan boleh dipandu sejauh 170 km dengan pengecasan singkat selama 30 minit.
🔵ELEC CITY bukan sahaja hebat dalam jarak pemanduannya tetapi juga untuk spesifikasi keselamatan dan kemudahan penumpangnya.

Yeonsan Intersection Bus Stop.
🔵Perhentian bas di sini mempunyai paparan elektronik yang menunjukkan masa ketibaan bas yang akan datang dan maklumat dalam bahasa Korea dan Inggeris. 
🔵Selain dari itu di skrin bus stop ini juga ada maklumat nombor bas, nama perhentian bas, laluan bas dan bus stops, masa, cuaca, CCTV dan lain-lain. Kalau bas yang sedang di tunggu penuh atau tidak pun akan ada notification. 

🔵Di skrin bus stop ini ada kata-kata "Busan is good" 
🔵"Busan is good" ialah slogan bandar rasmi untuk Busan, yang bermaksud bahawa bandar itu dianggap sebagai tempat yang bagus untuk didiami, dilawati atau dialami, menonjolkan aspek positifnya seperti pantai yang indah, budaya yang meriah dan makanan laut yang lazat.
🔵"Busan is good" pada asasnya boleh diterjemahkan sebagai "Busan is a good place" dalam bahasa Inggeris.


Ini kedai Nice to CU.
🔵Nice to CU ialah rangkaian kedai serbaneka Korea yang menawarkan pelbagai jenis hidangan sedia untuk dimakan, makanan panas dan minuman dan makanan ringan eksklusif dari Korea.
🔵CU ditubuhkan selepas lesen francais FamilyMart di Korea Selatan tamat tempoh.
🔵CU dikenali sebagai kedai serbaneka nombor satu dan terbesar di Korea Selatan.
🔵CU mempunyai kedai di Korea Selatan, Mongolia dan Malaysia.

🔵Cara jual makanan panas di tingkap kedai seperti ini tiada saya nampak di CU Malaysia.

🔵Bahagian dalam CU Busan.

🔵Ada disediakan tempat makan.



To be continued.

Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care.

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

Monday, September 28, 2020

ALOR SETAR - MORNING WALK - JEJAK DIRAJA - DAY 02 - PART 04



Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Sambung lagi cerita Alor Setar Morning Walk saya dengan bahagian kedua dalam Jejak Diraja atau Royal Trail di Medan Bandar Alor Setar. 

Pada masa itu galeri-galeri pameran di muzium-muzium dan balai seni Kedah sudah dibuka semula bermula 1 Julai 2020. 

Still, the Medan Bandar Alor Setar was quite deserted. Cuma kelihatan beberapa families sedang beriadah dan a few newly wed couples doing photoshoots. 

Masjid Zahir.


Monumen Tanjak Emas.

Dari Medan Bandar Alor Setar ini juga ada bangunan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK) / Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK).



Di tepi dataran ini ada info board tentang Medan Bandar.



Masjid Zahir, Monumen Tanjak Emas dan Menara Alor Setar.


Ini bangunan Balai Seni Negeri Kedah. Maklumat di bawah adalah dari muziumkedah.gov.my.

Bangunan ini pada asalnya dibina khas untuk Mahkamah Besar pada tahun 1912 dan dibuka dengan rasminya oleh KDYMM Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah. 

Bangunan ini merupakan bangunan kerajaan moden terawal dibina di bandar Alor Setar.

Ketua pembinaannya ialah Muhammad bin Lebai Thambi, arkitek dari Jabatan Kerja Raya Negeri. Pembinaannya bermula pada 21 Januari 1893. 

Sempena perayaan menyambut Perayaan Jubli Perak pemerintahan KDYMM Tunku Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (1985-1983), bangunan ini dijadikan Balai Seni Negeri yang dirasmikan oleh baginda pada 25 Julai 1983 dan dibuka kepada orang ramai untuk dilawati.


Balai Seni Negeri menghimpunkan koleksi-koleksi hasil seni khasnya anak tempatan Kedah iaitu golongan pelukis veteren dan pelukis muda yang diantaranya telah berjaya mencipta nama hingga ke peringkat antarabangsa. Selain Seni Lukis, Seni Ukiran Kayu dan Seni Khat juga turut dipamerkan.









Pamphlet Balai Seni Negeri Kedah.



Jom kita masuk.

Ada pameran Seni Khat.




















Juga ada Pameran Datuk Ibrahim Hussein. 

Such an illustrious career and achievements.










Beberapa lagi shots Balai Seni Negeri Kedah dari luar. 

Bahagian belakang Balai Seni Negeri Kedah.

Ada hiasan yang cantik pada pediment bangunan ini.

Di sini juga ada peta Alor Setar Jejak Diraja / Royal Trail.

Selain yang ada di peta ini, di jejak ini juga ada Replika Pintu Gerbang Kota Tengah dan Monumen Tanjak Emas. 

Kalau mahu buat Alor Setar Heritage Trail, ini petanya.


Di seberang jalan pula ada Tugu Alor Setar. Dikatakan di sinilah bermulanya Alor Setar.



Di sini ada dua tugu/monumen berbentuk keris dan cogan agama (I think) yang merupakan Alat-alat Kebesaran Diraja Kedah.   

🔸Sebagai salah satu Alat Kebesaran Diraja, Keris adalah untuk pemakaian Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan dan merupakan lambang kekuasaan Baginda. Pemakaiannya adalah untuk majlis Istiadat Diraja mengikut ketetapan yang diperkenankan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan.
🔸Cogan Agama yang asal pula adalah satu lambang kekuasaan Baginda Sultan yang diperbuat daripada perak. la berupa tongkat berkepala besar dengan berukiran emas dengan perkataan "Allah". Pada kepala cogan terukir kalimah suci, dan pada tongkatnya terukir ayat Al-Quran.
Sumber: kedah.gov.my

Juga ada sebuah gerbang mungkin sebagai simbol melambangkan lokasi ini sebagai tempat permulaan Kota Alor Setar.

Ada sebuah alor atau anak sungai di belakang tugu ini.


Lokasi Tugu Alor Setar dan Sungai Kedah.

Beberapa lagi foto Masjid Zahir before continuing my Alor Setar Morning Walk. 










Bersambung...

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.