Assalamualaikum.
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.
Sempena Ramadan, saya buat posting 'Ramadan Series 2025 - Masjid & Pusat Islam', berkongsi foto-foto masjid-masjid dan Islamic Centers yang pernah saya lawat di dalam dan luar negara semasa bercuti.
Keunikan dan keindahan masjid-masjid itu cuba saya rakam sebaik mungkin. I hope I did them justice 😊.
Cerita percutian kami ke Korea Selatan akan bersambung semula seminggu selepas Hari Raya Aidilfitri, inshaAllah.
MASJID 01 - MASJID ABIDIN (KUALA TERENGGANU)
🔵Masjid Abidin Kuala Terengganu terletak di Kampung Masjid. Masjid Abidin ini dahulunya dikenali sebagai nama Masjid Putih.
🔵Masjid ini telah dibina oleh Al Marhum Sultan Zainal Abidin II di antara tahun 1793-1808. Ianya dibina daripada kayu.
🔵Pada masa pemerintahan Al Marhum Sultan Umar kira-kira pada tahun 1852 bangunan ini telah digantikan dengan bangunan baru diperbuat daripada batu.
🔵Masjid ini telah diubahsuai dan diperbesarkan dengan penambahan tiga batang tiang baru bulat dan tiga buah menara oleh Tengku Panglima Besar (Tengku Muda Kemaman).
🔵Bagi menampakan ciri-ciri senibina Islam, ukiran-ukiran khat ayat-ayat suci Al-Quran, doa-doa dan awan larat dipasangkan di pintu masuk dan di kisi-kisi masjid.
🔵Pada tahun 1972, perubahan telah dibuat semasa pemerintahan Duli Yang Maha Mulia Al Sultan Ismail Nasiruddin Shah, di mana masjid ini diperbesarkan bagi menampung sejumlah 2,500 orang jemaah.
🔵Selain daripada itu sebuah menara yang tinggi didirikan dan beberapa buah kubah kecil dibina di atas sutoh bangunan tersebut.
🔵Bahagian yang paling menarik di sebelah dalam masjid ini ialah sebuah mimbar yang dihiasi dengan ukiran ayat-ayat suci Al-Quran
🔵Perubahan sekali lagi dibuat pada tahun 2006, semasa pemerintahan Duli Yang Mulia Mulia Al-Wathiqu Billah Al-Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah.
MASJID 02 - MASJID AL ALAMI (MELAKA)
🔵Masjid Al-Alami MITC (Melaka International Trade Center), salah sebuah Masjid Kerajaan Negeri Melaka di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Melaka, terletak dalam kawasan MITC. Menyediakan ruang ibadah yang bersih, cantik, selamat dan selesa.
🔵Masjid Al-Alami MITC Ayer Keroh ini telah dibina pada 17 September 2001.
🔵Masjid ini telah dibina atas sebidang tanah seluas 22 ekar.
🔵Kos penbinaan ini telah membelanjakan sebanyak RM 7.5 juta.
🔵Pembinaan masjid ini adalah cetusan idea dari Y.B Datuk Seri Hj Mohd Ali bin Mohd Rustam selaku Ketua Menteri Melaka pada masa itu.
🔵Ianya telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia Y.A.B Datuk Seri Abdullah bin Ahmad Badawi pada 19 Oktober 2004(M) bersamaan 5 Ramadhan 1425(H).
🔵Bangunan masjid berbentuk segi empat, dengan menara pendek di setiap sudut. Ia menampilkan ciri bumbung dua peringkat dalam gaya masjid awal Sumatera, dan dimahkotai oleh kubah yang berakhir dengan finial. Reka bentuk bumbung utama direplikasi di bumbung menara-menaranya. Friezes pada dinding menampilkan reka bentuk geometri yang berulang.
🔵Masjid ini boleh menempatkan seramai 2,500 orang jemaah pada satu-satu masa.
Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care.
No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.
No comments:
Post a Comment