Monday, July 17, 2017

PERTH 2001 - PART 02 - SCARBOROUGH BEACH - NEIL HAWKINS PARK - CAVERSHAM WILDLIFE PARK - WEST SWAN - STIRLING GARDEN

Catatan percutian kami ke Perth pada tahun 2001, 16 tahun yang lalu, diiringi dengan foto-foto lusuh yang dah cuba saya restore semampu mungkin, diteruskan dengan bahagian kedua 😊. 

Pada hari kedua dalam cuti-cuti kami di Perth, kami ke beberapa tempat lagi. 

On the way ke sebuah bird park, kami dibawa singgah sekejap di satu lagi pantai iaitu Scarborough Beach. Dah on the way kata our tour guide, so let's stop for a short while. Kami tentu la ok je. Fyi, semalamnya kami sudah pun ke City Beach. 

Tiba di Scarborough Beach.

Cantik sungguh pantai ni.

Bergambar kenangan.


Kami cuma berhenti sekejap je so tak boleh la venture jauh-jauh.

Ni tour guide kami, Damien nama dia, anak kepada uncle tour guide kami semalam.

Seterusnya kami ke Neil Hawkins Park di Joondalup, Western Australia.

Menuju ke Joondalup.


Tiba di Neil Hawkins Park. Taman ini ada padang rumput kecil yang dikelilingi oleh laluan, sama ada menuju ke jeti Tasik Joondalup, kawasan berkelah, atau kawasan semulajadi di Taman Wilayah Yellagonga. Taman ini juga ada taman permainan kanak-kanak berhampiran dengan kawasan berkelah utama.

Ada macam-macam jenis burung di taman ni seperti pigeon, white cockatoo, Pacific black duck, geese, Australian wood duck dan Australian ringneck parrots. 

Rasanya ni burung-burung white cockatoo. Jinak-jinak belaka. 

Mari la.... jangan la takut... 😊

Haaa... datang pun sekor.. hehe. 

Taman ni bukan saja tempat bagi makan burung, tapi lanskap tamannya juga cantik. Memang sesuai sangat untuk beriadah. 

Sangat luas taman ni. Di hujung sana tu ialah Tasik Joondalup.

Lepas tu kami berjalan ke Lake Joondalup jetty ni. Seingat saya memang la tempat ni cantik sangat. Tapi sebab foto-foto ni dah faded, tak la nampak keindahan sebenarnya.

Kamera guna filem saya masa tu memang tak boleh nak zoom-in so memang burung-burung ni dekat dan jinak. Dah biasa dengan tourists kot. 

Banyak sungguh seagulls!


Dan mesti la bergambar dengan burung-burung ni... hehe.


Macam begitu asyik dok perhati burung-burung.. hehe.

To my recollection it was such a beautiful serene place.

Ok jugak la kamera filem tu, boleh snap and freeze birds in flight 😊.

Elok bersusun je burung-burung ni mengadap satu arah. Agaknya ikut arah tiupan angin.

The beautiful Neil Hawkins Park.



Next kami ke Caversham Wildlife Park pula. Kan di Australia ni ada beberapa binatang yang tak ada di lain tempat di dunia ni. So memang best lawat wildlife park ni. 

Tiba di Caversham Wildlife Park. Terus bergambar dengan patung koala giant ni.. hehehe. 

Bergambar dengan koala di belakang. 

Tengah ngantuk kot koala ni..hehe.

Dapat la gosok-gosok sikit.


Tengok kangaru pulak.

Di park ni juga boleh feed the kangaroos. 


Very touristy kan.. hehehe, tak kisah la tu semua sebab the experience feeding this beautiful and unique animal adalah sesuatu yang pada saya sangat indah 😊. 

Dan ada banyak kangaru. Very gentle and safe for children to feed them.

Memang kangaroos are very adorable!


Entah, tak ingat dah apa yang saya bualkan dengan animal attendant CWP ni. 

Lepas tu tengok emu pulak.

Huishh... takut kena patuk.. hehe.


Takut tapi nak jugak bergambar... hehe.

Keldai pun ada jugak.

These white spotted deer were so beautiful!

Semua tengah berteduh. Panas masa tu.

Unta pun ada juga.

Boleh kalau nak ditunggang.


Tasmanian devil pun ada!

Anak Swamp Wallaby nak icap cucu.. hehe.. Comel sangat!

Beautiful peacock.

The star of the park, the super adorable wombat!

Wombat ni so soft, so cuddly and heavy.. hehehe. Cuteness overload gitu!

One more shot before we left 😊. All in all, it was such a memorable experience for us. Syukur Alhamdulillah.

Lepas tu kami singgah sebentar di Swan Valley. Bandaraya Perth disaliri oleh Sungai Swan dan kawasan Lembangan Sungai Swan terkenal dengan buah-buahan terutamanya anggur yang ditanam untuk dijadikan wain. 

Singgah di West Swan untuk membeli buah-buahan.

Kebun buah-buahan di belakang kedai buah-buahan. 

Bergambar kenangan di depan kedai buah-buahan di West Swan.

Lepas beli buah anggur, bertolak semula ke bandar Perth melalui bandar Guildford. 

Ini Guildford Townhall yang merupakan satu mercu tanda yang terkenal di pusat bandar bersejarah Guildford. Walaupun tidak lagi beroperasi sebagai pusat pentadbiran bandar, dewannya masih mempamerkan wawasan tentang sejarah dan pembangunan kerajaan daerah itu. Juga beroperasi sebagai sebuah teater. Bangunan ini adalah satu contoh terbaik gaya senibina Inter-War Art Deco style of architecture, yang popular semasa pembinaannya pada tahun 1938.

Ini Guildford Hotel. Nampak macam historic building. It is actually a 1886 heritage-listed hotel. 

Sampai di hotel, since ada masa before dinner, kami shopping sikit.

Kedai souvenir di Murray Street Mall. Nampaknya macam banyak jugak kami shopping masa tu.. hehe.

Di Murray Street Mall.

Sempat juga kami ke Stirling Garden. Stirling Garden ini adalah taman awam tertua di Perth. Ia dinamakan sempena Governor James Stirling yang telah berjuang untuk penubuhan sebuah penempatan di Australia Barat. 
Taman ini asalnya digunakan sebagai taman penyesuaian dimana banyak spesimen yang matang diperoleh dari benih. Anggur dan buah-buahan penting yang lain ditanam di sini. Pada tahun 1845 ia dibuka sebagai taman botani dan beberapa pokok asal yang ditanam masih berdiri di dalam Taman hari ini.

Di taman ni juga ada patung-patung kangaru besar ni. Barisan patung gangsa kangaru tengah hopping ni dinamakan 'Kangaroos on the Terrace' yang direka oleh Joan Walsh-Smith dan Charles Smith.

Commissioned pada tahun 1997, ia menggambarkan sekumpulan kangaru yang baru saja lepas makan dan tiba-tiba terkejut oleh kebisingan lalu lintas lalu mereka terus melarikan diri dengan diketuai oleh kangaru jantan yang paling besar. 

Ia sebuah pameran seni kontemporari awam yang membawa pengunjung untuk memikirkan dan mempertimbangkan tentang kesibukan Central Business District dan keamanan alam sekitar taman dan bagaimana penduduk-penduduk di situ seperti kangaru-kangaru itu terperangkap di antara kedua-duanya.

Dalam foto yang sama, di belakang set 'Kangaroos on the Terrace' ni, ada satu lagi set patung-patung 3 ekor kangaru jantan, the Western Grey kangaroos in different natural positions, `drinking`, `alert` and `in flight`, yang juga direka oleh Charlie Smith and Joan Walsh-Smith. Dibuat sempena memperingati penyelesaian projek yang dibiayai secara bersama di bawah program "Perth - A City for People" oleh Kerajaan Negeri Australia Barat dan Kota Perth.


Berehat sebentar di bawah pohon rendang.

Ini adalah bangunan St. Georges Terrace, an Old Treasury Buildings, yang dinamakan sempena Katedral St George.


Kami lunch hari tu di Sayang Cafe. Tak susah makan di sana. Ada banyak restoran halal. We got quite a lovely table di tepi tingkap 😊.

Makan malam pula di Cafe 113. 

Bandar Perth waktu malam. Tak begitu elok foto-foto malam kami. Kalau use flash pun, as in this photo, pokok je yang terang... hehe. Jadi la buat kenangan 😊.

Ini adalah peta perjalanan kami pada hari kedua dalam percutian kami di Perth.


Bersambung...

Berikut adalah listing links untuk semua percutian Perth 2001 kami for easy reference:
1- PERTH 2001 - PART 01 - DEPARTURE - MORNING WALK - LAKE MONGER - KING'S PARK & CITY BEACH
2- PERTH 2001 - PART 02 - SCARBOROUGH BEACH - NEIL HAWKINS PARK - CAVERSHAM WILDLIFE PARK - WEST SWAN - STIRLING GARDEN
3- PERTH 2001 - PART 03 - MANDURAH - FREMANTLE - UNIVERSITY OF WESTERN AUSTRALIA - GOING HOME

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

No comments:

Post a Comment