Friday, March 14, 2025

RAMADAN SERIES 2025 - MASJID & PUSAT ISLAM - MASJID 36 & 37

Assalamualaikum. 
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

MASJID 36 - MASJID MUHAMMAD ALI PASHA - KAHERAH - MESIR
MASJID 37 - MASJID SAYYIDA NAFISAH - MASJID AL SAYYIDA NAFEESAH - KAHERAH - MESIR

MASJID 36 - MASJID MUHAMMAD ALI PASHA - KAHERAH - MESIR

🔵Pemandangan Masjid Muhammad Ali Pasha di bandar Kaherah.

🔵Masjid ini, bersama-sama dengan kubu Sultan Salahuddin al-Ayyubi ini, adalah merupakan salah satu daripada mercu tanda dan tarikan pelancong di Kaherah. 
🔵Masjid ini merupakan salah satu binaan yang dapat dilihat dari banyak arah ketika menghampiri bandar Cairo. 

🔵Masjid Muhammad Ali Pasha dibina di atas bangunan lama di Kubu Sultan Salahuddin al-Ayyubi. 
🔵Arkiteknya adalah Yusuf Bushnak dari Istanbul dan modelnya adalah Masjid Sultan Ahmed di Istanbul. 

🔵Masjid Muhammad Ali Pasha atau dikenali juga sebagai Masjid Alabaster adalah sebuah masjid yang terletak di Citadel ini yang dibina oleh oleh Muhammad Ali Pasha antara 1830 dan 1848. 
🔵Beliau adalah seorang panglima tentera Ottoman berketurunan Albania. 
🔵Setelah berjaya menawan Mesir, Mohamed Ali mengisytiharkan dirinya berpisah dari Kerajaan Ottoman dan membina kerajaannya sendiri di Mesir.

🔵Masjid ini adalah sebuah masjid Uthmaniyyah, yang terbesar yang dibina pada separuh pertama abad ke-19. 
🔵Masjid ini dibina sebagai ingatan kepada Tusun Pasha, anak lelaki tertua Muhammad Ali, yang meninggal pada tahun 1816.

🔵Masjid Muhammad Ali Pasha pernah rosak pada kurun yang ke-19. 
🔵Usaha pemulihan dibuat pada tahun 1931 di bawah pemerinatahan Raja Fuad dan siap pada tahun 1939 di bawah pemerintahan Raja Farouk. 
🔵Raja Farouk adalah raja yang terakhir memerintah Mesir, sebelum negara ini bertukar menjadi sebuah republik.

🔵Hiasan wrought iron bermotif tumbuhan di atas pintu masuk.

🔵Bahan utama binaan masjid ini adalah batu kapur tetapi di tingkat bawah dilitupi dengan alabaster setinggi empat tingkat hingga ke paras kubah yang dilitupi dengan logam plumbum. 
🔵Masjid ini mendapat nama Alabaster Mosque dari penggunaan batu alabaster yang indah yang diambil dari Beni Suef. 


🔵Halaman dalam masjid dan menara jam. Fyi, lantai dataran ini sejuk. 

🔵Tempat wuduk di tengah Inner Courtyard.


🔵Terdapat menara jam tembaga yang boleh dilihat dari courtyard ini. 
🔵Ia diberikan kepada Muhammad Ali oleh Raja Louis Philippe dari Perancis pada tahun 1845. 
🔵In return Muhammad Ali telah beri obelisk Luxor yang kini berdiri di Place de la Concorde di Paris. 
🔵Mengikut sejarahnya, jam ini rosak dan tidak pernah berfungsi dengan baik sejak hari pertama ia diletakkan di situ.

🔵Grandeur. Courtyard yang dilitupi dengan alabaster. 

🔵Tingkap wrought iron tadi dilihat dari inner courtyard.


🔵Masjid ini dibina dengan kubah utama yang dikelilingi oleh empat kubah kecil dan empat kubah separuh bulat. 
🔵Ia dibina dalam satu pelan persegi berukuran 41x41 meter. 
🔵Kubah utama tingginya 21 meter dan ketinggian bangunan masjid ini adalah 52 meter. 
🔵Ada dua menara berbentuk silinder elegan jenis Turki dengan dua balkoni terletak di sebelah barat masjid dengan ketinggian 82 meter.

🔵Dua menara dengan reka bentuk Turki di sebelah barat masjid. 

🔵Dengan inner courtyard besar, tempat berwuduk yang indah di tengah courtyard serta 47 arched doorways ini menjadikan suasana di dataran dalaman ini nampak regal and palatial.

🔵Pada bumbung koridor inner courtyard ini juga ada deretan kubah-kubah kecil.

🔵Pintu masuk utama ke bahagian dalam masjid.


🔵Design siling di koridor masjid ini yang sangat menarik.




🔵Ini ruang solat masjid.  Dalaman masjid ini berukuran 41x41 meter. Walaupun berukuran begitu, dengan siling yang tinggi, berdiri di dalamnya pengunjung akan rasa ianya luas dan grand.

🔵Ruang ini dihiasi dengan lampu mirip Blue Mosque.

🔵Masjid ini dibina dengan dua tingkat kubah memberikan rasa ruang yang lebih besar daripada yang sebenarnya. 
🔵Kubah utama disokong oleh empat arches dengan tiang-tiang besar.

🔵Terdapat empat kubah separuh bulatan di sekitar kubah utama. Terdapat empat kubah kecil di sudut-sudut.


🔵Selain ada nama 'Allah' dan 'Muhammad' pada siling masjid ini juga ada 4 nama-nama Khulafa al-Rasyidin.

🔵Dinding dan tiangnya pula ditutupi dengan alabaster sehingga 11 meter tingginya.













🔵Di dalam masjid terdapat dua minbar. 

🔵Yang besar dibuat dari kayu dan dihiasi dengan perhiasan emas. Ia adalah minbar masjid ini yang asal dan dikatakan yang terbesar di Mesir. 


🔵Satu lagi minbar kecil dibuat dari alabaster yang dihadiahkan oleh dari Raja Faruq pada 1939.


🔵Masjid ini mempunyai 136 stained glass windows.



🔵Di sudut bahagian belakang ruang solat (di sebelah kanan pintu masuk yang kami lalui), di dalam pagar tembaga yang sarat dengan hiasan ukiran, adalah makam Muhammad Ali. 

MASJID 37 - MASJID SAYYIDA NAFISAH - MASJID AL SAYYIDA NAFEESAH - KAHERAH - MESIR

🔵Masjid Sayyida Nafisah (Masjid Al Sayyida Nafeesah) terletak di Al Sayeda Nafisa Square. 
🔵Masjid ini terletak di jalan Ahl al-Bayt, di mana di sepanjang jalan ini terdapat banyak makam-makam memperingati tokoh-tokoh Islam lain yang terkenal.

🔵Masjid Al-Sayeda Nafeesah atau Mashhad Al-Sayeda Nafeesah adalah masjid di daerah Al-Sayeda Nafeesah (atau Sebaa Valley) di Kaherah, Mesir. 
🔵Ia dibina untuk memperingati Sayyida Nafisa, cicit kepada Rasulullah saw, seorang ulama Islam dan wali Allah swt yang terkenal. 
🔵Di dalam masjid ini ada makam Sayyida Nafisa. 
Side note: as you can see nama Sayyida Nafisah dieja dengan pelbagai ejaan untuk nama masjid, jalanraya, dataran dan daerah.

🔵Sayyidah Nafisah dilahirkan pada tahun 145 Hijrah. 
🔵Beliau merupakan anak kepada Sayyidina Hassan bin Ali bin Abi Talib, iaitu cicit kepada Nabi SAW. 
🔵Sayyidah Nafisah dinikahkan dengan Mu'tamin bin Ja'far As Siddiq yang juga merupakan keturunan Rasulullah SAW. 
🔵Setelah berkahwin dengan suaminya, beliau telah mengikuti suaminya ke Mesir.

🔵Sayyidah Nafisah adalah seorang yang sangat kuat beribadah kepada Allah swt. 
🔵Siang hari dia berpuasa sunat sedangkan pada malamnya dia bertahajjud menghidupkan malam dengan berzikir dan membaca Al Quran. 
🔵Dia sungguh zuhud dengan kehidupannya. Hatinya langsung tidak terpaut dengan kehidupan dunia yang menipu daya. 
🔵Jiwanya sentiasa rindu dengan syurga Allah swt. 
🔵Disamping itu Sayyidah Nafisah sangat taatkan suaminya. Beliau sangat mematuhi perintah suami dan melayan suaminya dengan sebaik-baiknya.

🔵Seperti masjid-masjid lain yang kami sudah lawati di Mesir ini, rekaan senibina dan hiasan dalaman Masjid Sayyida Nafisah ini juga adalah lebih kurang sama. Tapi tetap menarik dan mesmerizing.
🔵Terdapat pintu masuk berasingan untuk lelaki dan wanita. Ini pintu masuk utama masjid ini yang merupakan pintu masuk lelaki.




🔵Melalui bahagian berbumbung menuju ke courtyard masjid.



🔵Pemandangan di sekitar kawasan dataran masjid. Dataran ini kecil saiznya berbanding dengan dataran masjid-masjid lain yang sudah kami lawati sebelumnya.

🔵Lantai marmar dataran, sebuah canopy iron wrought yang menarik dan hiasan lampu-lampu dan ukiran-ukiran hiasan dinding. 

🔵Dari dataran ini juga boleh nampak menara masjid ini di mana azan dilaungkan. Hiasan dan ukirannya cukup menarik.

🔵Ini bangunan berbumbung yang kami lalui tadi dari arah pintu masuk utama masjid. Ia salah satu bangunan yang mengelilingi dataran masjid ini.

🔵Dari segi penampilan, menara-menara masjid di Kaherah ini saya perhatikan adalah berbeza-beza. 
🔵Ada yang rendah, ada yang tinggi, ada yang double minarets, malah saya baca yang quadrupled. 
🔵Ada yang ringkas designnya seperti menara masjid gaya Turki, seperti di masjid Muhammad Ali Pasha di Kubu Sultan Salahuddin al-Ayyubi. 
🔵Dengan beberapa pengecualian, kebanyakan menara-menara Kaherah ini dibina daripada potongan batu dari kuari di Bukit Muqattam yang pernah membekalkan pembina Pyramid 4,000 tahun yang lalu.


🔵Ruang solat utama.

























🔵Pemandangan di makam Sayyidah Nafisah dari sebelah ruang lelaki.







🔵Ini pemandangan makam Sayyidah Nafisah dari bahagian wanita. Ada banyak bunga ros hidup diselitkan pada pagar makam



Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care.

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

No comments:

Post a Comment