Monday, July 10, 2017

VIETNAM - DAY 04 - MORNING WALK - BLUE GROTTO PAGODA - TAM COC SAMPAN RIDE

Pada hari ke 4 kami di Hanoi ni, kami sarapan awal sebab nak go for morning walk sebelum Quanh datang jemput kami pada pukul 9 pagi.

Hotel penginapan kami terletak dalam Ba Đình District atau dulunya dikenali sebagai 'French Quarter'. Di district inilah lokasi antara lain Temple of Literature, One Pillar Pagoda, Presidential Palace dan Ho Chi Minh’s Mausoleum and Museum yang dah pun kami lawat pada hari kedua kami di Hanoi.

Dari Flower Garden Hotel kami berjalan kaki ke Trúc Bạch Lake. 

Berikut adalah foto-foto yang sempat kami ambil masa morning walk di bandar Hanoi ni.

Di sana pemandangan people having meals di gerai-gerai tepi jalan macam ni adalah perkara biasa.

Tak tau la apa yang wanita ni junjung, may be breads.

How comfortable.


Bukan saja makanan, macam-macam benda lain yang mereka jaja.


Sedang menyiang ayam di tepi jalan. 

Jalanraya masih lengang lagi masa tu.

Masa jalan-jalan tu kami nampak agak banyak bangunan warna kuning lama dengan bumbung merah dan tingkap hijau. Bangunan-bangunan macam ni adalah sisa-sisa peninggalan pengaruh seni bina kolonial Perancis. Walau bagaimanapun gaya seni bina barat ini digabungkan dengan warna biasanya kuning, atau lebih tepat lagi, imperial yellow, yang secara tradisinya dikaitkan dengan royalty di Vietnam, China dan Korea.


More people shots. 

Then saya noticed tak nampak pun orang merokok masa jalan-jaan tu. Tak macam di China. Rupanya kerajaan Vietnam telah meluluskan undang-undang mengharamkan merokok di tempat-tempat awam dan pengiklanan tembakau.


French bread and baguette street seller. 


Sebuah kedai runcit.


Fruit seller.


Mak cik ni jual 'sua dau nanh' meaning soymilk atau tofu fa (tofu custard). 

'Dưỡng đầu cá' tu ialah bubur kepala ikan. 'Cháo sườn' ialah bubur tulang rusuk. 'Bánh cuốn nóng' pulak ialah hot rice flour rolls. Macam-macam ada.


Mak cik ni pulak jual 'bún riêu cua ốc bỏ đậu' iaitu mee ketam dan siput. Adakah escargot? 

Bermacam buah ada dijual di tepi-tepi jalan.

Banyak motor di Hanoi ni, so kena sangat-sangat berhati-hati bila nak melintas.

More fruit sellers.


Juga sayur-sayuran.

Semua sayur-sayuran nampak sangat fresh.




Kuih ni namanya Bánh Tét, berasal dari selatan Vietnam, dibuat dari beras pulut dengan inti kacang hijau atau pork. Dibalut dengan daun pisang dan direbus.

Membasuh dan menyiang di tepi jalan macam ni is normal.


Selain buah-buahan dan sayur-sayuran, makanan laut juga ada dijual. 




Bunga pun ada.


Giant zucchini !!







Memang shocked jugak la tengok berselirat macam tu.

Eateries di celah-celah bangunan.

Train track runs through the city. Tak tau if still in use or not.

Overload.


Lagi overload.

Hantar itik-itik ke restoran agaknya.

Di Hanoi ni ada banyak motorcycle truck hybrid ni. 



Transporting pigs.


Sebenarnya kami dalam perjalanan ke satu tempat namanya Tam Cốc, tapi kami singgah dulu di Bich Dong pagoda (Blue Grotto Pagoda).

Sebuah tasik di Bich Dong pagoda.

Penjaja di Bich Dong pagoda.


Bich Dong pagoda ini dibina di atas julat gunung batu kapur Truong Yen, daerah Hoa Lu, wilayah Ninh Binh.

Bich Dong pagoda ini ada di tiga peringkat: bawah, tengah dan atas. Pagoda di bawah ada mempunyai lima petak dibina di atas tanah di kaki gunung.


Pagoda ini didirikan untuk menyembah Tam Bao, Buddha dan tiga sami Tri Kien, Tri itu, Tri Tam - yang mempunyai sumbangan besar dalam pembinaan dan menaik taraf pagoda ini.

Pada masa penjajahan Perancis, ini adalah tempat di mana senjata dihasilkan untuk patriot Vietnam.







Bich Dong Pagoda di Ninh Binh, Vietnam.


Kuil dibina di lereng gunung kars.



Cantik pemandangan dari atas ni.

Sebelum meneruskan perjalanan ke Tam Cốc, kami berhenti lunch dulu di Anh Dzung Garden Restaurant.

Di Ninh Binh ni, makan tengahari kami disediakan di Anh Dzung Garden Restaurant. Hidangan yang disediakan adalah seafood.

Taman di Anh Dzung Restaurant.




Selesai lunch kami bersampan pula di Tam Cốc. 

Di Tam Cốc ni kami akan bersampan di Ngo Dong River untuk melawat Tam Cốc yang bermaksud 'tiga gua'. Tempat ini juga dikenali sebagai 'Halong Bay on land'.

Inilah sampan-sampan yang boleh disewa untuk cruising di Tam Cốc ni.

Bersampan pun bermula dari jeti Van Lam. Capturing photos of the locals.



Local tourists.

Pendayung sampan menggunakan kaki mereka untuk mendayung sampan. Sangat unik!



Mendayung dengan kaki.

Perjalanan cruise sampan adalah sebenarnya menyusuri sebatang sungai yang di kiri-kanannya ditanam dengan sawah padi.

Sekali sekala kami nampak kuil-kuil kecil di kaki bukit/gunung kars ni.

Itik-itik di sawah. 

Pemandangan di sini memang sangat breathtaking.

Dengan bukit bukau batu kapur di kiri dan kanan sungai bersama sawah-sawah padi, cara paling baik menikmati keindahan Tam Cốc ni ialah dengan bersampan.

Tam Cốc-Bích Động adalah destinasi pelancongan yang popular di Vietnam utara dan ia adalah sebahagian daripada Kompleks Lanskap Tràng An Scenic World Heritage Site UNESCO. 

Tam Cốc is actually a flooded cave karst system.


Seriously, masa bersampan di Tam Cốc ni memang la terasa begitu tenang dan aman sekali. Just sit there in the sampan and enjoy the amazing scenery.

Tam Cốc, secara lieteralnya bermaksud "tiga gua", terdiri daripada tiga gua semulajadi - Hang Cả, Hang Hai, dan Hang Ba - di Sungai Ngô Đồng.

Jom masuk gua.

Memang totally gelap masa bersampan dalam gua ni. So 'Flash' on.. hehe.



Beautiful breathtaking view!



Immersing herself with nature.





Lalu dalam satu lagi gua.






Lalu dalam gua ke tiga.


Di sini ada ramai penjaja. 






Penjaja-penjaja bersampan ni akan mendekati ke sampan-sampan pelancong dan offer macam-macam drinks and snacks. I was told they are over priced. 



Patah balik menuju ke jeti.



Kalau suka fotografi, tempat ni memang la best sangat. Yang not into photography pun definitely will enjoy this leisurely sampan ride with the wonderful scenery.

Never mind the other tourists. Don't let small thing like that spoil your enjoyment 😊. In fact, pada saya bagus jugak cause bila kita ambik gambar framing dengan mereka sekali, ia akan dapat beri gambaran how big the river and the kars mountains are.






Actually di tepi tebing ni pun ada quick stop, ada penjaja jual t'shirts. Also katanya mahal harganya. Ada yang kata pendayung sampan tak akan bergerak pergi selagi pelancong dalam sampan dia tak beli apa-apa di sini. Kami tak de experience macam tu. 


Kami noticed young ladies di sana suka pakai baju jarang nampak bra. So terpaksa saya blurkan.. hehe.

Mendayung sampan dengan begitu cekap sekali menggunakan kaki.


Dan inilah pendayung sampan kami 😊. Baik mak cik ni orangnya. Peramah dan mudah senyum.

Then mak cik tu pulak ambik gambar kami 😊.

The locals juga suka guna lotus leaf besar tutup kepala mereka. 

Seorang wanita sedang mencari kepah.

Suasana cukup tenang sekali. Cuma kedengaran percikan air dipalu aur. 


Dari sudut pandangan ni memang la nampak macam ramai sangat pelancong tapi sebenarnya tidak. Tak la terlalu ramai sampai menganggu enjoyment kami.







Kebetulan ada pulak kambing gunung putih ni. 






Bersampan balik ke jeti.




Memang kami berdua bersetuju dan akui pengalaman bersampan di Tam Cốc ni cukup unik dan sangat menarik. Kami definitely recommend kalau ke Vietnam utara elok sangat kalau bersampan di Tam Cốc ni.

Maka tibalah masa untuk kami pulang ke tanahair. 

Sempat lagi ambik a few more street shots 😊.





Tiba di Noi Bai International Airport.

Syukur Alhamdulillah.

Akhir kata, kalau bercadang nak ke Vietnam, elok la consider ke utara Vietnam juga sebab ada Halong Bay dan Tam Cốc. Saya sendiri tidak pernah ke Ho Chi Minh lagi tapi dengar cerita kalau ke sana tu lebih kepada shopping. Anyway, surely it is more than that kan? 

Berikut adalah list links untuk semua Vietnam travel saya:
1 - VIETNAM - DAY 01 - ARRIVED HANOI
2 - VIETNAM - DAY 02 - HANOI CITY TOUR
3 - VIETNAM - DAY 03 - HALONG BAY CRUISE - HOAN KIEM LAKE - WATER PUPPET SHOW

4 - VIETNAM - DAY 04 - MORNING WALK - BLUE GROTTO PAGODA - TAM COC SAMPAN RIDE

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

2 comments:

  1. macam kotor je bandar dia saya nengok .. sebab dok basuh , isang benda kat side walk. tapi tak ada lak sampah sarap bertaburan..
    en syed men-translate semua nama makanan tu ya ? ke tanya gudie ? :)

    ada rambutan , nona , manggis
    kat sini manggis pun jarang jumpa ..
    lili ! fevret saya tu! wangi sangat!!
    macamana en syed type O ada ' topi' tu ? kat keyboard tak ada kan? type kat fon ?

    yoga pose minah saleh tu kan? nangol tangan dia dok buat gitu

    canti shot yang ramai ramai dalam bot nampak topi tiga segi semua tu !!
    hehhehe..
    biar je lah gambar baju jarang nampak bra tu . nak jugak nengok !! hehehhee.
    cantik lah daun teretai tu dok layu atas kepala depa .. macam ada satu katun fairies yang pakai kelopak bunga atas kepala gitu ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes, yg kotor bila nampak yg dok siang ikan macam tu. Berair sana sini. Dan betul, sampah sarap nampak sgt jadi tak la ada bau busuk sampai menyesak hidung. In fact, yg menjual food tepi jalan tu pun nampak agak bersih juga. Tetiba teringat Sri Lanka yang begitu bersih.

      Ya, doc saya mengoogle translate nama2 street food tu.. hehehe.. rajin kan.. hehe.. sebab curious nak tau apa yg mereka jual :).

      Yes, mcm2 buah ada. Nenas tu bau manis! Tentu sedap! So kami makan yg dihidang di hotel, mmg sedap!

      'O' yang macam ni 'Dưỡng đầu cá' ke doc? Oooo.. tu saya copy paste je dari google search results tu.

      Kan. She just look so pleased being there, like so peaceful je. Kan mereka tu suka 'communing with nature' gitu kan.

      Tu la, byk subject yg unik2 yg kita boleh ambik gambar di situ.

      Hahaha... eee... tak boleh.. seksi la.. hahaha...

      Saya rasa tutup kepala dgn daun tu mesti kepala rasa sejuk nyaman. Unik!

      Delete