Tuesday, August 13, 2019

CEBU, PHILIPPINES - DAY 03 - PART 01 - OSLOB - WHALE SHARK WATCHING

Needless to say I was so stoked. All of us was super excited. Kenapa? Sebab kami akan pergi tengok whale shark! 😄

I mean we did have our fair share of 'exciting moments' throughout our years of bercuti-cuti but this one takes the cake. Betul kami dah tengok animals lain yang awesome like koalas and penguins or even dolphins. But a whale shark? Hu ha.. 😃

Ok, ok.. bawak banyak beristighfar 😔.

Seawal pukul 3 pagi kami sudah menunggu di lobi Harolds Hotel, hotel penginapan kami selama di Cebu. Pick-up time pukul 3:15 am. Kenapa awal begitu? Sebab nak ke tempat tengok whale shark, di Oslob, perjalanan sejauh lebih 100 km itu akan ambil masa lebih 3 jam. 

Muka-muka excited.. hehe. 

Bila bangun awal macam ni mula la rasa lapar. Hotel-hotel di Cebu ni agaknya dah biasa ada guests yang kena leave hotel tengah malam macam ni sebab nak pergi tengok whale shark. So mereka memang dah sediakan hot drinks dan biskut-biskut di lobi hotel, at all times in fact. 

Ini beberapa mesej yang kami terima the night before about this morning's trip. Ada info on wake up call, reminder untuk ambil packed breakfast and pick-up time. Plus dinner as well.

Since kami nak leave hotel at 3:00 am, earlier kami sudah put in request for the hotel to prepare packed breakfast for us to take to Oslob. Kami pilih set tuna sandwich and hard boiled egg. Packed breakfast kami ni sudah ada di reception masa kami turun ke lobi. 

Sementara tunggu van sampai, kami keluar sekejap depan hotel untuk ambil gambar.

Suasana dini hari di bandar Cebu, Filipina.

Lengang. 

Tepat pukul 3:15 pagi, van pun sampai. Tour guide kami pada pagi tu ialah Ms. Liezel. Since perjalanan akan ambil masa lebih 3 jam, Ms. Leizel suruh kami relax and tidur. Satu van dengan kami pagi itu ialah Ahmed seorang expat dari India yang bekerja di Singapura dan Mr. Geoffrey (he asked us to call him Free sebab hanya mak dia je yang call him Geoffrey.. hehe) dari US.

Dah kami memang rancang hendak sambung tidur dalam van masa on the way tu, tapi cannot sebab Rex, our driver pasang lagu sangat kuat. Apparently, Mr. Free pun nak continue his sleep so he requested for the volume to be turned down. He told us he suspected that the driver still dalam mode 'clubbing' dia.. hehehe. 

Bukan saja musik dipasang kuat, si Rex juga pandu van dengan sangat laju. Terhayun-hayun kami ke kiri dan kanan dalam van tu! Like, literally! We had no choice but to secured ourselves with seat belts. Even our packed breakfast pun kami strapped up dengan seat belt.. otherwise bertebaranlah sandwiches and boiled eggs kami...hehe.

Tengah sedap tidur tetiba terbangun and saw beautiful sunrise. Kelam kabut cari kamera.. hehe. 

Pemandangan indah matahari terbit over Bohol Sea, at Cebu Strait.

Dapat la jugak a few shots yang decent to share here. 

Kami pun sampai di tempat whale shark watching di Oslob. Pukul 5:40 pagi kami sudah sampai! Awal sungguh! Entah berapa km sejam si Rex drove us tadi! Pemanduan dia memang laju tapi cermat la. Apa-apa pun Alhamdulillah kami selamat sampai. 

Walau pun belum pukul 6 pagi tapi suasana sudah terang. Sunrise di Filipina memang awal.

Sebelum aktiviti whale shark watching, semua pelawat mesti ke briefing area dulu.

Berjalan masuk ke kawasan tepi pantai. 

Ini bangunan Whale Shark Visitors Center. Di sini ada briefing center dan tiket counter. Sampai sahaja ke sini, Liezel terus menguruskan tiket masuk kami. Setiap group akan diberi tiket dan nombor giliran mengikut first come first serve basis. Disebabkan kami sampai awal, kami dapat giliran No.7. Ada kadar bayaran berlainan yang dikenakan jika sekadar melihat Whale Shark dari atas sampan atau nak berenang bersama Whale Shark. Bagi kami segala-galanya diuruskan oleh Ms. Liezel.

Ada tandas dan bilik bersalin pakaian disediakan. 

Juga disediakan tempat duduk/menunggu berbumbung. On the right tu ialah sebuah Police Outpost.

Mereka ini adalah staff Whale Shark Watching. Antara tugas-tugas mereka adalah membawa pelawat-pelawat dalam sampan ke kawasan persisiran laut. 



Inilah sampan yang digunakan untuk membawa pelawat-pelawat ke kawasan whale shark watching.

Pemandangan kawasan Whale Shark Watching dari atas.

Semasa menunggu Ms. Liezel, kami juga guna kesempatan itu untuk merakam sunrise di tepi laut ini.

SubhanAllah, sangat indah sekali.


Nampaknya redup, macam nak hujan.


Sampan-sampan dah sedia untuk bawa pelawat-pelawat ke area whale sharks.



Belum start lagi. Sesi briefings for groups before us were still going on. 

Agaknya ni sampan untuk group no. 14.

Or may be nombor pada sampan do not denote the group number. Anyway, the first few sampans dah mula boarded by whale  shark watchers. 


Point bertolak juga ada di hujung sana. Elok la, kalau cuma di satu tempat maka kesesakanlah jadinya.

Pihak organizer nampaknya memang susun perlepasan sampan-sampan mengikut nombor, group by group supaya pantai tidak sesak. Ini juga buat the whole activity lebih teratur.

Supaya environment dan whale sharks juga lain-lain hidupan laut tidak terjejas, maka sampan-sampan di sini didayung dan tidak menggunakan motor. 


Tu dia! Dah mula julang-julang GoPro. But of course! 😃

Bergambar kejap sementara menunggu nombor group kami dipanggil.

Pelawat memang agak ramai pada hari tu.

Bila nombor group dipanggil, semua group members dikehendaki pergi ke Whale Shark Visitors Center untuk mendengar briefing yang mandatory kepada semua pengunjung.  

Among others, pelawat diberitahu the dos & don'ts sewaktu melihat Whale Shark.

Di Visitors Center ada beberapa info boards tentang whale sharks dan juga the dos and don'ts semasa whale shark watching that must be strictly adhered to.

Whale sharks are the world's largest fish.

Whale sharks di Filipina dilindungi oleh beberapa Acts. 

Setiap whale shark ada bintik-bintik putih tersendiri. 

Apparently, Filipina terkenal kerana whale sharks mereka. Ia adalah salah satu daripada beberapa tempat di dunia di mana very likely whale sharks dapat dilihat. Filipina begitu berbangga dengan whale sharks mereka dengan meletakkan gambar ikan giant itu di belakang duit kertas 100 peso mereka.

Negara-negara lain yang juga meletakkan gambar whale shark dalam banknotes mereka ialah Djibouti dan Maldives.

Aktiviti Whale shark watching adalah disokong oleh Municipality of Oslob, Philippines Department of Tourism, Province of Cebu dan TOSWFA (Tan-Awan Oslob Sea Warden & Fishermen Association).

Bagi yang nak berenang dengan Whale Shark, mereka dilarang menyentuh atau menendang ikan ini. Pelawat juga mesti memastikan jarak mereka dengan whale sharks adalah 5 meter di bahagian kepala ikan dan 6 meter di bahagian ekornya. Pelawat juga dilarang dari memakai sebarang lotion pada badan kerana lotion ini boleh menjadi racun kepada Whale Shark. Kalau ada yang memakai losyen, mereka akan disuruh pergi mandi dulu.

Nak tengok whale sharks ni sebenarnya cuma boleh dibuat antara pukul 6 pagi hingga 10 pagi. Di masa itu juga small feeding dibuat untuk sekadar menarik whale sharks ke area whale sharks watching itu supaya mudah dilihat pelawat. Selain dari itu, total pelawat juga dihadkan pada satu-satu masa supaya tak terlalu crowded. Pelawat juga tidak dibenarkan pergi ke kawasan luar dari the designated area. Ini semua dibuat untuk tidak mengganggu kitar makan ikan dan menjaga environment laut. I'm pretty sure Philippines Government sudah consult, contohnya their marine biologists for the said measures.

Lepas briefing, masa untuk bersiap. Setiap pelawat, samada boleh berenang atau tidak, dimestikan pakai life vest. 

Seperti biasa saya kalau nak pakai life vest ke longgarkan dulu sampai maksimum. Kalau tak, nak buckle pun tak boleh.. hehe. Maklum la, ukur lilit body dah makin bertambah.

Siapa yang nak menyelam akan diberi snorkels. Kalau nak sewa GoPro pun boleh. Kalau tak silap cajnya PHP500 (RM40) and for the soft copy ada caj lain. 

Kanaesh, Ahmed dan Mr. Free dah siap. Saya macam biasa sibuk ambik gambar. Nik sedang turun tangga. Saya dan isteri sebenarnya begitu respect pada Nik kerana kesungguhan dia despite her pergerakan yang agak limited. 

Oppss.. one for the album 😊.

My awesome travel companions. 

Ok, saya cerita sikit kisah macam mana tempat ni boleh jadi popular. Pertama kali whale shark dilihat di kawasan ini ialah oleh seorang local dari Pulau Sumilon. Pada tahun sebelum 2011, ada seorang diver dari Korea paid good money to the locals to take him to see the whale sharks. From then on, menyelam dan berenang bersama the whale sharks di sini becomes known and popular. Bermula dari 2011, banyak tours beroperasi membawa pelawat for the whale shark watching sehinggakan Oslob's whale shark watching menjadi operasi tengok whale shark yang terbesar di dunia.

Masa menunggu giliran nak naik sampan, ambil gambar lagi.

Nampak tu, jernih air lautnya. Pantai ini juga kami nampak keadaannya bersih.

Nombor group dipanggil dan kami pun panjat naik sampan dengan bantuan para petugas di situ. Saya dah siap-siap tukar kasut pakai sandal strap on since memang kena berpijak dalam air. Sampan ni comel je saiznya. Boleh muat 6 ke 8 orang dengan bahagian lebarnya diduduki oleh 2 orang.

Group photo! 😊 My wife and Nik dapat seat single seater. Saya kena share dengan Kanaesh. Dah la dua-dua badan besar, maka berasak la.. hehehe. Tapi ok je sebab kejap lagi Kanaesh akan pergi menyelam.

Sambil tu ambil lagi gambar view sunrise di Bohol Sea ini.

As stated earlier, sampan didayung dan tidak menggunakan motor. Jadi suasana tenang dan tidak bising dengan bunyi injin motor. Dan tak ada bau asap motor. Sampan ni juga dipasang rangka buluh di kiri dan kanannya untuk imbangan. 

Didayung menuju ke designated area di hujung sana tu. Siapa yang nak menyelam boleh la bersiap sedia.

Ok dah sampai ke kawasan for whale shark watching. Tak jauh, cuma about 100 meter sahaja dari pantai. Maknanya dasar laut berhampiran pantai ini memang dalam. 

Tiba di tempat yang ditetapkan, semua sampan berhenti dan membentuk semi circle mengelilingi kawasan whale shark bakal timbul. 

Sambil menunggu kedatangan ikan-ikan giant tu, kami terus merakam suasana sekeliling yang sangat indah.  

SubhanAllah, cantik sungguh. 


Group yang ni semua dah masuk laut.


Group kami pun dah mula turun dari sampan juga. Kami tak turun sebab tak reti berenang walau pun ada life vest... hehe.  

Then kami nampak para petugas mula melempar sesuatu ke laut. Rupanya yang dicampak itu adalah makanan whale shark yang merupakan shrimps. 

Sebenarnya kalau tak boleh berenang pun boleh turun ke laut kerana akan floating (due to life vest) dan boleh berpaut pada rangka buluh sampan. Sambil berpaut boleh dunk your head underwater to see the gentle, beautiful and majestic sea creature.

Saya yang memang mengaku ada irrational fear for water stay safely and dry je on the sampan.. hehe. Hey, don't judge ok.. hahaha. Ni dah berani naik sampan ke laut ni pun dah kira ok kan.. hehe.

Di sampan petugas yang memberi makan pada whales sharks ada bungkusan shrimps. Mula-mula kami ingatkan sotong yang dah dipotong-potong. Petugas di sampan kata itu shrimps. Betul la kan sebab whale sharks makan plankton dan ikan-ikan kecil termasuk shrimps. So jangan risau walau pun mereka dipanggil 'sharks' tapi mereka tak makan manusia untuk sarapan mereka 😊. 

Masa tengah sibuk ambil gambar suasana keliling, kami ternampak dorsal fin dan ekor whale shark! Tu dia! Mereka dah sampai dah! Excited you! Hehehehe...

Tu nampak tak muncung ikan tu!

Ehhh.. dekat macam tu sekali! Kami noticed petugas tu tenang tak bother pun.. hahaha. Ye la, entah dah berapa ratus kali dah dia tengok whale sharks.. hehe.

Tu dah nampak white spots pada muncung ikan tu. As stated earlier, setiap whale shark ada bintik-bintik putih tersendiri, yang serupa seperti mempunyai its own fingerprints. So begitulah cara marine biologists keep track of the whale sharks.

Whale sharks selalunya ditemui di kawasan perairan tropika, menjadikan Filipina tempat yang ideal. Selain di Filipina ada juga di around 100 negara-negara lain termasuk Malaysia, Thailand dan Indonesia. Dipanggil 'whale' sebab saiznya yang besar. 'Shark' pula kerana bentuk badannya yang seperti jerung. Di Filipina ia dipanggil 'Butanding' dan 'Balilan'.

Dari pemerhatian kami ikan giant ini berenang slow and steady je. Hardly creating any waves. So elegant dan tenang je. Saiznya cukup besar. Ia boleh membesar sampai 10 meter dengan seekor whale shark pernah direkod sepanjang 18.8 meter. Ia adalah vertebrata bukan mamalia yang paling besar. 

Whale sharks boleh ditemui di perairan terbuka lautan tropika dan jarang ditemui di perairan bawah 21°C. Dikatakan hayatnya boleh sampai 70 tahun hingga 130 tahun. 

Tidak seperti spesis jerung-jerung lain, mulut whale shark terletak di bahagian depan kepala dan bukan di bawah kepala.

Para petugas terus mencampak shrimps ke laut untuk menarik lebih banyak whale sharks. 

Begini sekali whale sharks akan datang dekat. Patutlah ramai penyelam cannot resist nak sentuh ikan yang friendly ni. Ok, very likely yang ini datang dekat sebab mahukan shrimps. Tapi ada saya baca ada whale sharks gently nudge divers' scuba tanks sebab mereka curious i.e bukan dalam situasi 'feeding'.

Gentle giants ini dipanggil 'filter feeder', maknanya mereka berenang dengan mulut terbuka luas dan mengumpul plankton dan ikan kecil yang ada dekat sekitar permukaan air dan menyaring keluar air laut. 

Whale sharks mempunyai mulut yang boleh dibuka lebar 1.5 m dan mengandungi 300 hingga 350 baris gigi kecil dan 20 pad penyaring yang digunakan untuk menapis makanan. 

Tidak seperti kebanyakkan jerung lain, mulut whale sharks terletak di bahagian depan kepala dan bukan di bahagian bawah kepala. Ia juga mempunyai lima pasang insang besar. Kepalanya lebar dan rata dengan dua mata kecil di sudut depan.

Nampak tak 2 lubang kecil di kiri kanan muncung whale shark ini? Itu adalah nostrils to detect prey and predators. Jadi kegunaannya adalah untuk menghidu dan bukan bernafas.

The whale sharks nampaknya benar-benar tak kisah dengan kehadiran ramai pelawat walau pun dah ramai masa tu yang turun ke laut. Agaknya mereka dah biasa. Actually, tak la ramai sangat pelawat masa tu kerana ada hadnya. 

And oh, we were told that these are wild and free whale sharks bukannya dalam captivity. 

Saya noticed yang perairan di sini tenang dan tidak bergelora atau berombak kuat. Sesuai sangat for the whale shark watching activities. 

Fyi, a juvenile whale shark dianggarkan makan 21 kg plankton setiap hari. Bandingkan total 20 kg itu, yang diberi masa feeding ini tak lebih dari sekadar small snack sahaja. Jadi rasanya tidaklah sampai whale sharks di sini jadi bergantung kepada the feeders sebagai sumber utama makanan mereka. Saya fikir tidaklah sampai change their feeding and migration behaviours. Further, saya baca kebanyakkan whale sharks makan di tempat feeding ini cuma untuk beberapa hari atau minggu sahaja dan lepas itu mereka move on. Cuma 4% sahaja yang jadi resident di sini sepanjang tahun. And so far tiada sebarang report tentang penemuan whale shark yang mati di sini atau yang mati disebabkan mereka diberi makan oleh manusia.

Jangan risau kalau anda tak tahu macam mana nak stabilized yourself masa berpaut pada buluh tu. Also nak figure out macam mana nak masukkan kepala ke bawah permukaan air. Sebab petugas di sampan akan ajar itu semua. In fact, petugas tu akan tolong gently tekan your head and upper body underwater. I think it is necessary to do so sebab it is quite hard to do for the inexperienced sebab masa tu pakai the life vest.

Penyelam mesti maintain the 5 meter distance dari the whale sharks. Kalau tak patuh dan sentuh ikan-ikan ini, boleh didenda dan mungkin juga dihukum penjara. Tapi kadang-kadang whale shark ni curious atau friendly dan datang dekat. Or dia simply passing by. Pada keadaan begitu, diver mesti 'larikan' diri atau mengelak dari berlaku persentuhan. Jadi kenapa tidak boleh sentuh whale sharks ni? Sebab mereka boleh terkena penyakit. 

Tak boleh saya nak describe how it feels to see the whale shark just roaming around so close to us.

Haa.. nampak tu, whale shark ni tengah sedut masuk shrimps yang dicampak oleh petugas ke dalam mulut dia. SubhanAllah.
Ada 3 cara whale sharks makan:
🌓 Cara 'Passive' - berenang perlahan-lahan dengan mulut terbuka, menapis plankton dari air.
🌗 Cara 'Vertical' - terapung secara menegak, dengan sedikit atau tanpa pergerakan ke atas, menggunakan kaedah sedutan untuk menarik mangsa ke dalam mulut mereka.
🌓 Cara 'Active' - iaitu cara 'filter-feeding'; menyedut plankton sambil berenang dengan lancar, membolehkan whale shark untuk menyedut air ke dalam mulut mereka pada halaju yang lebih tinggi. Jenis pemakanan ini juga dipanggil 'ram-filter feeding'.

Then one of the whale sharks came really close to our sampan! Haaa.. dapat pun shot yang memang saya plan nak cuba rakam! So majestic! Alhamdulillah. 

Fyi, 30 Ogos adalah 'International Whale Shark Day' sejak 2012 bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai spesies ikan ini.

Whale sharks berenang dengan menggerakkan badan mereka dari sisi ke sisi, tidak seperti jerung lain seperti the great white, yang hanya menggunakan ekor mereka untuk berenang.

Kelihatan pelawat-pelawat berpautan pada rangka buluh pengimbang sampan. If you noticed, sampan-sampan di sini tersusun hingga hampir di hujung sana dekat ke arah pantai. Meaning dasar persisiran pantai di sini adalah dalam. 

Gambar wife tengah seronok pun kena la ambil juga.. hehe.

Petugas yang memberi makan mencampakkan makanan sehampir mungkin ke sampan-sampan pelawat supaya the whale sharks berada dekat dengan sampan-sampan, tapi tidak terlalu dekat. Dapatlah kami yang di sampan dan yang berpaut pada rangka imbang sampan lihat the whale sharks dengan lebih dekat lagi. 

Breakfast is served 😊😋.

Tak tahu ada berapa ekor whale sharks dekat sampan kami masa tu. May be 2 or 3 agaknya. 

Di belakang sana kelihatan sebuah sampan penuh pelawat sedang bergerak ke kawasan whale shark watching. 

As you can see, area ni begitu hampir dengan pantai. 

Yang pegang GoPro tu nampaknya kena ketatkan lagi life vest dia. Yang kedua belah kaki berpaut pada rangka tu tengah dunking his head/body underwater to have a good look of the whale shark. Sure awesome sangat view di bawah tu.

Saya suka gambar ni sebab sempat masukkan the divers, the whale shark, petugas dan background yang hijau dalam satu framing. 

See la how close whale shark tu swim near us! The divers dinasihatkan supaya menjauhkan diri or swim away if any of the whale sharks come too close. 

Kelihatan di hujung sana beberapa lagi sampan yang baru tiba sedang membuat bulatan, getting ready to be in the designated place for the whale shark watching.

Just look how beautiful the polka dots are! SubhanAllah.


Then petugas di sampan kami ini nampak Nik ada bawa GoPro so dia pun offer untuk rakamkan the whale shark underwater. Hurrah!

Dan inilah hasilnya. Needless to say we were so happy! What a magnificent sea creature! SubhanAllah.

Setiap individu whale shark dapat dikenali pada corak polka dotsnya di bahagian badan sebelah kiri. Para penyelidik dan penyelam digalakkan mengambil gambar corak polka dots itu dan upload ke website whaleshark.org sebuah online photo-identification library for whale sharks. Cara ini membolehkan para penyelidik menjalankan analisis visual untuk mengenal pasti dan mengesan jejak setiap individual whale shark. Di website ini juga, anda boleh adopt a whale shark.
Masa nak ambil gambar tu fokus pada polka dots di belakang insang seperti di petak dalam gambar di atas. Haa... di situlah identifier whale shark. 
SubhanAllah... amazing sangat!

How the identification is done:
🌓 The Wildbook for Whale Sharks photo-identification library is a visual database of whale shark (Rhincodon typus) encounters and of individually catalogued whale sharks. The library is maintained and used by marine biologists to collect and analyze whale shark sighting data to learn more about these amazing creatures.
🌗 The Wildbook uses photographs of the skin patterning behind the gills of each shark, and any scars, to distinguish between individual animals. Cutting-edge software supports rapid identification using pattern recognition and photo management tools. You too can assist with whale shark research, by submitting photos and sighting data. The information you submit will be used in mark-recapture studies to help with the global conservation of this threatened species.
- www.whaleshark.org

Dari foto-foto kami (from Nik's GoPro video actually) inilah 'fingerprint' for the whale shark that we encountered. Tapi foto-foto begini tidak boleh disubmit to the above website kerana ianya tidak jelas. Nak yang clear dan sharp, dinasihat by the website foto kena diambil dari jarak 3 meter.


Cara identification guna foto ini mengingatkan saya pada sighting report yang saya buat untuk seekor black swan di Sungai Yarra, Melbourne, Australia. Entry tu boleh baca di sini

Inilah swan yang saya terjumpa di Sungai Yarra tu. Ada tag Code F11 pada leher dia. 

Saya pun submit 'Sighting Report' bersama foto-foto black swan yang saya ambil itu ke website www.myswan.org.au dan dapat reply report ini.

Rupanya black swan ni ada passport 😊.  

I digress... sorry.. hehe. Anyway, balik kepada cerita whale sharks. Ada teori lain yang mencadangkan bahawa bintik-bintik di badan whale sharks itu dapat melindungi mereka yang selalunya berada dekat permukaan air terutama ketika makan dari sinar ultraviolet matahari yang berbahaya.
🌓 Kulit whale sharks berwarna biru-kelabu di bahagian belakang dan putih di bahagian perut.

Di Madagascar, whale sharks dipanggil 'marokintana' dalam bahasa Malagasy, yang bermaksud 'banyak bintang', merujuk kepada white dots on their backs.
'Marokintana' - many stars... 🌠🌠✨✨🌟🌟🌟🌠🌠.. what a beautiful meaning. A gentle galaxy underneath the ocean 😊.

Whale sharks boleh berenang di sekitar 5 kilometer sejam dan boleh menyelam sehingga 1,000 meter. Walau bagaimanapun, mereka lebih suka mengembara di laut cetek dengan kedalaman 50 meter.

Makanan whale sharks termasuk krill, crab larvae, jellyfish, sardines, anchovies and squid.

A juvenile whale shark is estimated to eat 21 kg of plankton per day. 

Whale shark adalah salah satu dari 3 jenis jerung yang dipanggil 'filter feeder' - ada penapis untuk memerangkap makanan. Yang 2 lagi tu ialah basking shark dan baleen whale. 

Basking shark (kiri) dan the baleen whale.

Bagaimanakah ikan yang cuma makan plankton dan haiwan laut kecil badan boleh grow besar macam ni? By eating a lot! 

'Filter feeder' selain whale shark memerangkap plankton dan haiwan laut kecil dengan berenang perlahan-lahan dengan mulut ternganga. Whale shark pula lebih seperti vacuum cleaner - ia sebenarnya menyedut air, plankton dan haiwan laut kecil ke dalam mulut. Ini membolehkan ia mendapat lebih banyak makanan daripada 'filter feeder' yang lain.

Sebaik sahaja seekor whale shark membuat satu sedutan besar air laut yang kaya dengan plankton, ia akan menutup mulutnya dan mengeluarkan air laut tadi melalui satu set insang besar yang bertindak sebagai penapis. Organisma pejal bersaiz lebih kecil dari 2 cm akan diperangkap dan dimakan. Penyelidik percaya bahawa bila ada organisma besar tersangkut pada penapis itu, whale shark akan 'batuk' untuk membersihkan penapisnya. 

Beginilah proses penapisan makanan whale shark.

Dengan mata yang terletak di bahagian belakang kepalanya, whale shark tidak bergantung pada penglihatan untuk mencari tempat yang paling banyak makanan. Para penyelidik percaya bahawa ia menggunakan deria bau untuk mencari perairan yang kaya dengan protein - iaitu menggunakan lubang hidungnya terletak berhampiran dengan mulutnya. Whale shark suka makan pada waktu petang berhampiran permukaan laut di mana terdapat banyak krill dan udang.

Whale shark juga makan telur ikan. Menurut The Nature Conservatory, whale shark akan menunggu selama 14 jam untuk ikan bertelur di terumbu. Kemudian, mereka akan swoop in dan makan telur-telur ikan itu.

Whale shark betina menghasilkan telur dan anak-anaknya menetas di dalam badannya bukannya di dalam air seperti kebanyakan ikan. Kemudian, whale shark betina itu melahirkan kira-kira 300 babies yang kebanyakkannya tidak mencapai kematangan. And the baby sharks are called pups.

Kehidupan whale sharks adalah mostly di laut terbuka, di mana mereka sukar diperhati, menjadikan sebahagian besar kehidupan mereka suatu misteri. Sebagai contoh, tiada siapa pernah melihat whale sharks mate.

Telur yang telah disenyawa tinggal kekal di dalam badan whale shark betina sehingga ia menetas di dalam badan dan dilahirkan dengan ukuran panjangnya sekitar 40 cm hingga 60 cm. Terdapat bukti yang menunjukkan anak-anak ikan tidak semua dilahirkan sekaligus. Whale shark betina menyimpan sperma dari satu mating dan melahirkan anak-anak ikan dalam tempoh yang berpanjangan. Kematangan seksual dicapai sekitar 30 tahun. Saiz pada masa matang dikatakan antara 8 meter hingga 9 meter untuk yang jantan dan sekitar 9 meter untuk yang betina.



Menurut International Union for Conservation of Nature (IUCN), populasi whale shark Indo-Pasifik dikatakan telah menurun 63% sejak 75 tahun yang lalu. Di Atlantik pula dianggar telah berkurangan lebih daripada 30%. Dan angka-angka ini masih terus berkurangan. Oleh kerana itu, whale sharks dikelaskan sebagai terancam.
Memang la jeles tengok mereka ni menyelam dekat the whale sharks. Jadi jika anda nak ke sini, kalau tak tahu berenang macam saya ni, elok la belajar berenang dulu. Dan bawak GoPro! 😊 

Satu pasukan penyelidik dari projek Large Marine Vertebrates (LAMAVE) telah merekodkan whale shark yang ke 900 di Filipina pada 15 November 2015 di perairan lepas Leyte Selatan. 

Ini dianggap sebagai satu 'petunjuk cemerlang' tentang keadaan lautan. Jadi bila sudah terdapat 900 ekor whale shark yang dikenal pasti dan dengan kemungkinan ada lebih banyak lagi yang belum direkod, ini bermakna berita baik untuk conservationists.

Secara amnya whale sharks adalah sebahagian besarnya independent dan menghabiskan kebanyakan masa mereka bersendirian, melainkan kehadiran remoras (sucker fish) dan pilot fish yang selalunya tag along dengan the whale sharks. Ikan-ikan ini memastikan the whale sharks sentiasa bersih by removing parasites and bacteria from the whale sharks' bodies. 


And here's a short clip 😊. SubhanAllah.

Betul, tu adalah saya dan isteri... hehe. Saya tengah sibuk pakaikan disposable raincoat sebab masa tu dah start hujan 😊. 

Bergambar dalam hujan.. hehe. Oh ya, elok kalau bawak disposable raincoat ni especially kalau check weather ada chances nak hujan. 

Tak lama sebenarnya kami di laut tu. Ada la dalam 30 minit. Sememangnya tidak dibenarkan lama demi menjadi alam sekitar. Moreover masa tu masih ada ramai lagi pelawat yang tengah standby tunggu giliran untuk ke sana. Ada had untuk total number of visitors yang dibenarkan berada di kawasan whale shark watching itu pada satu-satu masa.

Bila semua dah berkumpul semula, Ms. Liezel ajak kami pergi makan at a nearby restaurant di tepi pantai ini. Elok sangat cadangan tu sebab kami memang dah lapar. Kami ingat nak la makan packed breakfast yang disediakan oleh hotel tapi makanan tu ada dalam van which was parked jauh from where we were at that time. Tapi mujur la Ms. Liezel kata dia nak kami try makanan pulut mangga Filipina, which actually was included dalam pakej kami. Huiii... our favourite tu.. hehe. And it was delicious! Sedap sungguh buah mangga tu. Alhamdulillah.
Fyi, pulut mangga ini tidak dimakan bersama kuah santan macam di Malaysia.

Lama juga kami duduk makan dan melepak sambil minum hot chocolate di restoran tu since it was raining. Kami guna masa berkumpul ni untuk bersuai kenal dengan Mr. Free and Mr. Ahmed. Mr. Free tu is one very funny guy. Tak habis-habis kami ketawa listening to his funny vacation stories. 
Inilah Mr. Free. Ini foto dari instagram dia masa dia di Palawan.
Mr. Free, if you are reading this, hope you don't mind me using your ig photo here 😊.

Bila hujan dah berhenti, kami pun jalan-jalan sikit di sekitar pantai dan ambil gambar before departing to our next destination. 

Masih ada ramai lagi yang menunggu giliran. Sungguh pun our driver, Rex, pandu van dengan sangat lajunya awal subuh tadi, kira bagus juga la sebab kami dapat sampai awal ke pantai ni. Tak perlulah kami menunggu lama macam mereka ni. 

Bagus cara mereka organize kerana perairan whale shark watching tu tidak penuh sesak dengan pelawat kerana ada had.




Makin lama makin ramai pelancong datang. 


Rasanya penjaja ni menjual sejenis minuman atau manisan.

After calling Rex our driver, Ms. Liezel pun ajak kami berjalan semula ke jalanraya ke van kami.

Seterusnya kata Ms. Liezel kami akan ke tempat air terjun pula.

Secara keseluruhannya, memanglah pada pendapat kami program whale shark watching ini is a must. Kiranya pada kami macam once in a lifetime experience. Memang tak reti saya nak describe how beautiful the whale sharks are. So magnificent, so gentle and huge! Begitulah keindahan dan keajaiban ciptaan Allah swt.

Bersambung... lepas ni nak ke waterfall pulak....

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

No comments:

Post a Comment