Friday, October 9, 2020

ALOR SETAR - RUMAH MAHATHIR - MASJID AL BUKHARY - RUMAH TOK SU & RUMAH SERI BANAI - DAY 03 - PART 03



Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Ok, sambung lagi cerita cuti kami di Kedah. Next our driver / tour guide Najib bawa kami stop sekejap di Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Pangkalan Kedah. 

Tak masuk dalam, cuma tengok dari luar sahaja. Rasanya orang awam tidak dibenarkan masuk jika tiada urusan rasmi. Tapi saya tak pasti samada ianya sudah digunakan kerana terdapat beberapa pekerja sedang membuat kerja-kerja pembinaan di bahagian entrance. 

Najib sekadar hendak menunjukkan pada kami keunikan bangunan agensi ini kerana reka bentuknya seperti sebuah castle, lengkap dengan gerbang besar dengan exteriors of both the archway and the main building ditutup dengan batu bata merah. 

It was quite unique actually. Tiada maklumat yang saya jumpa tentang bangunan ini di interent. My guess is dibina begitu kerana lokasinya yang berhampiran dengan kawasan bersejarah Kota Kuala Kedah. Jadi designnya dibuat seperti sebuah kota lama. Agaknya lah. 



Then Najib stop jauh sikit dari entrance agensi tadi. Nak bagi kami tengok lokasi bangunan agensi tersebut berada di tepi laut. Nice! 
By the way, inilah kereta teksi Najib.

Bangunan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Pangkalan Kedah ini terletak di muara Sungai Kedah.  



Muara Sungai Kedah dan Selat Melaka.







Meneruskan perjalanan.


Jambatan Tok Pasai. 

Jambatan Tok Pasai terletak di bahagian utara Kedah. Ia menghubungkan Kampung Kubang Rotan dan Kuala Kedah. 

Jambatan itu dinamakan sempena seorang pejuang Islam, yang dikatakan tiba di Kuala Kedah dari Pasai Indonesia pada tahun 1844. 

Di Indonesia beliau merupakan seorang pejuang mempertahankan Agama Islam dan justeru itu beliau menjadi buruan pihak Belanda hingga terpaksa berhijrah dari tempat asalnya.


Masjid India Kuala Kedah.


Rumah Kelahiran Mahathir Mohamad.



Kilang ais.






Boleh dimasuki but photography not allowed inside. So ambik gambar dari luar je.

Seperti di Rumah Merdeka, ada seorang Security Guard mengekori kami ke mana saja kami pergi dalam kawasan ini. I knew he was just doing his job. Jadi kami pun ambil la gambar cepat-cepat dan beredar dari situ. 






On to the next destination. 

Passed by Masjid Al-Ghufran.

Ada kami nampak Masjid Al-Ghufran ini dari Menara Alor Setar tempohari.

Zoom-in.


Masa lalu di sini Najib kata inilah sebahagian dari Terusan Wan Mat Saman yang terkenal di Kedah. Terusan sepanjang 36 km dari Gurun ke Alor Setar ini ialah sebuah terusan bersejarah yang siap dibina pada tahun 1895. Ia adalah terusan yang terpanjang di Malaysia dan dibina bagi membantu pesawah mengairi sawah padi mereka bagi meningkatkan hasil pengeluaran.

Menara Alor Setar. 

Menara Tanjung Chali.


Balai Polis Alor Star.

Pejabat Pos. 

Tugu peringatan ulangtahun Alor Setar yang ke-250 tahun.

Pekan Rabu.



Tiba di Masjid Albukhary Alor Malai Alor Setar Kedah DarulAman.

Najib turunkan kami di laman depan masjid ini.

Ini foto-foto Masjid Albukhary yang kami lihat dari Menara Alor Setar.


Besar masjid ini maka saya dapatkan satu shot panorama.

Maklumat berikut adalah dari Laman Rasmi Masjid Albukhary:
Masjid Albukhary merupakan sebuah masjid yang terletak di Bandaraya Alor Setar, Kedah Darul Aman dengan jarak kira-kira 3 kilometer dari pusat bandar. Masjid ini dibina sepenuhnya oleh Yayasan Albukhary. Masjid ini mempunyai keluasan 4.96 ekar. Majlis pecah tanah telah dilakukan pada 15 Januari 1999 oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad dan pembinaan bermula pada Mac 2000. Perasmian masjid ini disempunakan oleh KDYMM Tuanku Sultan Kedah pada 22 November 2001 bersamaan 6 Ramadhan 1422H. Masjid ini ditadbir oleh Jawatankuasa Pengurusan Masjid Albukhary seramai 13 orang yang terdiri dari gabungan tiga pihak iaitu pihak Yayasan Albukhary, Jawatankuasa Kariah Alor Malai dan Pegawai Masjid.

Masjid Albukhary, atau Masjid Albukhary, adalah salah satu mercu tanda yang paling mengagumkan di Alor Setar, Kedah. Ia dibina oleh Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary, seorang usahawan tempatan yang berketurunan dari Yaman.

Masjid Albukhary adalah sebahagian dari Kompleks Albukhary, sebuah pusat Islam yang luas yang merangkumi pusat perdagangan (Souq Al-Bukhary), pusat perubatan, pusat komuniti rumah anak-anak yatim dan warga emas dan pusat pengajian tinggi (Universiti Antarabangsa Al-Bukhary). Projek ini dibangunkan oleh Yayasan Albukhary. 

Rekabentuk menara masjid ini dibina berdasarkan senibina menara Masjid Nabawi di Madinah dengan ketinggian 47.92 meter dari paras tanah.

Masjid ini mempunyai 7 buah kubah termasuk kubah utama. Kubah utama terletak di tengah-tengah ruang solat utama dengan saiz 14 meter garis pusat.  Sekeliling luar kubah ini dihiasi dengan ayat suci Al Quran dari surah Al-Hadid ayat 1-8. Manakala dalamnya pula dihiasi dengan kalimah Asma ul-Husna.


Senibina dataran khususnya kolam dan laluan air yang berbentuk geometri adalah berdasarkan senibina yang terdapat pada Makam Imam Albukhary di Samarkhand, Uzbekistan.



Simetri yang cukup indah.

Satu lagi panorama shot.








Pohon-pohon kurma.





Kerana PKP/SOP kami tidak dapat masuk ke bahagian dalam masjid. Jadi kami ambil gambar di luar sahajalah.




Selesai lawatan ke Masjid Albukhary, kami teruskan lagi tour. Ini adalah bangunan Souq, sebahagian dari Kompleks Albukhary.



Next kami akan ke Muzium padi. Tapi Najib cadangkan kami singgah di dua buah rumah tradisional iaitu Rumah Seri Banai dan Rumah Tok Su. Kami pun tentulah ok je 😃. Mesti la ok sebab dapat peluang pergi tempat yang tak ada dalam itinerary 😄.


Dalam perjalanan ke situ kami melalui sebuah taman yang bernama Taman Jubli Perak. Taman ini adalah salah sebuah pusat rekreasi yang popular di Alor Setar.



Kedua-dua rumah Melayu tradisional yang kami akan lawat telah dipindahkan dari lokasi asalnya dan diletakkan di dalam Taman Jubli Perak ini. Tu dah nampak pun rumah-rumah tu.

Jom jalan ke sana. 

Cantik taman ni. Beautiful green fields with lots of big shady trees. 

Kata Najib, tempat ini popular di kalangan wedding photographers untuk shooting outdoor.


Rumah pertama yang kami lawat ialah Rumah Seri Banai.


Inilah kisahnya Rumah Seri Banai ini. Baguslah rumah ini telah dipindahkan dari lokasi asalnya dan akhirnya diletak di sini. Sekarang bukan sahaja ia dapat di appreciate dengan lebih mudah tapi juga ia akan lebih terjaga.

Fotografi tidak dibenarkan di dalam, jadi ambil dari luar sahajalah.




Bawah rumah ini pernah digunakan sebagai bilik darjah sekolah rakyat.

Seterusnya kami ke Rumah Tok Su.






Tentang Rumah Tok Su.








Bersambung...

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

2 comments:

  1. cantiknya rumah tok su tu..
    mesti 'sedap' bau kayu nya dalam rumah tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes, cantik doc. Tradisional sungguh. They did a very good job at restoring and maintaining the glorious Malay architecture.

      I guess. Kami tak masuk sebab merajuk tak boleh ambil gambar di dalam.. hehe. Kecewa la jugak sebenarnya.

      Delete