Wednesday, September 30, 2015

JALAN-JALAN SUNGAI LEMBING - MUZIUM SUNGAI LEMBING

Seterusnya saya ke Muzium Sungai Lembing.

Menuju ke Sungai Lembing. Nama Sungai Lembing ni dikatakan asalnya dari lembing yang digunakan oleh sekumpulan pemburu yang melempar lembing pada seekor kijang. Dengan lembing terpacak di badannya, kijang tu terjun ke dalam sungai untuk selamatkan diri. Kijang itu tidak dijumpai. Setelah sekian lama, lembing tu dijumpai oleh sekumpulan pelombong bijih timah yang sedang mendulang. Terus kawasan ini dinamakan Sungai Lembing. 

Masjid Jamek Sungai Lembing.


Bandar Sungai Lembing ni macam style koboi town dengan bangunan2 lama. Dulu dipanggil El-Dorado Timur sebab ada perkampungan Inggeris di Lembah Sungai Kenau. Terujud bandar ni 100 tahun dulu sebab ada kegiatan perlombongan timah. Lombong tu lombong bijih timah bawah tanah yang terbesar di dunia. Bandar ni telah melalui pelbagai sejarah hitam facing adversities seperti kebakaran kedai 1921, banjir 1926, jajahan Jepun 1941 ke 1945 dan ancaman komunis 1950-an. Dan yang paling teruk bila harga timah di pasaran dunia jatuh pada 1985. Jadi bandar yang satu ketika dulu sibuk menjadi sunyi dan ramai yang keluar dari Sungai Lembing mencari rezeki di tempat lain.



Dari jauh dah nampak Muzium Sungai Lembing ni. Atas bukit. Hmm.. kena la mendaki nampaknya...

Ada juga carriage horse rides. Azlan kata pak cik dia adalah salah seorang operator horse rides ni. Teringin gak nak naik sambil jalan-jalan pusing Sungai Lembing on that. Tapi tak punya banyak masa.

Di entrance Muzium Sungai Lembing.

Masa mendaki bukit ke bangunan muzium ada scenery ni. Cantik with purple flowers bertaburan atas padang hijau :).

Eh... ada pulak game menyumpit berbayar kat sini. Masa tu ada rombongan pelajar-pelajar sekolah melawat muzium :).


Ni bangunan Muzium Sungai Lembing. Rumah berbentuk vertikular-kolonial ni dulunya adalah rumah kediaman pengurus besar Syarikat lombong bijih timah di Sungai Lembing yang dipanggil “The European Bungalow 1” [EB1] untuk bezakan dengan rumah Pegawai Kanan Inggeris lain. Asalnya rumah ini dibuat beratap daun nipah dan berdindingkan kulit-kulit kayu. Lepas itu di upgrade dari masa ke semasa.


Info yang saya dapat dari kaunter depan muzium.






Di Aras 1 ada Kaunter Informasi, Galeri Pengenalan dan sejarah Sungai Lembing, Sejarah Pahang Consolidated Company Limited [PCCL], Diorama Perlombongan dan Pameran Luar.



Saya seronok dapat baca info sejarah macam ni :).







Saya juga suka sangat foto-foto lama macam ni. Dapat la gambaran suasana waktu dulu.



Love this diorama! Menggunakan cermin untuk kasi feel lobang terowong lombong bijih timah yang dalam dan 'endless'. 


Seterusnya saya ke Aras 2. Ada sections Sejarah Perlombongan, Geologi & Geomorfologi, Laluan Terowong, Arked Perlombongan, Memori Perlombongan, Ekonomi Perlombongan, Kaedah Perlombongan dan Peralatan dan Pakaian.

Di bahagian Sejarah Perlombongan.



Minerals and igneus rocks di bahagian Geologi & Geomorfologi.



Batuan metamof dan batuan sedimen. 



Jenis-jenis permata dan lokasi.



Model lobang lombong bawah tanah.



Batu timah dan bijih timah.



Jongkong timah.



Ke bahagian Laluan Terowong.



Saya juga suka bahagian pameran ni :). Ada barang-barang antik di Arked Perlombongan ni!





Di bahagian Memori Perlombongan.





Antara peralatan pejabat pentadbiran di syarikat PCCL pada sekitar 1940an ke 1950an. 



Seterusnya di bahagian Peralatan dan Pakaian.







Operasi Lombong Bawah Tanah.



- Wah! Nak ke lombong Myah, kena ke bawah tanah sedalam 2,300 kaki! 
- Menggunakan isyarat bunyi Ting! loceng keselamatan untuk berkomunikasi!
- Ting! x 5 - Kecemasan!!!


Galeri 2: Proses Perlombongan dan Keselamatan.


Photos with descriptions.




Another interesting sction of this museum. A diorama.




Ada banyak foto-foto di bahagian ni memberi gambaran sebenar suasana dan kerja-kerja yang terlibat dalam proses perlombongan bijih timah bawah tanah di Sungai Lembing. 








Lif yang boleh muat seramai 8 orang dalam satu trip turun naik.











Kata Azlan ini adalah salah satu bekas tapak perlombongan bijih timah bawah tanah di Sungai Lembing. Tapak ini bukan dalam kawasan Muzium Sungai Lembing. Sudah ditutup atas sebab-sebab keselamatan.



Oh ya, sebelum saya beredar dari Muzium Sungai Lembing tu, sempat saya beli satu souvenir. Sebotol bijih timah ni. Harganya RM10.00. Ni la first time saya nampak rupa bijih timah.. hehe..


Bersambung....

Di bawah ni saya senaraikan semua links entries Jalan-jalan Sungai Lembing saya:
01) JALAN-JALAN SUNGAI LEMBING - LAO ZI TEMPLE
02) JALAN-JALAN SUNGAI LEMBING - MUZIUM SUNGAI LEMBING
03) JALAN-JALAN SUNGAI LEMBING - JAMBATAN GANTUNG - MEE SG LEMBING - CRYSTAL HOUSE - LOMBONG TIMAH - MI JAWA
04) JALAN-JALAN SUNGAI LEMBING - GUA CHARAS
05) JALAN-JALAN SUNGAI LEMBING - AIR TERJUN SUNGAI PANDAN

No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

8 comments:

  1. alaaaaa....
    en syed dah sampai sini dulu!!
    lama dah saya plan nak datang Sungai Lembing ni!!
    nak tidor dalam kolong .. kat Time Capsile Retreat tu..
    nak nengok air terjun pelangi sungai lembing..


    bestnya muzuim tu!!
    kalau saya.. mesti berjam kat dalam tu!!

    imagine betapa panasnya kat dalam tu kan!!??
    dan bahaya..

    lombong bijih bawah tanah terdalam dan terpanjang dalam dunia!!

    cepat sambung!
    nak nengok naik tren ke dalam lombong lak!!
    :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kebetulan je tu doc sebab isteri ada conference. So saya ambik peluang le jalan2 sikit :).
      Best jugak jalan2 area Sungai Lembing tu, banyak jugak tempat2 menariknya.
      Sebab sehari je time yang saya ada, ada lagi tempat2 best yg tak sempat saya lawat, like air terjun pelangi and hotel capsule tu.

      Muzium tu memang best sangat. Banyak betul benda2 menarik. Tapi banyak tak sempat baca di situ so saya took snaps le.. hehehe...
      Tu la, kalau nak betul2 round, kena at least 2 jam dalam muzium ni baru puas hati, with 15 minutes of sandwich break of course :).

      I can only imagine! Terfikir gak macam mana ventilation system dalam tanah tu. And of course the risk of being there. Lagi la mereka guna bahan letupan!

      Indeed. Yang by now mostly dah tutup sebab dah tak stabil. Doc tgk tak foto atas tu, yg keratan rentas lombong tu? Hebat sistemnya!

      Gulp! Err.. naik tren? Err.. saya tak naik tren tu... hehehehe...

      Delete
  2. rumah-rumah kayu kat bandar tu..
    lokasi penggambaran pilem Pontianak Harum Sundal Malam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ye ke? Wah... I was on location for a film la :).
      Pilihan yg bagus cause town tu memang macam style dulu... cam cowboy town je :).

      Delete
  3. Keren Muzium sungai lembing. banyak sejarah yang harus dipelajari. jadi pengen traveling kesana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Cuma saya tidak punya banyak masa di situ untuk membaca semua fakta yang ada. Wish I had more time.
      Oleh itu, silakan ke Malaysia! :)
      Terima kasih ya Andhika sudi lawat blog saya :).

      Delete
  4. nak copy sikit gambar leh x... x amik sume pun.. setence2 je...

    ReplyDelete