Monday, October 19, 2020

ALOR SETAR - MORNING WALK - DAY 04 - PART 01




Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Good morning Alor Setar. Kami nak balik KL dah hari ni. 

My wife ada terima beberapa cadangan dari kawan-kawan office dia di mana nak makan sedap di Alor Setar ni. Salah satunya adalah di kedai Nasi Lemak Pak Ali. So pagi last day kami di Alor Setar ini kami pun rancanglah nak ke sana. Ke sana naik Grab. 

Passed by Medan Bandar.

Passed by Pekan Cina (kanan).


Crossed Kedah river.

Unfortunately tutup pulak kedai tu. Agaknya kesian pada kami, pemandu Grab tu pun drive kami ke Pekan Rabu. Hopefully ada la kedai makan yang buka.


Kami terus ke food court di ground floor. Lengang je sebab masih awal pagi. Yang buka cuma 3 kedai sahaja.

Dari 3 kedai tu, hanya yang satu ni je yang ada jual makanan sarapan. Banyak pilihannya. Alhamdulillah. 



Our breakfast.

Lepas sarapan kami decided to walk pass through Medan Bandar dan lepas tu ke balik ke hotel. 


Monumen Ulangtahun Kedah yang ke 250 dari 1735 hingga 1985. 

Kalau dari 1735 ke 2020 dah 285 tahun. Monumen in sendiri sudah berusia 35 tahun.

Berjalan ke Medan Bandar.

Masjid Zahir.

Bangunan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah / Majlis agama Islam Kedah.

Galeri Seni Negeri Kedah.

Monumen Tanjak Emas dan Masjid Zahir.

Haaa... kebetulan ada lopak air. Jadi saya pun praktikkanlah apa yang saya belajar dari photographer yang kami jumpa lewat petang semalam di Medan Bandar ini. 

Rasanya jenis fotografi macam ni dipanggil Water Reflection Photography.

Nak horizon nampak macam ni kena la lower your camera hingga sampai nak mencecah air lopak tu. Jadi berhati-hati lah 😅.


Balai Besar.





Jumpa lopak lagi.. hehe 😄.





Balik ke hotel.

Terus makan tengahari.


Sedap dan mengenyangkan. Alhamdulillah.


Bersambung...

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

2 comments:

  1. yang panorama reflection tu guna 360 atau stitched?

    ReplyDelete
    Replies
    1. I used compact camera, camera phone dan 360, all three.. hehe..

      Delete