Wednesday, October 28, 2020

SEKINCHAN & KUALA SELANGOR - PART 03 - AH MA HOUSE

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ dan بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW. 

Ok, sambung lagi cerita day trip kami ke Sekinchan dan Kuala Selangor.

Pada 1920-an, Sekinchan adalah sebuah perkampungan nelayan kecil dengan kawasan nelayan utamanya di Bagan yang dikatakan adalah tempat kelahiran Sekinchan. Penduduk awal ketika itu adalah hampir semua kaum Teow Chew yang bekerja sebagai nelayan. Perkampungan nelayan kecil ini kemudiannya secara beransur-ansur berkembang menjadi skala masa kini.


Pada tahun 1953, untuk memisahkan penduduk kampung dari pemberontak Parti Komunis Malaya, mereka telah diasingkan dan ditempatkan di empat kampung-kampung baru iaitu Site A, Site B, Site C dan Bagan. 

Di Site A ada lebih 200 buah rumah yang kebanyakan dari mereka adalah dari suku Hokkien. 90% penduduknya adalah petani. 

Site B pula adalah kampung yang terbesar, dengan lebih dari 400 buah rumah yang kebanyakannya adalah dari suku Kantonis dan Hakka. Selain terlibat dalam pertanian, penduduk di Site B juga terlibat dalam perniagaan. Terdapat banyak kedai lama, kedai kopi dan kedai runcit di jalan utama yang dimiliki oleh penduduk Site B. 

Site C pula adalah kampung terkecil yang dihuni oleh petani padi dengan sekitar 350 buah rumah.

Bagan pula adalah perkampungan nelayan Sekinchan dengan 90% penduduknya dari suku Teow Chew. Kegiatan ekonomi utama di Bagan adalah menangkap ikan. Kebiasaannya nelayan-nelayan di situ akan keluar untuk menangkap ikan pada waktu pagi sekitar jam 4-5 pagi dan kembali sekitar jam 5 petang bersama dengan banyak tangkapan ikan laut segar dan udang.

Kegiatan ekonomi utama di Sekinchan adalah pertanian, penternakan burung Walit, perikanan, perniagaan dan pengilangan. Dan salah satu kegiatan pertanian di sini adalah penanaman padi. 

Kami di Sekinchan ni masa bulan Ogos. Ketika itu adalah masa rest (Julai-Ogos), jadi tiadalah pemandangan sawah padi menguning. 

Kalau nak tengok hamparan padi menguning datanglah ke sini masa bulan Jun dan December.

Seingat sayalah, jarang sungguh saya encounter landskap bumi Malaysia yang rata tanpa bukit, gunung dan pokok-pokok seperti yang di Sekinchan ni. Saujana mata memandang. 

Pastinyalah ada banyak tali air yang panjang dan lebar di kawasan sawah padi yang luas begini. Tali Air ini namanya ialah Tali Air 5 dan jalan ini namanya Jalan Tali Air 5.


Di horizon tu kelihatan beberapa rumah burung Walit. Setakat 2017, ada lebih dari 2 ribu rumah burung di seluruh Malaysia. Sebenarnya membina rumah-rumah burung walit di kawasan sawah padi adalah perbuatan yang betul dan bertanggungjawab kerana mengubah rumah-rumah di kawasan bandar dan kawasan perumahan menjadi rumah burung akan menyebabkan suasana kawasan itu jadi kotor, bising dan berpenyakit. 

Rasanya yang ada berhadang biru tu mungkin tempat tapak semaian padi. Bangunan kelabu di belakang tu adalah bangunan burung Walit yang diternak untuk sarang-sarangnya. Disamping untuk mendapatkan sarang-sarangnya, burung walit juga dapat mengurangkan masalah serangga perosak tanaman padi. Saya baca ada pakej percutian yang bawa pelancong masuk ke dalam rumah burung ni. Bestnya!

Ini adalah bangunan Sekinchan Ocean Gallery. Ocean Gallery di tengah sawah? Kami tak le masuk ke galeri ni sebab next kami nak ke Ah Ma House which is located at the opposite of the this gallery. 


Seterusnya kami melawat Ah Ma House pula. Ia terletak di Jalan Tali Air 5, Pekan Sekinchan, di tengah-tengah kawasan padi yang sangat luas. Bangunan Ah Ma House adalah yang di sebelah windmill merah tu. Bangunan tinggi tu ialah bangunan burung Walit.

Menurut Mr. Yap our tour guide, pada masa dahulu, seorang pengusaha wanita tempatan yang dikenali dengan panggilan Ah Ma sangat terkenal dengan kuih-kuih dan jajan tradisionalnya di kawasan Sekinchan ini. Bila ada usaha untuk menjadikan Sekinchan sebagai salah satu hub pelancongan, keluarga Ah Ma telah menawarkan diri untuk membantu. Mereka beli sebidang tanah di tepi sawah dan membina sebuah bangunan kedai untuk menempatkan dan menjual produk tradisional keluaran mereka yang dibuat menggunakan resipi Ah Ma sendiri. Dari situlah wujudnya Ah Ma House yang menjadi sebuah tarikan pelancongan yang popular di Sekinchan hari ini.

Ah Ma House ini adalah sebuah bakery tradisional yang menjual kuih-kuih tradisional dan pelbagai jenis snek. Trade mark Ah Ma House ini adalah gambar Ah Ma sendiri iaitu nenek kepada pengusaha bakery ini. (Btw, Ah Ma dalam bahasa Hokkien bermaksud nenek). Sambil duduk di atas sebuah bangku kayu rendah dan berterompah, Ah Ma digambarkan sedang mengipas dapur tanah arang menggunakan kipas tangan untuk membakar kepit-kepit acuan kuih kapit. 

Boleh tahan juga ramainya pengunjung ke Ah Ma House masa kami sampai tu. Tapi taklah terlalu crowded. Reka bentuk Ah Ma House ini seolah-olah dibuat seperti rumah lama, mungkin seperti rumah papan Ah Ma untuk mengajak pengunjung bernostalgia ke zaman atok nenek mereka.  It is really nice actually.

Disebabkan ramai pelawat, maka kami diminta untuk menunggu sebentar untuk memastikan Ah Ma House tidak sesak. Bagus! Ini menepati dan mematuhi SOP untuk mengekang penularan Covid-19. 

Bila kami tinjau ke dalam, tiada keadaan sesak dengan pengunjung. Jelas kelihatan jumlah keluar dan masuk pengunjung dikawal dengan baik bagi memastikan penjarakan fizikal. Boss Ah Ma House had stationed a staff at the entrance to ensure the adherence. Tahniah Ah Ma House! 

Tak perlu rasa boring menunggu sebab tiada queue panjang. Tambahan pula pengunjung Ah Ma House boleh melihat proses-proses pembuatan kuih kapit di bahagian depan sebelah kiri pintu masuk utama kedai ini. Saya kalau ada peluang begini memang la jadi super excited.. hehe 😃.

Mengikut sejarahnya, kuih kapit ini asalnya dari masyarakat Belanda dan Inggeris dan ia dikenali dengan nama 'Egg roll wafer' yang disaji for afternoon tea. Penjajahan mereka di rantau ini turut membawa kuih ini pada masyarakat peranakan Baba Nyonya yang mengolah kuih ini dengan cara dikepit/disepit dengan acuan khas bermotif flora dan dibakar di atas arang dan selanjutnya dilipat menjadi bentuk segi tiga. Sehingga sekarang kuih kapit atau kuih sepit ini menjadi menu utama ketika perayaan Tahun Baru Cina.

Kuih kapit dibuat menggunakan tepung beras yang dibancuh bersama santan, telur dan gula dan dipukul hingga likat.

Bancuhan tepung dituang pada acuan leper, dikepit dan dibakar atas dapur bara arang dengan api sederhana. 

Prosesnya agak tedious dan perlukan tahap kesabaran tinggi kerana dengan pembuatan cara tradisional ini kuihnya dibuat satu per satu.  

Apinya pula tentunya perlu dikawal supaya kuih tak hangus. Tidak seperti Ah Ma yang mengipas dapur arang tanah dengan kipas tangan, sekarang kipas letrik digunakan.  

Kalau guna cara moden, bakar kuih kapit guna dapur letrik. Yang macam buat waffle tu agaknyalah. 

Kuih yang sudah masak dicungkil keluar dari acuan leper dan terus cepat-cepat dilipat. Pekerja ini melipat kuih yang asalnya berbentuk bulat sebanyak dua kali menjadi bentuk quarter pie.

Overtime, kuih kering dan tahan lama ini telah banyak diubah dari segi pembuatan, lipatan dan rasanya dipelbagaikan sehingga sekarang ia sudah jadi snek harian dan sesuai dihidangkan semasa semua jenis majlis dan perayaan. 

Tahukah anda kuih kapit ini sekarang boleh dijumpa dengan pelbagai rasa? Contohnya it now comes in multiple flavors like chocolate, kacang, mentega, serunding ayam dan daging, tuna dan durian. Serunding? Really? 😕 Kan kuih kapit tu kuih manis. Entah la.. lain orang lain seleranya... to each his or her own... hehe 😄. Tapi kan perasa begitu dibuat tentunya kerana ada permintaan dan pasarannya. 

Tengok orang buat kuih kapit cara tradisional ni mengingatkan saya pada sebuah mural/wall art (foto-foto bawah) yang kami came upon masa jalan-jalan di Lebuh Cannon, George Town di Pulau Pinang. 

Part mural part art installation ini menggambarkan seorang budak sedang membakar kuih kapit menggunakan sepit kuih kapit yang dibakar atas dapur arang tanah. 

Ok, giliran kami untuk masuk pula. Jom... Scan MySejatera dan imbas suhu.


Kami tentulah sangat lega melihat keadaan yang tidak sesak begini kerana ruang dalam Ah Ma House ini pun tidaklah terlalu besar. Lagi pun kalau tak sesak begini lagi seronok la kami nak melihat-lihat segala produk yang dijual/dipamer dengan selesa tanpa terlalu berjaga-jaga untuk elak dari berlaga-laga dengan pengunjung lain 😄. 

Seperti yang kami jangka Ah Ma House bukan sekadar menjual kuih-kuih tradisional lain seperti kuih bangkit dan tat nenas selain kuih kapit, tapi juga pelbagai lagi kuih-kuih dan snek-snek lain.

Ais krim Malaysia asam boi pun ada.

Bahulu dan pelbagai dried fruits.

Perkakas dapur vintage on display.

Thermos, mangkuk tingkat dan seterika lama. 

Dan inilah kuih tradisional signature Ah Ma House iaitu kuih kapit. Nak beli pengunjung diberi 2 pilihan samada nak beli kuih kapit yang dibuat cara tradisional atau yang dibuat cara moden. Kami beli setin kuih kapit yang dibuat cara tradisional. 
Ini adalah kuih kapit moden.

Pelawat diberi taster untuk Shrimp Rice Cake ini. Kami pun cuba dan sedap sungguh rasanya maka terpaksalah saya beli.. hehe 😄. 

Sesuai dengan namanya 'Ah Ma House' atau 'Rumah Nenek', maka dalaman kedai ini juga dihias oleh pemilik kedai ini dengan perabot-perabot lama dan barangan hiasan dalaman klasik. Memang nostalgia rasanya. 
Di rumah mak saya masih lagi ada gerobok dengan sliding glass tu where she keeps all her pinggan mangkok dan cawan gelas 😃. Atas gerobok di Ah Ma House ini ada kipas meja vintaj, antique gumball machine dan hand operated mesin jahit Singer siap dengan wooden casing sekali.

Perkakas memasak dulu-dulu.

Barangan electronik vintage juga ada.

Sudut vintaj Ah Ma House ini mengingatkan saya pada lawatan saya ke Rumah Klasik Kuantan dan beberapa cafe hipster di bandar Kuantan yang mempamerkan banyak barangan antik dan memorabilia yang menarik seperti di Ah Ma House ini. 


Di kedai ini juga ada deretan balang-balang berisi jajan zaman-zaman dulu atas rak-rak kayu. A few of them I still recognized.. hehe. Aaa.. memang nostalgic sungguh rasanya.. hehe 😄.

Yang kanan tu buah kana. Paling saya suka masa kecik dulu.. hehe 😄.

Asam duit tu siapa yang tak kenal, ye tak? 😄 Yang kanan tu kalau tak silap bird egg candy. Rasanya dulu also saya pernah makan masa kecik 😄.

Yang kanan tu, lepas dah habis makan, casing coklat tu dijadikan spec mata.. hahaha 😆. Dan yang kiri tu, tak ingat dah apa ke namanya, you squeeze the tube and this sticky gooey blob comes out and then you stick the blob at one end of the mini straw and then you blow the straw at the other end and then you have this sticky balloon. Ingat tak? 😄 So siapa yang boleh buat belon paling besar, dialah menang.. hehe 😄. Those were the days... 😊.

Ada la kami beli beberapa snek seperti kuih kapit tradisional, bahulu, cookies gula Melaka, dried mangoes and shrimp rice cakes. Beli 1 pack each je. Kalau beli banyak, tak habis pulak nanti 😄.

Dan inilah kuih kapit tradisional yang kami beli. Sedap rasanya dan so crumbly soft. Dan yang paling penting ianya tidak manis! I am very pleasantly surprised indeed sebab semua kuih kapit/love letters yang saya pernah rasa sebelum ini adalah manis-manis belaka. 


Bersambung..

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

2 comments:

  1. saya suka kueh kapit yang dalamnya peanut butter!!
    yummy !!

    gula-gula telor tu sedap!!!!
    buah kana saya tak suka.pelik sikit rasanya
    dan sebab masa kecik dulu , ada pergi zoo negara
    ada dipamerkan seekor monyet yang mati sebab tercekik buah kana yang pengunjung bagi makan
    lepas tu takut sangat nak makan buah kana sebab takut mati macam monyet tu :))

    mangkuk tingkat kuning tu in trend sekarang tau !
    mahal jugak dah sekarang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kuih kapit saya suka yg original. Yg hangus-hangus sikit.. hehe.. sedap!

      Saya masa kecik memang suka sangat buah kana tu. Manis! :)
      Selalunya gitu kan doc, bila kita experience something traumatic masa kita kecik, takut/seram/fobia tu bawak sampai ke tua.
      Saya masa kecik takut kolah air dalam bilik air. Masa di kampung dulu rumah arwah opah ada kolah air besar dan masa mak mandikan, mak jirus air dari kolah tu dengan gayung atas kepala dan saya terkejut. Dah la air tu sejuk. Saya rasa macam nak lepas. Lepas tu jadi takut dengan kolah.. hehe.

      Betul doc, tiffin tu trendy balik sekarang kan. Color dan design ada macam-macam!

      Delete