Monday, July 31, 2017

HARI TU - PART 01

In between my travels, saya buat entry rojak ni 😊.

Ke Daiso kami lagi 😊. Macam-macam ada.

Kalau tersilap beli kasut terbesar saiz, jangan risau. Masih boleh pakai. Sumbat je toe cushion ni. So masa jalan tak la tercabut kasut tu. 

Ada masalah sakit belakang? Haaa.. pakai la 'Band Spine Correction' ni. Katanya, 'To straight up your posture and suport as well'.  Tapi kalau sakit tu severe please check with your doktor first ok.

Cara nak pakai. 

Ehhh... apeni? Ooo... 'Washable Nose Hair Cutter' rupanya. Tapi only the blade edge je la yang washable. Saya kalau di rumah, pakai gunting je. Or masa trim misai, Indian barber kat kedai gunting tu trim sekali bulu hidung saya... hehe. Risau jugak masa dia masukkan gunting dalam hidung saya tu.. hahahaha... 😅.

'Hula Hoop Exercise' pun ada. Nampak tu dia cubit tepi abdomen dia.. boleh langsing tau gelek-gelek dengan gelung ni.. hehe.

Haaaa... ni sangat praktikal dan berguna. Seluar anda dah sempit? Dah tak boleh nak hook? Maklum la dah lepas-lepas raya ni, tetiba je tak boleh nak cangkuk kan. Masa puasa siap londeh.. hehe. 

Jadi gunakanlah 'Waist Expender Hook' ni! It comes in 5 different colors. How brilliant! Can be expanded to maximum of 3 cm. Tapi macam pendek sangat 3 cm tu kan. Tapi saya tak hadapi masalah ni. Bukan sebab tak berlaku 'forward expansion', tapi sebab lately lebih suka pakai jogger pants. Senang sebab pinggang seluar tu pakai jerut getah. Kat airport security pun senang, tak payah nak tanggal belt bagai.

Kalau nak elastic shoelaces pun ada. 

Tersiksa ke masa nak bukak tutup botol? Haaa... pakai la 'Bottle Opener with Magnet' ni. Nak bukak penutup botol besar macam botol jem, pakai bahagian muka beruang ni. Kalau botol kecik, guna telinga dia. Lepas pakai, lekat je pada fridge 😊.

Malas nak jahit balik jahitan lipatan kaki seluar atau kain anda yang tertanggal? Malas nak cari mana letaknya jarum dan benang? Leceh nak cari warna benang yang sesuai dengan pakaian anda tu? Tapi dah siap dah ni nak keluar rumah pergi kerja! Tak kan nak menjahit pulak pagi-pagi buta ni? Tak kuasa kan. Haaa... guna je gam ni 😊.

Produk ni dulu dah pernah saya cerita dalam blog earlier saya. A 'Well Fitting Underarm Sweat Pad'. Boleh hook pada coli. Boleh perah, cuci dan pakai balik. 

Atau kalau rasa macam leceh nak hook bagai pada bra, boleh guna 'Sweat Stain Protector' ni. Tampal je pada baju di bahagian ketiak. 

Ada bunion? Boleh la pakai foot care product ni. It is so thin, it can be worn inside high heels or pumps. Silk protein coated. Antibacterial. Breathable. Sesuai for office, school, travelling and especially shopping. What more can one ask for? The perfect friends for your bunion and bunionette 😊.

Every household perlukan produk ni. The 'Drainpipe Cleaner'!! The easy drop-in tablets contain oxygen that breaks up stains and grimes. Mengandungi orange oil extracts. And chlorine free too! 
Produk kanan tu pulak berus untuk clear bulu-bulu binatang peliharaan anda dari karpet contohnya.

Ini pulak 'Joint Cleaner Rubber'. Apa tu? Kan selalunya ada kotoran antara jubin dinding bilik air. Ok, so dah sagat bersih berkilat dah kita sental bahagian jubin tapi di bahagian jubin bercantum tu masih berlumut. Haaa... guna la rubber ni! Effective for getting rid of water stains and blackened around bathroom, shower room and kitchen. How convenient!

Ni 'Heat Retaining Pot Cover'. Serkup je dengan produk ni dan your pot remain hot! Residue heat cooking saves energy. It is slow cooking so your stew does not become mushy. This mean your food will not be over-cooked or over-broiled. Saiz serkup ni senang nak di adjust dengan menggunakan 'one-touch' fastening tape. Hebat!


Pagi yang cukup indah. MasyaAllah.



Ni first time saya makan jemput-jemput pisang dengan ais krim vanilla. Sedap la sangat! Tapi manis la sangat.. bahaya... hehe.

Doubly life threatening bila washed down pulak dengan cendol ni! 😅

Ini Projek Loji Rawatan Air Langat 2 (LRAL2) - membekal dan memasang paip air terawat utama dari kolam air Ampang ke kolam air AU3. 

Kawasan tempat tinggal saya terlibat dalam bahagian Zon B di jalan Kosas 2. Ada kerja korekan terbuka (line merah).

Info on LRAL2 ditampal oleh Management Office kondo di notice board. 

Major work. Jalan closed for months. But it was done in stages so tak la seluruh jalan ditutup. 

And of course ada dibuat laluan alternative. Cuma kena la belok-belok lebih sikit dan make bigger rounds. 

Masa kerja-kerja ni dibuat, berlaku juga ketiadaan bekalan air di kondo saya (bangunan putih tu). 2 kali berlaku in 2 days. I was told sebab paip pecah. Tapi cuma for less than 12 hours so to us it was no so bad. Tapi ada juga saya terdengar seorang dua pak cik-pak cik sembang among themselves complaining pasal tak de air tu macam it was a huge water crisis. Make your own conclusion la ya.

Nampak tak lubang dan besi-besi tu? Bahaya kan. So side exit gate kondo saya yang mengadap jalan ni ditutup sebulan demi keselamatan. 

Huge gaping hole on the road sebab kerja-kerja korekan terbuka nak pasang paip air. It rained the night before so pagi tu the water had to be pumped out dengan mesin pam.

Makan mee kari for breakfast. Memang nak cari penyakit aku ni.. hehehe. Tak pe sebab lepas tu senam 😊.


Baik, jom senam. Saya suka senam di Taman Dusun Bandar dekat rumah saya ni. 

Semalam hujan so kolam ni penuh. Maka keluarlah bunga teratai from the murky water. 

Meow pun ada kat taman ni 😤.

Di crushed pulak nanti.

Beautiful reflection.

Sambil senam enjoy scenery.

Hari tu temankan isteri beli tudung. Ooo.. gini la rupa butik tudung. Patut la kalau dah singgah sini mesti lama. Berair-con, ada sofa and so many tudung choices!

Because reflexology is not just a foot massage. 

Sedap kena urut tapak kaki tu walau pun terencat-rencat juga la badan tahan sakit 😅. 

Another amazing sunrise!

Curious tengok restoran Boat Noodle di Ampang Point Mall ni. Selalu nampak ramai customers. So one day tu kami pun gi cuba. 

Desperately trying to create vibe yang retro dan rustic. Cute though. Teringat kerusi kayu masa sekolah rendah dulu. 

The menu. 

Macam-macam ada. Sini serve Thai food.


Saya curious nak try boat noodle ni yang katanya originated dari floating market of Ayutthaya. Comel-comel je mangkuk-mangkuk ni. 

Saya cuba 2 perasa, the chick Thai egg noodle and beef Thai rice noodle. How's the taste? Hmm... let me put it this way.... I'm sure the original one yang di floating market tu adalah jauh lebih sedap. 

My wife had the Kraken Kari. She likes it. 

Harga saya rasa adalah berpatutan.

Catchy betul slogan mekap ni.. hehehehe.

For other people hidangan macam ni adalah normal. For me it is an indulgence, one to be avoided actually. Kalau la doktor kat Klinik Kerajaan yang treat saya tu tahu... habis la aku kena leter!!.... hehe.

Tak tahan!! 


Masa bulan puasa lepas ada kami dan ahli keluarga sedara mara yang lain ramai-ramai taja berbuka puasa. Alhamdulillah.

Surau baru di RnR di Kesas Highway. Dulu RnR ni habis terbakar bila tong gas meletup. 

Masa kami pergi open house, saya notice one of our sedara pakai butang baju Melayu ni. Unik sangat! I love it. Mintak izin ambik gambar.. hehe. Beli di Kota Bharu kata dia. 

It was so beautiful, no words can describe.

Kami ke Daiso lagi.. hehehe.

Arm Cover untuk perlindungan dari terik matahari yang menghitamkan kulit. Sesuai la dengan trend obsesi nak kulit putih melepak.  

Ye la, negara sejuk macam Jepun, maka mereka reka la produk macam ni. Tampal je hot pack tu pada baju. Boleh tahan panas 10 jam. Salah satu ingredient dalam hot pack tu ialah serbuk besi! 😲. Jangan kena kulit sebab boleh cause low temperature burn and blistering. Yikes! Tapi kalau digunakan ikut arahan, sure selamat dan bermanfaat produk ni. Also bila dah ada inner heater ni, tak payah la agaknya pakai baju winter tebal-tebal. 

Cakap pasal winter, di Daiso ni juga ada gloves. Macam-macam design ader.

Kalau waktu summer pulak boleh la pakai palm hats ni.

Bandanna Donald Duck dan Mickey Mouse pun ada. 

Suspenders for the son and tattoo sleeve for the dad (kalau maknya benarkan la)... hehe. 

Nak hias muka anda dengan sawang? Daiso has the exact thing you need! Tampal la muka anda dengan 'Custome Makeup Face Stickers' dengan design spider web ni 😊.

Kalau nak bling-bling, boleh tampal 'Makeup Jewel Sticker Spider' ni. Nampak tak notice di bawah tu? "The safety of this product has not been determined". Hahaha... so kalau apa-apa yang tak elok berlaku masa guna produk ni, silalah tanggung sendiri.

Jangan risau, boleh ditampal atas makeup base atau foundation. Nak sapu mekap atas sticker tu pun boleh, cuma jangan la sental kuat sangat sampai tercabut sticker tu. Ehh.. ni bukan saya memandai, ada pada cover belakang pakej produk ni.. hehehe. 

Produk decorate kuku, Nail Seal Sunny dan Nail Art Seal Sunny. 

Macam-macam design. 


Yang ni boleh tampal sebanyak mana jewels.

Anyway, tak usah la pakai benda macam ni. Tak sah wuduk. 

Tablecloth holder, sesuai for outdoor use.

Satu lagi produk ketiak: Perspiration Absorbing Pad - prevent stains, yellowing dan odors. Thin pad makes for compact size. Can also be used with sleeveless top. Made with deodorizing fibers. Diffuses sweat while leaving skin dry.    

Facial Massage Plate - at home facial treatment. Sapu losyen dulu sebelum tenyeh muka tu ya 😊.

Ada one day tu tetiba rajin nak memasak for lunch. Ni ingredients yang saya guna.

Agaknya dia ni heran apa saya buat kat dapur.. hehe. Temankan saya gitu.. hehe.

Yep, guna olive oil, yang for cooking. 

Fish cakes.

Lupa nak slow heat so dah bau hangit. Baru nak start masak dah hangit.. api kuat sangat... hehehe. 

Sure pahit dah bawang tu. Tak pe, just pretend tu garnish bawang goreng.. hahaha.

Masuk mix vege. Garam sikit.


Siap dah. 

Et voilà !! 😊. Alhamdulillah, it was a good lunch. 


No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

1 comment:

  1. masuk daison mmg bahaya..
    dari 5 rggt jd beringgit2

    cantik gmba btw

    ReplyDelete