Friday, September 13, 2024

MOROCCO-SPAIN-PORTUGAL - MOROCCO - CHOUARA TANNERY

Assalamualaikum.
Lawatan kami pagi itu adalah ke satu pusat penyamakan kulit tertua di bandar Fes. Saya rasa begitu teruja sekali kerana lawatan ini pada saya adalah salah satu highlight dalam percutian kami kali ini. Tambahan pula bila check di internet dan melihat foto-foto tempat kulit di proses, I thought I would be utterly fascinating to experience and photograph. 

Nama pusat penyamakan kulit ini ialah Chouara Tannery. Ia tetak di sebelah sungai Oued Bou Khrareb. Kelihatan ada sebuah jambatan yang merupakan laluan masuk ke tempat proses penyamakan dibuat. 

Mohsein, our local tour guide, bawa kami ke sebuah kedai menjual pelbagai barangan kulit yang juga merupakan tempat kulit diproses. 

Fyi, masa ini kami sudah pun siap-siap pakai face mask sebab sudah tahu tempat ini berbau busuk yang datang dari tempat kerja-kerja menyamak kulit. 

Di pintu masuk kami semua diberi beberapa tangkai daun pudina. Mula-mula rasa hairan kenapa, then baru kami faham ianya untuk pelawat hidu so that the stench became a little bearable.


Supaya kami tidak asyik terpaksa memegang daun pudina pada hidung, maka kami masukkan dalam face mask kami. Baunya harum serta menyegarkan dan berkesan untuk mengurangkan bau busuk yang begitu menusuk. Pada kami cara ini sangat berkesan kerana face mask dapat menghalang bau busuk dari luar mask masuk ke hidung dan pada waktu yang sama memekup bau harum pudina dalam mask. Suffice to say we were able to breathe comfortably and therefore was able to enjoy our visit in this tannery center😄.

Tiada caj dikenakan untuk melawat tempat ini.

Pemandangan kawasan sekitar Chouara Tannery. Ini adalah daerah El Keddane. 

Pemandangan Chouara Tannery, sungai Oued Bou Khrareb, kawasan perumahaan dan premis perniagaan dan parking lot.

Inilah pemandangan yang saya teruja sungguh hendak lihat dan rakam. Ianya tempat proses penyamakan kulit yang dilakukan dengan kaedah tradisional yang kekal dilakukan sehingga hari ini sejak selama hampir seribu tahun dahulu.

🔴Chouara Tannery ialah salah satu daripada tiga pusat penyamakan kulit di bandar Fez, Maghribi. 
🔴Ia adalah penyamakan kulit terbesar di bandar itu dan salah satu yang tertua. 
🔴Ia terletak di Fes el Bali, di medina (bandar lama) tertua di bandar ini, berhampiran Madrasa Saffarin di sepanjang Oued Fes (Sungai Fez). 

Dari anjung kedai kulit ini pengunjung juga dapat melihat kerja-kerja rawatan kulit dilakukan. 

Kelihatan 2 orang pekerja tannery ini sedang mewarnakan kulit yang sudah dibersihkan dengan bahan pewarna berwarna kuning. Di sini hanya bahan pewarna semulajadi yang digunakan. Contohnya, untuk menghasilkan warna kuning, bahan-bahan seperti kunyit, delima, atau juga campuran bunga kunyit dan mimosa digunakan.

🔴Sejak penubuhan bandar ini, industri penyamakan terus beroperasi dengan cara yang sama seperti yang berlaku pada abad-abad awal. 
🔴Hari ini, industri penyamakan di bandar ini dianggap sebagai salah satu tarikan utama pelancong. 

🔴Tempat penyamakan itu penuh dengan kolam-kolam kecil batu bulat yang diisi dengan bahan-bahan penyamakan untuk proses melembutkan kulit. 
🔴Barangan kulit yang dihasilkan dari pusat penyamakan kulit ini dieksport ke seluruh dunia.

Sejak dari masa saya jumpa foto-foto tempat ini di internet, saya sudah berangan hendak, bukan sahaja ambil gambar tempat penyamakan ini dari atas seperti ini (which of course that in itself was an amazing opportunity and experience) tapi juga teringin hendak berada di dalam tempat penyamakan itu sendiri dan berjalan di celah-celah kolam ini sambil mengambil gambar.

Ini adalah takungan-takungan mewarna kulit. Antara warna yang digunakan ialah biru, kuning dan merah.

Menyaksikan kerja penyamakan kulit menggunakan kaedah yang telah dilakukan sejak beratus-ratus tahun dahulu. 


🔴Tradisi tempatan secara amnya berpendapat bahawa Chouara Tannery, serta Sidi Moussa Tannery di barat daya Zawiya of Moulay Idris, berasal dari asas bandar yang dibina oleh Idris II (bermula abad ke-9).  
🔴Teks sejarah mengatakan Sidi Moussa Tannery dengan lebih pasti telah ujud sejak awal abad ke-12, tetapi usia Chouara Tannery tidak jelas dan sejarah awal kedua-dua penyamakan tidak diketahui dengan kukuh.

🔴Ahli sejarah moden mengatakan bahawa tidak ada bukti yang jelas tentang lokasi penyamakan kulit terawal di bandar ini tetapi penyamakan kulit berkemungkinan wujud sejurus selepas asas bandar itu dibina dan berkemungkinan terletak berhampiran sungai utama atau berhampiran sumber air semula jadi yang lain sama seperti ianya pada hari ini.
🔴Sumber sejarah menunjukkan bahawa penyamakan kulit adalah industri utama dalam sejarah awal bandar dan terikat dengan sebahagian besar ekonominya. 

🔴Produk penyamakan kulit di bandar ini juga cukup berprestij sehinggakan ia dilaporkan dieksport sehingga ke Baghdad. 
🔴Al-Jazna'i mendakwa bahawa ketika pemerintahan dinasti Almohads (akhir abad ke-12 hingga awal abad ke-13) terdapat sebanyak 86 bengkel penyamakan di bandar itu, manakala sumber kemudiannya mendakwa terdapat sekitar 100 bengkel dalam tempoh dinasti Marinid (akhir abad ke-13 hingga ke-15).

🔴Penyamakan kulit, termasuk Chouara Tannery, terus diperluas atau diubah suai beberapa kali hingga ke zaman moden. 
🔴Selain Chouara dan Sidi Moussa Tannery, terdapat satu lagi pusat penyamakan besar iaitu Ain Azliten Tannery, yang terletak di utara bandar, juga telah ujud sejak akhir abad ke-18.

Saya zoom-in untuk melihat dengan lebih dekat lagi kerja-kerja penyamakan yang sedang dilakukan oleh pekerja-pekerja di pusat penyamakan ini.






Ini adalah suasana di dalam kedai di Chouara Tannery yang menjual pelbagai barangan yang dibuat dari kulit. 

Kulit untuk dibuat hamparan juga ada. 

Tentulah bau khas barangan kulit boleh dihidu di sini. Quite nice actually, if you like the smell of treated commercial leather, tapi di sini sudah blended dengan bau dari tempat menyamak di bawah sana lah 😄. 

🔴Terfikir juga, bukan ke sekarang design beg-beg adalah mengikut trend dan musim? Jadi beg-beg kulit ini saya fikir perlulah juga terkini dan ikut trend. Kalau tidak, ia mungkin akan dianggap "that is so last season" dan "undesireable". 
🔴Rugilah kalau tidak terjual kerana harga kulit adalah mahal, terutama yang berkualiti tinggi, dan kerana pembuatannya sangat intensif buruh. Melainkan design yang digunakan adalah 'timeless' dan 'never be out of trend'. 
🔴Oleh itu juga, mungkin ada beg-beg yang dibuat bagai faksimili beg-beg fashion house terkenal dunia. 

Macam tote bags yang bergantungan itu. Are those 'so last season' or are they 'timeless'? Are they for customers of a certain age or for all ages? Hihi... I don't why I'm thinking all these 😄. I guess I was just curious, from business stand point since survival of the company means the same for all the people involved in the leather goods production, from the CEO to the tannery workers. From the leather suppliers to the craftsman. 

Helaian-helaian kulit yang belum dibentuk menjadi produk juga ada dijual di sini. Those Curule armchairs with leather cushions are beautiful. Can be quite the center piece and topic of conversation, I think.

Sambil tengok barang-barang, sambil menghidu daun pudina 😄.

Penerangan ringkas dari petugas di kedai ini tentang barangan kulit yang ada dijual di sini dan juga serba ringkas tentang proses penyamakan kulit.

View off the balcony.

Moroccan leather adalah daripada kulit pelbagai haiwan:
🔴Kambing: Kulit kambing biasa digunakan di Maghribi dan terkenal dengan ketahanan dan fleksibilitinya. Ia sering digunakan untuk membuat barangan seperti beg, kasut, dan tali pinggang.
🔴Kambing biri-biri: Kulit kambing biri-biri ialah satu lagi sumber kulit yang biasa digunakan di Maghribi. Ia terkenal dengan kelembutannya dan sering digunakan untuk membuat pakaian dan aksesori kulit.
🔴Lembu: Kulit lembu digunakan untuk barangan kulit yang lebih berat, seperti pelana dan beg yang lebih besar. Ia lebih tebal dan lebih teguh daripada kulit kambing atau biri-biri.
🔴Unta: Kulit unta jarang menjadi pilihan untuk membuat produk kulit tetapi masih digunakan di Maghribi. Ia terkenal dengan kekuatannya dan digunakan untuk membuat barangan seperti sandal dan tali pinggang.

Ini adalah contoh helaian-helaian kulit yang sudah pun diproses/samak dan boleh dibuat produk. Although they looked thick and rough, I must say that they were actually surprisingly soft. 

Sebagai demonstrasi ketulenan kulit, petugas ini menyalakan api pemetik api rokok pada helaian kulit ini. Ia tidak terbakar. Maka itu adalah helaian kulit yang asli dan bukan kulit tiruan.


Dari balkoni kedai ini, boleh nampak lebih jelas lagi tempat penyamakan. Kelihatan begitu banyak sekali kulit-kulit haiwan bersaiz besar sedang dijemur/dikeringkan. Kemungkinan besar itu adalah kulit lembu.

Bila saya zoom-in lebih dekat lagi... Ehhhh!!! Ada pelancong sedang jalan-jalan di kolam-kolam itu. Wah!!! Maknanya memang dibenarkan. Saya pun berfikir-fikir hendak buat yang sama.

Saya pun bertanya pada petugas tadi samada mereka ada buat tour di tempat menyamak. Dia kata tiada, sebab agak bahaya bawa pelancong ke situ kerana licin dengan lorong-lorong yang sempit dan berliku-liku, mungkin ada yang akan terjatuh dan cedera. Sebenarnya saya sudah agak akan dapat jawapan begitu dan saya juga terima dan faham dengan alasan yang dinyatakan. Kalau ada yang cedera siapa pula yang akan bertanggungjawab. Secara logik pun tempat itu bukanlah tempat yang sesuai untuk dilawat. Tapi saya tidaklah beritahu yang saya ada ternampak pelancong sedang berjalan-jalan di tempat itu. 



Suasana kejiranan di sekitar Chouara Tannery ini. Kelihatan nun jauh di atas bukit sana Borj Sud, sebuah kubu pertahanan tentera lama yang akan kami lawat selepas selesai dengan lawatan di Chouara Tannery ini.


Seterusnya kami dibawa ke tingkat bawah pula.

Mestilah berhati-hati turun tangga yang curam ini. 

Di tingkat ini pula penuh dengan bermacam jaket pelbagai potongan dan fesyen dan warna untuk lelaki, wanita dan kanak-kanak. 

Rata-rata harganya jaket di sini sungguhlah mahal sekali. Mungkin mahal pada kami tapi mungkin juga dikira berpatutan pada penjual kerana untuk menghasilkan lembaran kulitnya sahaja memakan masa serta kerja memproses kulit adalah manual sepenuhnya dan sangat intensif buruh. Tambahan pula kulit-kulit itu sangat berkualiti tinggi.

Dan sekali lagi, saya mesti mengatakan bahawa beberapa jaket kulit, terutamanya jaket wanita adalah sangat lembut, sukar untuk mempercayai bahawa bahan yang digunakan sebenarnya adalah kulit. Jaket lelaki pula lebih tebal tetapi masih lembut dan selesa dipakai. 

Ya, saya ada mencuba satu jaket dan ia terasa sangat selesa sehingga saya hampir ingin membelinya. Tak jadi beli lepas tanya harga...hihi 😅. Lagi lembut kulitnya, lagi mahal harga jaketnya. Selain kerana harganya yang tidak terjangkau, saya juga berfikir bila masanya saya hendak pakai jaket kulit? Negara kita panas. Dan kalau hendak pakai semasa pergi bercuti, sekarang ini kalau kami bercuti, seboleh-bolehnya kami akan memilih untuk pergi pada masa musim-musim tidak sejuk. 

Ok, turun ke tingkat seterusnya.

Di tingkat ini pula penuh dengan beg-beg pelbagai saiz, fesyen, warna dan kegunaan untuk lelaki dan wanita.

Ada saya ternampak man travel leather bag yang sangat awesome, tapi saya cepat-cepat pandang tempat lain... hihi 😄. 

Di sini juga ada dijual selipar Maghribi (Morrocan slipper) yang dipanggil "babouche".

Ada macam-macam warna. 



Masa turun ke tingkat paling bawah, terjumpa pula lorong ini. Jadi haruslah bergambar... hihi 😄.


Galeri jualan di ground floor. 


Selain barangan kulit seperti beg, kasut, tali pinggang, dompet, beg tangan dan jaket, pada saya terdapat dua produk kulit yang unik di sini:
🔴Babouches: Selipar kulit Maghribi tradisional yang dikenali sebagai "babouches" adalah antara barangan kulit yang paling ikonik. Ia ada dalam pelbagai gaya, warna dan reka bentuk, dan sering dihiasi dengan sulaman.

🔴 Pouf Maghribi: Pouf kulit ialah barang hiasan dan berfungsi, selalunya digunakan sebagai tempat duduk atau alas kaki. Ia datang dalam pelbagai warna dan boleh menambah sentuhan gaya Maghribi pada mana-mana ruang.

Kami keluar dulu dari kedai sementara group members kami yang lain masih lagi shopping.

Itu pintu masuk yang kami lalui earlier untuk ke kedai kulit. Pelik juga sebab tiada sebarang signboard atau papan iklan. Mungkin tidak perlu kerana mereka sudah cukup dikenali bukan sahaja di Maghribi tetapi juga di seluruh dunia. Tambahan pula semua Morrocan tourism websites, travellers' blogs, Moroccan hotels/riads/resorts websites dan segala macam links yang menceritakan tempat-tempat menarik di Maghribi pasti ada maklumat lengkap tentang Chouara Tannery ini.   

Ini tingkat-tingkat kedai kulit yang kami pergi tadi. Dari anjung di atas itulah kami merakam foto-foto tempat menyamak kulit. 

Lokasi pusat penyamakan ini adalah di tepi sungai Oued Bou Khrareb.

Merakam lembaran-lembaran kulit yang sedang dijemur. 

Untuk maklumat, masa di luar ini pun bau busuk masih menusuk hidung kami. Tapi sudah tidak lagi 'menyiksa' sebab makin lama makin sudah biasa... hihi 😄. Tapi face mask dengan diisi daun pudina tadi masih lagi dipakai. 

Kelihatan beberapa orang pekerja di kolam-kolam di tepi tembok.

Zoom-in.

Sedang saya asyik mengambil gambar, saya didatangi oleh lelaki ini. Nampaknya seperti dia salah seorang pekerja di pusat penyamakan ini. Dia menawarkan pada saya untuk jalan-jalan di dalam tempat penyamakan. 
Pucuk dicita ulam mendatang... 😃.

Sebenarnya saya tidak terus menerima tawaran lelaki ini kerana mestilah berwaspada. Dan tentunya pekerja ini mengharapkan sumbangan. Tambahan pula, saya risau juga kalau group members yang lain yang sudah selesai shopping terpaksa pula menunggu saya jika saya tidak lagi selesai jalan-jalan di dalam tempat menyamak itu. Juga macam mana kalau bau busuk di dalam tempat itu terlalu sangat busuk sampai buat saya pening berat? Macam mana pula kalau saya terjatuh sebab licin dan cedera? Dan yang saya paling risau apa akan jadi jika saya terpijak najis, darah dan bangkai masa berjalan dan membawa kekotoran itu ke dalam bas? Busuk la satu bas. Really, all these overthinking leads to anxiety and can be quite exhausting 😅😂.
I know, I know... I'm such a worrier, but under the circumstances perhaps that's not such a bad thing 😅.

Memandangkan ini adalah 'once-in-a-lifetime experience' maka saya 'gagahkan' diri dan melangkah masuk dengan بِسْمِ ٱللَّٰهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ. Isteri tidak ikut sama dan menunggu di pintu depan masuk ke kedai kulit tadi.

Tidak tahu macam mana saya hendak terangkan betapa busuknya di sini. Bayangkan, masa kami di luar bangunan dan di tingkat tiga dalam bangunan bau busuknya sudah begitu kuat walau pun memakai face mask, apa lagi ketika berada di sini. Tidak pernah saya bau busuk yang menyengat sebegitu amat tajam. 

Kolam ini buat saya hampir hendak termuntah. Saya agak ini adalah kolam pertama dalam proses penyamakan di mana kolam ini mengandungi rendaman kulit-kulit haiwan yang baru sampai, yang masih berbulu, berdarah dan ada serpihan daging yang masih melekat pada kulit. 

Di sini ada gelung/drum kayu besar dengan rantai besi yang berputar yang saya fikir digunakan untuk membasuh dan membilas kulit haiwan selepas proses-proses tertentu. Alat ini kelihatannya seperti salah satu peralatan atau mesin tradisional yang pernah digunakan sejak ratusan tahun dahulu.

Ini timbunan helaian-helaian kulit haiwan yang masih berbulu. Ia direndam beberapa hari dalam campuran cecair pelbagai bahan untuk memudahkan kerja-kerja menanggalkan bulu. 

🔴Penyamakan kulit di Fez, termasuk Chouara Tannery, terkenal dengan bau busuk yang begitu menusuk. 
🔴Bau itu adalah hasil daripada proses penyamakan kulit cara tradisional, yang menggunakan bahan dan teknik semula jadi yang telah digunakan selama berabad-abad. 

Bau khusus dari pusat penyamakan kulit seperti ini adalah gabungan beberapa elemen:
🔴Ammonia: Proses penyamakan melibatkan penggunaan najis merpati dan air kencing lembu, yang kedua-duanya mengandungi ammonia. Campuran kaya ammonia ini digunakan untuk melembutkan kulit haiwan dan menghilangkan bulu. 
🔴Pewarna Asli: Pewarna semula jadi berasaskan tumbuhan, seperti kunyit, inai dan nila, digunakan untuk mewarnakan kulit. Pewarna ini menyumbang kepada aroma unik penyamak kulit.
🔴Kulit Haiwan: Adanya kulit haiwan dalam pelbagai peringkat pemprosesan juga menyumbang kepada bau yang tidak menyenangkan. Kulit mempunyai bau semula jadi, dan proses penyamakan boleh menguatkan bau ini.

Saya terus mengikut lelaki ini sambil berjalan dengan begitu sangat berhati-hati kerana laluan di lorong sempit ini licin. 

Sesekali saya akan ke tepi untuk memberi laluan kepada pekerja-pekerja yang sedang lalu. 

Saya pun tiba di tempat yang ada banyak kolam ini. 

🔴Ciri yang paling ketara bagi Chouara Tannery dan penyamak-penyamak tempatan yang lain ialah terdapat banyaknya takungan-takungan batu (seperti kolam-kolam kecil) yang dipenuhi dengan pewarna berwarna dan cecair putih yang berbeza. 
🔴Terdapat takungan batu berwarna putih manakala takungan yang lain berwarna pelbagai tona warna terakota.

🔴Kulit haiwan yang hendak diproses dikeringkan dahulu dalam garam di atas bumbung pusat penyamakan kulit ini untuk menghilangkan sebarang kesan air.
🔴Proses seterusnya, kulit-kulit itu direndam dalam satu siri cecair putih yang diperbuat daripada pelbagai campuran air kencing lembu, najis merpati, kapur, garam dan air yang dipanggil “iferd”. Proses ini mengambil masa selama dua hingga tiga hari ketika musim panas dan 6 hari ketika musim sejuk.

🔴Tujuan kulit-kulit itu direndam dalam campuran bahan-bahan ini adalah untuk:
🔺membersihkan kulit dari segala macam kekotoran
🔺melembutkan kulit yang keras
🔺memudahkan proses pembersihan kulit dari bulu/menanggalkan bulu
🔺menyediakan kulit untuk menyerap pewarna dengan mudah

🔴Selepas direndam dalam iferd, kulit diperah dan dikeringkan. Kemudian bulu dikikis dan kulit itu dimasukkan ke dalam lubang kapur dan abu isirong buah argan. Ini adalah contoh yang baik tentang cara masyarakat Maghribi berfungsi sebagai masyarakat yang ekonomik dan mesra alam, memastikan sangat sedikit yang terbazir dan menggunakan semula hasil sampingan industri lain. 
🔴Rendaman ini dilakukan selama 15-20 hari pada musim panas dan 30 hari pada musim sejuk, berfungsi untuk mengeluarkan sebarang baki daging dan bulu untuk menyediakan kulit untuk proses seterusnya.

🔴Selepas dibasuh, kulit direndam lagi selama 24 jam dalam “qasriya”, takungan yang mengandungi lebih banyak najis merpati dan air. Pada peringkat ini kulit menjadi lebih nipis dan menganjal. 
🔴Kemudian bermulalah proses penyamakan yang sebenar. Kulitnya dikikis dengan serpihan tembikar dan dipukul dengan tawas, minyak dan air sebagai persediaan untuk menerima pewarna.

🔴Penyamak tradisional hanya pernah menggunakan tumbuhan untuk mewarnakan kulit mereka – iaitu akar, kulit kayu, biji dan buah-buahan. Bahan-bahan pencelup dan warna-warna yang digunakan bergantung pada jenis kulit yang digunakan - lembu, unta, kambing, biri-biri.
🔴Pewarna adalah disapu dengan tangan sebelum kulit dibiarkan kering di bawah terik matahari.
🔴Kulit-kulit itu kemudiannya direndam dalam larutan pencelupan dalam takungan-takungan warna terakota.

🔴Pewarna yang digunakan adalah pewarna semula jadi seperti popi atau paprika untuk warna merah, nila untuk warna biru; kunyit, delima, atau juga campuran bunga kunyit dan mimosa untuk warna kuning dan inai untuk warna oren. 
🔴Warna dan kelembutan kulit bergantung pada takungan mana kulit-kulit itu direndam, di mana pewarna-pewarna semula jadi dicampur dengan minyak dan pes buah ara untuk memberikan tekstur kulit terakhirnya. 
🔴Selepas pencelupan, kulit-kulit itu dikeringkan di bawah matahari.

Terus berjalan dengan sungguh berhati-hati. 

Sekali sekala bertembung dengan pekerja di sini yang ramah dan tersenyum. Agaknya sudah biasa dengan kehadiran pelancong. 

🔴Akhirnya, kulit diregangkan berulang kali di antara dua tali untuk menjadikannya lebih licin dan lebih fleksibel. Proses tradisional ini adalah kerja yang sukar dan hanya dilakukan oleh lelaki yang lebih muda dan lebih berkemampuan.

🔴Kulit yang dihasilkan kemudiannya dijual kepada tukang lain, yang menggunakannya untuk menghasilkan barangan kulit yang terkenal di Maghribi, seperti beg, kot, kasut dan selipar, yang dihargai kerana kualitinya yang tinggi. 

🔴Keseluruhan proses penyamakan kulit ini menggunakan buruh manual sahaja dan tidak melibatkan mesin moden, dan kaedah ini telah dikekalkan sejak zaman pertengahan.

Saya rasa macam tidak percaya saya berpeluang untuk berada di sini. Lawatan ke sini telah menjadi salah satu 'unforgettable moments' bagi saya. Alhamdulillah.

Ada juga pekerja yang membawa saya ke sini tanya kalau saya hendak naik ke atas platform kolam-kolam ini. Saya respectfully declined sebab foto-foto yang saya ambil ini sudah lebih dari memadai. Lagi pun saya risau tergelincir dan termasuk dalam kolam-kolam itu... hihi 😅.

🔴Saya perhatikan pekerja-pekerja di sini cuma memakai pakaian harian biasa sahaja ketika melakukan kerja-kerja menyamak. Mungkin tidak perlu memakai sebarang protective gears walau pun bersentuh langsung dengan cecair peluntur dan pewarna kerana di sini kedua-dua cecair tersebut dibuat dari bahan-bahan semulajadi dan bukan bahan-bahan kimia. 
🔴Saya baca jika pusat penyamakan menggunakan bahan-bahan kimia, pekerja-pekerja di situ mesti memakai alat-alat perlindungan seperti sarung tangan, kasut but, apron, topeng jenis alat pernafasan dengan penapis zarah dan cermin mata.


Terfikir juga bagaimanakah pekerja-pekerja di sini membersihkan dan menghilangkan bau busuk pada badan mereka selepas seharian bekerja dalam kolam-kolam campuran air kencing lembu dan najis merpati yang menghasilkan ammonia yang berbau busuk.

Saya tertanya-tanya juga mengapa najis merpati dan air kencing lembu digunakan untuk menyamak? Ini sebab-sebabnya:
🔴Menyahbulu dan Melembutkan: 
🔺Najis merpati dan air kencing lembu digabungkan untuk menghasilkan campuran yang mengandungi ammonia. 
🔺Campuran ini digunakan pada kulit haiwan semasa peringkat penyahbuluan pengeluaran kulit. 
🔺Ammonia dalam campuran membantu melembutkan rambut dan lapisan luar kulit, menjadikannya lebih mudah untuk ditanggalkan. 
🔺Langkah ini penting untuk menyediakan kulit untuk pemprosesan selanjutnya.

🔴Kealkalian Semulajadi:  
🔺Najis merpati dan air kencing lembu adalah bahan beralkali semulajadi. 
🔺Apabila digunakan pada dalam proses penyamakan kulit, ia meningkatkan tahap pH kulit, mewujudkan situasi yang memudahkan pemecahan protein dalam rambut dan daging pada kulit-kulit yang diproses. 
🔺Proses ini, yang dipanggil "pengapuran," berkesan membuang unsur-unsur yang tidak diingini daripada kulit.

🔴Pembersihan dan Penghidratan: 
🔺Selain untuk memudahkan pembuangan bulu, campuran yang kaya dengan ammonia itu juga dapat membantu membersihkan kulit dan menghidratkannya. 
🔺Penghidratan ini penting untuk mengelakkan kulit daripada menjadi terlalu kering dan rapuh semasa peringkat seterusnya dalam proses penyamakan.

🔴Pemeliharaan Tradisional: 
🔺Penggunaan najis merpati dan air kencing lembu adalah sebahagian daripada kaedah penyamakan tradisional yang telah digunakan selama berabad-abad di Chouara Tannery.  
🔺Bahan-bahan semula jadi ini dianggap berkesan dan telah diturunkan dari generasi ke generasi pengrajin kulit di Fez.

🔴Bau Unik:  
🔺Walaupun penggunaan bahan semula jadi ini menyumbang kepada keberkesanan proses penyamakan, ia juga memberikan bau yang tersendiri kepada penyamakan kulit.  
🔺Gabungan ammonia, pewarna semula jadi dan kulit menghasilkan bau khas yang dikaitkan dengan Chouara Tannery.

Saya juga terfikir tentu juga ada isu pencemaran dari aktiviti-aktiviti di pusat penyamakan sebegini. Walau pun bahan-bahan pembersihan, perlunturan dan pewarnaan menggunakan bahan-bahan semulajadi, tentu ada kesan pada alam sekitar bila sisa buangan terhasil. Paling tidak, tentu sekali ada isu pencemaran bau.

Saya baca:
🔴Pusat penyamakan kulit secara sejarahnya sentiasa dianggap sebagai kawasan pencemar disebabkan oleh buangan sisa dan bau kuat yang dihasilkan olehnya.  
🔴Sejak abad ke-19, penyamakan kulit telah menggunakan kromium secara meluas untuk membantu proses penyamakan. 

🔴Beberapa jenis kromium adalah toksik dan penyamak juga menghasilkan pelbagai sisa organik lain, yang telah mengakibatkan sejumlah besar pencemaran mencemari tanah dan sungai di hilir.  
🔴Pekerja penyamakan kulit dan penduduk tempatan yang lain telah lama mengadu tentang kesan kesihatan yang buruk, dengan kes yang paling serius membawa kepada kanser dan kematian awal. 

🔴Pada abad ke-21 satu projek berskala besar yang diketuai oleh Aziza Chaouni telah dilancarkan untuk memulihkan Sungai Fez dengan memperbaiki persekitaran bandarnya dan cuba mengawal jumlah pencemaran.  

🔴Pada satu ketika projek itu telah mencadangkan untuk menamatkan atau menyekat operasi Chouara Tannery dan menempatkan semula industri penyamakan itu ke lokasi lain di mana pencemarannya boleh diuruskan dengan lebih selamat
🔴Manakala penyamak itu sendiri akan ditukar kepada model ekonomi yang berbeza atau berpotensi digunakan semula sebagai ruang awam. 
🔴Walau bagaimanapun, akhirnya, pusat penyamakan kulit itu telah dipulihkan dan dibiarkan di tempatnya.




Pekerja merangkap tour guide saya ini berhenti sekejap untuk menunjukkan sesuatu pada saya. 

Dia menunjukkan bagaimana begitu mudahnya untuk menanggalkan bulu pada kulit selepas proses merendam; iaitu dengan hanya mengguris menggunakan jari, bulu pada kulit ini tertanggal seperti dalam foto di bawah ini.




🔴Walaupun bau di pusat penyamakan kulit ini adalah sangat kuat dan tersendiri, kami makin lama makin boleh menyesuaikan diri (beradaptasi) dengannya selepas beberapa ketika. 
🔴Pada saya, menghadapi ‘cabaran’ bau yang tidak menyenangkan itu adalah merupakan bahagian penting dan unik dalam pengalaman tulen melawat bengkel ini yang telah berusia berabad-abad lamanya. 
🔴Untuk mengatasi bau itu, kita bolehlah tutup hidung dan mulut dengan skaf/selendang atau face mask. Juga bolehlah menggunakan minyak aromatik atau balsam untuk mengurangkan bau itu. Semasa melawat pusat penyamakan ini, di pintu masuk kami diberi daun pudina yang kami masukkan dalam face mask kami, which was super nice!
🔴Bila kita melancong tentulah kita hendak mengalami “the sights, sounds and smells” tempat yang kita lawat. Jadi, dari aspek deria, bau yang unik itu, adalah merupakan sebahagian daripada warisan budaya Fez dan Maghribi yang kaya.

Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care.

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.