Thursday, August 22, 2019

CEBU, PHILIPPINES - DAY 04 - PART 01 - JOURNEY TO BOHOL ISLAND

Sudah pun hari ke 4 kami di Cebu, Filipina. Jom sambung cerita.

Ini messages yang kami terima dari travel di Cebu. Today kami akan ikut program Bohol Day Tour. Seperti semalam ke Oslob, pagi ini juga kami bangun awal dan akan bertolak pada pukul 6 pagi sebab nak ambil feri 7 pagi ke Pulau Bohol. Jadi kami juga akan bawa packed breakfast yang disediakan oleh pihak Harolds Hotel. Info driver dan van serta tour guide di Pulau Bohol juga diberikan. More importantly kami juga diberitahu tentang bayaran terminal fees both di port Cebu dan Port di Bohol.

Ok, ini peta perjalanan kami pagi ini. Dari Harolds Hotel kami akan dibawa ke Cebu Port untuk naik feri ke Tagbilaran Port di Pulau Bohol.

Beautiful sunrise over Cebu City.

Yang bestnya duduk di hotel ni, kami dapat ambil gambar dari 4 penjuru Cebu City. 



Pukul 6 pagi, our driver, Mr. Ben sampai untuk bawa kami ke Terminal Feri di Port of Cebu.

Masa itu masih lengang lagi jalanraya di Cebu City.

Iklan pesanan khidmat masyarakat.

Mesej dari Colegio de la Inmaculada Concepcion, Cebu.
Colegio de la Inmaculada Concepcion is a private Catholic school for girls that began in 1880 in its Cebu campus and is originally for girls, making it the first school for girls in the Philippines.

Jeepneys.

Awal masa tu, jeepneys pun kosong lagi.

Cebu City Police Station. Mr. Ben kata dia akan tunggu kami di sini bila kami balik malam nanti dari Pulau Bohol. 

Tiba di Passenger Terminal 1, Pier 1, Port of Cebu.

Berjalan masuk le terminal feri.

Info tentang Passenger Terminal 1. 

Di pintu masuk terminal ni ada x-ray machine. Not surprising sebab malam semalam kami nak masuk ke SM Cebu Mall pun ada security check. Yang surprise dan buat kami jadi panik kejap ialah ada notis kata air tak boleh bawak masuk. Eh.. dan macam di airport pulak. Tak kan la kot. Kami berempat memang la ada bawa bottled water that was included in our packed breakfast prepared by the hotel. Rupanya air boleh dibawa masuk, cuma kena dipegang dan tak boleh dimasukkan ke dalam mesin x-ray tu.

Bayar terminal fee PHP25 (RM2) di sebuah kaunter 'Terminal Fee'. 

Lepas tu kami tukar voucher yang diberi oleh Travel Agent dengan tiket di kaunter feri Oceanjet.

Urusannya mudah dan efficient.

Feri kami Oceanjet yang menuju ke Tagbilaran berlepas pada pukul 7.00 pagi di Gate 8.

Ehh... ada kerbau 😊.

Ruang menunggu.

Jalan-jalan ambil gambar suasana.

Feri Cokaliong. 
Cokaliong Shipping Lines, Inc. adalah sebuah syarikat perkapalan yang berpangkalan di Bandar Raya Cebu, Filipina. Ia mengendalikan feri penumpang dan kargo di lapan laluan di wilayah Visayas dan Mindanao dan merupakan salah satu syarikat perkapalan terbaru di Filipina.

Ada juga khidmat urut kaki oleh orang yang cacat penglihatan di ruang menunggu ini. Looks like they are allowed to operate here. Bagus la pihak Cebu Port Authority benarkan kerana ini akan beri mereka peluang bekerja dan mendapat pendapatan untuk menyara hidup. 

Feri yang kami nak naik dah ada. Cuma menunggu boarding time sahaja.

Pemandangan pagi di Passenger Terminal 1, Port of Cebu.

Cantik juga ambil gambar di pelabuhan ini.


Jom round lagi ruang menunggu di Passenger Terminal 1 ini. Masa ni belum ramai lagi orang.

'Lalaki' bermaksud 'lelaki'. Ada information counter.

Juga ada souvenir shops.

Bukan sahaja boleh urut kaki, tapi juga urut kepala. Nice to see the masseurs wears uniforms and face mask, nampak professional and legit. 
Fyi, a masseuse is a woman who gives massages. A masseur is a man who gives massages. Baru saya tahu.. hehehe 😊.

Masa menunggu tu perut rasa lapar, jadi kami makan la the packed breakfast. Macam sarapan pagi semalam, we had tuna sandwich yang sungguh sedap dan mengenyangkan, telur rebus, some fruits (sedap manis nenasnya!) dan sebotol air mineral.

Officer terminal sedang put up departure information.

Makin dekat time nak departure, makin ramai passengers. 

Fyi, ruang menunggu di Passenger Terminal 1, Port of Cebu ini adalah selesa, bersih dan berhawa dingin dengan pelbagai kemudahan yang diperlukan oleh travellers.  

Untuk menghilangkan rasa bosan menunggu, passengers dihiburkan oleh musicians cacat penglihatan ini. 

Musician yang front center ni bukan sahaja cacat penglihatan tapi juga tiada tangan kiri. Rasa sebak pula saya. Again, kudos kepada Port of Cebu Authority.

Ini tiket-tiket kami. 

Boarding time. 

Seronok nak ke Pulau Bohol 😊.

Beratur nak masuk ke feri.

Yang tingkat atas tu Business Class. Kami di bawah je, di Economy Class. 

Ada 2 entry points, front and back.

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
سُبْحَانَ الَّذِى سَخَّرَ لَنَا هَذَا وَمَا كُنَّا لَهُ مُقْرِنِينَ، وَإِنَّا إِلَى رَبِّنَا لَمُنْقَلِبُونَ


Suasana dalam feri.


Kami dapat seats tepi tingkap! Hurrah! 😃

Meanwhile.. 😂😆 

Lebar dan selesa.  



Pandangan suasana dalam feri yang lebih luas.

Macam nak naik kapalterbang, siap ada Safety Briefing diberi sebelum feri berlepas. Juga doa perjalanan, tapi doa versi Kristianlah.

Perlayaran feri di Cebu Strait ke Tagbilaran City Port, Pulau Bohol akan ambil masa lebih 2 jam. 

Berlepas. The weather was simply gorgeous. 

So blue... **sigh**


The exact same ferry like the one we were on, but going the opposite way.

Apa lagi nak buat, ambil gambar sendiri la.. hehehe..

Philippine Airlines. The Heart of the Filipino.

An abandon shipyard agaknya.

Kelihatan kerja-kerja pembinaan Cebu-Cordova Link Expressway.

Cebu-Cordova Link Expressway akan menjadi jambatan ketiga yang akan menghubungkan Pulau Mactan ke tanah besar Pulau Cebu.


Ini ialah jenis bot yang dipanggil Filipino Banka Outrigger Boat. Yang ini mungkin digunakan untuk islands hopping.
What is a Banca boat? Banca boats, also locally known as Bangka, pump boats, baroto, etc., are the primary water transportations of locals in the Philippines. Banca boats are commonly used for fishing, transporting goods, and island hopping tours.

Bot-bot nelayan berlabuh.

Di background tu ialah Cebu-Cordova Bridge yang sedang dalam pembinaan.

Cebu–Cordova Link Expressway, yang juga dikenali sebagai Cebu-Cordova Bridge, adalah lebuhraya jambatan bertol sepanjang 8.5 km yang sedang dalam pembinaan yang akan menghubungkan Cebu City dan Cordova. 

Cebu-Cordova Bridge bakal siap pada 2021. 

Rasanya kapal besar berhampiran dengan the 3rd bridge construction site itu ialah sand dredger boat.


Semalam hujan masa kami atas sampan tengok whale shark di Oslob. Hopefully hari ini tak hujan. Sky looks great though but you never know kan.



Tengah syok mengetik kamera, tetiba ada trolley passed by. Ada juga jualan snacks and drinks. Nice! 

Tinggi pokok tu. Ia adalah pokok round-leaf fountain palm yang dipanggil 'anahaw' di Filipina. 

Secara tidak rasmi ia adalah daun kebangsaan Filipina. 

Daun kebangsaan? Because the leaf symbolizes the resourcefulness and craftsmanship of the Filipino people. Di Filipina daun pokok ini boleh dibuat banyak benda seperti beg dan kipas yang diekspot ke luar negara. 

Rasa nak lelap ada jugak masa ni. Sedap dok berlayar dalam feri berair-con ni.. hehe.

Selfie lagi 😊. 

Pulau Bohol.


Bergunung-ganang jugak nampaknya Pulau Bohol tu.

Let's zoom in a bit.


Filem 'Aquaman' yang ditayangkan dalam feri tapi TVnya rosak tak de kaler.

Rasanya buoy ni adalah salah satu peralatan Tsunami Early Warning System [TEWS]. 




Bohol Tropics Resort.



Alhamdulillah dah selamat sampai ke Tagbilaran City Tourist port. 



Disembarking.



Pada poster tourism Cebu 'Behold... BOHOL' ini ada gambar Chocolate Hills. Kami akan ke sana nanti. 


Mencari Mr. Padre, our tour guide for the Bohol Tour.

Oh itu dia. Dah baya-baya pak cik. Di Cebu tour guides kami young ladies. 

Passenger Terminal Building, Tagbilaran City Tourist port, Bohol. 


Ok jom kita touring Pulau Bohol pula hari ni.

Bersambung...

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

5 comments:

  1. last datang sini masa famtrip blogger airasia 5 tahun lepas .. masa tu susah gila nak dapat makanan halal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami ada juga bawa maggi dan brahim tapi tak makan pun.

      Delete
  2. ewah ewahh..
    dah pandai selpie sangat dah sekarang ni eh!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehehe... dah tak de apa nak buat duduk je kat seat tu. So selfie le.. hehehe.
      Byk yg kena delete sebab saya nampak unflattering tembam.. hahahahaha...

      Delete