Wednesday, September 16, 2015

JALAN-JALAN NEGERI SEMBILAN - PART 02

Ok, selepas di ostrich farm, saya dibawa Bala ke satu empangan. Cantik kata dia empangan tu. Saya ok je la sebab kata Bala tempat tu memang on the way ke Muzium Di Raja Seri Menanti, my next actual intended destination. And this is one of the reasons kenapa saya suka pakai servis teksi masa gi jalan2 macam ni. Dgn someone local like Bala yang tambah pulak seorang pemandu teksi, he'll be able to offer and go to places yg kiranya off the beaten track. 

Kata Bala kami akan patah balik dan singgah di Ulu Bendul tu.

Bala juga kata we were about to go through jambatan ke 2 tertinggi di Malaysia :).

Selamat datang ke Kuala Pilah.

Then we took a turn masuk jalan kampung dan jumpa Sungai Terachi. Selain sungai ni, di Mukim Terachi [terletak dalam pentakbiran Daerah Kuala Pilah] ni ada Pekan Terachi, ada kampung orang Asli Ulu Mampas lebih kurang 2 km away, ada perkampungan budaya Terachi dan tempat-tempat perlancongan seperti Hutan Lipur Ulu Bendul dan Gunung Angsi.

Bala terus drive ke arah sungai Terachi di mana ada empangan kecil. Kata Bala dulu pernah dia bawa beberapa pelancung dari luar negara yang seronok sangat dapat tengok sungai dan empangan ni. 

Kecil je sungainya. Airnya bersih dan jernih.

Ni empangannya. Seronok dengar deruan air. Cuaca dah mula panas masa tu tapi rasa agak nyaman bila berada di sini. 

Tak lama kami di situ sebab ni cuma menyimpang sekejap je.. hehehe.

Ni jalan keluar masuk ke empangan tadi. Kata Bala masa raya jalan yang sunyi ni akan sibuk dengan kereta kerana di dalam ada banyak kampung-kampung. Kata dia di kampung-kampung tu ada banyak rumah-rumah melayu tradisional yang cantik-cantik. Dan di kampung tu juga ada banyak dusun buah-buahan. Dia ada kawan yang tinggal di situ so masa musim buah memang puas la melantak..hehe. Tapi kami tak pergi kerana jalan masuk ke kampung tu agak jauh dan makan masa.

Dan saya perhatikan ada banyak sawah yang luas terbentang. Jadi saya requested Bala to stop for a short while at any of the bendang for me to take a few shots. So he took me to this paddy field. 

Tengok la tu! Luas sungguh! Cantik pulak masa tu tengah menghijau. 

Panas tak kisah dah, kena gak ambik a few more shots.. hehehe... 

Bila di tanah luas macam ni, tentu la berangin. Alhamdulillah. 



A few more shots and then we left. I thanked Bala for choosing a nice bendang for me to shoot :).

We passed by Kolam Pancing Terachi, Kuala Pilah. 

Menuju ke Muzium Di Raja Seri Menanti. 

Saya ternampak Perkampungan Budaya Terachi ni. Kami masuk sekejap tapi nampak lengang je. Kata Bala memang kampung budaya ni tak ada apa2 aktiviti. Cuma ada restoran je. How unfortunate!

Tiba di Seri Menanti.

Destinasi seterusnya: Istana Lama, Muzium Di Raja Seri Menanti. 

Kami lalu Makam DiRaja Seri Menanti dan Masjid DiRaja Tuanku Munawir.

Akhirnya tiba di muzium ni. 

Tapi pintu pagar depan muzium ni tutup pulak!

Like, seriously? Hadoii.... 

Not to be discouraged, saya manfaatkan masa tu since dah sampai situ dengan mengambil beberapa shots dari luar pagar. Kesian saya masa tu terjingkit-jingkit di tengah panas cuba nak dapatkan beberapa shots over the fence.. hehehe... 

Agaknya terperasan saya terjengah-jengah di luar pagar, akak security guard ni signal pada saya. Saya terus berjalan ke arah dia, ke pintu masuk di bahagian tepi pagar muzium ni. Dia kata nak masuk boleh tapi cuma boleh di luar muzium sahaja. Nak masuk dalam muzium tak boleh sebab tengah renovation. Baik akak ni. Tentu la saya terima offer dia. Ambik gambar dari luar pun dah cukup bagus! Terus saya signal pada Bala for him to drive his taxi into the muzium compound. 
Syukur Alhamdulillah.

Di meja akak security guard ni ada this foyer. Ada 2 kereta carriage lama. Juga di dinding ada banyak information which I really like! Since akak security guard tu kata muzium ni tak de sebarang pamphlets about the muzium, so saya took shots of the info. Very interesting info!

Ok, mula-mula jom tengok carriages ni. 

I am sure masa digunakan dulu-dulu, mesti ada cushion kan.. hehehe...

Ok, now on with the information. I just love reading these!






Adityawarman was a king of Malayapura, a state in central Sumatra. He was the cousin of Jayanegara, king of Majapahit in 1309–1328, and the grandson of Tribhuwanaraja, king of Melayu Kingdom. Adityawarman was awarded the Senior Minister of Majapahit (wreddamantri) and used this authority to launch Majapahit military expansion plans and conquered east coast region in Sumatra. Adityawarman then founded the royal dynasty of Minangkabau in Pagarruyung and presided over the central Sumatra region to take control of the gold trade between 1347 and 1375. - wiki.

Fascinating facts!
Destar "Dendam Tak Sudah"? 
Ok, firstly ni first time saya tahu tengkolok jugak di panggil 'destar'.
Secondly, what a name for a tengkolok!
Amazing facts or what! :)
Tu baru tengkolok! Sila baca the rest! :)

More and more interesting facts! :D


Ok, jom tengok Istana Lama, Muzium DiRaja Seri Menanti :)

Indah tersergam.

Ada sawah kecil di tepi complete with scarecrow.

Info Batu Kasur dan Batu Bertikam.





Yang ni shot with hp :).

Fortunately langit cantik terang berawan :).

Ada 4 tingkat istana lama ni. 





Another shot with hp :). Cantik istana lama ni. Very well taken care of.

Info tentang Istana Lama Seri Menanti. Jenuh nak baca yang jawi tu.. hehehe.

Dataran yang luas depan istana. 


Saya pusing keliling istana for a full view. 


Selesai pusing-pusing ambik gambar saya balik ke tempat akak security. Ternampak Bala. Ehhh... apa yang dia buat tu?

Rupanya dia tengah potong-potong top kelapa nak bagi saya minum air kelapa! Wah! Memang la saya tengah haus sangat masa tu! 
Bala kata ni buah kelapa pandan dan sedap airnya. Haaa.. memang la sedap! Manis! 
Bala also kata sorry sebab tak de drinking straw. Saya kata tak jadi masalah.. hehehe... 
What a superb way to finish my visit to the Istana Lama :). 
Syukur Alhamdulillah...

Bersambung with the last part, Part 03.... 

Di bawah ni saya senaraikan semua links kepada entries Jalan-Jalan Negeri Sembilan saya:
01) JALAN-JALAN NEGERI SEMBILAN - PART 01
Klana Resort, Masjid Negeri, Lake Garden, Jelita Ostrich Show Farm

02) JALAN-JALAN NEGERI SEMBILAN - PART 02
Empangan kecil sungai Terachi, sawah padi, Muzium Di Raja Seri Menanti 

03) JALAN-JALAN NEGERI SEMBILAN - PART 03
- Kampung Gemetir, Zaini Salai House, Taman Rekreasi Ulu Bendol, mata air gunung Angsi, Masjid At-Taqwa,  Kedai Tradisional Food Industries, Kampung Kolam Air, Loji Rawatan Air, Mukim Pantai, Empangan Sungai Terip

No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

2 comments:

  1. saya rasa sawah padi tu sama dengan sawah padi yang saya pergi tu lah!!
    [ entri esok]
    cuma masa saya pergi tu..padinya dah menguning!
    jalannya kecik je kan?
    kalau dari ulu bendul .. belah kiri kan!??

    en syed dah jumpa kan? batu kasur dan batu batikam yang asli di Bukit Tinggi dulu tu kan!!?
    :)

    masih tutup lagi muzium tu!! geram kan!?
    dah setahun rasanya..
    penat saya datang dari jauh hari tu!!
    hari tu pun akak guard tu bagi je masuk di halama istana tu macam en syed..

    er..
    saya masih setia kepada ifon saya..
    hehheheeeeeeeeeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'aa... sama! Saya dah tgk entry doc tu. Cantik kan sawah tu. Luas terbentang. Menghijau masa saya kat situ. Masa doc kat sana tgh kuning, lagi cantik!!!
      Yep, jalannya kecik je. Betul, sawah ni belah kiri if from Ulu Bendul.

      Masa di Bukittinggi tu saya jumpa yg batu kasur tu. Batu batikam tu tak jumpa sebab tak ke Batu Sangkar.

      Hmm... kenapa lama sgt tutupnya pun. Bila tanya akak guard tu dia pun tak tau bila nak bukak balik. Dia kata bukan saya je yg kecewa, ramai lagi pengunjung lain yg nak tgk istana tu dari dalam. Rasanya saya ni tak de la plan nak lagi ke sana bila dah bukak pun. Tu yg kecewa sikit tu...

      Hmm.. pe kata kita gi satu lokasi yg sama dan kita shoot dgn hp masing2. Then compare hp mana lagi power.. hahahahaha....

      Delete