Thursday, September 28, 2023

ITALY & SWITZERLAND: SWITZERLAND - RHINE FALLS

Assalamualaikum.
Ok, sudah pun sampai Rhine Falls. Jom kita jalan-jalan tengok air terjun yang famous ini.

Tapi sebelum itu saya kongsi dulu beberapa foto-foto lama Rhine Falls yang sempat saya rakam semasa kami bercuti di Switzerland pada tahun 2015. Masa kami sampai ketika itu baru sahaja pukul 5 petang tapi suasana gelap macam sudah malam, sebab masa itu winter. 

Pada waktu malam air terjun ini nampak cantik diterangi dengan lampu-lampu. Untuk meningkatkan suasana indahnya, air Terjun Rhine diterangi indah dengan lampu selepas matahari terbenam. Gabungan menakjubkan air mengalir dan warna-warna cerah mencipta tontonan yang benar-benar memukau.

Kerana suasana ketika itu sudah gelap, maka kami tidaklah berlesempatan untuk turun ke bawah untuk menyaksikan keindahan air terjun ini dengan lebih dekat lagi.


Jadi saya zoom-in untuk merakam air terjun ini. 

Walau pun hasilnya tidaklah begitu elok, tapi oklah buat kenangan.


Ok, back to 2023. Dan beginilah suasana di sini masa pagi hari. Segalanya kelihatan begitu jelas sekali. Alhamdulillah. 

Cukup indah sekali. 

Air Terjun Rhine terletak di sempadan antara Schaffhausen dan Zürich di utara Switzerland, kira-kira 25 kilometer ke selatan sempadan Jerman. Air Terjun Rhine ialah air terjun yang terletak di Switzerland dan merupakan yang paling powerful di Eropah. Also considered as the largest plain waterfall in Europe. 

Mengapakah Air Terjun Rhine ini begitu terkenal? Air Terjun Rhine berhampiran Schaffhausen ini mempesonakan pengunjung dengan jumlah airnya yang hebat. Air Terjun Rhine menyediakan pemandangan yang menakjubkan. Ia merentasi lebar 150 meter dan berketinggian 23 meter dengan 600 m³ air mengalir sesaat. 

This is Rhine Falls facts and figures.

Terdapat dua istana yang terletak berhampiran air terjun ini. Laufen Castle terletak di tebing kiri sungai dan Wörth Castle di tebing kanan. Wörth Castle juga dikenali sebagai Istana Air dibina di sebuah pulau kecil di sungai Rhine ini. Wörth Castle pertama kali dirakam pada abad ke-13 Masihi. Ia berfungsi sebagai titik pemindahan kapal utama di laluan perdagangan timur-barat pada abad ke-19.

Di tebing Rhine Falls di atas bukit, ada Schloss Laufen. Istana bersejarah ini menghadap ke perairan Rhine dan dibina pada tahun 858 dengan sejarah kira-kira seribu tahun. Terdapat lif kaca panoramik untuk naik/turun ke istana ini yang menawarkan pemandangan luar biasa dari dekat.

Schloss Laufen.

Ini Wörth Castle. Juga dikenali sebagai Schlössli Wörth, castle ini pernah berfungsi sebagai sebuah Rumah Kastam pada masa dahulu. Ia dibina pada tahun 1348. Rumah kastam ini tidak lagi digunakan bila landasan keretapi dibina di seberang sana Sungai Rhine. Oleh yang demikian, Schlossli Worth kini telah ditukar fungsi menjadi sebuah restoran.

Terdapat satu platform pemerhatian dibina di tepi air terjun ini untuk memberi pengunjung peluang istimewa untuk menghampiri pemandangan yang mengagumkan ini dan merakam beberapa gambar pemandangan yang menakjubkan. 

Satu lagi dek pemerhatian telah dibina di tengah-tengah air yang kuat juga untuk membawa pengunjung lebih dekat dengan pemandangan yang hebat ini. Betul-betul di tengah-tengah air terjun ada sebuah batu besar yang boleh dilawat dengan menaiki bot. Pengunjung yang adventurous bolehlah mendakinya untuk mendapatkan gambar yang lebih luar biasa.




Ok, jom kita turun ke bawah untuk melihat sungai Rhine dan Rhine Falls dengan lebih dekat lagi.

Untuk naik boat cruise, boleh beli tiket di bangunan ini. Di sebelah kanan adalah kemudahan tandas awam yang disediakan untuk pengunjung.

This is Spice Bistro Rhinefalls, an Indian restaurant. Masa lalu depan restoran ini ada bau sedap masakan kari 😋. Ehh... dah macam di Malaysia pulak dan bukan Switzerland... hihi 😄.

Wörth Castle atau Schlössli Wörth.



Pemandangan Wörth Castle di sungai Rhine.

Air Terjun Rhine telah terbentuk kira-kira 14,000 hingga 17,000 tahun dahulu. Sebab di sebalik terciptanya keajaiban ini adalah anjakan tektonik semasa zaman Ais.

Sebagai satu tarikan semula jadi yang paling popular di Eropah, Rhine Falls menarik berjuta-juta pelawat dari seluruh dunia dan menjadi salah satu lokasi lawatan di kalangan pelancong yang cukup popular di Switzerland. 

Bergambar kenangan di Rhine Falls.

Air terjun ini terbentuk oleh Sungai Rhine. Sungai Rhine, salah satu sungai terpanjang dan terpenting di Eropah, mengalir melalui beberapa negara termasuk Switzerland, Jerman, Perancis, dan Belanda. Di Air Terjun Rhine, sungai itu menjunam ke lembah berbatu, menghasilkan lata air yang menakjubkan.

Disebabkan sempadan yang dibentuk secara tradisional antara negara yang berbeza, Rhine menjadi inspirasi untuk banyak struktur buatan manusia yang mengagumkan seperti istana atau bangunan lain yang menarik. Walau bagaimanapun, yang utama adalah daya tarikan semula jadi sungai ini sendiri.


Ini jambatan yang menghubungkan tanah tebing sungai Rhine dan pulau Wörth Castle (Schlössli Wörth).

Pemandangan dari jambatan dengan aliran sungai Rhine antara tebing sungai Rhine (kanan) dan pulau Wörth Castle (kiri).

Wörth Castle.


Ok, tiket sudah kami beli. Jom kita naik boat cruise di sungai Rhine dan berlayar menghampiri air terjun Rhine. 

Sebenarnya kami nak naik boat cruise tour 30 minit tapi the next boat yang bertolak untuk tour itu cuma akan berlepas pada pukul 10:30 pagi, which we can't be on since we will be leaving for the airport at 10:45 am. Mujurlah ada cruise yang akan start dalam masa 10 minit, cuma cruise itu adalah selama 15 minit sahaja. Tiketnya berharga CHF 8 (RM 41) seorang. 

In peta laluan-laluan boat cruises yang ada disediakan untuk pengunjung Rhine Falls. Cruise kami yang berwarna biru yang dinamakan 'Short tour'. 
Short Tour No. 4 Blue Line
Duration: approx. 15 minutes
Nature truly knows how to set the scene.
You can experience the fascination of this natural spectacle at first hand on our Short Round Trip No. 4 Blue Line. On board our boat, the tour is guided by experienced boatmen who will take you safely and as close as possible to the mighty waters of the Rhine Falls. You will get to know the Rhine Falls basin and experience the power of the water in harmony with the picturesque landscape.
On this fascinating Rhine Falls tour you can see one of Europe’s most famous natural attractions from its most beautiful side. Dare to change your perspective and capture the best moments of this leisurely time-out by the water with your perfect photos.

- rheinfall.ch

Masa ini kami berdua saja yang ada dalam bot. Makanya berfoto-fotoan lah 😄. Pink sungguh warna boat cruise ini 😃.


Perkhidmatan bot ini beroperasi setiap hari, termasuk hari Ahad dan cuti umum, dari awal April hingga akhir Oktober. Jadi masa winter ia tidak beroperasi.

Sebuah bot kuning sedang cruising. 


Bot cruise kuning dan Schloss Laufen. 

Ok, saya kongsi foto-foto yang dapat kami berdua rakam ketika Short tour boat cruise di Rhine Falls ini. 


Masa terbaik untuk melawat air terjun ini adalah dari Mei hingga Jun kerana jumlah airnya yang tinggi. Pada bulan-bulan musim bunga dan musim panas sungai ini mempunyai kadar aliran tertinggi. Ini adalah apabila Sungai Rhine dialiri oleh salji alpine yang mencair.



1 Ogos adalah Swiss National Holiday. Untuk meraikannya dengan cara yang istimewa, pertunjukan bunga api yang menakjubkan diadakan di Rhine Falls ini, yang menjadikan lawatan pengunjung lebih menyeronokkan dan tidak dapat dilupakan.

Memancing adalah dibenarkan di sekitar air terjun ini. Bagaimanapun, memancing hanya dibenarkan di kawasan yang ditetapkan bagi memastikan pemuliharaan alam sekitar dan keselamatan pengunjung. Spesis ikan yang ada di sungai Rhine ini adalah chub, barbel, common carp, perch, red-eye dan northern pike. 

Air terjun itu tidak boleh didaki/renangi oleh ikan, kecuali oleh belut yang mampu memanjat naik ke atas batu. 

Bot kami ketika itu juga melalui laluan bot kuning ini. Bila nampak bot kuning itu pergi begitu dekat dengan the falls, wahh... terus saya terfikir will we be going that close to the falls as well?! Excited campur nervous saya dibuatnya... hihi 😅.




Tour boat cruise bot kuning ini membawa pelancong turun di platform di seberang sana sungai Rhine untuk penumpang seterusnya naik ke Schloss Laufen. 




Schloss Laufen.

Our boat driver. 

Leaving the jetty.


Kebetulan masa itu hanya group kami sahaja yang ada dalam bot ini. 





Air Terjun Rhine ini juga menawarkan pengalaman mendaki ais yang unik. Semasa musim sejuk, thrill seekers boleh mengalami pendakian ais yang mendebarkan di bahagian Rhine Falls yang beku. Aktiviti ini tentulah dikhaskan hanya untuk pendaki berpengalaman yang mencari pengembaraan yang unik.





Ada platform untuk pengunjung menyaksikan kehebatan air terjun ini dari jarak yang lebih dekat lagi. 

Kata Amar, our tour leader, kalau datang ke Rheinfall dengan bas, kami tidak boleh pergi ke Schloss Laufen sebab tempat parking di situ terlalu kecil untuk bas. Kerana itulah pelancong yang datang secara Group Tour dengan bas macam kami akan dibawa melihat Rheinfall dari sebelah Schlossli Worth.

Rasanya mestilah bersedia untuk kebasahan kalau ke platform ini 😃.

Bila dilihat dari sudut ini dan close-up begini rasa negri pun ada.

SubhanAllah, kuat dan hebat sungguh hentaman air terjun ini. 
























Pengunjung juga boleh turun di batu besar ini dan mendaki untuk menyaksikan beberapa lagi sudut pandangan indah air terjun ini.




Bergambar dengan driver bot.











Air Terjun Rhine mempunyai legendanya  sendiri. Menurut cerita rakyat tempatan, seorang gadis cantik dikatakan muncul di tengah-tengah air terjun dan menawarkan khazanah emas kepada mereka yang berani mengambilnya.

Satu lagi folklore air terjun ini adalah dari lagenda Jerman tentang seorang gadis cantik bernama Lorelei yang terjun ke dalam Sungai Rhine dalam keputusasaan kerana kekasih yang tidak setia dan telah berubah menjadi siren yang memikat dan menggoda nelayan-nelayan kepada kemusnahan.

Satu lagi versi lagenda Lorelei mengisahkan seorang wanita muda berambut perang panjang yang mempunyai suara yang indah. Satu versi menggambarkan Lorelei sebagai ikan duyung yang jatuh cinta dengan manusia dan dengan itu naik ke darat dari Rhine dalam bentuk anak perempuan petani; manakala versi lain menceritakan dia seorang ahli sihir dari kampung berhampiran Bacharach.



















Berlayar balik ke jeti.

Disembarking. Alhamdulillah, kami selamat bercruising. Walau pun cuma 15 minit, kami berdua memang enjoy boat cruise ini. Especially when our boat got very close to the roaring water falls. It was truly an amazing and one of a kind experience for us. 

Castle Wörth.

About a German poet.

Maklumat tentang Castle Wörth atau Schlössli Wörth.


Iklan restoran yang ada di sini yang menghidangkan 'fish cuisine'.

Bergambar dengan lembu kayu yang comel. 
Switzerland pada masa ini tidak mempunyai haiwan kebangsaan, tetapi haiwan yang paling biasa dikaitkan dengan Switzerland, atau budaya Alpine secara amnya, adalah lembu. Walau bagaimanapun, pelbagai haiwan lain telah digunakan untuk mewakili negara Switzerland, seperti marmot, ibex, St. Bernhard, dan blackbird.



Ukiran patung-patung lembu di kedai Rheinfall Souvenirs. Jom kita masuk sekejap ke dalam gift shop ini.

Beautiful Swiss cuckoo clocks on display in front of this gift shop. 

Cuckoo clock telah dicipta di rantau Black Forest di Jerman. Ia dikaitkan dengan Switzerland kerana cuckoo clocks yang diimport dari Jerman sering boleh didapati di kedai-kedai pelancong di negara ini dan menjadi cenderahati kegemaran.


Beautiful decorative Swiss paper pinwheel. 

Gambar silhouette seekor Ibex pada placemats. Ibex adalah sejenis kambing gunung ikonik di Switzerland yang bertanduk besar. 

Suasana di dalam gift shop.


Ada mozaik batu di lantai di antara Castle Wörth dan Rheinfall Souvenirs yang menggambarkan seekor ibex. Ibex telah pupus pada abad ke-19 di Switzerland. Tiga ekor ibex telah diseludup masuk ke Switzerland dari Itali pada tahun 1906 dan berjaya diperkenalkan semula tidak lama kemudian. Banyak kumpulan ibex kini ditemui di seluruh kawasan Alpine. Kini di Switzerland dianggar terdapat lebih 15,000 ekor ibex. 



Papan info tentang jenis-jenis ikan yang ada di sungai Rhine.



Selain pelbagai jenis ikan, di sungai Rhine ini kami nampak ada juga haiwan lain, iaitu itik-itik mallard yang saya baca sering kelihatan semasa musim panas pada waktu pagi.

Beautiful mallard.



Memandangkan masih ada masa sebelum bertolak ke airport, kami jalan-jalan sekejap di tepian sungai Rhine ini.








Red horse-chestnut.


European horse-chestnut.























Infoshop Rheinfall - Tourist information center.












And then it was time to go to home. 

Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care.  

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.