Saturday, April 26, 2014

JAPAN TRIP 2014 - DAY 05 - KYOTO - OSAKA

Hari ke 5 kami akan bergerak ke Kyoto dan Osaka pula.

Just like the other mornings, kami turun awal for breakfast. Sarapan pagi tu di restoran Figaro di hotel Okura Act City Hamamatsu. 

Hujan waktu kami meninggalkan bandar Hamamatsu.

Di Jepun banyak taman tema. Surely ader roller coaster. 

Suasana dalam bas. Seat yg empuk dan selesa dgn heater yg nyaman. Bas pula dipandu dgn cermat dan kelajuan yg tak berapa laju. Jalan elok tak de bumps and holes. Oleh itu boleh cepat jadi ngantuk dan sgt condusive untuk beradu.... hihi

Kami tiba di Kyoto pada waktu tenghari dan terus ke restoran Kagonomise for lunch. Makan di sini kasut kena tanggal dan disimpan dalam locker dgn yg anak kuncinya dibuat dari kayu.  

Japanese food. Kami berdua ok je tapi kesian ader sorang akak tu Japanese food memang tak boleh masuk. So anak2 dia minta kan nasi dan makan dgn sambal yg dibawa dari Malaysia. 

Since kami diberi satu bilik besar untuk makan maka kami gunakan juga sebagai tempat untuk menunaikan solat jamak.

Selesai makan dan bersolat kami pun bertolak ke Kiyomizu temple untuk tengok bunga sakura. Di atas dan seterusnya di bawah beberapa gambar yg sempat dirakam di bandar Kyoto dalam perjalanan ke temple tersebut.

Sambil drive makan nasi wrapped with seaweed :). Also kat Kyoto ni aku notice lagi ramai org putih. 

Yg org2 tepi jalan pegang signages tu tgh kempen bantah kenaikan GST. 

Awesome view shot from bus :)


Bila nak dekat sampai Kiyomizu Temple, ternampak 2 gadis Jepun yg berkimono. Cantik.

Rupanya memang dah kebiasaan gadis2 dan lelaki2 Jepun akan berkimono bila ke temple tu untuk bergambar. Pelancung juga boleh berkimono kerana ader kedai sewa kimono. 

Jalan ke Kiyomizu temple kena mendaki sikit. Di kedua2 belah lorong tu ader banyak kedai2 menjual pelbagai barangan dan makanan. Best ambik gambar :)  



Ramai pasangan berkimono. Cantik dan segak.

Inilah pintu gerbang Kiyomizu temple. 

Suasana di Kiyomizu Temple. Ramai pengunjung hari tu tapi tak le sesak, 

Ramai juga yg berkimono dan bergambar. 


Bunga sakura, cantik pale pink :)

Pokok bunga sakura yg rimbun. Bunga2 ni tahan seminggu je lepas tu gugur. Pas tu baru daun keluar.



Cityscape shot dari Kiyomizu Temple. 

Lagi foto2 bunga2 sakura. 


Pengunjung yg majoritinya org Jepun sendiri. Ramai yg berselfie...hihi.


Romantiknya....hihi. Masa tu memang tgh drizzling sikit.

Tu tgh sibuk mencari pemandangan2 untuk difotografi :)



Cantik walaupun belum keluar sepenuhnya.









Selesai round dan shoot so many sakura flowers shots, time to go back to the bus. Ni lorong turun balik ke hujung jalan. Even view ni pun menarik to me :)


Ni foto group auntie2 dari China. Actually ramai pelancung2 dari China. 



Most Japanese kat situ don't mind me taking their photos which is just great :)

Terus aku jadi lapar masa tu. Malangnya makanan yg dijual di situ tak halal. 



Cute pug, right? :)

Patung kecik berkimono tu actually are umbrellas. Cute, right? 

Sempat lagi tu...hihi...





Puas tgk dan ambik sakura, masa untuk bertolak ke Osaka. Dlm bas terus gigih ambik gambar. Bila dpt yg cam ni, rasa seronok. Ader org2 tgh memancing, ader yg tgh jalan siar2 tepi sungai di bawah pokok2 sakura. 

Aku juga suka ambik shots macam ni. Sgt rustic. 

Suasana bandar Kyoto.


Tak lama lepas tu bas pun masuk highway mengarah ke Osaka.

Views shot from bus from highways.

Ladang pertanian yg besar2.

Aku suka shot ni cause of the amazing highway and the nice cityscape skyline.


Lebih kurang sejam kami tiba di Osaka. Bandar Osaka adalah bandar ke 2 besar di Jepun. It is located about 500km  to the south of Tokyo and about an hour ride from Kyoto. 

Bila bas stop dan kami keluar, terus greeted by this view. Aku literally gasped...hihi. I mean, just look at that! How awesome is that?! This is Shinsaibashi, area yg famous untuk shopping. Our guide story bila ader pasukan baseball tempatan yg menang kejohanan, peminat2 pasukan akan terjun dalam sungai ni to celebrate. 

Tak cukup satu shot. Must take a few more...hihi..

Tak jauh dari tempat kami diturunkan, ader sign boards ni. Ni iklan Host Clubs. It's a bar actually. Kalau ader wanita2 Jepun yg mahukan companion boleh ke bar mereka dan boleh upah lelaki2 untuk dijadikan teman semasa minum. Dengar cerita lelaki2 ni sgt pandai melayan wanita2 dan punya general knowledge yg baik dan boleh berbual pelbagai topik. Selain itu juga mereka sgt attentive. Version wanita pula dipanggil Hostess Club.


Dah senja. What an amazing view!



Actually Shinsaibashi is made up of a several pedestrian streets and we were taken to the Doutonbori Street untuk membeli belah dan bersiar2. 


Di sini ader dijual barangan from high end products to souvenirs. 

Cannot resist la.... must take another photo..hihi

Org Jepun suka ride bicycle. Elok tersusun je diaorg park. 

Lorong ni sgt la sesat kami patah balik...hihi...

Suasana malam di Shinsaibashi. 





Lepas jalan2, kami pun berjalan kaki sahaja ke restoran untuk makan malam. Hidangan malam tu ialah steamboat dan nasi goreng seafood.

Di Osaka kami bermalam di Hotel Westin Osaka yg berlokasi di tengah2 bandar Osaka next to Umeda Sky building yg terkenal tu. Bilik hotel besar dan sgt selesa. The best hotel room I think during the entire trip.  

Di hotel ini juga tingkap bilik kami mengadap view yg amazing. This is Osaka at night. 


Bersambung.....

Di bawah saya senaraikan links untuk kesemua entry JAPAN TRIP 2014 saya:










No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

6 comments:

  1. Untuk N3 day 5 ni,...gambar2 bunga sakura tu membuatkan saya berangan2 sedang berposing di bawah pohonnya dan bunga2 yang banyak tu berguguran atas kepala....cantiknya....(terus berangan untuk honeymoon...bila tu? hahaha)
    Megalopolis Osaka...highwaynya nampak kukuh dan mantap dan tentunya kawasan shopping Shinsaibashi tu...sungguh2 amazing view....ramainya orang kat situ.
    tq and tq En Syed....sambungannya dinanti...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih PT :)
      Kalau berposing dgn sakur di situ nanti, jangan lupa you dan hubby sewa kimono untuk bergambar. Pasti jadi satu kenangan yg best dan unik!
      Saya suka Jepun ni sebab view2nya memang best. Alam semulajadi atau bandaraya, kedua-duanya memberikan panorama yg sgt menarik.

      Delete
  2. this is the bestest lot!!
    the sakura..
    the ladies in kimono..
    the sunset city scape..

    penat aaa skrol atas bawah atas bawah!!! hehehhee...

    nak ambik satu sakura letak atas desk top eh!?

    ReplyDelete
  3. Thanks doc :)
    Yeah, it has the 'iconics' doesn't it. Identifiables... :)
    Penat? Haha.. sorry la doc. Kalau I tak buat cam ni kang entah berapa parts pulak nanti jadinya. Tu yg cramped much in one entry tu...hihi. And kalau penat, rehat2 la dulu :)
    Nak use byk pun boleh doc :)

    ReplyDelete
  4. Bestnya....tak sabar nak jejak jepun disember ni

    ReplyDelete