Wednesday, June 3, 2015

HARI TU

'Hari tu.....' the series... hehehe...

A compilations of photos I took bila saya ke sini dan ke sana. Nak buat 1 blog entry for each would be too much work. Nak delete/archive je foto2 ni rasa membazir pulak. Jadi saya compile kan. Pernah dulu2 saya buat entry cam ni. Rasa fun pulak :).

Anyway, here are the this and that :).

Hari tu..... saya dan isteri ke Ampang Point [ke mana lagi kan kalau tak ke mall tu je.. hehe] to buy some stuff dan saya ternampak kiosk jual beverage baru ni. 

Bacalah di sini tentang Boost Juice Bar :). 

"The menu offers ‘Seriously Healthy’ and delicious smoothies, juices and crushes, all developed with the assistance of a nutritionist, all at least 98% fat free, with no added sugar and completely free from any artificial flavours or colourings".
Awesome or what these juices!! :O

Kalau nampak juice bar ni, cubalah! Sedap! Saya dah cuba dan memang terasa fresh dan tak de that funny taste of artificial flavouring. Plus no sugar added! Tu yang super important to me cause if you check the sugar content on most beverages, the sugar content is off the chart! With Boost Juice ni you can really taste the natural sweetness of the fruits! 

Ok, here are some of the leaflets available if you visit the juice bar. Saya sangat suka maklumat yang dikongsi ni! Very informative!

My wife had the Mango Magic and I had opted for the Passion Mango. Tak sempat balik rumah dah kami habiskan! Hehehehe.... 


Just look at these awesome information. Wouldn't you want to know what goes into your body? Your spouse's and your children's bodies? It is time to stop consuming beverages overloaded with sugar and change for a better, flavourful, natural and healthy choices! :)


Go give yourself a Mega Boost today! :D

Hari tu..... saya nak ke kedai so lalu la area parking ni. Ehh.. ada kucing dok atas tayar. Comel! Click! Click! and Click! Mestilah kan.. hehe... 

Bersih dan cantik. Tapi tak de collar. Tak bertuan ke meow ni, I wonder.

Boleh usap2, dia tak cakar pun. Dah biasa dgn manusia :).

Babai meow :).

Then the next few days, I passed by the parking lot again and saw the same meow resting on the same car on the tyre. I said 'meow' and he [I think it's a he] meowed back. My heart melted.. hehehee... 

Hari tu..... kami go shopping sambil makan2 di Delifrance. Wife had Chicken Delight and I had scallop pasta. Plus mushroom soup and garlic bread. Sekali sekala je ke restoran ni sebab mahal.. hehehe..

Beli la jugak mixed fruit tarts ni. Mahal giler... RM3.50++ satu ketul kecik tu! 

Hari tu..... kami tak tau kat mana nak breakfast kami ended up ke KFC.. hehehe... kenyang! Nak dekat pukul 2:00 tengahari baru kami lunch! Hahaha...

Hari tu..... kami ke restoran Linda Onn's My Mom's Chicken Rice di Ampang Point mall. Di kaunter restoran tu kami nampak ada these new products dari Linda Onn, pes asam pedas dan pes sambal tumis. My wife decided to try them out. Saya ok je. Sedap ke? Uwaaaahhhh... sedap! Like, seriously. Ada satu malam tu my wife masak sambal tumis udang... wooohhh!!! Bertambah nasik! Risau banyak makan malam tu, esoknya saya exercise lebihkan 30 minit.. hehehe... 

Hari tu..... kami ke Jaya Jusco. Kalau ke sana kami selalunya akan lunch di restoran Madam Lim's  ni. Yes, the dishes are delicious! I had Singapore Char Bee Hoon and wife had Kam Heong Sotong with white rice. Yum! 2 enthusiastic thumbs up! :)
Some examples of the dishes they have:
- Snacks: Thick toasts with variety of bread spreads/chicken curry and durian popiah.
- Main dishes: Ginger Beef Kuey Teow Noodle, Sambal Udang Buah Petai, La-La Steamed with Supreme Soya Sauce and Nyonya Kerabu Sotong.
- Vegetable dishes: Kang Kong Stir-Fried with Sambal and Brinjal with Taucu Paste.
- Finger food: Deep Fried Sotong/Five Spice Fishcake/Crispy Japanese Tofu/Golden Money Pockets. 
And yes, the food is halal. The Central Kitchen/Food Processing/Distribution is JAKIM/JAIS HALAL certified :)

Hari tu..... kami balik kampung berhenti sekejap di gerai tepi jalan for minum petang. I love minum2 petang di gerai macam ni. Ada goreng pisang panas! Hu ha! :D

Hari tu..... bila dah tak tau mana nak gi for lunch kami ke restoran ni. Tapi mostly sebulan or 2 bulan sekali sebab bila kami sekali makan di restoran ni for lunch for instance, bill came up between RM70.00 to RM80.00! 


Hari tu..... tetiba saya ada craving nak makan sausage ni. Bukan sausage biasa tapi German sausages ni yg ada cheese kat dalam :). Satu ketul RM2:50! Cik ni kata German sausages ni memang ramai pelanggan dia yang suka. Ada yang sekali beli antara 10 ke 20 ketul. Dia kata ada la satu lelaki berbangsa arab yang begitu suka German sausages ni sampai beli yg dah siap goreng 20 ketul dan yg frozen 30 ketul! Lelaki arab tu kata semua ahli keluarga dia suka. Begitulah cerita Cik ni pada saya semasa saya menunggu sausages saya digoreng :). 

Hmm.. makan begitu je pun sedap. Actually lagi sedap tanpa colek2 dengan cili sos :).

Hari tu..... tengah2 saya nak guna Google, tetiba keluar screen ni! Haaa? Google Malaysia Hacked? Bangladeshi HackeR? Saya msg my friend doc and asked if she experienced the same tapi dia kata tak de. A few times I tried accessing and did searches using Google dan setiap kali juga keluar screen ni. Later malam tu dah normal balik dah. 

Hari tu..... saya decided to track our 'spendings' on GST. 

For breakfast we had coti canai, eggs and teh tarik. 

GST: RM0.44. 

We took our cat Tam Tam for his yearly vaccination and deworming. 

GST: RM4:20.

Lunch at Old Town White Coffee. 

GST: RM2.09.

Beli groceries.

GST: RM4.77. 

So that day kami dah paid RM11.50 for GST. Kalau minus Tam Tam's vaccination GST = RM7.30. Hmmm....

Hari tu..... petangnya saya berharap dapat shoot senja yang cantik. Tapi jerebu pulak. Tak tau actually if ni jerebu ke atau normal hazy day? Or it that the same thing? Entahlah. Tapi gini le foto2nya.  






That's it for now my 'Hari tu.....' series. More to come.. insyaAllah. Take care :).

No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.


3 comments:

  1. En Syed...

    gamba no 2 dari bawah saya sukaaa sangatt...!!! ade sun ..ade crane..... nak nages lompat2 tengok.....!!!

    gst tu kan ... klu kat restoren2 macam tu , saya ingat dorang kira (harga makan yang kita makan then GST 6% + service tax 10% dari harga asal makan cth : harga makan RM 10 + RM 1 + RM 0.60 = RM 11.60) tapi rupa nya ... ((harga makan yang kita makan + service tax 10% dari harga asal makan then GST 6% cth : harga makan RM 10 + RM 1 + RM 0.60 = RM 11.66) jadi service charge juga di GST kan rupa nya...
    pada amount yang sikit mungkin kita tak perasan... tapi kalau yang beratus2 sekali makan ... terasa juga kan...
    tu hari makan kat satay station tu... tengok bil nak terbeliak mata... (rakyat marhain la kata kan.. sedih je.. sbb dah makan bayar jugak la)..

    comey kuchin.... gebus gebas.... saya selalu makan kat gerai medan makan bukit indah tu kan... satu hari kan.. anak kuchin panjat saya mintak makan....
    saya pon share makan dengan dia.... hehehehe...

    En Syed dah pegi Avenue K depan klcc tu... hehehe... klu belom ..pegi la....sebab kat sana macam2 ada.... (sebenar nya suka gambo2 En Syed.. syok jer layan...review2 macam ni..)

    sekian komen panjang saya pada kali ini.... (markah penuh...!!) hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. pembetulan ...

      (harga makan yang kita makan + service tax 10% dari harga asal makan then GST 6% cth : harga makan RM 10 + RM 1 + RM 0.66 = RM 11.66)

      Delete
    2. Hi CPL :)
      Hehehe... awak ni suka betul cranes ya. Hmmm... I wonder why? Sebab kejuruteraan ya? :)
      Actually foto2 tu cam saya frust sikit mula2. Then rasa macam unik pulak dpt rakam dengan suasana/cuaca macam tu :).

      Hmm... betul tu.. kalau dah dikumpulkan memang terasa sangat. Every now and then saya akan check receipt just to see, apart from the total spending, the GST too. Saya pernah masuk satu park, tiket dewasanya RM21.20. Pelikkan. Selalunya round figure je kalau entrance fee. 20 sen tu mesti GST.. hehehe...

      Baik hati awak bagi makan kucing tu..... :). Kesian dia kan, mesti tengah lapar sangat tu...

      Avenue K tu saya hanya ke sana dengan wife sebab kat situ ada kedai kasut crocs... hehe... dia suka kasut jenama tu... mahal tapi tahan lama dan dia selesa pakai. Saya di Bata je.. hehehe... Okeh, next time ke sana saya akan ambik gambar banyak2 for you lah :).

      Yep, dapat markah penuh plus bonus 6%.. hehehe...

      Delete