Monday, March 17, 2025

RAMADAN SERIES 2025 - MASJID & PUSAT ISLAM - MASJID 43, 44, 45 & 46

Assalamualaikum. 
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

MASJID 43 - MASJID & MAKAM ABU UBAIDAH – JORDAN
MASJID 44 - MASJID DAN MAKAM NABI SYUAIB – JORDAN
MASJID 45 - MASJID ALI PASHA - OHRID REPUBLIC OF MACEDONIA
MASJID 46 - MASJID SINAN PASHA - PRIZREN – KOSOVO

MASJID 43 - MASJID & MAKAM ABU UBAIDAH – JORDAN

🔵Masjid Abu Ubaidah Amer ibn al-Jarrah ialah sebuah masjid dan makam bersejarah yang terletak di bandar Deir Alla, Jordan.
🔵Ia mengandungi makam Abu Ubaidah ibn al-Jarrah, salah seorang Sahabat Nabi SAW dan komander tentera Khulafa al-Rasyidin.

🔵Masjid ini terkenal kerana mengandungi makam komander tentera terkenal yang dinamakan sempena namanya.
🔵Selain kemudahan asas masjid sepreti dewan solat dan tempat berwuduk, terdapat perpustakaan, taman dan muzium Islam.

🔵Turut disediakan tempat tinggal untuk Imam masjid dan muazin.
🔵Sebuah dewan serbaguna dan kawasan untuk tetamu VIP juga ada di dalam kompleks ini.
🔵Terdapat sebuah tanah perkuburan besar di luar kompleks masjid, yang kini mengalami kekurangan tanah perkuburan, kerana orang ramai ingin dikebumikan di sebelah tokoh yang dihormati dalam agama mereka.

Ini Makam Abu Ubaidah bin Al Jarrah.
🔵Abu Ubayda ibn al-Jarrah meninggal dunia pada tahun 639.
🔵Pelbagai sumber melaporkan pengebumiannya adalah di Jordan. 
🔵Pada abad ke-13, sebuah makam berkubah dan sebuah masjid yang bersambung telah didirikan di atas sebuah kubur yang dikatakan adalah kubur Abu Ubayda ibn al-Jarrah oleh pemerintah Mamluk, Baybars. 
🔵Semasa pemerintahan Kerajaan Hashemite, pada tahun 1946 hingga 1954, masjid dan makam bersebelahan dengannya telah sepenuhnya dibina semula menjadi struktur yang lebih besar, atas permintaan Kementerian Jordan. 
🔵Struktur semasa adalah moden, tetapi terdapat inskripsi dari zaman Mamluk yang masih tersimpan di masjid.

🔵Abu Ubaidah bin Al Jarrah adalah salah seorang sahabat nabi saw yang hebat dan yang terawal memeluk Islam. 
🔵Beliau juga adalah salah seorang daripada 10 sahabat yang dijanjikan terus masuk ke Syurga.
🔵Semasa hidupnya, Abu Ubaidah telah berhijrah sebanyak dua kali iaitu hijrah ke Habsyah dan ke Madinah. 
🔵Beliau juga seorang yang tawadu’, zuhud, mulia akhlak dan sangat berlapang dada. 

🔵Apabila Sayidina Umar Al Khattab memerintahkan seseorang untuk mencari golongan yang layak untuk menerima zakat, Abu Ubaidah termasuk golongan yang paling layak untuk menerimanya. 
🔵Walau pun beliau seorang pemimpin yang disegani tetapi hati Abu Ubaidah tidak sesekalipun terikat dengan kemewahan dunia yang sepatutnya pemimpin mampu untuk memperolehnya. 
🔵Begitulah hebat dan tingginya iman dan ketaqwaan Abu Ubaidah terhadap Allah S.W.T dan kecintaannya yang tinggi terhadap Rasulullah S.A.W.
🔵Abu Ubaidah juga sangat hebat dalam peperangan dan turut menyertai kebanyakan perang bersama-sama Rasulullah SAW. 
Seperti Dirar bin Al Azwar, Abu Ubaidah juga mati syahid disebabkan penyakit taun.




🔵Ruang solat wanita di tingkat 1.

🔵Dewan solat lelaki.


MASJID 44 - MASJID DAN MAKAM NABI SYUAIB – JORDAN

🔵Masjid dan Makam Nabi Syu'aib A.S terletak di negara Jordan.


🔵Makam Nabi Syu'aib A.S, tapak keagamaan yang penting di Jordan, terletak di wilayah selatan Al-Salt, berhampiran perkampungan Mahis.
🔹Lokasi: Masjid dan makam ini terletak di wilayah selatan Al-Salt, di kawasan yang dipanggil Wādī Shuʿayb, 2 km barat bandar Mahis dan 40 km dari ibu kota Amman, Jordan.
🔹Kepentingan: Ia merupakan destinasi pelancongan keagamaan yang penting di Jordan, menarik kedua-dua orang Islam dan bukan Islam. 
🔹Kemudahan: Di kompleks ini ada disediakan kemudahan-kemudahan penting, termasuk tandas, restoran, dan ruang solat yang ditetapkan.
🔹Other Claims: Terdapat juga kubur lain yang didakwa sebagai kubur Nabi Syu'aib A.S, termasuk satu di barat daya Iran di kampung Guriyeh, Shushtar.













🔵Maqam Nabi Syu'aib A.S, adalah tapak keagamaan di Jordan, dipercayai menempatkan makam Nabi Syu'aib A.S, dan termasuk sebuah masjid sejak zaman Umayyah. 
🔵Terletak di wilayah selatan Al-Salt di Jordan, khususnya di wilayah Wadi Shuaib yang menghadap ke Lembah Jordan. 
🔵Masjid ini bermula sejak zaman Umayyah dan merupakan destinasi keagamaan dan sejarah yang penting, menarik pengunjung dari seluruh dunia.
🔵Makam Nabi Syu'aib A.S bersaiz sekitar 6 meter yang berada di sebuah ruangan sebelah kiri bangunan Masjid Syuaib.





MASJID 45 - MASJID ALI PASHA - OHRID REPUBLIC OF MACEDONIA

🔵Masjid Ali Pasha bersejarah ini terletak di dalam Old Bazaar di Ohrid, Republic of Macedonia. 
🔵Ia dibina atas perintah Sulejman Pasha. 
🔵Ia kemudiannya dinamakan sempena Wazir Belgrade Ali Pasha, yang memulihkannya pada tahun 1823. 
🔵Pada masa itu ia juga berfungsi sebagai sekolah agama. 
🔵Masjid ini dipercayai antara masjid pertama yang dibina di Macedonia.

🔵Bangunan masjid ini pada asalnya terdiri daripada dinding batu dan kubah yang dibina di atas struktur persegi manakala kawasan solat tiga kubah kemudiannya ditambah kepada masjid. 
🔵Kerajaan Turki telah melancarkan kerja-kerja pemulihan di masjid ini pada 2017 dengan kerja-kerja pada awalnya tertumpu pada menara masjid, yang telah dirobohkan kira-kira 107 tahun lalu. 
🔵Kerja-kerja pemulihan telah dijalankan mengikut reka bentuk asal masjid berpandu kepada dokumen yang disediakan oleh Ohrid Conservation of the Cultural Heritage Institute and Museum.

🔵Pembinaan semula Masjid Ali Pasha ini merupakan isu besar di bandar Ohrid dengan beberapa protes dan petisyen, dan pihak yang menentang terutamanya terhadap pembinaan semula menara setinggi 32 meter, dengan menyatakan bahawa ia akan mendominasi Old Bazar dan mengubah sepenuhnya pemandangan bahagian bandar itu. 
🔵Kerja-kerja pembinaan di sekitar bangunan masjid ini turut dipertikaikan kerana didakwa kawasan itu mempunyai lapisan artifak sejarah dan tinggalan arkeologi lama sebelum masjid itu dibina. 

🔵Selepas beberapa bantahan, serta memfailkan pertuduhan terhadap institusi negara kerana melakukan pembinaan semula dengan dokumentasi yang tidak lengkap, sebuah masjid menara setinggi 24 meter dibina sebagai penyelesaian kompromi.

🔵Ruang solat utama Masjid Ali Pasha.








🔵Ruang solat wanita.







MASJID 46 - MASJID SINAN PASHA - PRIZREN – KOSOVO

🔵Keindahan seni bina gaya Ottoman Masjid Sinan Pasha yang dibina pada 1615, berusia lebih 400 tahun, menjadi landmark bandar Prizren, Kosovo.
🔵Terdapat lebih daripada 30 masjid di Prizren, kebanyakannya dibina antara abad ke-15 dan 19 di bawah Empayar Uthmaniyyah, termasuk bilangan telah dibina selepas 1999.

🔵Masjid Sinan Pasha ialah sebuah masjid Uthmaniyyah di bandar Prizren, Kosovo. 
🔵Ia dibina pada 1615 oleh Sofi Sinan Pasha, bey of Budim (pangkat dalam pemerintahan Ottoman) dan tahun pembinaan ini ada ditulis dalam batu di belakang mihrab. 
🔵Sofi Sinan Pasha memulakan pembinaan masjid ini sama ada pada 1600 atau 1608 sebagai tanda ingatan yang akan mengingatkannya kepada orang ramai. 
🔵Masjid ini digunakan sebagai kawasan tempat beribadat dari tahun pembinaannya sehingga 1912 iaitu tahun tamat pemerintahan Empayar Uthmaniyyah.

🔵Kubah masjid ini mempunyai diameter lebar 42.5 meter dan menara setinggi 42 meter. Semua kubah-kubahnya ditutup dengan plat timah. Menara masjid ini tidak berplaster. 
🔵Dinding masjid ini tebalnya 1.65 meter dan menaranya, yang di atasnya ada struktur kon yang dilitupi plumbum, adalah setinggi 43.5 meter.

🔵Serambi masjid berbumbung dengan tiga kubah kecil, disokong tiga tiang batu. 
🔵Masjid Sinan Pasha adalah contoh unik di antara masjid-masjid di Prizren, di mana serambi dan bangunan masjidnya bersatu dengan binaan dari bahan batu yang sama. 
🔵Di dalam masjid juga terdapat madrasah, yang diletakkan di serambi dan berfungsi sehingga 1912.

🔵Apa yang menjadikan bangunan Masjid ini lebih menarik ialah cerita di sebalik bahan binaannya dan keadaan bagaimana ia dibina. 
🔵Pendapat penulis Serbian mengatakan batu batan dari Orthodox Monastery of Holy Archangel digunakan dalam pembinaannya. 
🔵Sebaliknya, pendapat yang bertentangan diperoleh daripada Konsul Rusia, Ivan Jasterbov, yang tinggal dan bekerja di Prizren pada 1874 dan 1879-1894. Menurutnya, sukar dipercayai Sinan Pasha mengarahkan pemusnahan biara tersebut sementara masih ada bishops yang menduduki biara itu. 
🔵Tambahan pula fakta sejarah menyatakan Holy Archangel Monastery was abandoned kerana keadaan kemiskinan dan sukar bagi orang Ortodoks ketika itu. 
🔵Biara itu kemudian jadi tempat perlindungan untuk gembala. Ia terus terabai dan rosak. 
🔵Pendapat kedua dari seorang ahli sejarah Albania, Hasan Kaleshi, pula mengatakan tidak mungkin Sofi Sinan Pasha membuat sebarang arahan pemusnahan biara itu tanpa titah Sultan. Sesiapa pun tidak boleh merosakkan sebuah biara tanpa persetujuan kuasa pusat di Istanbul. 

🔵Masjid yang melambangkan kemuncak seni bina masjid Uthmaniyyah ini mempunyai hiasan luaran dan dalaman yang cukup indah. 
🔵Ia terletak di atas tanah alas di mana akses masuk ke masjid dari jalan adalah melalui tangga batu.

🔵Kerjasama antara Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan Kosovo (Ministry of Culture, Youth and Sports of Kosovo) dan Agensi Kerjasama dan Pembangunan Antarabangsa Turki (TIKA - Turkish International Cooperation and Development Agency) bermula dengan projek pemulihan dua masjid utama di Kosovo: pemulihan Masjid Sinan Pasha di Prizren dan pemulihan Masjid Fatih di Prishtina.

🔵Semasa Kosovo telah ditakluki oleh Kerajaan Serbia, kebanyakan masjid di Prizren ditutup dan dijadikan berek tentera, stor peluru dan gudang jerami. Pernah berlaku letupan di stor peluru menyebabkan kerosakan besar pada kubah masjid.
🔵Dari tahun 1919 hingga 1941 masjid ini digunakan sebagai simpanan peluru untuk tentera Serbia. Pada April 1941 bangunan itu telah dikembalikan kepada masyarakat Islam Prizren.

🔵Ruang solat utama.

🔵Isu bahan pembinaan Masjid Sinan Pasha diketengahkan pada 1919. 
🔵Selepas menyimpulkan bahawa Masjid Sinan Pasha dibina menggunakan batu batan dari Holy Archangel Monastery, dua pakar dari Belgrade telah dihantar untuk memusnahkan masjid itu dan menggunakan batu-batannya untuk membina semula Holy Archangel Monastery.
🔵Seterusnya Ketua Agama mufti Haxhi Rrystem Shporta dan masyarakat tempatan membuat demonstrasi besar-besaran menuntut hak masjid Sinan Pasha dan supaya pemusnahan masjid dihentikan. Susulan tindakan ini, mufti Prizren yang terlibat dijatuhkan hukuman penjara selama 20 tahun.

🔵Pada tahun 1948 Masjid Sinan Pasha diletakkan di bawah perlindungan negara sebagai Monumen Budaya Kepentingan Luar Biasa (Monument of Culture of Exceptional Importance), dan pada tahun 1952 kerja-kerja pemuliharaan pertama dimulakan. 
🔵Hasil usaha dan komitmen Institut Perlindungan Monumen Prizren (Institute for the Protection of Monuments of Prizren), Masjid ini telah dipelihara dan dihidupkan semula menjadi Muzium Manuskrip Oriental (Museum of Oriental Manuscripts) yang berfungsi dari tahun 1967 hingga 1968. 
🔵Muzium ini merupakan salah satu muzium pertama jenis ini di Yugoslavia, dan sangat dihormati sebagai cara untuk memulihara dan mempromosikan manuskrip oriental. Pada masa yang sama ini memastikan pemeliharaan dan promosi nilai seni tinggi masjid itu sendiri. 

🔵Fungsi sebagai sebuah muzium ini berlangsung cuma selama setahun berikutan aduan ketua Masyarakat Islam yang mahukan bangunan itu dikembalikan kepada masyarakat dan berfungsi semula sebagai tempat ibadat. 
🔵Tahun-tahun berikutnya (1972-1985) dicirikan oleh kerja-kerja pemulihan lukisan mural, manakala masjid digunakan sebagai tempat ibadat hanya dalam tempoh apabila kerja-kerja pemulihan berhenti pada musim sejuk.
🔵Pada awal tahun 2000, kos untuk memulihkan bangunan dianggarkan bernilai kira-kira €500,000 oleh UNESCO.

🔵Kerjasama Kosovo - Turki tidak terhad hanya kepada projek Pemulihan. Pada tahun 2001, Jabatan Hal Ehwal Ugama Turki (Department of Religious Affairs of Turkey) membentuk satu lagi perjanjian dengan Masyarakat Islam Kosovo (Muslim Community of Kosovo) untuk menghantar seorang Imam Turki untuk mengadakan kuliah agama di salah sebuah masjid di Prizren. 
🔵Hasil daripada perjanjian ini, seorang Imam Turki telah dilantik ke Masjid Sinan Pasha, dan kuliah agama pada hari Jumaat kini diadakan dalam bahasa Turki. Ini fakta menarik kerana di Prizren majoriti penduduknya berbahasa Albania.

🔵Persidangan penderma antarabangsa yang dianjurkan pada tahun 2005 di Paris menghasilkan pengumpulan dana untuk banyak projek pemuliharaan dan pemulihan warisan budaya di Kosovo. Ini juga membentangkan permulaan kerjasama Kosovo - Turki dalam sektor warisan budaya. 
🔵Negara Turki, sebagai keturunan Empayar Uthmaniyyah, mengikuti dasar perdamaian dengan Balkan dengan memainkan peranan penting dalam membawa keamanan dan kestabilan di rantau ini.

🔵Perbandaran Prizren berhasrat untuk membina perpustakaan di dalam masjid ini untuk mengekalkan bukan sahaja manuskrip Uthmaniyyah asli yang ditemui di masjid ini, tetapi juga manuskrip berharga lain yang boleh ditemui di seluruh Kosovo. 
🔵Walau bagaimanapun, Islamic Union of Kosovo memfailkan tuntutan mahkamah terhadap Perbandaran Prizren untuk tidak membenarkan masjid itu dijadikan muzium, supaya ia terus berfungsi sebagai sebuah masjid. 



🔵Dinding dan kubah di dalam masjid ini dicat/lukis pada abad ke-19, kebanyakannya bercorak bunga dan ayat al-Quran. Minbarnya dihias dengan lukisan dengan motif bunga.


🔵Bahagian dalamannya dihiasi dengan indah dengan motif bunga dan arabesque, dan menjadi ciri utama hiasan dalaman masjid ini sejak dulu kerana terdapat kesan dua lapisan hiasan ini. 
🔵Lapisan pertama bermula dari abad ke-17, dengan motif bunga dan arabesque, dan lapisan kedua dari abad ke-19, yang berbeza daripada asal dengan kesempurnaan gaya, motif dan warna. 
🔵Lapisan pertama lukisan mural yang bermula dari abad ke-17 dicirikan dengan warna-warna hangat, manakala lapisan kedua dari abad ke-19 mempersembahkan gaya Baroque, dicat dengan warna sejuk




🔵Maklumat tentang masjid ini juga ada dipamerkan.



Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care.

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

No comments:

Post a Comment